Alice pov
Aku tergamam seketika. Apa maksud tersirat di sebalik kata-kata Calvin ini?
Pelukan perlahan-lahan terlerai. Aku memandangnya dengan riak keliru. Kolam mata yang bergenang air mata mengalir perlahan ke pipi.
Calvin tersenyum pahit. Dia menunduk ke bawah memandang tangannya yang elok mengusap lembut tangan aku.
"Maksudnya..saya mahu melamar awak, Alice."
Lagilah membuat aku lagi terkesima dan terkedu. Kata-kata itu.. apakah itu aku baru saja mendengarnya?
Sedar-sedar saja Calvin sudah berlutut atas lantai di hadapan aku yang sedang duduk di atas birai katil ini.
Aku menekup mulut seketika. Rasa macam tak percaya. Entahlah apa yang aku patut rasa sekarang ini.
Aku tak tahu dan faham apa yang aku rasa. Cuma pelik. Bukankah ini...terlalu cepat? Tak pernah terlintas dalam benakku mahu berkahwin seusia ini.
"Alice Laurel, will you be my Queen..always be by my side..??"
"The real question is..will you be my wife until the end of my life?"
Sekali lagi aku terkedu. Reaksi bercampur terkejut dan gembira bercampur terharu. A-Aku..rasa gembira ke? Bolehkah aku menjadi isteri orang dalam keadaan aku masih sekarang ini?
"Calvin..saya.." belum sempat aku mahu berkata apa Calvin sudah meletak jari runcingnya ke bibir aku.
"Shh! Saya tahu..ia seperti terlalu cepat dan secara tiba-tiba..Tapi, sampai bila kita nak duduk berduaan satu rumah seperti ini? Jalan penyelesaiannya ialah..kita kahwin."
Aku tersentak. Masih belum dapat mencerna kata-katanya tadi.
Aku menunduk wajah.
"Tapi..awak mahu ke dan sanggup rela mahu kahwin dengan monster seperti saya ni?"
"Alice!" Aku tersentak. Mata yang berair memandangnya.
"Please..saya mohon..tolong jangan sebut diri awak monster lagi. Saya tak suka. Alice, saya nak kahwin dengan awak supaya dapat elakkan fitnah mulut orang nanti. Lambat-laun penduduk rumah di sekitar sini akan tahu saya duduk satu bumbung dengan seorang perempuan yang masih belum sah menjadi isteri lagi. Dalam masa yang sama..."
"Dalam masa yang sama??" Aku memotong percakapannya. Dada sudah berdebar-debar menanti kata-kata seterusnya dari mulut Calvin.
Calvin menarik nafas dan menghembusnya kasar.
Anak mata aku ditenungnya lama dan dalam.
"Dalam masa yang sama...I love you, Alice."
Lagilah membuat aku terpana. What..Calvin..love me?
Mata aku terkebil-kebil memandangnya. Jantung semakin berdetak laju. Aku berdehem kecil.
Terus lengan Calvin aku tarik dan dudukkannya di tepi aku atas katil.
"Awak betul-betul serius mahu kahwin dengan saya?" Aku bertanya sekali lagi sebagai langkah berhati-hati meminta kepastian.
"Sangat-sangat serius dan pasti."
Bibir mengulum senyum.
"Saya setuju mahu jadi Queen dalam hidup awak.."
"Betul ke ni Alice? Wahh..thank you..I love you so much Alice!" Calvin terus memeluk aku dengan erat.
Aku pula menahan nafas seketika. Selalu rasa macam ni bila dia luah perasaannya padaku.
Aku hanya tersenyum kecil di dalam pelukannya.
Manakala Calvin pula sedikit kecewa Alice tidak membalas luahan hatinya tapi takpe. Dia pasti lambat-laun gadis itu akan meluahkan perasaannya juga nanti.
"Saya akan jumpa dengan ibu dan ayah awak, Alice. Untuk membincangkan perkahwinan kita nanti. Kita kahwin minggu depan." Terus pelukan terlerai. Aku memandangnya dengan riak terkejut.
"Cepatnya.."
"Benda yang baik harus dipercepatkan Alice."
Aku berfikir sejenak.
"Tapi, sempat ke nanti nak buat persiapan?"
"Sempat. Saya akan upah orang untuk siapkan majlis perkahwinan kita. Tapi..awak tak kisah ke kalau majlis perkahwinan kita dibuat sederhana saja?"
Aku menggeleng kecil.
"Tak kisahlah. Lagipun, minggu depan kita nak kahwin. Mana sempat nak buat besar-besaran. Lagipun saya okey mana-mana saja pun sama ada nak buat kecil atau besar majlis." kataku tersenyum segaris.
Calvin turut melarik senyum.
"Okey, kalau itu kata awak. Untuk sepanjang seminggu ni kita ajaklah kawan awak tinggal sini untuk sementara waktu. Lagi ramai lagi meriah."
Aku membulatkan mata memandangnya. Aku tak salah dengar ke ni?
"Calvin, are you crazy?! Macam mana kalau mereka tahu saya monster?" Aku mengurut dahi aku. Berserabut.
Calvin hanya tersengih kecil.
"Yang tu awak jangan risau. Ainsley hanya muncul di waktu malam. Saya jamin..kawan awak takkan nampak awak bila menjelma dalam diri Ainsley." kata Calvin.
Aku mengeluh kecil perlahan.
"Calvin, bagaimana awak boleh begitu pasti?" Soalku.
"Alice..look at me. Awak dah lama rindukan mereka semua. Kawan-kawan awak. Awak fikir saya tak tahu? Saya tahu, dalam hati awak begitu teringin sangat mahu berjumpa mereka. Tapi fikiran awak menafikannya. Alice, jalan penyelesaiannya ialah kita boleh ajak mereka tidur sini. Saya tahu awak teringin sangat mahu lepaskan rindu awak pada mereka semua bukan?"
"Tak³, Calvin..awak tak faham. Saya lebih rela pisah dari mereka demi keselamatan mereka sendiri. Awak tahukan dan faham saya macam mana? Ye, saya mengaku...saya rindu mereka semua sangat. Teringin nak peluk mereka ketat-ketat, makan sama-sama macam dulu..tapi saya tetap tak boleh dekati mereka semua. Dan sekarang awak nak suruh mereka semua duduk sini?" Aku menggeleng kecil dalam kepedihan. Bibir dikemam rapat.
"Alice.. please...trust me. Dengan izinNya tidak ada apa yang akan berlaku. Lagipun mereka semua risaukan awak. Kesianlah kat mereka kerana selalu susah hati disebabkan awak. Sedangkan hati awak betul-betul teringin sangat mahu berjumpa dengan mereka." Ujar Calvin padaku.
Sekali lagi aku mengeluh kecil.
"Baik..tapi tolong pisahkan saya dengan mereka di waktu malam. Jangan buat mereka dekat dengan saya.. please..tolong janji dengan saya..Jangan sampai mereka semua diapa-apakan oleh Ainsley. Bahkan saya patut berhati-hati dengan diri saya. M-Me.." aku cuba menarik nafas panjang. Tangan di atas riba yang sedikit menggigil aku meramas tangan aku kasar sesama sendiri.
Air mata bergenang ke kolam mataku.
"Mereka..sangat penting bagi saya. Calvin. Mereka sahabat saya. Bagaikan belahan jiwa dan nyawa saya sendiri. Tolong jaga mereka disaat saya tidak sedar. S-Saya takut..saya takut saya akan.. cederakan mereka atau bunuh mereka dengan tangan saya sendiri tanpa saya sedar itu." Aku menggenggam tangan aku dengan erat sambil meramas baju dengan kasar.
Mata aku terpejam. Serentak itu air mata menitis ke pipi aku. Bahu aku sedikit terhinjut-hinjut.
"K-Kalau sampai itu terjadi...maka saya takkan hidup lagi. Bahkan...kalau saya tak boleh mati sekalipun..saya tetap takkan hidup..Calvin." aku mengemam bibir yang bergetar. Aku menangis dalam diam sambil terpejam mata.
Rambut aku yang melepasi bahu yang terjuntai menutupi wajahku dielus lembut oleh Calvin dan diselitkan ke belakang telinga.
"Saya janji.." mendengar itu aku tersenyum pahit. Dada turun naik cuba mengambil nafas berusaha menenangkan diri sendiri.
Alice..kenapa kau begitu cengeng ni? Kau memang betul lemah. Dari pagi sehingga sekarang kau asyik menangis saja. Tak, lap air mata kau tu. Nanti Ainsley lagi tertawakan kau. Sekurang-kurangnya jagalah maruah kau sikit.
Belum sempat aku mahu menyeka air mata di pipi aku Calvin sudah menjadi kebiasaannya tolong menyeka air mataku terlebih dahulu. Aku membuka perlahan kelopak mataku memandangnya. Mata mengerdip lembut.
Beruntungnya diri ini. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi teman aku dikala sedih. Kalau bukan kawan aku.. Calvinlah yang akan tolong jagakan aku dan menyapu air mataku. Sungguh terharunya aku.
Bibir delimaku perlahan-lahan mengukir senyuman halus padanya. Aku tersenyum pahit.
Calvin turut membalas senyuman aku.
********
Akhirnya Calvin dan aku mendapat restu dari ibu dan ayah aku. Yeah, aku pernah mengajak Calvin ke rumah ibu dan ayah aku. Hehe cepatkan? Tapi itulah..baru sekejap saja ibu dan ayah aku dah berkenan dengan Calvin untuk dijadikan menantu. Mula-mula mereka tanya aku...aku cintakan dia ke? Tapi, aku tak jawab. Hanya mengangguk kecil. Terpaksa menipu. Aku tak tahu apa perasaan aku pada Calvin yang sebenarnya. Tapi, dia boleh jadi kawan rapat aku.
Di waktu yang petang lenggang ini, sambil kami berjalan secara beriringan di taman aku mengambil kesempatan ini dengan bertanyakan dia satu soalan.
"Awaakk..macam mana ibu dan ayah saya boleh terus terima awak sebagai menantu eh?" Soal aku sambil memandang raut tampan di sebelah.
"Kenapa?" Soal Calvin mengangkat keningnya memandang aku.
Ehh kite tanya dia..dia tanya kita balik pula.
Aku menepuk dahi perlahan.
"Yelah, macam pelik pula..awak kan kali pertama jumpa mereka. Entah-entah mereka dah terima awak. Tak ke pelik tu?" Soal aku lagi dengan polos.
Calvin menekur bawah sepasang kasutnya. Terbit sengihan kecil di bibirnya. Dia kembali menoleh ke arah aku semula.
"Hey, awak pandang saya sebelah mata tahu? Awak belum tahu saya ni siapa. Orang yang paling pandai dan terer sekali dalam memujuk! Tak dinafikan ibu bapa awak dengan senangnya boleh terima saya. Yelah, saya ni kan lelaki yang baik, handsome, bijak, bekerjaya, yang paling penting tak sombong." kata Calvin memuji diri sendiri pula. Terletus tawa kecilnya di hujung ayat.
Aku mengerlingnya sekilas. Terbit senyuman kecil di bibir aku.
"Awak..petang ni kawan-kawan awak akan stay di rumah buat masa ni tahu?" Calvin bersuara perlahan selepas kami berdiam diri lama.
"Hmm..okey." aku hanya berhmm saja.
Cuppp!!
Tersentak aku apabila pipi aku tiba-tiba dicium sekilas olehnya. Terpegun juga aku di sini. Terus kaki terhenti dari berjalan dan badan statik membeku.
Aku memandangnya dengan mata yang terkebil-kebil. Kelihatan Calvin hanya tertawa kecil mengena. Bibirnya tersengih nakal.
"Awak!!!!" Aku terjerit kecil di situ juga. Pipi sudah berona merah.
"Shh! Siapa suruh awak macam nampak sedih je? Kan dah kena." Selamba badak air saja Calvin berkata begitu.
Lagilah membuat aku menahan geram. Eyyy, belum kahwin lagi dah jadi ulat bulu. Nanti lepas kahwin..tak boleh bayang aku..
"Ahak.." masih saki baki tawa kecil darinya. Dia meneruskan jalan ke hadapan tanpa mempedulikan aku.
Aku sudah berpeluk tubuh.
"Calvinnn..siap awak nanti!!" Aku terus berlari cuba mengejarnya.
*********
"Tak lama lagi mereka akan sampai?" Calvin hanya mengangguk kecil.
Aku berjeda seketika di atas sofa di ruang tamu. Yeah, Calvin sudahpun menelefon kawan-kawan aku supaya stay di sini untuk sementara. Ahh.. perasaan rindu betul-betul mencengkam hati saat ini.
"Awak tahu tak? Bila saya beritahu mereka semua... macam-macam mereka tanya tau? Terutamanya tentang saya dan awak hehe.."
"Hmm..mereka suka mengusik la tu. Awak jangan melayan sangat. Waktu mereka telefon saya pun...habis saya ni diusik oleh kawan sendiri. Bertuah punya kawan." kata aku mencebik mulut ke tepi seraya tersengih kecil.
Bahu Calvin melanggar manja sebelah bahuku.
"Ala ..apa salahnya..kita nak kahwin dah kan..kan³? Hehehe.."
Aku tidak berkata apa. Hanya menahan senyum. Kenapalah setiap kali dia ada aku rasa macam nak tersenyum ni? Terasa ada taman-taman bunga yang mekar di hatiku ini. Gitew. Aku menggeleng kecil. Cuba menepis perasaan aku yang tiba-tiba teruja ini.
"Alice!!!" Tiba-tiba jerit seseorang di muka pintu. Aku tersentak. Dalam masa yang sama tiba-tiba menjadi sebak. Air mata sudah berair memandang figura di hadapan.
"Jennie!!" Terus kami menerpa dan berlari memeluk erat sesama sendiri. Jennie sudah terletak beg sandangnya atas lantai dan terus memeluk aku dengan erat.
"Huhu..Alice. Kau pergi mana selama ni, hahh? Hisk.. hiskk..dahlah aku rindu gila dengan kau ni. Lain kali jangan tinggalkan aku macam ni lagi tau?" Rintih Jennie perlahan dengan sebak. Air mata sudah mengalir ke pipinya.
Aku tersenyum terharu. Belum sempat aku mahu berkata apa dua orang perempuan sudah menjerit memanggil nama aku seperti Jennie.
"Alice!!!" Terus dua orang kawan aku Iris dan Amelia menerkam ke arah kami berdua. Akhirnya kami berempat berpelukan erat.
Aku memejam kelopak mata dalam pelukan. Rasa sebak semakin mencengkam ke hati.
Sama seperti Jennie mereka semua sangat risaukan aku. Boleh nampak reaksi mereka yang begitu rindu pada aku. Macam aku burger spicy di dalam iklan tv itu pula.
Aku menyeka air mata yang sudah mencurah ke pipi perlahan.
"Dah², jangan nangis...aku tak apa-apalah korang. A-Aku baik-baik saja selama ni. Tengok ni." Aku meleraikan pelukan. Terus aku memusing tubuh aku berkali-kali mahu menunjuk aku betul-betul sihat dan okey walau hakikatnya hati aku menindakkan itu.
Calvin hanya tertawa kecil sambil menunduk kepalanya. How cute and pretty..
Aku memandang satu per satu wajah kawan-kawan aku. Terus aku mendepakan tangan dan kami berpelukan sekali lagi.
"Huhu, I miss you Alice. Miss you so much!" Kata Amelia dengan sendu.
"I miss you too Lia..dan juga korang dua..i miss you so much..." Aku tersenyum pahit.
Tiba-tiba...
"Auch! Sakitlah! Kasarnya kau Jennie." Aku menggosok-gosok lembut lengan aku yang ditampar oleh Jennie. Sakitnya masih tersisa mak aii.
"Tahu pun sakit. Itulah! Buat lagi kiteorang risau. Hmmph!" Jennie memeluk tubuhnya. Merajuk! Pandangan dilarikan ke arah lain. Alolo..cute.
"Olooo Jen.. janganlah merajuk~~" kata aku dengan nada meleret. Terus bahu itu aku peluk manja.
Pipi Jennie yang gebu itu aku cium berkali-kali mesra.
Jennie tidak berkata apa. Dia hanya menjeling manja pada aku. Mulut ditarik ke tepi. Tidak mahu memandang aku. Ala..merajuk lagilah ni?
Manakala Calvin, Iris dan Amelia sudah tersengih-sengih memandang aku dengan Jennie.
Aku berfikir sejenak. Bagaikan ada mentol yang menyala di atas kepala aku tiba-tiba menjerit.
"Jen!! Hati-hati..ada tikus!!" Jerit aku tiba-tiba berjaya mengejutkan Jennie.
"Hahh?! Mana-mana...ahh tolong..!!" kaki Jennie sudah tidak tentu hala. Dia melompat-lompat kecil sambil memeluk aku takut.
Aku pula sudah tertawa mengena.
Mendengar aku ketawa terus Jennie kembali bersikap normal dan berdiri tegak. Dia berdehem kecil. Malu!
Terus tubuh itu sekali lagi aku peluk dengan ketat.
"Jen.. janganlah merajuk dengan aku..Nanti susah hati aku ni nak pujuk kau." kata aku dengan nada yang kendur.
Jennie menahan senyum. Dia membalas pelukan aku.
"Hehe, aku saja jelah acah-acah merajuk. Saja nak tengok kau macam mana? Siapa suruh buat aku risau sangat?" Jennie tertawa kecil.
"Sorry beb.."
"It's okay sweetie." Aku dan Jennie tersenyum gembira. Akhirnya terubat juga kerinduan aku pada kawan-kawan aku yang tersayang ni.
Aku mengerling sekilas ke arah Calvin.
Kelihatan wajah tampan itu tersenyum manis.
***********
"Hahh?! Nak kahwin?? Seriuslah??" Soal Jennie, Iris dan Amelia hampir serentak. Sekarang ni kami berempat berada di atas katil aku sambil duduk bersila.
Aku hanya mampu mengangguk menggiyakan.
"T-tapi..kenapa? Kenapa kau harus kahwin dengan dia? Wahh..dah ada future husband tak beritahu pun kat kiteorang." kata Iris.
Aku mengeluh kecil. Aduhh..apa yang aku harus katakan? Mana mungkin aku akan berterus-terang.
"Sebenarnya, Calvin.. Calvin ialah menantu pilihan ibu dan ayah aku. So, aku patut terimalah kan? Sebagai anak." kata aku tayang sengih terpaksa menipu.
Mereka bertiga terdiam seketika. Terus aku bersuara lagi.
"Dahlah jom tolong aku masak. Kita makan petang." kata aku yang sudah bangun dari katil dan keluar menuju ke dapur.
"Eh Lice! Tunggulah.." aku hanya menggeleng kecil dan tersenyum apabila kedua-dua lengan aku dipaut manja oleh Iris dan Amelia.
Manakala Jennie sudah memandang tubuh belakang aku lain macam. Dia mengecilkan mata.
**********
Di ruang makan..
Aku sudah tidak senang duduk. Mana tidaknya Jennie, Iris dan Amelia memandang teliti dan tajam lama ke arah aku dan Calvin.
Aku mengerling Calvin di sebelah. Kelihatan dia hanya beriak selamba saja dan tenang saja reaksinya melahap makanan.
Aku mencantumkan kening. Dia tak perasan ke yang kawan-kawan aku sekarang pandang aku dengan dia sampai nak tertembus otak?
"Pssst..pssst..awak.." aku berbisik perlahan di tepinya.
Calvin yang perasan akan hal itu turut berbisik sama.
"Kenapa..awak tak ada selera nak makan ke?" Calvin terpandang pinggan aku. Masih belum habis makan.
Aku rasa sekarang ni macam nak ketuk saja kepala dia dengan sudu ni. Boleh pula dia tanya lagi ye? Kecil besar.. kecil besar saja aku tengok dia ni.
"Pfft!!" Aku meniup anak rambut yang terjuntai di dahi. Sedang menahan geram. Hati sedang berdongkol ketawa dalam geram.
Comel saja bila dilihat oleh Calvin.
Calvin memandang ke hadapan. Baru dia sedar apa yang berlaku di hadapan mata seluas-luasnya dunia. Baru dia perasan. Apa ke patut..
"Errr..kenapa korang tiga pandang kami semacam je ni?" Calvin menggaru pipinya yang tidak gatal. Bibir tersengih kerang busuk.
"Korang dualah. Tahu-tahu je dah nak kahwin. Alice langsung tak beritahu cerita tentang awak walau satu habuk Calvin." kata Iris berpeluk tubuh. Wajah ditayang tidak puas hati.
Aku pula sudah tersenyum payah. Memang patut mereka rasa pelik pun.
"Ala apa susah..korang dua tanya jelah apa-apa tentang kami. Confirm kami boleh jawab. Kan darling?" kata Calvin sambil memeluk bahu aku mesra.
Aku pula sudah terkaku di sini. D-Darling?? Mata mengerdip-ngerdip beberapa kali memandangnya. Calvin hanya tayang senyuman menawannya. Ahhh senyuman tu.. betul-betul buat aku tak tahan. Dah berapa banyak kali aku dah rasa cair ni? Senyuman dia tu macam senyuman artis-artis kpop kesukaan aku. Dahlah muka dia pun macam ala-ala kpop. Ahh memang hati ini dah betul-betul cair seperti aiskrim yang perlahan-lahan cair di bawah mentari.
"Ahh comel." Terus lagi terkeras badan aku apabila jari runcingnya selamba mengelus lembut pipi aku. Betul-betul di hadapan kawan aku!
Ahhh.. malunya..
Tak cukup itu, Calvin terus memeluk dan melanggar pipi aku dengan pipinya manja seperti aku orang yang paling rapat dalam hidupnya.
Sekali lagi aku terkedu dan terkaku.
Lagilah bertambah blushing teruk pipi aku.
Ahhh mommy!! Tolong Lice...
Share this novel