Bab 20: Sake of love

Fantasy Series 3715

Ainsley menunduk kepala ke bawah. Kedua-dua tangannya di sisi sudah digenggam dengan erat. Terbit aura hitam di sekeliling tubuhnya. Ainsley sedang menahan rasa.

Di dalam genggaman tangannya mempunyai api bersedia untuk mengarah ke Calvin.

Calvin sudah beriak berhati-hati.

Ainsley tiba-tiba mendiamkan diri. Hal itu membuat Calvin rasa pelik dan lain macam.

Ainsley mula mengangkat kepalanya. Senyuman evil mula terbit di hujung bibir ulasnya. Bebola matanya yang merah tajam menikam ke anak mata Calvin.

"Kau kata..kau si penyelamat dunia right? Kalau begitu..dapatkah kau tahan kuasa evil dari Ainsley?" Tanpa disangka oleh Calvin..Ainsley terus mengarahkan tangannya yang sudah mengeluarkan api ke arah Calvin.

Calvin tergamam.

"B-Bagaimana... ahhh!" Calvin menghadang wajahnya dengan lengannya. Badannya sedikit menggigil. Mata dipejam rapat. Adakah...dia akan mati dibunuh oleh Ainsley? Tertawa dalam kepedihan.. cepatnya..dia masih baru memula langkah dan sekarang nyawanya akan menjadi taruhan??

Namun yang menambahkan kekeliruan dalam diri Calvin apabila dia langsung tidak merasakan sakit di tubuh badannya.

Calvin membuka perlahan kelopak matanya.

Apa yang disaksikannya olehnya saat ini apabila seorang lelaki tua yang menghalang tubuhnya.

Terkejut dirinya apabila lelaki tua itu dapat menahan tangannya dengan api Ainsley daripada terkena tubuhnya sendiri.

"T-tok??"

Terus api itu kini kembali diarah pada Ainsley.

Ainsley tertepis kepalanya ke tepi. Di sebalik rambutnya yang terjuntai menutupi wajahnya terbit senyuman sinis di situ.

Kuasa apinya tidak memberi kesan langsung padanya. Ini kerana, dia sendiri yang bersifat api. Api dengan api mana mungkin dapat memudaratkan dirinya.

Dia kini mengangkat kepalanya statik ke hadapan. Senyuman sinis kembali menyungging di hujung bibirnya.

"Siapa kau? Nampaknya, kau seperti lain dari yang lain hmm? Why? Teringin nak musnahkan aku? Hahaha..." Ainsley tiba-tiba tertawa jahat seorang diri sehingga terangkat kepalanya.

Ainsley memandang tepat wajah-wajah di hadapannya. Tawanya kian terhenti. Senyuman sinis semakin pudar di hujung bibirnya.

"Tak. Semudah. Itu." Ujar Ainsley satu-satu per satu dengan sinis.

Ainsley dan tok itu saling berpandangan seketika sebelum tanpa Ainsley sangka tok itu sudah mengeluarkan kuasa anginnya dan dengan pantas mengarah ke Ainsley membuat Ainsley terduduk lemah seketika.

Kuasa angin tok itu seakan-akan seperti pisau menguris ke kulit lengannya.

Ainsley memegang dadanya. Spontan darah membuak keluar dari mulutnya.

"Alice!!" Calvin sudah terduduk di hadapan Ainsley.

"Alice..." Calvin mengenggam lembut tangan Alice di atas riba gadis itu. Walaupun ini adalah Ainsley..tetapi tubuh ini adalah Alice. Mereka berkongsi sakit dan rasa yang sama.

Bebola mata merah Ainsley memandang tepat ke arah Calvin.

Luka di lengannya perlahan-lahan sembuh dengan sendiri. Namun, di dalam dadanya terasa perit sama sekali.

Ainsley tersenyum dalam kepedihan memandang Calvin.

"Sayangnya...kau cuma ambil berat pada Alice kau. Sedangkan.. hehe aku dah boleh rasa kehangatan cinta itu..Aku..nampak menyedihkan. Rasa sayang kau hanya pada Alice. A-Aku.. hanyalah kuasa yang jahat. Kau..tak patut kongsikan rasa kehangatan cinta itu pada aku..dari dulu lagi my sweetie blood. Ia buat aku rasa...sakit sangat. Tidak pernah aku rasa sesakit ini." Namun alangkah tersentaknya Calvin apabila melihat Ainsley mengalirkan air mata perlahan ke pipi mulus itu.

Calvin tidak terkata. Dia tidak tahu lagi mahu bicara apa. Ini kali pertama Calvin melihat sisi lembut dalam diri Ainsley. Tak menyangka Ainsley ada sisi lembutnya yang tersendiri. Namun, sisi jahatnya lebih terpancar dalam diri Ainsley. Kerna, dia ialah kuasa jahat yang bernama Ainsley.

Ainsley perlahan-lahan mengangkat tangannya menekap ke atas dada Calvin membuat lelaki itu bungkam seketika. Calvin hanya memandang tepat ke wajah Ainsley.

"Degupan jantung ni.. sungguh mengasyikkan dan rasa hangat..Aku tak pernah rasakan jantung yang berdegup seperti ini. Ia.. menyenangkan. Jantung manusia yang berdegup.. apakah rasanya mempunyai jantung yang hidup seperti ini ya?"

Calvin sekali lagi tersentak. Entah kenapa mulutnya susah sekali untuk bergerak-gerak membalas kata-kata Ainsley. Akhirnya dia bersuara juga.

"Kau sudah merasakan rasa degupan jantungnya apabila berada di tubuh Alice."

Calvin mengeluh perlahan. Tangan Ainsley yang masih menekap ke dada dia genggam dengan lembut.

Ainsley sekali lagi merasakan kehangatan itu. Matanya merenung tepat ke anak mata hazel Calvin.

Manakala tok itu yang berdiri hanya menjadi pemerhati dari tadi.

"Berhentilah Ainsley. Dengan menghancurkan manusia dan bumi tidak membawa apa-apa untung pada kau pun. Lupakan perjanjian masa lampau kau tu. Kau takkan dapat hancurkannya dengan semudah itu."

Ainsley tiba-tiba tertawa kecil. Lucu dengan kata-kata Calvin.

"Why? Kenapa pula aku tak boleh?"

"Kerana...kerana kau telah tahu dan rasa kehangatan, cinta dan rasa kenyang."

Kata-kata Calvin sedikit menyentuh ke tangkal hatinya. Walaupun Ainsley tidak pernah rasa degupan jantung, hati dan rasa. Tetapi, berada di dalam tubuh Alice membuat dia rasa akan semua itu.

Ainsley tersenyum sinis.

"Walaupun aku dah rasa semua tu..tapi aura evil sebati dalam diri aku. Kau..takkan dapat menghalang aku Calvin. Ainsley. Tetap. Dengan. Perjanjiannya. Hehe nampaknya kau dah tahu semuanya." Mendengar kata-kata itu Calvin terus melepaskan tangannya dan Ainsley sudah menurunkan tangannya dari menekap ke dada Calvin.

Pandangan Ainsley kini terarah pada wajah tok itu.

"Kauorang fikir dengan mengurung aku seperti ini dapat menghalang aku, huh?! Aku akan cari masa yang tepat untuk hancurkan bumi ini dalam hanya sekelip mata. Aku takkan bunuh manusia satu per satu. Ianya sangat-sangat slowly. Tapi, aku akan hancurkan alam ini dan membuat semua manusia pupus di atas muka bumi ini. Hehe, baru seronok bukan?" Selar Ainsley dengan kejam. Pandangannya kini meliar memandang wajah tampan Calvin.

Calvin merenung tajam ke dalam anak mata Ainsley. Bawah dalam lingkaran matanya sudah bertukar merah. Sesiapa yang melirik pandangan tajam itu pasti akan berasa gerun. Tetapi tidak bagi Ainsley. Dia hanya tersenyum menyenget memandang Calvin.

Tangan Calvin di atas lantai sudah bergetar menggepal tangannya sekuat hati. Muncul urat-urat nadi di pergelangan tangannya itu.

"Kau pasti akan rasa menyesal, Ainsley."

*********
Calvin merenung sayu ke arah wajah pucat Alice yang masih tidak sedarkan diri di atas katil bersaiz Queen itu.

Dia memandang pelik ke arah tok itu yang sedang cuba menyalur kekuatan pada Alice dengan kuasa saktinya.

'Siapa sebenarnya tok ni ya? Dahlah ada kuasa. Nampaknya tok ini bukanlah sebarang orang. Serius, tok ini misteri sangat.' gumam Calvin di dalam hati.

Selepas selesai, tok itu mengajak Calvin untuk berbicara mengenai perkara yang baru dia ketahuinya itu tentang Ainsley.

"Nak, kamu bersedia untuk ketahui rahsia untuk hancurkan Ainsley?" Tanya tok itu merenung tepat ke wajah Calvin.

"Bersedia.." jawab Calvin perlahan.

"Tok rasa...ini pasti akan menyakitkan bagi kamu, nak. Ini kerana, menurut buku itu seseorang berkemungkinan besar akan mati ketika cuba untuk menghancurkan Ainsley. Seseorang itu ialah kamu. Sama ada kamu atau Alice boleh mati atau kedua-duanya sekali."

Calvin tersentak. Seakan-akan paku dipaku bertubi-tubi ke hatinya. Calvin sudah bergetar pilu tangannya di sisi. Terasa mahu tumbang saja badannya mendengar kata-kata perit itu.

"M-Maksudnya?"

"Kuasa jahat Ainsley bukanlah suatu perkara mudah untuk diatasi. Menghancurkannya saja boleh membuat nyawa seseorang itu melayang. Mahu keluarkan Ainsley dari badan Alice sangat menyakitkan buat Alice. Alice akan merasakan begitu sakit dan pedihnya di tubuh apabila cuba menarik keluar Ainsley dari tubuh Alice. Hal itu saja... boleh mendatangkan maut pada diri Alice."

"Tak! Tok, saya takkan biarkan itu terjadi..Tok, saya merayu..Pasti ada caranya supaya Alice masih dapat hidup selepas Ainsley dikeluarkan." kata Calvin dengan lirih seperti merayu. Terasa panas tubir matanya saat ini.

Itu bermakna... mereka berdua berkemungkinan tidak akan dapat bersama lagi. Ini kerana, salah seorang akan mati. Tak, Calvin takkan biarkan hal itu. Dialah orang itu yang akan mati. Alice ...dia akan berbuat apa saja asalkan Alice hidup.

"Ada. Tapi..."

"Tapi apa tok?"

Tiba-tiba tok itu mengeluarkan satu kelopak bunga yang berwarna peach cantik tergawang ke udara di atas telapak tangannya.

"Nah, ambillah bunga Hira ini. Ia adalah sejenis bunga penyembuh. Bunga ini sangat sukar untuk didapati. Selepas Ainsley dikeluarkan dari tubuh Alice pastikan Alice sesegera mungkin makan bunga ini. Kerana, tubuh lemah Alice pasti akan 'sekarat' dan tidak dapat menanggung lagi. Tapi, sekiranya dia makan bunga Hira(penyembuh) ini...ia akan perlahan-lahan meresap dan memberi pulih pada tubuh Alice. Tapi ingat, pastikan bunga ini diletak di dalam pasu yang telah sediakan air dan dijaga dengan baik supaya ia tidak layu."

Calvin dengan berhati-hati mengambil sekuntum bunga itu seraya mengucap terima kasih pada tok itu.

"Terima kasih, tok. Dengan adanya bunga penyembuh ini...Alice tidak akan mati bukan?" Soal Calvin sekali lagi.

"Benar. Tapi..tok takut ia sendiri memakan nyawa kamu sendiri..nak ketika mahu menghancurkan Ainsley. Tok...tak mampu nak tolong kamu nak.."

Calvin tersenyum pahit.

"Tak mengapa tok kalau ini melibatkan nyawa saya sendiri..Saya sudah dapat merasakan firasat ini dari dulu lagi. Asalkan Alice baik-baik saja...saya akan korbankan segalanya demi dia. Sebenarnya tok...saya tak nak pun jadi hero dan selamatkan dunia tapi...saya sanggup lakukan itupun hanya kerana seorang gadis yang telah saya cintai segenap hati saya. Kerana dia...saya akan cuba kuat untuk melawan kuasa jahat Ainsley. Saya akan mempertahankan bumi ini kerana dia...saya akan.. c-cuba untuk selamatkan Alice dan cuba untuk kembalikan kebahagiaannya dan kehidupan normalnya semula seperti sediakala." Calvin sudah terpejam kelopak matanya. Terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis.

Akhirnya jatuh air mata kelakiannya. Dia berasa...sangat sayang. Sayangnya kerana takdirnya tidak membolehkan dia untuk hidup bersama Alice sepanjang hayatnya. Hanya sebentar.. hanya sebentar saja dia diperbolehkan untuk berada di sisi Alice dan bersama dengan gadis yang dikasihinya itu. Hatinya merasa perit. Perit sangat sehingga tidak mampu terungkap dengan kata-kata.

Melihatkan Calvin yang terus menangis teresak-esak tanpa suara menyayat hati tok itu.

Terus bahu itu diusap-usapnya lembut cuba untuk menenangkan Calvin. Cukup. Cukup besar cinta Calvin pada gadis yang bernama Alice ini. Hati tuanya sedikit tersentuh.

Dia memandang wajah Alice yang masih tidak sedarkan diri itu.

'Alangkah bertuahnya kamu nak kerana berjumpa lelaki sebaik Calvin..Calvin sanggup melawan kuasa jahat hanya kerana kamu. Tok harap sangat korang dua masih dapat bersama lagi.. walaupun tok tak kenal kamu dua. Tapi, cinta kamu dua begitu hebat dan luar biasa.' desis tok itu di dalam hati.

Disebalik wajah Calvin yang sedang menunduk..terbit senyuman di bibir merahnya itu. Manakala air matanya satu per satu masih tanpa henti mengalir ke pipi sehingga ke bawah dagunya menitik ke lantai. Hati Calvin berdetik pilu.

Calvin tidak kisah. Asalkan Alice dapat hidup bersama dunia yang aman ini. Cuma... dapatkah Alice menanggung semua ini? Dapatkah dia jalani kehidupan tanpanya? Dapat..yeah Calvin rasa ia dapat hidup dengan baik tanpanya. Kerna, Alice tidak mencintainya.

Calvin terhenti esak tangisnya. Dia cuba bernafas dengan baik dan cuba untuk tenangkan diri. Dia perlu kuatkan dirinya dan tak boleh lemah.

Calvin menyeka air matanya yang sudah banjir di pipinya.

"Tok, pasal perbicaraan kita ni...tolong rahsiakan pada Alice? Biar saya yang beritahu dia di mana masa yang tepat dan sesuai." Ujar Calvin perlahan.

"Baiklah, kalau itu permintaan kamu nak."

**********
"Alice, nah air untuk awak." hulur Calvin sambil menghulurkan mug kaca yang berisi air kosong kepada Alice.

Alice menyambutnya dan mencicip sedikit air di dalam mug itu.

Calvin meletak kembali mug kaca yang diberi semula oleh Alice di atas meja tepi katil yang diduduki oleh Alice sambil bersandarkan di kepala katil.

"Bagaimana? Dah rasa semakin baik?" Ujar Calvin lembut menguntum senyum. Di hadapan Alice dia cuba untuk mengukir senyuman manis.

"Okey.. kawan-kawan saya berada di mana ya?"

"Mereka bertiga sedang sama-sama masak untuk breakfast."

"Mereka tak perasan sesuatu yang pelik semalam bukan?"

Calvin menggeleng kecil.

"Tak.."

"Baguslah kalau begitu.."

Selepas sedikit lama berdiam diri Calvin bersuara lagi.

"Alice..."

"Yeah?"

Calvin terdiam sejenak. Fikirannya mula melayang ke arah lain. Teringat pula akan kata-kata tok itu padanya tadi.

"Masa yang sesuai untuk hancurkan Ainsley adalah pabila ketika malam bulan purnama darah. Menurut anggaran buku itu bulan darah itu akan muncul pada malam hujung minggu ini."

Calvin terkedu seketika.

"B-bulan darah?"

"Yeah, pada hujung minggu malam akan terjadi bulan yang berwarna merah semerah darah. Bulan itu dipanggil sebagai bulan darah oleh buku kitab ajaib ini."

Sekali lagi Calvin tergamam.

"Hujung minggu... sayangnya bulan darah itu muncul di hujung minggu ni. Sedangkan perkahwinan kami pada minggu hadapan.."

Alice mengerutkan keningnya. Tiba-tiba Calvin diam membisu pula. Alice melambai-lambai di hadapan wajah Calvin.

"Calvin...are you okay?"

"Hahh? Ohh..yeah. O-Okay.. kenapa?" Calvin cuba tampak pura-pura okey di hadapan Alice. Dia tidak akan memberitahu semuanya pada Alice.

"Tadi tok munculkan diri depan saya. Dia beritahu...masa yang sesuai supaya saya dapat musnahkan Ainsley."

Alice terkedu seketika.

"M-Maksud awak? Jap², awak memang betul-betul maksudkan kata-kata awak tu mahu hancurkan Ainsley?" kata Alice sedikit tergamam. Mula-mula dia fikir Calvin berkata begitu hanya sekadar mahu menyenangkan hatinya.

Calvin tertawa kecil.

"Yeah, awak fikir saya ni hanya cakap tak serupa bikin ke? Taklah..tok dah beritahu saya masa yang sesuai ialah ketika malam bulan darah purnama."

"Bulan darah? Maksud awak? Bulan gerhana?"

"Saya tak tahu..tapi katanya hujung minggu ni akan ada bulan darah. Dan bila saja waktu tu tiba saya boleh hancurkan Ainsley serta-merta."

"T-Tapi bagaimana? Ainsley ialah kuasa jahat yang sangat kuat." Ujar Alice lagi. Dia mengerdip mata lemah memandang Calvin.

Calvin tersenyum kecil. Kedua-dua bahu Alice disentuhnya lembut menghadapnya.

"Alice, saya kan dipilih sebagai penyelamat dunia. Lagipun...tok itu beritahu dah apa yang saya perlu lakukan. Awak jangan risau.. semuanya akan baik-baik saja. Lepas saja malam bulan darah berlalu..itu bermakna Ainsley sudah dihancurkan. Dan keesokan harinya kita akan berkahwin dan menjalani kehidupan rumah tangga kita dengan bahagia. Tanpa lagi gangguan makhluk kuasa jahat atau Ainsley. Okay?" Tipu Calvin sambil tersenyum manis.

Mana mungkin Calvin akan beritahu semuanya pada Alice bahwa nyawanya pasti akan terancam nanti bila sampai saat itu tiba. Dia terpaksa tipu Alice. Baginya, inilah yang terbaik buat Alice. Alice tidak perlu tahu semuanya. Lagipula, Alice tidak cintakannya. Dan dia tak perlu berkahwin dengan Calvin pun selepas semuanya selesai dan berakhir dengan baik. Bezanya, dia tidak akan berada di sisi Alice lagi.

Terus tubuh Alice dipeluk erat oleh Calvin. Alice yang merasakan tiba-tiba Calvin memeluknya mencantumkan keningnya pelik. Namun, mungkin kerana Calvin terlalu happy sehingga memeluknya. Fikir Alice begitu.

Manakala Calvin pula di sebalik wajahnya sedang merenung sedih ke hadapan. Pelukan di tubuh Alice semakin diperketatkan. Calvin memejam perlahan kelopak matanya. Tanpa Alice sedar, setitis air mata jernih mengalir ke pipinya perlahan. Calvin menangis diam tanpa disedari oleh Alice.

'Saya pasti akan merindui awak, Alice..jikalau memang saya pergi dulu..saya akan tetap selalu tengok awak dan berada di sisi awak. Walaupun..hati awak..Hiks..Hiks..bukan untuk saya.' hati kecil Calvin menangis dan merintih sayu.

Sungguh.. hatinya begitu sayu dan teramat mencengkam saat ini. Sebaknya tidak terkata.

Manakala Alice tidak membalas pelukan Calvin. Hanya membiarkan Calvin memeluknya sekejap. Pandangannya hanya kosong ke hadapan. Tanpa siapa-siapa sedar atau tahu..dia turut sedang menahan rasa dan melawan rasa dalam diam di hati.

**********
"Alice..kau tak apa-apa? Muka kau nampak pucat je ni. Kau tak sihat eh?" kata Jennie seraya melekap tangannya ke dahi Alice.

Alice hanya menggeleng kecil. Bibir bawahnya diketap kuat.

"Jennie, aku sakit.." Alice memandang ke arah Jennie. Kelihatan wajah itu sudah serupa mahu menangis.

"Hahh? Sakit? Kau sakit kat mana?" Cemas Jennie. Dia memegang lembut kedua-dua lengan Alice.

"Aku rasa sakit. Sakitnya sehingga mahu pecah dan hancur. Di sini.." Alice melekap tangannya ke dada.

"Kenapa Alice? Ada orang sakitkan hati kau ye? Siapa? Beritahu saja aku..Biar aku kerjakan dia cukup-cukup. Atau..kau bergaduh dengan Calvin eh?"

Alice menggeleng kecil dengan lemah.

"A-Aku tak boleh beritahu kau sebab apa. Cuma...kau pernah tak rasa bila terjunam ke dalam kegelapan yang tidak ada hujungnya? Tak, ini lebih sakit dari apa yang aku sangkakan."

Jennie tidak terkata. Dia terus memeluk Alice.

"Huhu..Alice..kau jangan buat aku rasa takut." Jennie sudah rasa lain macam. Dia membelai lembut belakang Alice cuba menenangkan sahabat baiknya.

Alice hanya menggeleng kecil berkali-kali. Dia tidak berkata apa selain hanya cuba bertahan dan bertahan. Biarlah hati separah apapun tetapi dia akan harus cuba untuk bertahan.

Alice memejam perlahan matanya di dalam pelukan Jennie. Setitis air mata jernih mengalir ke pipi gebu itu.

*********
"Hello, ya..ni saya Calvin. Saya mahu memberitahu sesuatu..yang perkahwinan saya tidak jadi untuk diteruskan. Yeah, semua wedding planner termasuk baju pengantin saya minta dibatalkan. Saya minta maaf ya?"

"Ya, okey terima kasih.." Calvin meletak panggilannya. Telefon diletak atas meja. Terus dia melepaskan keluhan beratnya. Dia terpaksa batalkan perkahwinannya dengan Alice. Lagipula, apa gunanya kalau diteruskan lagi?

Calvin mencengkam rambutnya kasar ke belakang. Mata dipejam perlahan cuba untuk menepis rasa kacau di hati.

"Calvin.." terkejutnya apabila seseorang tiba-tiba memanggilnya dari sebelah. Terus wajahnya diangkat memandang gerangan yang memanggilnya itu.

"Ya Jennie? Ada mahu apa-apa ke?" Soal Calvin tersenyum nipis. Harap-haraplah Jennie tidak dengar apa yang dia cakapkan di telefon tadi.

"Tak..saya ada sesuatu mahu tanya awak ni. Pasal Alice." Jennie bersuara perlahan. Dia berdehem kecil seraya duduk di hadapan Calvin.

"Yeah, mahu tanya apa?"

"Alice..kenapa dia nampak macam sedih sangat eh? Awak tahu tak dia ada masalah apa? Dengan saya..dia tak mahu cerita. Sedihlah saya kalau macam ni kerana saya sebagai bff dia pun dia mahu rahsiakan. Awak tahu tak apa yang berlaku sebenarnya pada Alice?"

Calvin terkedu dan terkelu lidah seketika. Habislah.. Jennie tanya tentang Alice pula. Apa yang dia harus jawab ni??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience