Bab 3: You will die

Fantasy Series 3715

Kcoak...(bunyi tapak kasut memijak kelopak air)

"Huh...huh..pergi!! Pergi!! Jangan kacau aku!!" Aku menjerit sekuat hati padanya supaya berhenti mengejar aku. Dada aku tercungap-cungap kerana penat berlari. Yeah ada something yang sedang mengejar aku. Aku sedaya-upaya mahu mengelak darinya. Aku tak mahu dia dekat dengan aku. Ohh tolonglah.. Tapi malangnya akhirnya aku terjatuh kerana tergelincir juga.

"Arghhh! Sakitnya!!" jerit aku seorang diri kala itu. Tubuh kecil aku terbenam di atas tanah hingga membuat baju aku sangat kotor. Tapi aku tak kisah semua tu. Aku tahu keadaan aku sangat teruk kala ini. Dengan luka calar-balar sana sini tidak sesekali membuat aku putus asa untuk lari.

"Erghh!" aku cuba untuk bangun dan mahu lari tapi terlambat dia sudah datang ke sini.

"Hihihi Alice...Alice..tak guna kau lari. Siapa mahu tolong kau Alice. Sayangnya lepas ni kau akan hidup dengan penuh ketakutan dan kegelapan disebabkan aku. Hihihi..." kata si dia.

"Ainsley! Jangan dekat! Jangan sesekali dekat dengan aku! Aku tak mahu kau kacau hidup aku! Aku tak mahu kau rasuk diri aku! Arghh tolonglah...Aku pasti akan hancurkan semua orang nanti..dan aku tak mahu..itu terjadi." kata aku jerit dan merintih. Tapi apakan daya...semuanya hanya sia-sia.

"Hihihi kau yang jumpa aku dulu.. maknanya kaulah yang perlu tanggung semuanya. Huh semua ni salah diri kaulah Alice..kau yang hancurkan hidup diri kau sendiri. Sayangnya..tapi semua sudah terlambat...semua sudah terlambat...kau dah tak dapat putarkan balik masa... hihi nampaknya memang inilah nasib kau Alice. Sudah tiba masanya untuk aku hancurkan segala-galanya."

"Arghhh jangan!!!" namun sudah terlambat. Dia sudah merasuki segala-galanya, merasuki jiwanya dan memusnahkan harapannya. Semuanya hanya menjadi abu-abu sahaja. Masa tidak dapat diundur balik.. kesilapan tetap kesilapan..malah yang hanya tinggal hanya kesakitan dan keperitan.

"Arghhh!!" jerit aku di dalam bilik. Aku tersedar dari mimpi yang buruk. Mimpi yang sangat-sangat buruk bagi aku. Mimpi apa tu? Kenapa aku rasa mimpi tu seolah-olah..macam betul apa yang aku alami. Erghh apa yang terjadi ni? Aku mengusutkan kepala aku berkali-kali. Terasa sangat tertekan. Peluh mula membasahi di dahi. Badan aku sedikit menggigil kerana ketakutan.

Itu adalah mimpi yang paling menakutkan bagi aku. Siapa dia tu? Ainsley? Kenapa aku panggil dia Ainsley? Dia cakap mahu hancurkan hidup aku..tapi kenapa? Kenapa aku kena lari daripada dia? Kenapa aku begitu takut dengan dia? Dalam mimpi tadi..ianya seolah-olah macam betul.

"Alice! Kenapa ni?" kata Jennie yang agak terkejut bila melihat keadaan aku sekarang ini. Dia terjaga daripada tidur kerana terkejut mendengar jeritan dari aku.

"Jennie.." panggil aku lemah. Air mata mula berlinangan di tubir mata aku. Jennie spontan terus memeluk aku bila dia lihat keadaan aku seperti ini. Perasaan takut perlahan-lahan sedikit berkurang apabila dia memeluk aku. Yeah, aku rasa aku betul-betul sangat perlukan orang untuk berada di sisi aku sekarang ini.

"Alice... kenapa kau menangis ni sayang? Badan kau mengigil ni. Kau mimpi buruk yer?" kata Jennie lembut masih dalam keadaan memeluk aku.

"Ya Jennie. Aku...aku mimpi buruk tadi. Dan mimpi tu adalah mimpi yang paling menakutkan bagi aku." kata aku memejam mata dengan rapat. Aku memperketat pelukan aku dengan Jennie. Aku betul-betul perlukan orang untuk berada di sisi aku. Sangat-sangat perlukan...

"Cuba kau bagitahu kat aku. Kau mimpi apa sebenarnya? Alice..hati aku sedihlah tengok kau macam ni. Dari siang tadi lagi..kau macam ada masalah je. Alice kalau kau ada masalah kau ceritalah pada aku. Jangan simpan-simpan. Aku kan kawan baik kau Alice. Bukan kawan baik saja kita macam dah adik-beradik dah pun." kata Jennie yang membelai lembut rambut panjang aku.

Aku hanya mendiamkan diri tidak berkata apa. Mimpi tu masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku. Esak tangis aku makin kedengaran.

"Takpe, mungkin kalau kau ready mahu bagitahu masalah kau pada aku..aku akan sentiasa dengar. Alice...aku sayang kau.. sangat-sangat sayang. Dah jangan nangis lagi ye? Kau kan kuat.." kata Jennie cuba memberi semangat pada aku.

Aku hanya memeluknya dengan erat seakan-akan tidak mahu lepas. Jennie...aku takut...

************
Keesokan paginya....

"Alice kau dah okey?" kata Iris risau. Ya, sekarang ni Iris dan Amelia datang ke rumah aku. Disebabkan semata-mata mahu melawat aku. Waa rasa terharu pulak.. ketiga-tiga sahabat baik aku sekarang ni betul-betul berada di hadapan aku dan menunjukkan reaksi kawatir. Ala risau sungguh mereka pada aku. Sampaikan Iris dan Amelia sanggup datang sini semata-mata mahu jumpa dengan aku walaupun sibuk dengan urusan. Apalah aku ni. Macam menyusahkan mereka pula..

"Jennie cakap kau nangis semalam. Kau mimpi buruk ye? Tapi mimpi apa Lice? Boleh cerita pada kiteorang? Tapi kalau tak mahu cerita pun takpe. Aku tak paksa pun." kata Amelia tersenyum lembut pada aku.

"Entahlah semalam aku mimpi buruk sangat. Tapi takpe..aku rasa tu hanya mainan tidur saja. Korang jangan risau ye? Aku dah okey sikit sekarang." kata aku yang tersenyum manis. Mahu buktikan pada mereka yang aku betul-betul dah okey sekarang. Kesian kat mereka kerana susah hati disebabkan aku.

"Hmm okeylah kalau macam tu. Kalau kau tak mahu bagitahu pada kiteorang pun takpe it's okay. Mungkin tu hanya mainan tidur saja. Kan Jennie? Kan Amelia?" kata Iris. Iris memeluk bahu aku dan mengusap bahuku dengan lembut. Dia melanggar pipinya dengan pipi aku. Aku turut membalas pelukan darinya. Mata aku pejam tidak mahu terlalu memikirkan mimpi tadi.

"Terima kasih korang sebab ambil berat pada aku. Aku terharu sangat-sangat." kata aku tersenyum lembut memandang kawan-kawan aku yang selama ini sentiasa bersama dengan aku di kala senang dan susah.

"Hehe takde apalah Lice. Kiteorang sentiasa bersama dengan kau. Walau apapun yang terjadi..." kata Jennie dan turut memeluk aku dengan erat. Begitu juga Amelia. Kini, kami berempat berpelukan antara satu sama lain. Manakala hati aku pula rasa sedikit tenang dan nyaman apabila bersama dengan mereka. Sungguh aku betul-betul sangat berterima kasih pada mereka. Kalau tak ada mereka aku tak tahulah hidup aku macam mana nanti.

**********

Hari ni aku bersiar-siar di taman. Aku mahu ambil udara segar petang ni. Lagipun aku memang selalu datang sini pada setiap petang. Kadang-kadang bersama dengan Jennie tapi kali ni aku tak nak dia ikut aku. Puas aku minta supaya dia tidak mengikut aku. Katanya kalau aku bersendirian lagi nanti aku jadi macam kelmarin pula. Tetapi lepas puas memujuknya akhirnya dia bagi juga aku keluar sendirian. Muahehe...

Aku yang sibuk berjalan sambil menghirup udara segar tiba-tiba dilanggar oleh seseorang. Kuat pula tu sampai buat aku terjatuh terjelepuk di atas tanah. Aku menongkat kedua-dua tangan ku ke belakang sambil mendongak ke atas gerangan siapa yang melanggar aku.

"Sorry cik..sorry sangat-sangat." kata seorang perempuan muda itu. Dia membantu aku berdiri.

Wanita itu mahu pergi selepas meminta maaf tapi aku genggam kuat lengannya supaya jangan pergi.

"Argh sakitlah. Apa yang awak buat ni?" kata wanita tersebut. Dia meronta-ronta supaya dilepaskan tapi aku malah memperketat cengkaman di lengannya.

"Kau telah jatuhkan aku. Kau akan dapat balasannya.." kata aku dengan nada seram. Nada aku bertukar lain. Sangat lain.

Wanita tersebut lagilah terkejut sakan apabila ternampak mata aku yang berwarna merah menyala. Aku memandang tajam ke arahnya. Wanita tersebut sangat takut dengan aku. Dia tidak berani bersuara. Badannya pula sudah menggigil kerana ketakutan.

Mata aku yang berwarna merah sudah tukar kepada warna asal aku iaitu warna hazel. Aku yang baru tersedar dari mimpi mencantumkan kening.

Aik kenapa aku tiba-tiba pegang perempuan ni? Waa kuat pula tu aku genggam. Akhirnya serta-merta aku melepaskan pegangan aku pada lengan wanita tersebut.

Arghh mesti sakit..

"Cik..saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana boleh terpegang tangan cik sampai macam tu sekali. Cik tak apa-apa kan? Tangan cik merah tak?" kata aku risau. Aku mahu menyentuh tangannya semula tapi kali ni lembut.

Tapi tak sangka perempuan tu menepis tangan aku dengan kuat supaya aku tidak sentuhnya lagi. Manakala pandangannya pula pada aku seolah-olah pandangan takut dan trauma. Membuat aku terasa seperti orang yang jahat dan menakutkan. Tapi kenapa? Kenapa dia pandang aku macam tu? Aku ada buat salah ke? Tapi memang betullah aku buat salah cuma kenapa aku tak sedar pun. Seolah-olah aku baru tersedar dari mimpi. Apa yang sebenarnya terjadi tadi? Sungguh, itu memang betul-betul diluar jangkaan aku. Aku pun terkejut dengan perbuatan aku tadi. Hakikatnya, aku langsung tak pernah memperlakukan hal buruk itu pada orang lain.

"Cik..."

"Arghh pergi! Dasar monster! Kau adalah monster! Pergi!! Jangan dekat dengan aku!!" jerit perempuan tersebut histeria. Badannya menggigil sambil memandang ke arah aku.

Hati aku terluka mendengar kata-kata dia. Aku monster?

"Arghh!!" jerit perempuan tu dengan kuat. Dia berlari pergi daripada situ. Langsung tidak menoleh ke belakang untuk melihat aku. Sudah terpapar dengan jelas reaksi takut dia tu.

What...aku monster? Aku dah jadi monster ke? Kenapa aku tiba-tiba bertindak macam tu?

Arghh..kepala aku jadi pusing. Rasa macam nak termuntah pun ada sekarang ni. Aku menekan dada aku dengan kuat. Kenapa dengan aku eh?

Kerusi bangku yang ada di sini aku duduk. Aku bersandar di kerusi sambil mata aku melihat taman permainan yang dipenuhi dengan kanak-kanak kecil yang bermain. Jangan sampai aku cederakan kanak-kanak pula.

Aku menjerit kuat di dalam hati. Aku terasa mahu nangis sekarang ni. Rasa seperti mula asing dengan diri sendiri. Apa yang terjadi pada aku sebenarnya eh? Kenapa dengan diri aku ni?

Namun semua pertanyaan tu hanya tersimpan di dalam hati. Manakala fikiran aku pula penuh dengan tanda tanya. Aku mengocak rambut panjang aku. Saja mahu kusutkan.

***********
Malam menjelma...

Tuk..tuk..

Kedengaran pintu bilik aku diketuk dari luar. Siapa lagi kalau bukan Jennie.

"Masuk.." kata aku.

Jennie masuk dalam bilik aku dan tersengih-sengih.

"Aik Jen. Awal kau balik malam ni." kata aku. Yeah Jennie ni dia kerja malam dekat pub tapi bukan sebagai pelayan. Korang jangan salah faham. Tapi dia kerja sebagai penghantar makanan atau minuman saja macam kat bar. Dan aku pula kerja sebagai penulis buku novel. Ada hari aku akan tulis cerita dekat komputer dan akan terbitkan buku. Sudah banyak aku terbitkan buku novel. Aku dengan Jennie sama-sama usahakan wang untuk menyara diri sendiri. Sama-sama tolong bayarkan sewa rumah, bil air, bil elektrik dan sebagainya. Kami berdua bukanlah kerja yang ada pangkat tinggi-tinggi tu. Biasa² saja.

"Hehe sebenarnya aku minta cuti. Tak pergi pun malam ni. Aku nak duduk sini dengan kau. Risau aku kalau tinggal kau sorang² malam ni. Lagipun kau dah makin lain. Tak macam dulu." kata Jennie.

"Hmm terharunya aku kau minta cuti disebabkan aku. Hehe.." kata aku menghadiahkan senyuman manis padanya. Jennie turut tersenyum.

"Lice, aku buat keputusan nak tidur dalam bilik kau malam ni. Kau tak kisah kan?" kata Jennie yang tersengih-sengih. Dia duduk di samping aku.

"Hehe tak kisahlah. Lagipun katil aku luas. Macamlah kau tak biasa tidur sekali dengan aku." kata aku ketawa kecil. Cuba berselindung daripada Jennie yang aku tengah sedih sekarang ni.

Hmm patutkah aku cerita je pada Jennie? Tentang perkara yang sebenar. Hmm cerita jelah lagipun kalau kita luah perasaan pada orang lain hati kita akan kurang sikit dengan beban.

"Jennie..." panggil aku lembut. Jennie sekarang ni tengah seronok main phone.

"Ya? Kenapa Lice?" kata Jennie yang menolak ke tepi sekejap telefonnya itu. Dia kini fokus pada aku seorang.

"Hmm kau..nak tahu kan aku mimpi apa semalam?" kata aku.

"Eh mestilah nak! Kau mimpi buruk apa Lice? Aku betul-betul tak sabar ni nak tahu." kata Jennie.

"Hmm macam ni. Semalam aku mimpi...aku berada dalam hutan yang sangat tebal. Waktu tu malam. Tambah lagi dengan hujan. Aku waktu tu tengah berlari seperti dikejar oleh something ni tapi aku tak tahu aku kena kejar dengan siapa. Yang aku tahu...aku sangat takut dengan dia..suara dia sangat menyeramkan...dia mahu hancurkan hidup aku. Aku tak tahu sebab kenapa tapi dia cakap semua ni salah aku. Akulah yang jumpa dia jadi akulah yang patut tanggung segala-galanya. Lepas tu kan Jen..waktu siang tadi pun aku tiba-tiba berkelakuan pelik. Aku rasa seperti diri aku asing sangat. Siang tadi..aku ada cederakan seorang wanita ni. Padahal aku tak sedar pun kenapa aku tiba-tiba bertindak di luar kawalan macam tu. Memang perempuan tu tak sengaja langgar aku lepas tu aku dah tak tahu apa yang terjadi lepas tu. Sedar-sedar je aku dah genggam tangan dia dengan kuat. Jahatnya aku Jen.." kata aku yang memeluk lutut. Aku menyerabutkan kepala aku lagi.

Jennie tak berkata apa. Dia terus memeluk aku cuba untuk menenangkan aku.

"No, bukan salah kaulah Lice. Kau kan cakap yang semua ni diluar kawalan kau. Jadi ni bukan salah kau pun. Lice kau jangan fikir negatif lagi yer? Aku pun risau dengan kau ni. Hmm patutkah kita jumpa doktor? Check keadaan kau. Sebab kau dah tak macam dululah Lice. Aku kesian sangat tengok kau macam ni." kata Jennie yang mengusap lembut belakang aku.

"Pergi jumpa doktor? Eh tak perlulah Jen. Lagipun mungkin sebab badan aku macam tak sihat. Lagipun aku rasa macam nak demam. Tak selesa badan, rasa nak termuntah, lesu semua tu biasalah kan nak jadi tanda-tanda nak demam. Eh tak payahlah sampai nak bawa jumpa doktor. Aku rasa ni demam biasa saja." kata aku.

"Hmm aku dah agak. Sebut pasal doktor atau hospital jer kau mesti nak elak. Buatlah doktor tu nak makan kau." kata Jennie yang ketawa.

Hehe...aku hanya tersengih. Sebenarnya memang aku takut dengan doktor pun. Hehe..

************

Alice atau lebih dikenali sebagai Ainsley mula menjelma dalam dirinya. Dia bangun dan melihat sekeliling. Tiba-tiba terbit senyuman sinis di bibirnya. Dia melihat ke arah Jennie merangkap kawan baik kepada Alice yang sedang tertidur pulas di tepinya.

"Ohh jadi inilah kawan Alice ye? Hihi..orang yang paling rapat dengan tubuh ni. Alice...Alice... bertuahnya kau ada kawan baik macam dia. Sanggup buat apa saja untuk kau." kata Ainsley tersenyum miring.

Dia mula menapak ke arah almari. Mahu mengambil pakaian yang lebih buat dia rasa anggun dan berkuasa.

Seorang perempuan yang berpakaian dress merah sehingga ke paras lutut berjalan seperti model gamaknya. Bibirnya yang merah mencarik senyuman miring. Matanya berwarna merah kemerahan. Ya, dia kini sudah berada di luar.

"Lala..lalala..." setiap langkah yang diambilnya dia menyanyi dengan rentak. Cuba mencari mangsa. Suaranya yang seksi dan lunak tapi menyeramkan.

Banyak orang yang berada di situ memerhati gerak-gerinya seperti dipukau dengan kecantikannya. Ada sesuatu yang sangat lain pada dirinya. Dia juga boleh berbuat apa-apa pada orang lain ikut suka hatinya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang pertengahan umur menyapa dirinya. Matanya gatal memerhati Ainsley.

"Hello princess...kenapa merayau sorang-sorang waktu malam-malam ni? Nak abang temankan?" kata lelaki itu tersenyum nakal.

Ainsley hanya tersenyum miring saja memandang ke arah lelaki itu. Dia mendekatkan dirinya dengan lelaki itu perlahan-lahan membuat lelaki itu semakin melonjak senang.

"Hihi should I?" kata Ainsley. Bibirnya tidak henti-henti menguntum senyuman miring.

"Yeah dan lagi satu mata awak cantiklah. Warna merah. Sangat menggoda." kata lelaki itu lagi. Senyuman di bibir Ainsley sudah hilang. Dia melihat ke arah lelaki itu tanpa senyuman.

"You will die.." kata Ainsley perlahan dan nada seram. Seperti sumpahannya terhadap lelaki itu.

"Tak lama nanti..kau akan mati dilanggar lori. Haha bersedialah wahai manusia." kata Ainsley ketawa jahat. Dia memandang ke arah lelaki itu dengan mata yang merah menyala. Pandangan yang lebih tajam yang mampu buat siapa saja takut apabila memandang. Kali ini suaranya lebih menggerunkan.

Lelaki itu mula ketakutan. Perempuan tu kali ini menakutkan baginya. Dengan pandangannya itu...gelak ketawanya itu boleh membuat bulu romanya terus meremang.

Dia mengundur ke belakang. Tidak mahu mendekati perempuan itu. Disebabkan tersilap langkah dia jatuh ke tanah. Matanya hanya memandang ke arah Ainsley dengan badan yang menggigil ketakutan.

Manakala Ainsley pula..ketawa sinis.

"Siapa kau..." kata lelaki itu dengan ketakutan. Dia semakin mengundur ke belakang apabila Ainsley makin ke depan.

Dan tidak sangka..itu menjadi kata-kata yang terakhir untuk lelaki itu. Lori tiba-tiba saja datang ke hadapan dan terus melanggarnya membuat darah banyak mengalir dan terpecik sedikit ke muka Ainsley.

Ainsley tersenyum. Dia menjilat tepi bibirnya yang terkena sedikit darah.

"Manis..." katanya perlahan sebelum mencarik senyuman sinis. Hatinya senang melihat lelaki itu digilis lori. Dan akhirnya mati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience