Calvin pov
"Who are you?" tanya aku sambil memandangnya dengan tajam.
Ainsley tersenyum miring. Dia menuruni katil dan mendekati aku perlahan setapak demi setapak.
Ainsley meneliti setiap sudut di bilik ini. Mungkin dia tertanya-tanya di mana dia sekarang.
"You are in my house now." Kata aku padanya seperti sudah tahu yang dia pasti akan tertanya-tanya dimana dia sekarang.
"Wouuu.. Calvin. My sweetie blood. You told her to stay here? In your house? Ohh is it just because of me? Isn't true?" Kata Ainsley tersenyum miring.
"Yeah, because of you. And exactly! You're not Alice. Tengoklah bila saja malam menjelma suara kau lain dari yang lain. Lunak tapi menyeramkan. Heyy, who are you really? " Tanya aku yang sudah tidak tahan dengan pertanyaan yang bermain di fikiranku.
Ainsley tersenyum sinis. Dia menapak perlahan-lahan mendekati ke arah aku. Aku memandangnya tajam.
"Tsk. Kau memang suka tanya banyak kali eh? Kalau dah tahu kenapa tanya lagi? " Ujar Ainsley. Dia mengangkat keningnya.
Wajah aku bertukar riak. Jadi, memang betul..di hadapan aku sekarang ini bukan Alice? Aku mengerdip mata seakan tidak percaya.
Mata memerhatinya.
Baru sekejap dia berada di hadapan aku lihat-lihat dia sudah menapak pergi ke arah tingkap.
Wajah Ainsley bertukar reaksi apabila terpandang cahaya bulan di atas langit malam.
'Jadi..malam ni bulan mengambang? Ahh, ini tak boleh jadi. Aku tak boleh keluar malam ni. Aku kena stay sini. Bulan mengambang adalah ketakutan terbesar aku." Desis Ainsley di dalam hati.
"Ainsley, kalau kau...roh jahat keluarlah dari badan Alice! Kau tak patut buat dia macam ni! Dia tak salah apa-apa. " Jerit aku padanya.
Ainsley mencebik mulut. Dia menoleh ke belakang sambil melirik ke arah aku. Senyuman sinisnya tidak lekang-lekang dari bibirnya.
"Tsk! Kenapa?"
"Apa?"
"Kenapa kau suruh aku keluar dari tubuhnya? "
Aku terkedu dan terdiam seketika. Tangan di sisiku sedikit bergetar. Mulut aku kemam. Kepala aku tunduk memandang ke bawah. 'Kenapa?' Soalan tu.. Seolah Kbat bagi aku.
Ainsley semakin menghampiri.
Perlahan-lahan aku mengangkat kepala aku memandangnya dengan tajam dan tepat.
"Sebab dia nangis. "
"What?"
"Sebab dia nampak begitu kusut dan keliru. Sebab dia nangis di depan aku. Dia seakan begitu takut di pandangan mata aku. Aku takkan biar dia sengsara. Takkan biarkan kau kacau dalam hidupnya. Ainsley (energi). Kau...memang jahat. Aku tak tahulah makhluk seperti kau wujud di dunia ini. Apa tujuan kau sebenarnya?! Kenapa kau rasuk tubuh Alice? " Tangan yang berada di sisi aku genggam.
Manakala, fikiranku masih teringat reaksi takut yang menghiasi wajah Alice ketika itu. Hati terasa sungguh mencengkam apabila fikirkan balik.
Mata aku tajam menikam ke dalam anak matanya.
Tiba-tiba..
"Hihihi.. Kihkihkih..hahahaha! " Aku tersentak. Kening aku tercantum. Kenapa dia gelak? Haih tiba-tiba bulu roma tengkuk terasa meremang pula. Memang betul-betul macam hantu dia gelak. Menyeramkan.
Ainsley berhenti dari gelak. Wajahnya kembali bertukar serius.
"Untuk menghancurkan manusia. "
Aku terpempan. Aku menahan nafas. Cukup ayat tu sudah membuat aku begitu terkejut. But.. But why? Dia sebenarnya wujud dari apa?!
"Kenapa? Terkejut? Hihihi..bila manusia takut..lagi aku suka. Aku suka aura ni. Ianya..begitu menyenangkan. " Ainsley semakin merapati aku membuat aku sedikit terundur ke belakang.
Ainsley menghidu sedalam-dalamnya. Aura ketakutan manusia. Membuat dia menjadi lebih kuat apabila menghidunya.
Aku pula sudah beriak cemas. Kenapa aku takut dengan dia? Disebabkan dia bukan manusia? Huh, tak sangka dunia ini ada juga makhluk seperti dia.
"Calvin.. Calvin.. Don't worry okey?Hihihi.. Aku takkan bunuh kau, my sweetie blood. " Kata Ainsley tersenyum.
Aku berhenti dari mengundur ke belakang. Kini, aku pula tersenyum sinis.
"My sweetie blood? Kau..makan darah manusia? "
Ainsley tertawa kecil.
"Heyy, nama pun monster. Kau fikir monster tak makan darah? Apa ke dungu kau ni, Calvin? Heh okey macam ni. Let me explain, my sweetie blood. Aku.. Ainsley sebenarnya tak perlukan darah manusia pun sebenarnya. Aku hanya diberi tugas untuk menghancurkan manusia.But..bila first time aku rasa darah manusia tu..macam manis la pula. Hehe kelakar kan? Tapi, tak bestlah pula kalau aku tak dapat apa-apa dari manusia. Walaupun, dengan menghancurkan manusia..dapat memberi aku senang tapi aku lebih suka dan rasa nikmat kalau dapat rasa darah mereka." Ujar Ainsley beserta suara yang menyeramkan itu. Aku tersentak apabila dia memeluk leher aku dengan kedua-dua tangannya.
"And now my sweetie blood...aku nak rasa darah kau. But, don't worry. I will not kill you. Just want taste your blood. Let me guess..tempat mana yang aku lebih suka untuk hisap ye? Haa sasaran sudah mengena. Your lips. I like your lips Calvin. Rasanya begitu manis sejak first time aku rasa. And now.. Ianya buat aku ketagih. " Kata Ainsley yang sudah mendekatkan bibirnya dengan bibir aku.
Aku membulatkan mata. Ohh aku takkan biarkan!
Aku menekup mulutnya dengan tangan aku. Ainsley tersentak. Dia memandang aku dengan tepat. Fuhh! Sikit lagi. Aku sedikit terpaku apabila wajahnya begitu hampir dengan aku.
Walaupun, di hadapan aku sekarang ini ialah Ainsley..tetapi tubuh ini adalah milik Alice. Aku tak boleh biarkan Ainsley berbuat begitu. Seakan mengambil kesempatan pada tubuh Alice. First kiss pula sudah diambil olehnya. Semuanya gara-gara Ainsley iaitu monster jahat ni.
"Ainsley, kau tak sedar apa yang kau buat ni? Kau sudah mengambil first kiss aku. And now..kau mahu second kiss pula? Woahh.. " Aku pula yang terasa malu apabila berkata begitu.
"First kiss? Apa tu? Yang aku tahu..ianya rasa manis. Dan buat aku ketagih. Yang aku mahu darah kau Calvin. You're my sweetie blood. Just only mine. " Kata Ainsley mencantumkan keningnya. Dia beriak kurang faham.
Aku pula terkejut dengan kata-katanya. Ohh.. Aku terlupa. Dia bukan manusia. Jadi, of course dia tak tahu apa itu first kiss. Yang dia tahu...hanya rasa kenikmatan dan mahu memenuhi keinginannya saja.
Aku berdehem kecil.
"Kalau kau mahu darah aku..aku boleh bagi. Tapi dengan dua syarat. Satu...kau tak boleh bunuh manusia. Dua, kau tak boleh ambil darah melalui mulut ke mulut. Kau boleh hisap darah aku di tempat mana but..not my lips, okay? " Kata aku yang melirik bebola mata merahnya dengan dalam. Tangan masih menekup mulutnya.
Entah kenapa aku rasa berdebar-debar apabila mendekatinya.
"Okey." Selepas dia berkata begitu, terus aku melepaskan tangan aku dari mulutnya.
"But, just tonight. Lagipun, di waktu bulan mengambang ni aku takkan keluar mencari mangsa. Lagipun, mangsa aku sudah berada di depan mata. My special victim. Kau mangsa aku yang paling aku suka, Calvin. I'll keep you. Jika kau tak rela aku hisap darah pun aku akan lakukan juga." Kata Ainsley tersenyum miring.
"So, I choose.. Your hand. " Kata Ainsley yang terus mengambil tangan aku dan menggigit dengan gigi tajamnya sehingga tangan aku mengeluarkan darah.
Aku berdesir mulut.
"Ahhh.. " Apabila terasa hujung tajam yang mengena ke kulit aku..rasanya begitu sakit dan pedih. Aku mencantumkan kening menahan sakit.
"Ainsley..E-enough... " Kata aku bersuara lemah. Tubuh aku turut berasa lemah.
Ainsley mengusap bibirnya kasar. Dia tersenyum puas dapat makan darah yang manis.
Dia memandang aku yang berkerut kening menahan sakit. Ainsley hanya tersenyum.
Tiba-tiba dia ternampak sekuntum bunga cantik di dalam pasu atas meja. Ianya berdekatan dengan tingkap yang lagi satu.
Ainsley perlahan menapak ke pasu bunga tersebut. Ianya adalah bunga Lily. Manakala aku hanya biarkannya.
Aku mengambil sapu tangan ku di atas meja dan menekan tangan aku yang luka. Aku menahan sakit sehingga peluh merincik ke dahi.
Aku duduk di atas katil. Badan aku seakan lemah saat ini. Aku perlukan rehat.
Manakala Ainsley pula sudah berhadapan dengan pasu bunga itu. Matanya hanya terpandang bunga Lily cantik itu.
Dia mencarik senyuman sinis. Perlahan-lahan dia mengangkat tangan mahu menyentuh kelopak bunga Lily tersebut.
Selepas Ainsley menyentuh bunga Lily itu dia memejamkan matanya. Dapat dia rasakan inilah bunga kesukaan gadis itu. Alice. Ya, Alice. Gadis itu begitu suka dengan bunga ini. Kerna, bunga ini bukan hanya sekadar bunga. Ia melambangkan kesucian, kebaikan, memori indah dan kebahagiaan gadis itu.
Ainsley mencarik senyuman sinis lagi.
"Tapi kini, ia tidak akan kekal lagi. Ia akan jadi berubah..menjadi sesuatu yang dahsyat. " Gumam Ainsley perlahan.
Lama-kelamaan secara perlahan warna bunga itu bertukar hitam-kehitaman.
"Warna bunga Lily yang begitu putih dan cerah yang dipenuhi dengan kenangan indah, kesucian, kebaikan akan lesap begitu saja. Ia akan bertukar menjadi kehitaman. Iaitu bertukar jahat, keji, kejam sehingga tidak ada kesucian dan kebaikan dalam dirinya lagi. Huh! Ia akan membuat hidup dirinya akan menjadi lebih teruk." Kata Ainsley dengan suara yang menyeramkan.
Selepas dia berkata begitu, senyuman sinis kini bertukar menjadi senyuman jahat dan menakutkan. Terserlah aura kehitamannya di situ.
Share this novel