Bab 25: A painful past

Fantasy Series 3715

"Erghhh!!" Badan aku ditolak kasar oleh pak cik itu sehingga membuat tubuh aku yang masih lemah tertiarap di atas rumput. Aku memandangnya dengan wajah kasihan menagih simpati.

"Hiks..hikss.." aku duduk melutut di hujung kaki pak cik itu. Kedua-dua tangan disusun sepuluh jari ke bibir merayu padanya sambil telapak tangan aku gosok sesama sendiri dengan kasar.

"Arghhh...t-tolong pakcik..jangan bunuh saya..Hiks...Hiks..saya merayu! Saya merayu sangat-sangat pak cik.." orang-orang pesakit yang berada di situ sudah terpandang ke arah sini. Yeah, itulah yang aku mahukan. Biar orang lihat apa yang dia lakukan padaku dan mereport pada pihak hospital.

Pak cik itu tak berkata apa. Tangannya mula diangkat tinggi mahu melempang aku membuat tindakan refleks aku terteleng kepala ke kanan takut dipukul lagi olehnya.

"Ahhh..." Aku memejam kelopak mata erat. Bibir teresak kecil sendiri.

Namun belum sempat tangan itu mahu melayang tamparan ke pipi aku buat kedua kalinya.. suara yang aku sangat kenal menjerit lantang berjaya menghentikannya tika ini.

Aku terkedu. Hampir-hampir saja lagi dia mahu lempang aku buat kedua kalinya. Pak cik...sungguh mu kejam!

"How dare you!"

"Let her go with your sh*t hands...or I will kill you now. Sekali lagi kau buat dia sakit.. beribu-ribu kali aku balas dengan buat kau sengsara." Keras ancaman Calvin pada pak cik tua itu.

Kelihatan pak cik itu seperti terkesima dan terpegun seketika.

"C-Calvin?" Panggil pak cik itu perlahan. Namun masih dapat didengari oleh aku lagi. Wait...pak cik ni kenal Calvin?

Calvin perlahan-lahan melangkah menghampiri sini. Tajam renungan matanya bagaikan ada laser yang mampu tertembus sehingga ke otak.

"I say let her go!!" Tempik Calvin sekuat hati sehingga membuat orang-orang di sini termasuk aku terkejut beruk. Terangkat sedikit bahu aku dek terkejut dengan jerkahannya. Calvin..kalau marah mengalahkan semuanya. Setitis air mata jernih sudah mengalir ke pipi aku. Aku tersenyum terharu. Calvin...

Pak cik itu semakin terkedu dan terkelu. Tangan sebelahnya yang mencengkam erat lengan aku perlahan-lahan dileraikan.

Aku menghembus nafas sedikit lega. Habis merah kulit aku dikerjakannya. Pak cik pun pak ciklah. Salah tetap salah! Tapi...bukan salahnya juga. Semua ini disebabkan aku. Mungkin pak cik tu begitu takut apabila terpandang bebola mata aku yang bertukar merah.

Calvin mendekati aku. Dia membuat isyarat supaya sembunyi di belakangnya. Aku hanya akur sahaja.

Aku tersenyum kelat. Matanya hanya tajam tepat memandang pak cik itu.

Apa... hubungan mereka berdua? Mereka berdua takkan kenal kalau pak cik tu panggil nama Calvin. Kecualilah..kalau Calvin selebriti.

"Anak..." Tanpa apa-apa Calvin sudah memotong percakapan pak cik itu.

"Aku bukan anak kau! Aku tak punya ayah kandung macam kau."

"Calvin! She's a monster. I know she's not human. She must die..She must die!!" Kelihatan tangan pak cik itu baru mahu menyentuh aku Calvin sudah menyambar tangan itu dari mengena ke tubuh aku.

Terkedu dan terpegun aku di sini juga apabila melihat mata mereka saling bertentangan tajam sesama sendiri. Seakan-akan akan ada perang dunia ketiga tidak lama lagi.

Tangan Calvin yang mencengkam erat tangan pakcik itu sedikit terketar-ketar.

"Move your hand away from her... sebelum nasib malang akan tertimpa pada kau tak lama lagi.." terus tangan pakcik yang sudah berkerut itu dilepas kasar oleh Calvin.

"Watch your mouth! Sebelum aku carik-carikkan mulut kau tu. Kau fikir kau orang tua kau boleh senangnya tindas atau pukul wanita. Sepatutnya tua-tua macam ni lah hanya duduk insaf sambil munasabah teringat dosa sendiri. Kurangkan dosa. Kumpulkan pahala. But see?...orang tua macam kau ni lagi banyak buat dosa ada lah! Sadis betul. Sedar diri tu sikit." Selar Calvin lagi pedas.

"And one more... she's not monster! Hanya orang bodoh seperti kau yang fikir dia monster! Monster...nama monster itu boleh dikata yang hanya selalu cuba menyakiti manusia. Tapi, bila kau pukul dia macam tu...heret dia macam pesalah yang begitu berat sekali..dia ada ke sakiti kau?" Terasa panas tubir mata Calvin saat ini. Sedikit kabur pandangannya ini.

Boleh berasap telinga pak cik itu bila dengar.

"Calvin! Sanggup kamu hina ayah kamu sendiri gara-gara hanya perempuan ini? Kamu sedar tak siapa yang kamu sedang cakap sekarang ni?! Memang dia bukan monster. Tapi suatu hari nanti...dia akan jadi tidak terkawal dan bukan manusia lagi. Sebelum waktu itu tiba...kita harus segera bunuhnya sekarang!"

Calvin terdiam seketika. B-Bagaimana... ayahnya boleh tahu semua tu? Malah lebih tahu dari dia.

Manakala aku yang dari tadi mendengar mereka bertekak sudah berasa terkilan dan terpana. Kata-kata mereka belum dapat dihadam lagi oleh aku.

Satu...m-mereka berdua adalah a-anak dan ayah? Dua...aku akan jadi tidak terkawal? A-Apa benar kata-kata pakcik itu?

Calvin tiba-tiba mencarik senyuman sinis. Langsung tidak tersentuh mendengar luahan dari pak cik itu sendiri. Atau lebih... digelar ayahnya sendiri.

Aku memandang mereka berdua silih berganti. Patut ada iras-iras sikit muka Calvin dengan pak cik tu. Ala...jadi akulah penyebab mereka berdua bergaduh. Ahh..jangan ada perang dunia kedua. Huhu...tak sanggup aku lihat mereka berdua bertengkar dan bertikam lidah seperti ini. Calvin...

"Sedar! Siapa tak sedar...orang yang berada di hadapan aku sekarang ini ialah pembunuh. Bagaimana aku boleh lupakan itu? Am I right?" Calvin tersenyum mengenget. Nadanya sungguh sarkastik memandang tajam ke arah wajah itu dengan penuh kebencian.

P-Pembunuh??

Kelihatan wajah pak cik itu seperti tak terkata seketika. Namun, pandangannya masih tajam tepat memandang aku membuat aku tertunduk seketika merenung bawah. A-Apa salah aku.. diperlakukan seperti ini? Ohh, aku hampir terlupa. Kerana aku...bukan manusia seperti mereka semua lagi. Sadisnya rasa... sehingga buat aku begitu rasa tersepit.

"Perempuan ni.." pakcik itu masih cuba mahu melukakan hati aku. Tepat tundingan jarinya ke muka aku yang bersembunyi separuh di belakang Calvin.

Tundingan jarinya padaku...beserta wajahnya yang bengis memandang aku.. seolah-olah aku tak layak hidup walaupun untuk seketika. Aku memejam kelopak mata. Air mata semakin merembes keluar ke pipi. Hati tertawa kecil pada diri sendiri. Tertawa dalam kepedihan.

"Dia...Dia nilah.."

"Dia nilah apa?!" Terus ayat pak cik itu dipotong laju oleh Calvin.

"Jaga mulut tu sikit. Atau..."

"Calvin..." Aku mencubit baju lengannya dan menggerak lengannya berkali-kali berjaya menghentikan percakapannya tadi.

Calvin menoleh memandang aku.

"Jom? Saya tak nak...kita jadi perhatian orang kat sini. Jom..saya dah penat.." aku tersenyum hambar memandangnya. Tidak sanggup lagi melihat mereka bertengkar kerana aku. Apatah seorang anak... dengan seorang bapa.

Calvin menghela nafas perlahan.

Dengan terpaksa dia mengangguk juga kerana aku.

Sebelum pergi sempat dia mengerling tajam sekilas pada pak cik itu.

Calvin menoleh ke belakang. Dia berjalan perlahan di sisi mengikut aku.

Namun, tanpa kami sedar...pak cik itu sudah mengambil batu yang tajam di hujung kakinya. Dia meluru ke arah aku perlahan-lahan dari belakang.

Tidak terasa tiba-tiba bahu aku ditarik kasar oleh seseorang dari belakang membuat aku terpaksa menoleh badan. Serentak itu, batu tajam yang digenggam erat oleh pakcik itu menguris ke kulit pipi aku membuat aku terteleng sedikit kepala ke tepi.

Ianya berlaku terlalu cepat. Calvin sudah terbuntang matanya memandang pakcik itu dengan rasa tak percaya.

Darah mula mengalir perlahan ke pipi. Ia mula menitik setitis demi setitis ke rumput.

Aku memandang pakcik dengan rasa terkilan. Perlahan-lahan pipi aku dicantumkan kulit dengan sendiri. Dia sembuh sendiri tanpa langsung berbekaskan parut.

"Tengok...luka tu sembuh sendiri. Ia adalah monster.." sedaya-upaya pakcik itu menerangkan bahawa aku monster.

Calvin menggeleng kecil perlahan. Rasa bencinya pada ayahnya itu semakin kuat dirasakan.

"Kalau dah namanya jahat memang akan sentiasa jahat. L-Lepas kau bunuh ibu aku... s-sekarang kau cuba mahu bunuh orang yang aku sayang dan berharga lagi?" Calvin menggeleng kecil di dalam kepedihan.

"Calvin... ayah...tak bermaksud mahu.."

"Tak bermaksud apa?! Stop calling yourself ‘papa’. You are not my father anymore. "

Aku tak berkata apa. Hanya memejamkan mata cuba menahan perasaan dalam diri.

Mendengarkan mereka asyik bertekak membuat aku semakin berasa tertekan.

"Please...senyap..." Aku gumam perlahan. Namun, suara mereka masih tidak henti saling bertengkar sesama sendiri.

"Diam...I say stop!" Serta-merta mereka berdua terdiam seketika mendengar bentakan aku. Serentak itu, kini pandangan mereka jatuh padaku.

Aku merenung pakcik itu dengan tajam. Serentak kaki aku berjalan perlahan mendekatinya.

Mata tajam dan berani bertentang mata dengannya.

Sekarang aku baru tahu...aku dapat sentuh orang lain kecuali Calvin.

Aku menarik kasar tangan pak cik itu yang mengenggam batu besar rapat ke muka aku. Sengaja aku berbuat begitu. Air mata yang mengalir begitu saja ke pipi tidak aku hiraukan. Mata sudah menjadi merah kerana terlalu banyak menangis.

"Baik. Saya akan tunaikan permintaan pak cik untuk bunuh saya. Sekarang saya betul-betul berada di hadapan pak cik...silakan bunuh saya..just kill me..." Aku terasa mahu menangis semahu-mahunya. Ianya terasa begitu perit dan mencucuk ke tangkal hati aku.

"Laurel!" Langkah kaki Calvin yang mahu mendekati aku terhenti seketika apabila terpandang sebelah tangan aku lagi diangkat menyuruhnya untuk tidak mendekat.

Calvin mengetap bibir bawahnya kasar. Tangan di sisi sudah bergetar pilu memandang sisi wajahku dari belakang. Tangkal hatinya bergetar memandang adegan di hadapan.

"Buatlah.... buatlah apa yang pak cik mahu lakukan! Mahu hentak kepala saya bertubi-tubi...mahu pukul saya sampai lunyai..Bunuh... bunuhlah sebanyak mana pun pada saya! Cekiklah saya! Nak bagi paling sadis...lontarlah saja saya dalam lautan ikan jerung! Bunuh saya...bunuh saya sepuas-puasnya yang pak cik mahu.. arghh!" Aku menjerit sekuat hati melepaskan semua rasa terbuku yang begitu menyesakkan di dalam hati. Turun-naik dada aku memandang pak cik itu.

Bibir bawah yang sudah menggigil aku kemam serapat mungkin. Air mata semakin degil dan melebat ke pipi.

"Semua orang...tak tahu apa yang saya rasa. Mereka.... mereka cuma tahu mahu lakukan apa saja yang mereka inginkan. Namun, saya juga yang terasa begitu tersepit dan derita. Pak cik beritahu saya... adakah itu adil bagi saya? Pak cik buatlah apapun dekat saya...tapi saya tetap masih dapat hidup. Tolong...kalau tak sabar mahu lihat saya mati pun..bahkan kalau satu dunia sekalipun yang teringin sangat mahu saya mati..saya boleh lakukan. Tapi...tak boleh ke beri saya peluang untuk hidup walau hanya beberapa hari? Hanya beberapa hari..sampai ke hujung minggu ini. Saya pun..pernah menjadi manusia. Saya pun...Hiks..Hiks..teringin mahu hidup walau sementara. Biarlah saya jalani hari yang masih tersisa ini dengan pura-pura menjadi manusia yang begitu bahagia sekali di atas muka bumi ini. Tak boleh ke kalau saya bahagia walau sekejap? Saya janji...di saat waktu itu tiba.. saya takkan hidup lagi."

"Korang fikir seronok ke jadi monster? Hiks..Hiks..'kenapa diri aku tak boleh menjadi seperti orang lain?' 'Kenapa aku tak boleh jadi seperti dulu lagi?' semua persoalan di sebalik itu hanya satu jawapan yang terjawab..jawapan yang betul-betul membuat diri ini begitu terseksa. 'Kerana. Aku. Hanyalah. Monster.' itulah jawapannya. Hikss...hikss..tak ada siapa yang tahu kesakitan yang saya alami...tapi saya kira beruntung. Kerana saya...orang pertama yang pernah rasa kesakitan yang luar biasa sehingga orang lain tidak dapat merasainya. Iaitu. Diri. Sendiri. Sudah. Bertukar. Monster."

Calvin terpejam matanya seketika. Tangan di sisi sudah digenggam sekuat hati. Air mata kelakiannya sudah menitis ke pipi. Kata-kata itu begitu menusuk ke hatinya. Betul-betul tepat ke hatinya.

Pak cik itu tidak terkata. Lama matanya memandang wajah aku yang sedang menunduk menangis dalam diam. Dagu yang menitik air mata jatuh ke bumi. Hanya diulit dengan rasa yang begitu menyengat.

Keadaan di sini menjadi mendung dan sepi seketika.

Tanpa aku sangka, pak cik itu secara serentak tiba-tiba menjatuhkan batu tadi dengan sengaja ke hujung kaki aku. Aku tersenyum dalam keperitan.

Aku memandang raut wajahnya yang mula sedikit bersimpati dengan keadaan aku.

Bibir hanya merekah dengan senyuman.

"Tak perlu berasa kesian dengan saya. Kerna, saya..bukan wanita lemah." Aku merenung tepat ke wajah itu.

Selepas berkata begitu, aku menoleh ke belakang dan mula berganjak pergi. Kaki aku terhenti seketika di sisi Calvin yang merenung sedih ke arah aku. Senyuman lembut aku hadiahkan khas buatnya.

Aku menarik nafas dan menghembusnya kasar cuba mengambil nyawa. Pipi yang basah aku seka kasar dengan telapak tangan. Serentak itu, kaki dibawa pergi dari sini.

Calvin menoleh merenung sayu tubuh belakang aku yang hanya menonong pergi berjalan dengan perlahan.

Walaupun..aku cuba untuk kelihatan baik-baik saja di hadapan orang lain. Itu bermakna...aku sudah tersungkur jatuh. Aku tak boleh tahan air mata aku dari terkeluar. Walau berusaha bagaimanapun untuk kelihatan baik-baik saja di hadapan orang lain tetapi di belakang orang...aku bagaikan seperti orang lemah tidak terdaya dari apapun.

Calvin menunduk terpandang tangannya yang digepal erat. Selepas itu, kini matanya melotot pada wajah seseorang yang paling dibencinya itu. Seseorang yang bergelar ayah.

"Calvin..." Belum sempat tangan pak cik itu mahu menyentuh Calvin segera tangan itu ditepisnya dengan penuh kebencian. Riak wajah beriak kegeliman.

"Jangan cuba panggil nama aku lagi. Such a disgusting." Selar Calvin dengan sinisnya.

Calvin menoleh badannya ke belakang mahu berganjak pergi dari situ namun terhenti seketika langkahnya apabila pak cik itu bersuara lirih perlahan.

"Masih teringatkan kisah silam itu ke? You still hate me until now?" Mendengar kata-kata itu membuat tangan Calvin di sisi sudah menggeletar.

Hatinya begitu perit teringatkan kisah silam itu. Jiwanya begitu bercelaru hari ini apabila wajah yang dia begitu benci dan tidak mahu lihat lagi akhirnya terserempak juga. Why?! Hati kecilnya menjerit sayu.

Satu per satu kenangan perit itu terlayar kembali di mindanya apabila terserempak dengan wajah itu.

Air matanya yang sudah mendarat ke pipi dia seka kasar dengan jari runcingnya. Terbit senyuman sinis di bibir merah itu.

"Orang yang telah membunuh ibu aku bagaimana boleh aku lupa begitu saja? Kau telah bunuh ibu aku! Kau dah hancurkan hati anak kau sendiri! Gelaran ayah sudah lama mati dalam hati aku. Kau...bukan lagi ayah aku.." Calvin berkata dengan nada keras. Hatinya begitu hancur. Sehancur-hancurnya. Manakan tidak, seseorang yang dia sayang iaitu ayah dia sendiri.. betul-betul di hadapannya! Sanggup dia bunuh isteri dia sendiri. Ibu kandung dia sendiri! Kenyataan itu lebih pedih dari apapun.

Calvin cuba menahan perasaan yang bergelora di dada. Hatinya sangat tertusuk dengan dosa ayahnya dulu. Dia tidak akan maafkan ayahnya lagi. Tidak akan sesekali mengaku itu ayahnya lagi. Tidak sesekali...

"Waktu itu...aku saksikan segala-galanya. Aku masih kecil lagi waktu itu. Tapi...sudah lihat semua itu. Manusia apakah kau ini? Ayah apakah kau ni? Kau... adalah seorang ayah yang paling teruk sekali di dunia ini..kau tahu? Kau bahkan tak layak sandang gelaran nama itu.."

Kata-kata Calvin lebih menyentak ke tangkal hatinya.

Pak cik itu sudah berkaca-kaca matanya.

Selepas berkata begitu Calvin terus menapak pergi daripada situ. Mata Calvin yang turut berkaca-kaca sambil masih digenggam tangan seerat mungkin.

Terserlah aura benci dan keperitan di dalam matanya.

********
Runtun hati aku mendengar dia senyapkan diri dari menangis membelakangi aku. Namun, hal itu aku masih dapat tahu dia menangis saat ini. Dapatku lihat bahunya terhinjut-hinjut tanpa cuba mengeluarkan suara tangisan.

Ya Tuhan... melihatnya seperti ini lagilah membuat hati aku bertambah sakit.

"Calvin..." Aku berjalan perlahan-lahan mendekatinya.

Senyuman pahit meniti ke bibirku. Calvin yang merasakan aku berada di tepinya cepat-cepat menyeka air mata di pipi. Dia kelihatan cuba beriak dan berlagak biasa cuba menyembunyikan kesakitan yang dialami.

"Yeah? Awak...nak air ke? Takpe, biar saya ambilkan." ujar Calvin yang terus berlalu pergi tanpa sempat untuk aku berkata lagi.

"Calvin..." Panggilan dari aku membuat langkahnya terhenti seketika. Calvin tidak menoleh ke belakang. Badannya statik terpegun di situ.

Aku mendekatinya sekali lagi dan menghadap tubuhnya. Mata yang sedang menunduk itu menjamah ke penglihatan aku. Aku memandangnya dengan mata yang lirih.

"Calvin... janganlah awak sembunyikan kesakitan di hati awak itu. Saya tahu... sekarang ni hati awak sedang menjerit dan merintih sendirian tetapi tidak ada siapa yang dengar rintihan awak. Saya ada... Lepaskan kesakitan awak itu. Awak...awak.. bercakaplah dengan saya..Awak..." Aku memegang hujung baju lengannya dan menggoyang beberapa kali.

Calvin memejamkan kelopak matanya rapat. Bibir dikemam serapat-rapatnya. Air mata setitis demi setitis menitik ke pipinya.

Telinga hanya sayup mendengar suara aku memanggilnya berkali-kali.

Aku menunduk kepala ke bawah. Bibir bawah aku diketap sekuat hati. Kenapa dengan Calvin...dia terus-terusan menangis... it's so hurt. Melihatnya nangis seperti ini benar-benar buat aku tak sanggup..

Aku turut menitiskan air mata dalam diam.

"Awak tahu tak...buat masa ini apa yang lebih penting bagi saya..Iaitu mahu melihat awak tersenyum. Melihat awak menangis ni...hehe dah buat saya rindu dengan senyuman awak. Kelakar kan? Tapi...ini hakikatnya. Awak selalu tersenyum pada saya. Selalu menenangkan hati dan jiwa ini dengan senyuman awak itu. Tapi...di saat awak menitiskan air mata dan terus-terusan menangis....ia tidak ada bezanya dengan rasa sakit yang saya alami. Melihat tangisan awak kali ini..lebih meruntun dan menyakitkan hati ini.." aku memandangnya sambil tersenyum. Mata yang bergelinangan dengan air mata tumpah satu per satu.

Calvin terus membuka kelopak matanya perlahan. Bulu matanya yang sudah basah terpandang ke arah sini.

Aku hanya tersenyum memandangnya. Manakala Calvin...lirih pandangan matanya saat ini memandang aku. Ia...lebih membuat aku rasa sedih dengan pandangan hiba itu.

"So please...jangan macam ni...awak akan lebih buat saya rasa sakit Calvin.."

Calvin tersenyum haru. Jiwanya begitu kacau dan bercelaru saat ini.

"Laurel, saya pun...manusia. S-saya pun...tak dapat tahan diri ini dari menangis. S-Saya pun...pernah rasa sakit. Saya pun...Hiks pernah rasa perit ini semua. Siapa sangka...kisah lama itu. Akan terlayar kembali di minda. Kisah lama itu...hampir luput di fikiran saya...tapi... kenangan itu terus tiba-tiba muncul mematikan diri ini secara perlahan-lahan. Membunuh dan memakan hati ini. Kesakitan ini..." Calvin menumbuk-numbuk dadanya berkali-kali.

"Lebih mencengkam setiap sedetik demi sedetik, sesaat demi sesaat...kenapa kenangan itu kembali lagi Laurel? Hiks...hikss... sedangkan saya...sudah hampir mahu lupakannya. Kenapa mesti sekarang saya harus jumpa dengan dia?" Calvin sudah tidak terkata. Terketar-ketar bibirnya saat ini melepaskan tangisan peritnya di hadapan aku di situ juga.

Aku turut menangis teresak-esak di hadapannya sehingga terhinjut bahuku. Kolam mata yang berlinangan masih merenungnya tepat dengan sayu.

A-Aku tak faham apa maksudnya. Aku langsung tak tahu...tapi yang aku tahu..dia pasti telah mengalami kenangan hitam yang begitu perit sehingga ke hari ini parut itu masih berbekas di hati.

Calvin cuba menahan dirinya dari menangis di hadapan aku. Tidak mahu melihat aku turut menangis kerana dirinya.

"Saya pergi dulu..." Selepas berkata begitu, Calvin memulakan langkahnya mendahului. Serta-merta, pautan tangan aku di hujung lengan bajunya terlerai.

Aku masih menangis teresak-esak sambil merenung lirih tubuh belakangnya.

"Calvin..." Sebelah tanganku diangkat perlahan-lahan tergawang ke udara seperti mengusap lembut tubuh belakangnya.

Andai saja aku dapat peluk tubuh itu... menenangkan si dia dari kesedihan dan keperitan. Andai saja...aku dapat mengurangkan sedikit sebanyak kesakitan itu yang masih berbekas di hatinya. Andai saja...aku dapat membuat dia tersenyum lagi padaku setiap kali wajah itu menjamah ke mataku.

Aku memejam kelopak mata aku rapat buat keberapa kalinya. Serentak itu, butiran air jernih menitis kedua-dua belah pipiku. Tangan yang masih tergawang ke udara perlahan-lahan dibentuk menjadi genggaman. Sejurus itu, tangan perlahan-lahan diturunkan ke bawah.

Calvin...semoga kesakitan awak akan cepat-cepat berakhir. Saya takut..saya takut Calvin.. kalau awak sudah berubah seperti 'orang lain' dan tidak seperti dulu lagi.

********
Calvin pov

Aku merenung kosong ke hadapan. Hanya mampu termenung sendirian dengan membuang masa begitu saja di sini. Di belakang hospital...hanya ini saja tempat yang selayaknya untuk bersendirian tanpa ditemani oleh siapa-siapa asalkan dekat dengan hospital yang Alice duduki.

Teringat akan kenangan hitam aku ketika masih berumur 7 tahun. Aku terlalu kecil saat itu untuk melihat scene yang mengejutkan dan tidak boleh terlihat di hadapan mata. Masih segar di benak ini. Bagaimana ayah aku boleh sesenang-senangnya bunuh ibu aku sendiri di hadapan mata secara tiba-tiba. Sedangkan, ketika itu... keluarga kami hanya bahagia saja. Siapa sangka... kejadian itu akan berlaku pada batang hidung aku sendiri.

Flashback 7 tahun yang lalu..

Di dalam keheningan malam, terdapat sesebuah keluarga yang sangat happy sambil menonton televisyen bersama-sama sambil bergelak ketawa.

Hanya kedengaran suara tv dan gelak ketawa bahagia dari keluarga itu.

Seorang suami isteri bersama seorang anak lelaki mereka di tengah-tengah antara mereka. Ketika ini, hanya suasana hangat dan bahagia yang mengelilingi.

Si suami dan si isteri sambil tersenyum girang memeluk anak mereka sendiri. Selepas itu, digeleteknya si anak tadi sehingga si anak melepaskan tawa kecil comelnya. Membuat si ibu dan ayah turut ketawa melihat anak mereka satu-satunya tertawa.

Namun siapa sangka satu kejadian yang rumit dan misteri akan menimpa si keluarga kecil itu.

"Mum, dad...Vin nak buang air kecil..." Rungut si kanak lelaki comel itu.

"Ala... cerita movie ni nak tamat dah. Calvin tak boleh tahan lagi ke?" Soal ayah Calvin.

"Ermm²..." Calvin dengan mimik muka cemburut comelnya menggeleng kepala tanda sudah tidak tahan lagi.

Si ibu sudah tertawa kecil melihat gelagat anaknya ini. Dia mengusap belakang kepala anak lelakinya itu dengan lembut.

"Okey sayang, biar mummy teman ye?"

Si anak kecil itu dengan wajah polosnya mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk membuat senyuman di bibir si ibu semakin mekar.

"Awak, saya teman anak kita dulu. Awak sambunglah dulu tengok movie ye? Nanti saya dengan anak datang sini balik."

"Okey sayang." Si ayah hanya mengangguk tanda mengerti.

Maka, dipimpin tangan kecil itu oleh si ibu ke suatu bilik air berdekatan di ruang tamu sebelah dapur itu.

Selepas menguruskan apa yang patut, sementara menunggu si anak kecil membasuh dan sabun tangannya Puan Elisha iaitu ibu Calvin melakukan kerja sesuatu di dapur.

Sementara si ayah iaitu Mr. Jayden tiba-tiba mendapat halusinasi yang timbul berkali-kali di kepalanya.

Mr. Jayden memegang kepalanya yang berat dan sakit.

"Ahhhh..." Dia menjerit halus dalam kesakitan.

"Erghhh..." Terjatuh tubuhnya ke atas lantai permaidani. Terduduk lemah dirinya di situ sambil bertahankan ke kerusi.

Tulang kerusi digenggamnya dengan erat beserta sedikit terketar-ketar.

Suara asing mula menerjah seperti sangat dekat membisik halus di telinganya. Bukan itu saja... bayangan asing tiba-tiba muncul dari iris matanya.

"Hihi, Jayden~ Guess what who I am.." kelihatan seperti roh jahat perempuan yang tersenyum sinis padanya. Ianya bukan roh jahat tapi kuasa jahat. Itu hanya sebuah penyamaran. Hakikatnya...itu bukan Ainsley yang sebenarnya... tetapi kuasa aura jahatnya yang akan terus-terusan mengganggu keluarga kecil itu kerana telah berjaya mengurungnya.

"A-A..insl-ley??" Terketar-ketar mulutnya cuba menahan nafas dan gelora di dada. Dirinya bagaikan terhempap dengan sesuatu yang keras. Terasa mendapat kejutan yang besar sehingga membuat dia hampir tidak terkata.

"B-bukan ke..a-aku dah kurung kau? M-Macam mana..."

"Kihkihkihkih..." Kedengaran suara itu sedang tertawa mengekek seram.

"Memang. Tapi...kau lupa ke..aura aku masih boleh hantui kau? Kau kurung aku... sejak itu kau selalu mimpi buruk dan hidup kau banyak kacau dan bercelaru sejak itu kan? Jiwa kau begitu kacau, hanya duduk sendirian...tanpa diketahui oleh isteri dan anak kau bukan? Hihi..seronok tengok kau begini..Jayden.." terbit senyuman miring di bayangan hitam wajah perempuan itu. Aura kehitamannya dapat dilihat dengan mata kasar.

Mr. Jayden yang ketika itu berfikir itu adalah Ainsley yang sebenar. Mula bertindak secara melulu.

Pisau mengupas buah yang berada di atas meja diambilnya lalu mahu menoreh ke bayangan tubuh hitam itu. Namun sayangnya, ia tidak tertembus. Apabila bersentuh dengan pisau... bayangan itu seperti menjadi asap hitam seketika sebelum kembali membentuk bayangan wanita.

"Hihihihihihihi..." Hanya gelak ketawa kedengaran bagaikan di segenap seluruh rumah itu bergema. Hanya dia yang mendengar akan gelakan kecil itu. Mr. Jayden semakin tidak tentu hala. Dia menekup kedua-dua telinganya secara terdesak. Bunyi gelak ketawa itu begitu membingitkan sekali. Hampir membuat dia tidak bernafas.

"Arghhh! Stop it! Berhenti kacau aku! Arhhh!!"

Manakala Puan Elisha yang ketika itu sedang dia mengacau air di jug dari dapur terus meluru ke ruang tamu mendapatkan suaminya yang masih terjerit-jerit pekik itu.

Cemas wajah Puan Elisha melihat suaminya begitu.

"Abang...abang!! Kenapa ni??"

Manakala Mr. Jayden hanya tertumpu pada bayangan tubuh hitam itu. Tajam renungan matanya seperti helang melirik ke arah aura hitam itu.

Tangannya yang masih mengenggam pisau dicengkam sebaik mungkin.

"Hihihihihihihi..." Bayangan hitam itu terus-terusan ketawa secara mengekek. Aura hitam itu kini betul-betul berada di hadapan isterinya.

Mr. Jayden di dalam fikirannya hanya mahu membunuh aura hitam tidak guna itu. Tanpa berfikir panjang, terus pisau ditoreh dan dilibas sekuat hati tanpa menyedarkan tubuh isterinya yang sudah terkaku memandang tepat ke wajah sang suami yang tercinta di hadapan sambil tangan tidak henti menghayun pisau ke arahnya. Darah sudah terpercik keluar ke muka Mr. Jayden.

Merasakan darah terpercik ke mukanya bagaikan tersedar dari mimpi terbuntang matanya menyaksikan pemandangan di hadapan.

Terus terjatuh lemah sekujur tubuh si isteri ke lantai dengan berlumuran darah yang semakin membuak-buak keluar.

Akhirnya kelopak mata itu sudah terpejam rapat. Desahan nafas Puan Elisha sudah tidak kedengaran.

Mr. Jayden yang masih tergamam, terkejut dan tak terkata bagaikan tidak percaya apa yang dilakukannya sebentar tadi. Malangnya, kejadian itu disaksikan sendiri oleh Calvin yang masih kecil ketika itu. Runtun hati si anak kecil itu melihat pemandangan itu sebentar tadi. Melihat bagaimana ayahnya sendiri membunuh ibunya dengan begitu kejam...Dia yang masih tidak tahu apa-apa sudah harus melihat scene membunuh itu.

"Arghhh! Hiks...Hiks... daddy bunuh mommy! Daddy jahat! Daddy kejam!! Daddy pembunuh!! Arghhh!! Hiks.. Hiks..." Terus meluru anak kecil itu mendapatkan ibu tercintanya yang sudah tiada. Dipangkunya kepala itu ke riba kecilnya. Menangis semahu-mahunya anak kecil itu dibuatnya.

Mr. Jayden lebih terpana apabila hal ini disaksikan oleh anaknya itu. Terus terduduk melutut di hadapan tubuh jasad isterinya itu.

Tangisan dan jeritan histeria dari anak kecilnya itu lebih memakan dan menyayat hatinya sendiri.

Setitis air mata jernih mengalir ke pipi itu. Penuh penyesalan dirinya ketika ini. Betul-betul tepat menusuk ke hatinya saat ini. Begitu perit..sakit sangat.

Dia masih tidak percaya tangannya itu sudah membunuh isteri kesayangannya sendiri.

"C-Calvin..." Baru tangan itu mahu menyentuh bahu anaknya terus ditepis kasar tangan itu membuat hatinya begitu tersentap.

"Jangan sentuh aku! Hiks...Hiks...kenapa mesti ibu? Kenapa mesti ibu yang harus dibunuh oleh kau? Huwarghh!! Hiks..Hiks.." lancar kata-kata bisa itu keluar dari mulut si anak kecil itu. Meraung semahu-mahunya anak kecil itu memandang wajah si ibu yang masih tidak sedarkan diri.

"M-mom...bangunlah...Hiks..Hiks.. Jangan tinggalkan Calvin....momm...bangunlah! Hiks...Hiks...bangunlah!" Tidak henti-henti tangan kecil itu menggoyang bahu ibunya berkali-kali namun mata itu langsung tidak terbuka walaupun sedikit.

Lagilah menguatkan tangisan si anak kecil itu.

Si ayah sudah menekup mulutnya. Tidak henti air mata kelakiannya satu per satu menitis ke pipi. Terdengar esak tangis kecilnya. Lebih menambah perit melihat anaknya sendiri yang masih nangis teresak-esak.

"Mom!! Mom!!! Ahhh...Hiks...Hiks... please wake up..." Calvin masih menggoyang bahu ibunya. Pipi gebu itu sudah basah dengan air mata. Keluar hingus sedikit dari hidungnya.

Merah pucuk hidung anak kecil itu menangis teresak-esak memandang lirih ke wajah ibunya. Kalau ibunya dah tiada...siapa yang mahu dia rungutkan lagi...siapa lagi kalau dia mahu bermanja... sedangkan ibunya selalu melayannya dan bermanja-manja dengannya. Hanya ibunya seorang yang dia lebih rapat berbanding ayahnya. Sedangkan ayahnya sendiri hampir selalu sibuk dengan kerjanya di luar.

Siapa lagi mahu teman dia sebelum tidur...siapa lagi mahu membacakan buku dongeng untuknya... menyanyikan lagu untuknya sebelum tidur....selalu menemannya di saat dia kebosanan...siapa lagi yang mahu bermain dengannya...

Calvin sudah menggenggam erat tangan kecilnya itu. Merah wajahnya kerana menangis itu. Hampir tidak tertahankan rasa sakit yang begitu menjalar ke hatinya... sungguh hancur hatinya...begitu remuk hatinya memikirkan si ibu tercinta sudah mati...bahkan pembunuhnya...ialah ayahnya sendiri?

Tiba-tiba tubuh kecil itu terbaring di atas lantai kasar. Terpejam mata si anak kecil itu tidak sedarkan diri.

Terlalu beban hatinya saat ini...terlalu berat dugaan yang dirasakan bagi seorang anak yang masih kecil untuk mengalami semua ini.

Mr. Jayden yang sudah tidak mendengar suara anaknya menangis membuka kelopak matanya perlahan. Terus bangun dari duduk meluru ke arah anaknya yang sudah pengsan itu.

"Calvin!! Calvin!!"

End flashback

(Di dalam fikiran Calvin, ia hanya teringat kenangan perit itu apabila menyaksikan ayahnya dengan kejam membunuh ibunya sendiri. Tidak sepenuhnya seperti flashback tadi)

Tanpa aku sedar, air mata jernih sudah mendarat ke pipiku. Tidak terasa masa yang kian berlalu. Teringat akan kenangan itu...dia masih berulang-ulang lagi di minda. Kenangan yang begitu perit untuk aku tanggung selama ini. Hampir ...hampir saja aku melupakannya. Baru aku sedar, ayah aku sendiri turut berada di hospital ini.

Bagaimana ayah aku sendiri berada di hospital? Sebenarnya, dia bukan sakit pun. Tapi, dia sendiri yang terpaksa ditahan ke hospital bagi merawat ke doktor psikiatri. Orang fikir dirinya begitu gila sehingga sanggup mereka-reka cerita bahawa dia asyik terlolong-lolong menjerit nampak aura hitam di sekelilingnya, di mimpinya dan selalu menghantui hidupnya. Begitu tidak aman dan tidak tenteram dirasakannya selama ini. Itulah kata-katanya.

Aku tergelak kecil memikirkan hal itu. Katanya, dia tidak sengaja membunuh ibu... katanya...dia mahu membunuh aura hitam bayangan perempuan itu yang selalu menghantui hidupnya tetapi tidak sengaja membunuh isteri sendiri a.k.a ibu aku.

Masih tergelak kecil memikirkan hal itu. Air mata masih menitis ke pipi dengan laju.

Tawa kecil kian terhenti. Sekarang, keadaan menjadi hening seketika di sini.

Tubuh masih disandarkan ke dinding. Aku menyeluk tangan ke dalam kedua-dua poket seluarku. Kepala ditundukkan menekur bawah.

"Hikss...hikss..." Aku masih menangis teresak-esak seorang diri.

"Kenapa ayah? Kenapa mesti ibu yang mati..dan kenapa...Hiks..Hiks..mesti tangan ayah yang bunuh ibu sendiri? Kalau ibu mati...itu aku boleh terima. T-tapi...paling menyakitkan dan memeritkan... kenyataan yang ku tidak boleh terima...a-ayah buat keputusan membunuh ibu. S-Silap besar ayah...silap besar.." aku memejam kelopak mata.

"Arghhhhh!! Arghhhhhhhhh!!" Aku menjerit semahu-mahunya. Turun-naik dada aku saat ini. Air mata semakin lebat ke pipi.

Badan menghadap ke dinding. Sebelah tangan yang berbalut sudah menumbuk dinding berkali-kali sehingga membuat tangan yang sedia ada cedera semakin cedera dan berdarah.

"Arghhh! Kenapa ayah?! Kenapa...aku lebih sanggup..kalau aku sendiri tidak saksikan hal itu.. Hiks...hikss... mengetahui kenyataan perit itu lebih..lebih menyeksa hati ini...arhhh...hikss..Hiks.." kini tangan menumbuk-numbuk kasar ke dada sendiri. Tertunduk kepala aku sehingga menyentuh ke dinding.

Terhinjut-hinjut dada aku menangis.

"Seandainya...aku tak lihat ayah aku sendiri bunuh ibu aku dengan kejam...aku lebih sanggup dan pilih untuk tidak melihat pemandangan itu... seandainya aku ada pilihan...aku akan pilih untuk tidak lihat semua itu! Aku lebih sanggup! Kalau... diperbodohkan seumur hidup daripada mengetahui semua ini... daripada membenci ayah sendiri dengan segenap hati...Hiks..Hiks...!"

Setelah lama...aku meluah segala-galanya pada diri sendiri...setelah puas menangis.. aku tersandar di dinding sambil terduduk lemah secara bersila.

Mata hanya kuyu dan kosong memandang ke hadapan. Pipi yang sudah kering dengan air mata tidak aku hiraukan.

Tiba-tiba...tanpa aku sedar...ada cahaya terang muncul di hadapan. Cahaya kian tiada sehingga memunculkan diri seseorang. Ianya betul-betul di hadapan aku. Terdongak kepala aku sedikit. Tok itu...

Aku bangun dari duduk. Pipi diseka kasar dengan telapak tangan.

"Calvin..." Panggil tok itu lembut.

"Y-Ya? Tapi...macam mana tok tahu saya ada di sini?" Soal aku perlahan memandang ke arahnya. Kening atas sedikit berkerut.

Tok itu hanya tersenyum saja tanpa menjawab soalan aku.

Telapak tangan tiba-tiba ditadahnya. Serentak itu, muncul sesuatu seperti tongkat panjang di atas telapak tangannya.

Kemudian, tok itu menyua tongkat itu padaku.

"A-Apa ni tok?" Aku merenung lama tongkat itu yang sudah berada dalam genggaman tanganku.

Sedikit tergamam aku dibuatnya apabila serentak aku memegang tongkat itu...tongkat itu tiba-tiba menampakkan cahayanya. Namun, hal itu hanya sekejap sebelum kembali tiada.

"Itu adalah tongkat. Jagalah ia dengan sebaik mungkin. Ia dapat membantu kamu untuk menghancurkan Ainsley. Tidak lama lagi bulan darah purnama itu akan tiba..kamu dengan sendiri akan tahu bagaimana cara untuk menggunakannya. Kerna ini...memang tongkat kamu."

"Ohh sebelum terlupa, tongkat ini juga akan dengan sendiri pergi ke arah kamu... sekiranya kamu memanggilnya dengan tongkat sakti. Ia dengan pantas akan terus meluru ke arah kamu."

Aku menggangguk kecil perlahan. Walaupun, sedikit agak kebingungan tetapi aku yakin semakin lama akan faham itu.

"Calvin..."

"Hmm?" Tengah mata aku ralit membelek tongkat ini pandanganku kini jatuh pada wajah tok itu.

"Tok terfikir...nama panjang kamu apa ye? Sebab...kamu tak pernah beritahu nama panjang kamu pada tok."

Aku terdiam sejenak.

"Nama saya...Calvin Jayden.." hampir tidak terkeluar menyebut nama panjang itu. Walau apapun, nama itu tetap menjadi nama panjang aku sendiri.

Aku mengerutkan dahi. Tok itu seperti tergamam seketika. Namun, reaksi itu tidak lama sebelum kembali mengusap janggutnya.

"Patutlah...kamu dipilih nak..kerana kamu adalah anaknya.."

Bertambah kerutan di dahi aku dibuatnya.

"Maksud tok?"

"Kamu ingat lagi tak tentang kisah Ainsley yang tok pernah cerita tu? Orang pakar yang kurung Ainsley.. ialah ayah kamu sendiri nak..."

Bulat mataku memandang wajah tok itu. Lutut aku sedikit bergetar. Terperanjat, terkedu, terkesima dan macam-macam apa yang ku rasakan saat ini. Semuanya bercampur-baur.

T-Tak.. mungkin..

**********
Aku berjalan longlai perlahan di dalam hospital ini.

Terngiang-ngiang kata-kata tok itu di benak ini.

"T-Tak mungkin.. tak mungkin dialah orangnya. Mungkin...tok tersilap ke?"

Tok itu menggeleng kecil.

"Mana mungkin tok akan tersilap tentang hal ini. Tok yakin...ayah kamulah orangnya..dialah yang mengurung Ainsley ke dalam sebuah bekas khas dan melontarkannya ke laut. Ayah kamu ialah bagaikan 'perwira' bagi dunia ketika itu dahulu. Jadi...tak dihairankanlah kalau kamu sebagai anaknya dipilih menjadi si 'penyelamat' dunia. Satu-satunya manusia yang dapat memusnahkan Ainsley."

Aku tersandar di dinding hospital dengan kasar.

Kepala turut disandarkan ke dinding dengan kasar.

"Erghhh... t-tapi kenapa? Hmm? Kalau..dia jadi perwira bagi dunia dahulu...kenapa dia tidak jadi perwira bagi keluarganya selepas itu? Kenapa dia bunuh ibu aku? Ibu aku syaitan? Kuasa jahat... tak. Itu semestinya sangat mustahil. Kenapa aku dan ibu aku harus menjadi mangsa pula? Katanya tidak sengaja huh? Tidak sengaja kerana apa?! Arhh..." Aku menekup kelopak mata aku dengan telapak tangan dan ditenyeh-tenyeh beberapa kali dengan kasar.

Rambut aku kembali diserabutkan dengan sengaja. Tidak menghiraukan orang di sekeliling ku.

Aku melepaskan keluhan berat sejenak.

"Untuk semua jawapan itu...hanya ada pada dia. Menanggung semua persoalan ini memang buat aku rasa tak tahan. Jadi...aku terpaksa bertemu dengannya... supaya semua persoalan 16 tahun yang lalu akan terungkai juga mulai hari ini."

Akhirnya, kakiku dibawa ke suatu bilik wad seseorang. Terhenti sejenak kakiku di hadapan pintu wad itu. Tangan di sisi sudah terketar-ketar. Aku mengetap bibir bawahku seraya menutup kelopak mata perlahan.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya cuba mengambil kekuatan. Selepas 16 tahun...baru hari ini aku buat keputusan untuk bercakap dan bersua muka dengannya. Rasa kebencian padanya masih berbekas ke hati ini. Aku bahkan rasa tak sanggup mahu memandang wajahnya walaupun sedikit. Tapi, hari ini...aku sudah berbuat begitu secara tidak sengaja bertembung muka dengannya. 16 tahun lamanya.. akhirnya aku bercakap juga dengannya.

Dan sekarang, inilah masanya untuk bertentang mata dan bercakap dengannya lagi. Aku perlu tahu kenapa dia mesti bunuh ibu aku..kenapa dalam banyak-banyak orang..mesti ibu aku?

Tukk...tukk...

Selepas mengetuk pintu, tangan yang masih sedikit terketar-ketar akhirnya diangkat perlahan untuk memulas tombol pintu.

Pintu bilik dibuka secara perlahan. Serentak itu, jantung aku sudah berdebar lain macam.

Terpegun aku seketika memandang tubuh tua itu yang sedang termenung menghadap sisi tingkap. Aku mengemam bibir aku dengan rapat.

Sejak kejadian itu...ini kali pertama aku mahu bercakap dengannya. Melihatkan si tubuh yang sudah uzur itu...sangat mencengkam ke hati. Terasa hati ditusuk sembilu. Walau betapa bencinya aku pada dia...tapi rasa sayang itu juga masih berbekas di hati. Dia...tetap ayah aku. Walau sebanyak mana pun aku cuba untuk menindak...dia tetap ayah kandung aku...sedarah daging aku sendiri.

Tanpa ku sedar, air mata sudah bergelinangan di tubir mata. Aku tersenyum dalam kepahitan.

Perlahan-lahan kaki ku berdetap satu per satu ke arah tubuh tua itu. Dia masih tidak sedar kehadiran aku di sini. Mungkin, fikirnya aku cuma nurse atau doktor seperti biasa mahu mengeceknya setiap waktu.

Punggung dilabuhkan di hadapannya. Aku memandang sayu ke wajahnya. Bibir aku seakan-akan digam tidak mampu untuk berkata-kata.

Melihatkan raut wajahnya dari sini dengan jarak dekat lebih menyentak ke tangkal hati. Raut wajah yang aku telah lama benci selama 16 tahun..

"Ahem²..." Aku berdehem kecil membuat kepala itu serentak berpaling ke arah aku. Terkejut dan tergamam wajah itu bila dilihat apabila statik memandang ke arah aku.

"C-Calvin...??" Raut wajah tua yang sudah berkerut itu mengukir senyuman halus.

Aku tidak berkata apa. Hanya pandangan dingin dan kaku dilontarkan ke arahnya.

"Saya mahu tanya pak cik.. tentang sesuatu. About my mother..."

Pakcik itu tersenyum kelat. Kecil hatinya apabila anak sendiri pura-pura tidak mengenalnya hari ini. Sungguh, dia sangat rindukan tatapan wajah tampan itu... menatapnya dengan penuh rindu di hati untuk beberapa tahun lamanya... akhirnya terubat juga.

"Calvin...ayah rasa sangat kagum..k-kamu..kamu dah besar nak. Handsome p-p.." belum sempat dia mahu berkata lagi aku sudah memotong percakapannya.

"Pakcik, saya tak nak dengar tentang hal itu. Please...saya mohon. Tolong beri kerjasama. Saya nak tahu... jawapan di atas segala persoalan saya selama ini yang bermain di minda. 16 tahun yang lalu! 16 tahun yang lalu...kenapa pakcik bunuh ibu saya? Please... please tell me the truth.."

Aku sudah menatapnya dengan penuh rayu.

"C-Calvin... i-itu...kamu masih mengungkit tentang hal itu? Itu kan kisah silam?.."

"Kisah silam pakcik cakap? Bahkan selepas beribu-ribu tahun sekalipun....saya akan ingat segala detik kenangan itu dari mula... hingga akhir. Tak akan ada secebis walaupun sedikit ingatan yang saya akan lupa.. Bagaimana mungkin.. seorang anak...akan lupa detik-detik terakhir ibunya mati dengan kejam dibunuh oleh orang yang namanya pakcik Jayden sendiri!" Turun-naik dadaku dibuatnya. Mataku sudah berkaca-kaca memandangnya.

Kelihatan dia seperti tidak terkata seketika.

"Ayah tahu... disebabkan ini...ia buat anak ayah sendiri menderita. Menderita selama beberapa tahun lamanya. Susah untuk anak ayah lupakan itu. Tapi... langsung tidak ada sekelumitkah kamu berfikir tentang ayah? Ayah pun...ayah pun rasa teruk sangat sejak tu nak...s-selama ini...ayah hanya hidup dalam serba salah yang teramat. Setiap helaan nafas ayah...ayah tidak pernah rasa tak bersalah walaupun sedikit. Hidup ayah...tidak pernah tenteram. Ayah pun rasa derita seperti kamu...A-ayah...rasa bersalah sangat pada ibu kamu. Tapi.."

"Tapi apa? Beritahulah...Hiks..Hiks..kenapa ayah buat begitu? 16 tahun yang lalu...ayah bukan saja bunuh seorang! Tapi...ayah turut 'bunuh' anak ayah sendiri dengan kejam. Ayah telah hancurkan hatinya.. selumat-lumatnya...buat dia begitu menderita dan buatnya terpaksa menanggung rindu yang teramat. Dia boleh terima kalau ibunya mati...tapi kenapa harus mesti ayah yang buat dia mati? Jangan cakap...sebab takdir punca itu."

"Beritahu dia! Beritahulah dia...kenapa ayah buat begitu?!" Aku sudah terlalu emosional. Jatuh air mataku di hadapannya satu per satu.

"Sebab kuasa jahat...punca ibu mati sebenarnya kerana Ainsley. Ayah tahu...kamu pasti tak akan percaya punya. Salahkanlah diri ini semahu-mahunya... bencilah diri ini sebanyak mana sekalipun..tetapi kamu harus ingat nak... seorang suami juga tidak mungkin sanggup untuk membunuh isterinya sendiri...bahkan menjadi ibu kepada anaknya sendiri. Ayah pun merasakan kesakitan yang sama..."

A-Apa...A-Ainsley?...

Arghh...erghh...kenapa rumit sangat ni? Apa betul ini semua angkara Ainsley? B-Bagaimana?? Dan...kenapa?!

A-apa..ini memang betul?.. Kata-kata ayah dulu.. yang mengatakan semua ini angkara aura hitam bayangan seseorang itu..apa dia?

"Jelaskan semuanya satu per satu. Kemudian, akhirnya biar saya sendiri yang akan tentukannya sama ada mahu percaya ataupun tidak.."

"Baik...kalau itu yang kamu mahukan. Ayah akan ceritanya pada kamu. Dari permulaan..sehingga ke titik habisnya.."

Akhirnya dia menceritakan satu per satu..dari di mana dia berjaya mengurung Ainsley dengan kepandaiannya sendiri kerana seorang lelaki tua. Mungkin, lelaki tua yang dimaksudkannya adalah tok itu. Sekejap..kalau memang benar ia ialah tok itu...sangat mustahil. Kerana manusia yang tua dahulu tidak akan dapat bertahan hidup sehingga ke hari ini. Sekarang, baru aku betul-betul yakin tok itu bukan saja ada kuasa sakti...tapi dia juga bukan manusia seperti yang lain. Cuma...dia ialah apa. Aku pun tak pasti.

Kemudian dia turut menceritakan tentang di mana detik sebelum kejadian itu. Sebelum itu, katanya kuasa jahat Ainsley tapi bukan Ainsley...ia adalah auranya tersendiri.. yang selama ini mengganggu ketenteramannya dari mimpi sehingga ke realiti. Sejak dia berjaya mengurung Ainsley. Sungguh kuasa jahat itu begitu kuat sehingga auranya pun masih dapat menghantui hidup manusia pun walaupun dikurung.

"Sejak itu, ayah dikacau tanpa henti dengan bayangannya. Selepas rasa betul-betul tak tahan. Ayah membuat keputusan untuk jumpa dan tanya tok itu sendiri. Namun malangnya..itu tak kesampaian apabila ayah sendiri mengacukan pisau pada bayangan hitam itu secara tidak langsung menghayun beberapa kali dan tidak sengaja terkena ibu kamu. Waktu itu...ayah tidak sedar. Kerana ayah fikir...hanya ayah dan makhluk itu saja di situ. Dalam kepala ayah...ayah cuma mahu bunuh terus makhluk itu supaya tidak kacau ayah lagi. Namun, ayah bodoh..tidak mungkin ia sesenangnya dapat dibunuh. Dan itu juga... bukanlah Ainsley sepenuhnya."

Aku tersenyum sendiri dalam kepedihan mendengar dia menceritakan satu per satu...

"Nama pun bayangan hitam. Mana mungkin dapat dibunuh dengan begitu saja." Selar aku tajam.

"Yeah ayah tahu..nak! Ayah..A-ayah betul-betul tak sengaja. Kamu...tak percayakan ayah bukan?"

Tanpa ku sangka, dia sudah menarik tangan aku dan menggengamnya erat. Hangat tangannya menyentuh tanganku.

Aku berpaling wajah ke arah lain. Mata dipejam perlahan serentak air mata jernih sudah mengalir laju ke pipi. Akhirnya... selepas beberapa tahun lamanya..aku dapat merasakan sentuhan tangan itu. Tangan yang bergelar ayah sendiri.

Lama kami berkeadaan begini. Keadaan semakin dirasakan sayu sahaja.

Aku perlahan-lahan menarik kasar tanganku dari genggamannya. Kelihatan dia sudah menitiskan air mata namun aku tidak menghiraukan.

Aku cuba keraskan hati memandang wajahnya. Pipi sudah basah dengan air mata.

"Sengaja...atau tidak sengaja...ayah tetap bunuh isteri sendiri juga bukan?" Mata itu aku renung dengan tepat.

"Yeahh... Hiks Hiks..memang betul...a-ayah minta maaf nak..dosa ayah ini..tidak terkira.." Akhirnya... inilah yang kutunggu-tunggukan selama ini. Mendengar mulut itu sendiri mengaku tentang kesilapan sendiri.. mendengar dia sendiri meminta maaf padaku. Yeah, akhirnya inilah masanya yang aku ternanti-nantikan selama ini.

Aku bangun dari duduk. Sudah lama dan cukup untuk aku berada di sini.

Sebelum pergi, sempat aku bersuara padanya. Namun, tubuh tidak ditoleh menghadapnya.

"Terima kasih...atas penjelasan tadi..saya pergi dulu.." pakcik itu sudah memandang aku dengan sedih.

"Nak..." Terhenti seketika langkah aku daripada berjalan apabila terdengar suaranya memanggil.

"Kamu...masih tidak dapat maafkan ayah?"

Bibir bawahku bergetar. Tangan di sisi turut menggeletar. Hanya Tuhan saja yang tahu... perasaan aku apabila terpandang dengan mata kepala sendirinya melihatnya membunuh ibu aku. Walaupun...tidak sengaja. Tapi salah tetap salah.

"C-Calvin...maafkan ayah..but...sorry...ia tak mampu untuk Calvin lupakan. Cukup. Cukup hanya ini perjumpaan terakhir buat kita berdua. Selepas ini...jangan pernah lagi munculkan diri di hadapan Calvin.." aku mencantumkan kening.

Sejurus air mata buat keberapa kalinya sudah mengalir di kedua-dua belah pipiku. Akhirnya terlepas jua butir bicara itu dari mulut aku. Terasa kurang sedikit beban di hatiku mengatakan itu. Serentak itu, aku terus mengangkat kaki pergi dari sini.

Manakala dirinya...sudah menekup mulutnya. Terlepas jua tangisannya di situ. Pakcik Jayden... akhirnya tidak dapat tahan dari menangis. Tersebik-sebik dia menangis sendirian di situ. Melepaskan rasa yang sudah lama terbuku di dalam hati.

Manakala aku sudah bersandar kepala di tepi muka pintu tanpa dirinya sedar. Telinga dengan jelas.. mendengar dia menangis.

Kini, pandanganku hanya kosong ke hadapan. Sudah tidak ada lagi air mata yang menitis. Hanya perasaan lega kerana hal ini selesai juga. Namun, dalam masa yang sama aku rasa sedikit terkesima dan tersentap. Sebab semua punca ini berlaku kerana Ainsley. Yeah, dialah punca sebenar ibu aku meninggal.

Kebencian kini semakin meruap-ruap terhadap Ainsley. Perasaan ingin menghancurkannya sekelip mata semakin kuat dirasakan.

"Ainsley..." Terbit satu nama itu yang meniti di bibir aku.

**********
Sambungan Alice pov

Akhirnya aku sudah sampai ke rumah dari hospital.

Aku menghempas kasar tubuh ke katil. Hmm, hari ini biar giliran aku pula yang masak. Muahehe..

Aku keluar dari bilik. Kemudian, mahu menuju ke dapur namun terhenti seketika langkah apabila terpandang wajah Calvin yang hanya termenung di atas sofa ruang tamu. Sayu mataku memandang tubuh belakang itu.

Aku melepaskan keluhan kecil seketika. Kepala ditunduk ke bawah menekur lantai. Kemudian, dengan berat hati langkah dihayun semula ke dapur.

********
Aku berjalan longlai seorang diri di sini. Tidak terasa awan di atas mulai mendung dan kelam. Tiba-tiba aku ternampak seorang makcik tua yang sedang bertungkus-lumus menolak troli yang berisi banyak kotak dan barang lain.

Tanpa ku sangka, hujan sudah lebat menuruni ke bumi. Habis basah pakaian aku namun itu tidak tetap menghalang niat aku untuk menolong makcik itu. Malah, lebih kasihan.

"Makcik! Mari saya tolong tolak. Hujan lebat ni!" Kata aku separuh menjerit kerana bunyi hujan yang lebat.

Belum sempat makcik itu mahu berkata apa. Aku sudah menyua sebuah payung padanya. Yeah, aku bawa payung siap-siap sebelum berjalan sendirian untuk diri sendiri. Manalah tahu hujan. Tapi, aku buat keputusan untuk beri saja pada makcik itu.

"Makcik payungkan diri makcik saya tolak!" Kataku selepas itu berlari-lari anak dalam kehujanan ke belakang troli besar itu dan menolaknya dengan sekuat hati.

"Tolonglah...tolak lagi Alice...kau mesti boleh..Aku akan guna kuasa Ainsley. Kalau Ainsley menggunakan kuasanya untuk menghancurkan dan memburukkan orang lain tapi aku..akan menggunakan kuasanya dengan menyelamatkan dan menolong orang lain."

Aku memejam perlahan kelopak mataku. Serentak itu, aura merah evil keluar secara perlahan dari celahan tanganku. Serta-merta tolakan menjadi lebih pantas sehingga makcik tua di hadapan terpaksa melepaskan tangan dan memegang payung hanya membiarkan aku menolak trolinya.

Selepas membuka kelopak mata, automatik warna iris mataku bertukar merah. Makcik itu tidak akan perasan kerana pemandangan sini kabur dengan hujan yang lebat.

Aku terus-terusan menolak troli itu sehingga ke pekarangan rumah makcik itu. Serta-merta aku menyerap kuasa aku semula supaya tidak dilihat oleh makcik itu. Pakaian yang basah dengan air hujan membuat aku sedikit menggigil kesejukan. Bebola mata sudah bertukar warna asal.

Haih, troli tu memang berat! Tapi, disebabkan kuasa aku dia tiba-tiba jadi ringan. Tapi, nasib aku mula terbesa dengan kuasa Ainsley. Cuma...macam mana makcik tu boleh tolak eh troli ni? Sorang-sorang pula tu. Sadiss.

"Makcik berterima kasih sangat pada kamu nak. Kamu..tak nak masuk dulu dalam rumah makcik? Minum dulu ke? Maaflah sebab rumah makcik ni kecil."

Aku tersenyum kecil memandang makcik itu. Mata berkelip lembut.

"Eyhh takpe makcik. Lagipun, saya kena mandi cepat kat rumah. Nanti...demam pula badan ni hehe.." kata aku cuba beramah mesra.

Makcik itu mendekati aku perlahan sehingga betul-betul berdiri setentang di hadapan aku.

Kedua-dua tanganku disentuhnya lembut membuat aku sedikit tersentak. Namun, aku hanya tersenyum manis saja.

"Kamu...memang anak yang baik nak..." Aku sekali lagi sedikit tersentak dengan kata-katanya. Anak yang baik...sudah lama aku tidak dengar butir perkataan itu.

Tak makcik. Saya...bukan anak yang baik. Saya... sebenarnya...monster yang sangat jahat makcik...

Hati kecilku menjerit sayu. Namun, kata-kata itu hanya tersimpan dalam hati saja.

"Tak semestinya orang itu baik makcik... sedangkan kalau dia pernah buat kesalahan dosa yang tak terampunkan. Masih layakkah dia bergelar...anak yang baik makcik?" Aku merenungnya dengan tepat. Bibir tersenyum dalam kepahitan. Terasa panas tubir mataku.

Bibir makcik itu menguntum senyuman lembut.

"Semua orang ada dosanya yang tersendiri. Kalau betapa banyak atau besarnya dosa yang dia telah lakukan...dan dia merasakan dirinya jahat. Itu tidak benar. Kalau dia ada walau hanya secebis sedikit kebaikan juga dilakukan pada orang lain...itu bermakna... sejauh-jauh lubuk hatinya masih ada secebis kebaikan. Makcik tidak kata...dia benar sepenuhnya. Kalau dia lakukan dosa besar biarlah dia menjalani hukumannya tapi...yang pastinya dia masih bukan orang jahat. Kerna hatinya...masih diulit dengan sedikit rasa kebaikan."

Aku sedikit terkedu. Kata-katanya membuat aku tak terkata. Namun, aku hanya tersenyum memandangnya.

Belum sempat aku mahu berganjak pergi makcik tadi kembali bersuara menghentikan langkah aku tadi.

"Apa yang makcik perlu lakukan untuk tembus kebaikan kamu ni nak?.."

Aku menoleh badan ke arahnya.

"Tidak ada makcik...kalau orang lain jadi saya pun..dia pasti tetap akan tolong makcik. Bila nampak makcik dalam kesusahan."

"Tapi...tak semua orang macam tu.." kata makcik itu perlahan. Aku sekali lagi tidak jadi pergi. Mata sayu memandang ke arahnya.

Sekali lagi tangan aku disentuhnya lembut.

"Nak..makcik betul-betul berterima kasih pada kamu...kerana kamu telah tolong makcik tadi. Beritahulah... mungkin ada yang makcik tolong kamu pula untuk balas jasa kamu ni?"

Aku terdiam seketika. Tiba-tiba bagaikan lampu yang menyala di atas kepala ada suatu masalah yang ku tak dapat selesaikan.

"Makcik, makcik boleh tolong saya sesuatu tak?"

********
"Makcik masuk dulu." Kataku mempersilakan makcik itu masuk ke rumah Calvin. Hehe, apalah aku ni pun. Tak beritahu tuan rumah sendiri nak bawa orang asing datang. Huhu, mesti dia akan marah ni..

"Makcik, are you ready?" Aku sudah tersenyum penuh makna. Makcik itu turut tersenyum nakal.

"Ready!" Kami tertawa mengekek perlahan tidak mahu Calvin dengar.

Ada sesuatu yang ku rancangkan.

Aku mula mengira sambil berbisik.

"Satu..."

"Dua..."

"Tiga...okey makcik let's do this. The plan starts from now."

Terus aku dan makcik tadi masuk menerjah masuk ke bilik Calvin.

"Calvin!" Jerit aku memanggil namanya.

Calvin yang menyedari terus menoleh badannya menghadap aku. Tiba-tiba makcik itu memeluk Calvin dengan erat. Siap menepuk-nepuk lembut perlahan berkali-kali ke belakangnya.

Aku sudah tersenyum-senyum seorang diri. Akhirnya plan menjadi. Calvin yang tak tahu apa-apa rasa tak terkata apabila tiba-tiba makcik yang asing masuk ke biliknya dan terus memeluknya dengan erat. Isyarat matanya dibuat seperti menanya pada aku 'Apa ni?'.

Aku hanya tersenyum sahaja sambil kening diangkat berkali-kali. Tangan berpeluk tubuh sendiri.

"Nak, walau serapuh apapun di hati kamu...kamu harus tetap kuat. Menjalani kehidupan ini dan menjadi contoh bagi orang lain." Calvin tidak berkata apa. Reaksi matanya yang terkejut akhirnya bertukar menjadi redup.

"Terima kasih.." hanya itu yang mampu Calvin ucapkan. Tanpa sedar, matanya yang bergenang sudah menitiskan air mata.

Aku hanya tersenyum terharu. Terasa dada begitu sebak saat ini menyaksikan di hadapan.

'Calvin...kalau saya tidak dapat peluk awak dan tidak dapat menenangkan awak...saya akan membuat pilihan dengan hanya membiarkan orang lain untuk menenangkan awak. Saya buat semua ni...hanya kerana awak Calvin..'

Aku hanya mampu memandang ke arah mereka berdua yang masih berpelukan. Calvin sudah melepaskan tangisannya di atas bahu makcik itu sambil terpejam matanya.

Aku hanya tersenyum kelat. Tangan di sisi sudah meramas kasar baju.

Tanpa sedar, setitis air mata jernih turut mengalir ke pipi aku.

*********
"Awak dah rasa lebih baik, Calvin?" Aku mengerdip mata lembut memandangnya. Makcik tadi sudah aku hantarkannya balik. Tidak sangka, rancangan aku ini.. sedikit sebanyak menyembuhkan luka di hatinya.

Calvin akhirnya mencarik senyum.

"Saya rasa..lebih baik..Sudah cukup rasanya..saya berada dalam kesedihan. Saya akan lebih cepat move on..hanya bersikap reda dan hanya membiarkan.."

Aku tersenyum mendengar kata-katanya.

"Baguslah kalau begitu."

"Laurel..."

"Hmm?" Calvin mengengsot sedikit mendekati aku.

"Thank you so much.."

"For what?"

"For... everything?"

Aku hanya tertawa kecil.

"Kenapa gelak?" Calvin mengerutkan keningnya.

"Tak, sepatutnya sayalah yang lebih patut berterima kasih pada awak Calvin...sejak kehadiran awak dalam hidup saya..awak sedikit sebanyak menerangi hidup saya. Tanpa awak di sisi..saya tak dapat bayangkan apa yang terjadi."

"Kalau Ainsley membuat hidup awak menjadi gelap segelap-gelapnya..maka saya akan jadi cahaya yang akan selalu menerangi hidup awak." Kata-kata Calvin membuat hati aku tersentuh.

Aku tersenyum terharu padanya.

"Calvin, tu tongkat apa?" Kata aku menjuihkan mulut menunjuk tongkat di sudut tepi biliknya. Sengaja aku bertanya begitu walau aku sudah tahu.

Calvin mencapai tongkat itu dan kembali duduk.

"Tongkat ni... pemberian tok itu. Katanya, ia dapat membantu saya menghancurkan Ainsley.."

Aku memandang wajah Calvin dengan tepat.

'Calvin, seandainya awak tahu... tongkat ini..saya takkan biarkan awak musnahkan Ainsley...tapi..ia akan membunuh diri saya sendiri bersama Ainsley. Hanya tongkat ini...dan hanya awak seorang saja yang boleh bunuh saya..'

Aku memejam kelopak mata menahan perasaan yang begitu mencucuk ke tangkal hati.

"Laurel, kalau esok kita pergi berjalan nak tak?"

Aku tersenyum ceria.

"Nak! Hehe.." terlepas tawa kecil kami berdua.

Tiba-tiba...

"Ahhhh..." Menggigil tubuh aku menahan kesakitan dan kepanasan yang teramat di tubuh aku. Ia...terjadi lagi.

"Alice, kenapa ni? Awak sakit ke?" Calvin sudah beriak cemas dan kelam kabut. Ditambahkan lagi dirinya tidak dapat menyentuh aku.

"Calvin..." Aku sudah menangis. Menitiskan air mata tidak mampu menahan sakit yang sedia ada. Tidak mampu juga untuk berkata apa.

Kulit aku sudah bertukar menjadi kemerahan.

"Uhukk..." Aku terus memuntahkan darah di atas telapak tanganku. Segenap dalam tubuh aku dirasakan kesakitan yang begitu tajam dan begitu mencucuk sekali. Ianya hampir membuat aku tidak bernafas.

"Arghhh!!"

"Alice!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience