Masa kian berlalu. Malam semakin menghampiri. Calvin mengintai di sebalik tingkap. Kelihatan cahaya jingga dari matahari semakin menerangi ke luar menunjukkan sang matahari mahu semakin terbenam dan diganti dengan bulan.
"Kita sudah tidak ada masa. Malam akan semakin menginjak. Hanya anggaran cuma tinggal 30 minit sebelum matahari akan terbenam. Awak duduk tenang dulu di sini." kata Calvin seraya menekan kedua-dua bahu aku untuk duduk di atas sofa.
"Calvin, awak rasa..ada tak cara supaya Ainsley hentikan semua ini..dan keluar dari tubuh badan saya? Saya...saya dah rasa enough. Cukuplah.. cukuplah dia dah bunuh begitu ramai orang dengan tubuh saya ni. Dia buat saya..rasa teruk Calvin.. walaupun i-ini adalah luar kawalan dia tapi tangan ini sudah membunuh dan menumpahkan darah orang lain. Tak mungkin Ainsley tiada kelemahan." kataku bersuara perlahan sambil merenung kosong ke hadapan.
"Maksud awak?" Calvin menghenyak punggung ke sofa di tepi aku. Dia menatap wajah aku dengan tepat.
"Yelah, setiap benda atau sesuatu tu pasti ada kelemahan dan keistimewaannya masing-masing kan? Tak kira benda yang hidup atau mati..Ainsley sekuat-kuat dia
pun..seberapa besar pun kuasa dia sekalipun..dia pasti ada kelemahannya sendiri. Dan kita..kena cari kelemahan itu." kata aku sambil merenung tajam ke hadapan.
Mendengar kata-kata itu Calvin terfikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia menjentik jarinya.
"Aha..saya tahu. Mungkin..ini boleh jadi jalan penyelesaian untuk kita."
"Apadia?" Kami dua bertentang mata lama.
"Buku. Beberapa tahun yang lalu, saya ada terjumpa suatu buku ni di perpustakaan. Saya ingat lagi..buku tu saya pernah baca dan ia mengisahkan tentang kuasa jahat seperti Ainsley. Saya syak buku tu..ada something sangat. Mesti dia ada tahu tentang Ainsley. Mesti ada jalan penyelesaiannya bagaimana untuk keluarkan Ainsley dari badan awak dan hancurkannya."
Aku memandangnya dengan riak sedikit tersentak.
"Awak tak rasa..dia boleh tahu waktu awak cakap dengan saya macam ni?" kata aku tiba-tiba terasa mengalir perasaan aneh di dalam hati.
Belum sempat Calvin berkata apa. Tiba-tiba dia memandang kepala Alice yang asyik menunduk wajah ke bawah.
Author pov
"Alice..." Panggil Calvin perlahan dengan berhati-hati. Dia memegang bahu Alice lembut. Dia mengerling sekilas ke arah jam tangannya. Tersentak. Bagaimana dia tidak perasan ini dah malam.
"Kau..bukan Alice.." Calvin bersuara perlahan. Dia melepaskan tangannya dari mengenggam bahu Alice. Kepala Alice perlahan-lahan memandang Calvin beserta senyuman miringnya. Bebola mata gadis itu bertukar menjadi merah.
"We meet again, Calvin." kata Ainsley dengan suara lunak dan menyeramkan. Senyuman miringnya tidak henti-henti dipamerkan.
Calvin dan Ainsley berpandangan lama.
Ainsley menyenget kepalanya sedikit.
"Kau..tak takut pada aku? Aku tak dapat rasa aura ketakutan dalam diri kau."
Calvin tersenyum sinis.
"Takut? Buat apa aku nak takut dengan kau? Kau cuma..ialah kuasa jahat yang pengecut bersembunyi dalam tubuh manusia." kata Calvin dengan sinisnya.
Ainsley mencebik mulut ke tepi. Langsung dia tak marah walaupun sedikit. Tiba-tiba dia tertawa kecil.
"Hehehehe, you make me.."Ainsley semakin mendekatkan wajahnya dengan Calvin.
"More..prefer you..my. sweetie.blood." bisik Ainsley perlahan satu per satu dengan aura yang sedikit berbeza dalam dirinya.
Calvin pula seakan terasa jantungnya begitu berdebar saat ini.
'Ohh, jantung aku mahu tercabut. Aura Ainsley begitu kuat. Yeah, hampir membuat aku semakin tertarik dengannya.' desis Calvin dalam hati.
Ainsley tiba-tiba berdiri tegak. Dia seakan menghidu kuat sesuatu. Ainsley menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar.
"Bau manusia..hehe." gumam Ainsley perlahan. Dapat dia rasakan bau dan aura manusia dari luar rumah begitu kuat. Membuat dia semakin ingin keluar dan menangkap mangsa. Dia sudah tersenyum menyeramkan.
Calvin tersentak. Dia mendengar suara Ainsley berkata itu.
Tiba-tiba..ada cahaya merah kehitaman seperti asap yang semakin pudar dan hilang.
"Ainsley!" Terkejut dia apabila Ainsley tiba-tiba lesap hilangkan diri seperti halimunan.
"Tak..tak..aku dah janji dengan Alice. Takkan biarkan dia bunuh mahupun cederakan orang lagi.." Calvin sudah tidak tentu arah. Malam itu, dia keluar juga dari rumahnya selepas mengunci pintu.
"Ainsley..Ainsley..!!" Laung Calvin sekuat hati cuba memanggil nama gadis itu.
Tiba-tiba, tak sampai beberapa minit dia sudah mendengar suara jeritan seperti budak kecil menjerit dan menangis tidak jauh darinya.
Calvin tersentak. Dengan cepat, dia cuba mencari-cari suara itu. Tidak lama kemudian, dia ternampak Ainsley yang sedang menerbangkan suatu alat tajam mahu menikam seorang budak kecil yang sudah menangis ketakutan itu.
"Ainsley!" Ainsley mula mahu menerbangkan pisau itu mahu menikam mata budak kecil itu tetapi dihalang apabila Calvin dengan pantas mencengkam erat pisau itu di hadapan Ainsley.
Setitis demi setitis darah di tangan Calvin menitis ke tanah.
Ainsley tersenyum sinis. Tiba-tiba senyumannya jadi pudar apabila di dalam hati Alice mengalirkan suatu rasa yang membuat dia betul-betul rasa tak selesa.
Entah kenapa dia pula merasakan risau yang teramat pada Calvin apabila tangan itu sudah dia lukai.
Ainsley yang mengangkat tangannya mengawal pisau itu menjatuhkan tangannya. Sekarang ini Calvin masih erat memegang pisau tajam itu membuat darah semakin banyak menitis ke bawah dari tangannya.
Ainsley menghampiri setapak demi setapak ke arahnya. Budak kecil itu yang anggaran baru menginjak 10 tahun itu sudah berlari laju mahu ke rumahnya. Silap besar budak gadis kecil sepertinya berjalan menghirau seorang diri pada waktu malam.
Calvin melepaskan pisau itu dari genggaman tangannya. Matanya merenung tepat ke arah Ainsley yang beriak kosong.
Ainsley mencebik mulutnya.
"Kau..mahu jadi hero untuk manusia ke? Mahu selamatkan manusia dan sanggup menggadaikan nyawa kau? Macam.. seorang pejuang mahu menyelamatkan negara dan bumi? Huh, macam tu?" soal Ainsley sinis. Dia semakin mendekati Calvin.
"Kau. Takkan. Dapat. Hentikan. Aku. Calvin." katanya dengan satu per satu. Calvin hanya memandang tajam ke arah Ainsley. Darah yang keluar dari tangannya dia genggam sekuat hati.
Mata Ainsley jatuh pada tangan Calvin yang berdarah itu. Kelihatan Calvin memegang tangannya sesama sendiri cuba menghentikan darah itu. Kening tercantum cuba menahan sakit. Ainsley yang melihat berdecit kecil.
"Dasar tubuh manusia yang lemah."
Ainsley secara tiba-tiba menarik tangan Calvin yang berdarah itu. Terus dijilatnya darah di tangan Calvin membuat lelaki tampan itu menggelitik kegelian.
Terus tiada darah walaupun sedikit yang tersisa di tangan Calvin.
Calvin berdecit geli.
"Kau..memang parasit betul."
"Hmm?" Ainsley mengangkat keningnya. Tersungging senyuman di hujung bibirnya. Melihat Calvin hanya diam membisu dan memandang ke arah lain membuat gadis itu mahu pergi.
Terus tangan itu disambar lembut oleh Calvin.
"Kau nak pergi mana?" Calvin sudah beriak cemas. Ainsley mengerling sekilas ke arah Calvin.
"Cari mangsa." Jawabnya ringkas tapi padat.
"Tolong.. please don't go. Just stay here.." rayu Calvin perlahan.
Ainsley menoleh memandangnya.
"Why do I have to stay? Who are you wanna me to follow you? Aku adalah Ainsley. Aku terlahir untuk menghancurkan manusia. Do you not understand that?"
Calvin mengeluh kecil.
"Aku takkan biarkan kau buat apa saja yang kau mahu Ainsley! Kau hanya kuasa jahat."
"Dan kau juga adalah manusia yang lemah." Calvin memandang tajam ke arahnya. Begitu juga Ainsley. Mereka saling berpandangan tajam lama.
"Kau akan menyesal, Calvin.."
"Tak, aku takkan menyesal. Aku juga manusia. Aku tahu, suatu hari nanti aku juga yang akan kau bunuh." Ujar Calvin.
"Atau.." Ainsley mendekati Calvin sehingga menolak kuat tubuh Calvin ke dinding.
"Aku boleh bunuh kau sekarang juga." kata Ainsley tersenyum.
Calvin mencarik senyuman sinis.
"No, you can't."
"Why not?"
"Because I am special to you. Am I wrong? You can use me to fulfill your satisfaction, Ainsley." ujar Calvin dengan sinis.
"Not bad." Ainsley tertawa kecil.
"Pandai kau eh? Seakan boleh baca fikiran aku."
Calvin tersenyum.
"Walau aku manusia lemah..tapi kau tak kenal aku, Ainsley. Aku akan buat apa saja supaya kepuasan kau tak terpenuhi." ujar Calvin nekad.
"Oh ya? Kita tengok dulu macam mana nanti." Ainsley mengelus lembut pipi Calvin dengan jari runcingnya.
"Tak sabar mahu tengok permainan kau nanti, my sweetie blood."
Calvin tersenyum senget. Dia menolak sedikit tubuh Ainsley menjauhi darinya. Calvin memperbetulkan kot baju jaket di tubuhnya. Dia memandang tepat ke wajah Ainsley.
"Sementara tu..aku akan kongsikan suatu pengetahuan yang aku tahu."
"Ohh?" Ainsley berpeluk tubuh. Keningnya diangkat sedikit memandang Calvin.
"Jika kau tak dapat menahan diri. Cubalah silangkan tangan seperti ini. Dan tepuk bahu kau secara bergantian. Ini akan membuat kau lebih tenang." kata Calvin sambil menyilangkan tangannya ke bahu menepuk lembut perlahan bahunya sendiri.
"Ini apa?"
"Metode Butterfly hug."
"Biasanya metode ini bagi pesakit untuk terapi diri."
"Jadi..kau ialah seorang perawat?"
"Bekas perawat." jawab Calvin ringkas.
"Aku tidak suka cara ini."
"Trauma harus dihadapi seperti ini. Bukan dirangkul dari belakang."
"Apa? Jadi..kau tahu apa itu erti trauma?" Soal Calvin.
"Kau merendahkan aku huh?" Ainsley mencarik senyum hujung bibirnya.
"Aku belajar sedikit dari manusia lain. Trauma. Pengalaman yang dahsyat, kecederaan, luka, keadaan sakit disebabkan oleh luka, renjatan emosi. Bukankah itu semua boleh menyebabkan trauma terhadap manusia? Dan..akulah yang akan paling membuat manusia trauma dengan aku." kata Ainsley.
"Aku fikir kau langsung tak tahu menahu apapun tentang manusia." kata Calvin sambil tertawa kecil.
"Jangan tertawakan aku atau aku akan cucuk pisau tadi ke dalam mata kau seperti budak tadi." kata Ainsley mengangkat tangan seperti mahu mencucuk.
Calvin mengangkat kedua-dua tangan tanda surrender.
"Woo..woo..calm down girl. Sebab itu aku ajarkan kau metode itu. Supaya..kau tak 'meledak'." kata Calvin masih dengan tawa sisa kecilnya.
"Macam mana tu?" Ainsley bersoal keliru.
"Okey macam ni..let me teach you." Calvin berdiri di belakang Ainsley. Kedua-dua tangan Alice ataupun Ainsley disentuhnya lembut dan menyilangkan tangan gadis itu meletak tangan itu ke bahu.
Calvin menepuk lembut tangan Alice yang berada di atas bahu.
"Aku selalu buat seperti ini. Ianya boleh menenangkan diri sendiri. Kalau tiada seseorang yang mahu memelukmu atau tidak boleh memelukmu kerana berjauhan maka kau boleh memeluk dirimu sendiri." kata-kata Calvin menyentak tangkal hati Alice. Dan Ainsley boleh rasakan itu.
Walaupun ketika ini, Ainsley muncul dalam tubuh Alice.. tetapi gadis itu seakan merasa. Dan itu juga Ainsley yang tidak mempunyai hati bahkan tidak tahu apa itu hati. Yang dia tahu..dia dapat rasakan degupan jantung Alice dan hatinya yang sedang berdebar-debar kala ini. Seolah-olah dia dapat merasa menjadi manusia yang hidup. Bukan sepertinya, yang seperti tidak rasa hidup bahkan rasa mati sekalipun. Dia seperti tong kosong yang langsung tidak ada isi di dalamnya.
Kadang-kadang dia merasakan menjadi manusia mungkin suatu yang menyeronokkan dan juga mungkin suatu yang menyedihkan. Entah kenapa itu membuat Ainsley tidak suka dengan hati yang seperti berdebar-debar ini. Macam ada sesuatu sangat apabila setiap kali dia dekat dengan Calvin.
Ainsley berpaling memandang wajah Calvin melalui belakang. Disebabkan mereka terlalu dekat, bibir mereka hampir bersentuhan. Calvin terus menjauhkan dirinya sedikit dari belakang gadis itu.
"Awak.. bolehlah cuba metode itu." kata Calvin perlahan. Dia berdehem kecil. Ainsley menoleh badannya dan menghadap Calvin.
Leher Calvin dipautnya lembut supaya dapat menjamah wajah itu agar lebih dekat dengannya membuat lelaki itu tersentak dengan tindakan spontan Ainsley.
'Dia memang suka buat apa-apa saja tanpa pedulikan apapun. Jadi, kenapa kau nak terkejut pula Calvin?' desisnya dalam hati.
"Kau dah lupa ke? Aku ni bukan manusia. Aku hanya menumpang di tubuh Alice."
Calvin tersenyum.
"Tapi..kau juga boleh rasa apa yang Alice rasa. Bukankah itu membuat kau sedikit rasa berbeza apabila berada di dalam jasad yang hidup?" kata Calvin merenung tepat ke dalam anak mata merah Ainsley.
Ainsley tersentak. Dia cuba menghadam kata-kata Calvin itu.
"Biarpun begitu..aku tetap Ainsley kuasa jahat. Ini.. hanyalah jasad tubuh manusia yang lemah. Merasakan itu semua membuat aku rasa menjengkelkan."
**********
Alice pov
"Alice, minumlah air ni. Sepanjang malam Ainsley kuasai awak. Tubuh awak boleh selalu lemah kalau macam ini." kata Calvin seraya menghulurkan segelas air kosong kepada aku.
Aku mengurut belakang leherku. Huluran dari Calvin aku sambut dengan senyuman menghiasi di bibir.
"Thanks.."
"My pleasure." Calvin tersenyum menawan seraya duduk di tepi aku.
"So..apa yang berlaku semalam? D-dia melukai manusia atau bunuh siapa-siapa tak?" Aku sudah rasa takut semacam. Tiba-tiba, aku terpandang tangan Calvin yang berbalut. Terus tangan yang berbalut itu aku sentuh.
"Calvin! A-Awak..awak luka ni. Dia juga ke yang buat awak luka macam ni? Calvin, jawablah!" Aku mendesaknya untuk menjawab seraya menggoyang tangannya lembut. Kolam mata sudah bertakung dengan air mata.
Calvin melepaskan keluhan beratnya.
"Yeah, saya luka disebabkan dia. Tapi, waktu itu..dia sedang cuba mahu melukai seorang budak kecil ni dan saya menghalangnya.."
"Dan lepas tu last² tangan awak pula yang terluka macam ni kan?" kata aku laju saja memotong percakapannya.
Calvin terdiam seketika. Dia menatap wajah aku lama.
"Calvin..saya..saya dah tak tahu nak cakap macam mana. Saya rasa..berdosa sangat awak tahu tak? Manakan tidak..awak selalu terluka disebabkan saya Calvin.." aku sudah menangis teresak-esak sehingga terhinjut sedikit bahuku. Kelopak mataku terpejam.
Calvin menarik aku ke dalam dakapannya.
"Saya lebih rela disakiti sebanyak mana sekalipun.. asalkan dapat mengawal Ainsley dari dalam tubuh awak Alice." ujar Calvin menepuk lembut belakang aku.
"Bagaimana awak boleh kata seperti itu Calvin? Awak lebih buat saya rasa teruk dengan kata-kata awak itu. Awak..tidak boleh terus disakiti seperti ini oleh saya. Ainsley..dia betul-betul dah melampau." kata aku perlahan masih dengan sisa esak tangis kecilku.
Calvin meleraikan pelukannya. Kedua-dua pipi aku disentuhnya lembut. Calvin tersenyum manis.
"Awak tak perlu merasa berdosa Alice. Ini kerana, saya yang memilih jalan ini. Saya lebih memilih untuk menyelamatkan awak dari Ainsley. Jadi.. disebabkan pilihan itu saya juga terpaksa mengharungi sakit ini. Biarpun berapa banyak sekalipun balutan luka pada tubuh saya...saya rela untuk menampungnya demi awak. Sungguh, orang yang paling terseksa sekali adalah awak. Jadi.. izinkan saya untuk kongsi rasa sakit awak itu supaya awak tidak perlu mengalami rasa sakit ini seorang diri lagi."
Share this novel