Bab 14: Revenge

Fantasy Series 3715

"A-Alice..??" Calvin bersuara lemah dan lelah. Air mata menitis ke pipinya sehingga terkena bibir ulas merahnya. Dia bukan seorang yang cengeng. Cuma...betapa sakitnya yang menjalar ke badannya yang dia rasakan saat ini. Dia memandang ke arah tubuh seseorang dengan rasa tak percaya.

Calvin pov

A-Apa memang betul tu Alice?

"Erghhh.." kedengaran erangan kecil yang meniti di bibir aku. Aku cuba untuk bangun dari terbaring dan berdiri.

Aku memegang lengan aku yang sakit. Mata cuba dikecilkan. Tergamam dan terkesima aku dibuatnya. Alice...itu memang dia.

Makin tergamam aku dibuatnya apabila melihat tubuhnya secara tiba-tiba menjadi lesap seperti halimunan di hadapan aku. Serta-merta angin kencang di sini semakin terhenti. Guruh dan kilat masih memancar ke langit.

Aku mengetap bibir bawahku.

Ainsley? T-Tak mungkin..aku mengerling ke arah jam tangan aku yang masih ada. Pukul 1.00p.m.! Mustahil Ainsley muncul di waktu siang sebegini.

"Alice!! Alice..!!" Laung aku memanggil namanya. Mata meliar sekeliling dengan riak kalut dan risau.

"Tolonglah..di mana awak sekarang?.." aku menelan air liur kasar yang terasa payau. Kaki mula menginjak ke suatu arah tanpa hala tuju cuba mencarinya. Sebelum itu, pemandangan yang tidak patut aku lihat menerjah ke kornea mataku.

Aku membulatkan mata. Terus tangan menekup mulut. Terkejut dan tergamam.

Apa yang aku saksikan ialah seseorang yang sudah mati berlumuran darah dihentak oleh pokok besar.

Aku terduduk melutut seketika di atas tanah. Mulut seperti bergerak-gerak tetapi tidak terkata. Nafas terasa tersekat-sekat.

A-Alice ke..yang buat semua ni?

Namun, bukan itu saja. Perkara yang lebih memeranjatkan aku apabila bukan dia seorang tetapi ada lagi dua orang lelaki yang mati dihentak oleh pokok besar. Aku menggeleng kecil perlahan. Aku kenal lelaki-lelaki ini. Merekalah perompak tadi tu.

Aku memegang kepala aku yang berdarah. Disebabkan aku..A-Alice sanggup membunuh?

T-tak..tak..itu bukan Alice. Itu mesti Ainsley! Dia kuasa jahat. Tak mustahil kalau dia tiba-tiba munculkan diri dari dalam tubuh Alice biarpun masih menginjak ke siang hari.

Aku harus cepat.. sebelum dia membunuh semua orang perompak tu. Alice..aku harus halang dia biarpun apa saja cara sekalipun!

Author pov

Manakala salah seorang perompak pula cuba untuk melarikan diri sekuat hati dari Alice.

Kelihatan wajah itu begitu takut dan resah yang teramat apatah lagi apabila terpandang Alice yang sedang tersenyum miring dari belakang tanpa mengejarnya. Dalam masa yang sama menarik nafas lega kerana gadis itu tidak mengejarnya. Sambil berlari, peluh sudah merenik ke seluruh wajahnya.

"Hihihi, kau fikir aku takkan kejar kau? Percuma saja kau lari! Dasar orang bodoh!" Alice sudah tersenyum sinis.

Namun apakan daya, Alice lebih pantas dari lelaki itu. Serta-merta Alice menghilangkan dirinya dan terus muncul di hadapan lelaki tadi membuat lelaki itu terbeliak matanya kerana terkejut. Serta-merta kakinya terbrek berhenti dari berlari betul-betul berhadapan gadis itu.

Alice sudah tertawa sinis.

"Kau buat salah. Lepas tu, kau mahu lari pula? Jangan harap." kata Alice dengan nada yang begitu keras. Matanya yang tajam dipenuhi dendam dan amarah terus mencekik leher lelaki itu dengan kejam sehingga terangkat tubuh lelaki itu ke atas.

Terbit senyuman sinis di bibir Alice.

"Ahhh! Hisk..hiskk..tolong lepaskan.. tolonglah..aku janji aku tak buat lagi. T-tlong jangan bunuh aku!" Teriak lelaki itu dengan nada sedikit tersekat-sekat meminta tolong. Tangannya memegang tangan Alice yang kuat mencengkam lehernya.

Alice tertawa jahat.

"Senangnya kau minta maaf. Lepas kauorang semua bunuh dia dengan kejam..Pukul dan belasah dia tanpa belas kasihan lepas tu senang-senang saja kau minta maaf. I-Ini tak adil. Hehe..." Alice sudah tertawa dalam kepedihan. Setitis air mata jernih mengalir ke pipi mulusnya.

"Sakit tau? Sakitnya lihat orang yang kita sayang mati dibelasah macam tu saja. A-Aku? Aku tak mampu buat apa-apapun lagi. A-Aku tak mampu..Tapi sekarang sudah tiba masanya hukuman korang pula. Kauorang semua akan mati di tangan aku!!" Jerit Alice dalam kesakitan. Dia memandang tajam dan tepat ke arah lelaki itu. Hanya dengan 'lirikan maut' darinya membuat lelaki itu secara tiba-tiba memuntahkan darah pekat yang banyak.

Dia sudah seperti nyawa-nyawa ikan. Sementara Alice masih mencekik lehernya dengan kuat.

"Kau tak boleh mati sesenang macam ni. Biar aku ajar kau apa itu erti sakit." Alice kembali memaparkan lirikan biasanya. Sekarang ini, hanya renungan tajam pada lelaki itu. Sudah tidak lagi 'lirikan maut'. Tak lama lagi lelaki itu akan mati. Ini kesempatan buat Alice untuk menyeksa lelaki itu secukup-cukupnya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.

"Ahhhhhh!!!" Jerit lelaki itu nyaring dalam kesakitan yang teramat apabila Alice dengan mudahnya mematahkan empat jari lelaki itu sehingga kedengaran tulang jari runcingnya berkeruit patah. Alice sudah tersenyum penuh makna.

"Sakit? Ini hanyalah sikit apa yang aku bagi. Kau ni pun. Macam tupun tak tahan sakit? Tengok apa yang aku akan lakukan lagi." Alice terus melontar tubuh lelaki itu kasar seperti bola dengan kuasa jahatnya sehingga tubuh itu terpelanting ke udara seketika seperti bola pingpong dan bukk!

"Ahhhhhh!" Semakin nyaring jeritan dari lelaki itu apabila terasa tulang pinggangnya sudah patah selepas terhentak kuat dari bawah. Apatah lagi bawah badannya sekarang ada batu. Dia sudah mengerengkot kesakitan di situ. Tubuh sudah tidak dapat digerak lagi. Tidak pernah dia merasakan sesakit ini di dalam hidupnya. Sakitnya membuat dia sudah tidak mampu lagi mengalir air mata.

Manakala lagi dua orang yang sedang bersembunyi di sebalik semak sudah menekup mulut dan hampir menjerit kecil melihat kawannya diseksa dengan kejam sebegitu. Akhirnya lelaki itu terus menghembuskan nafas yang terakhir di situ.

"Tsk..tsk.. cepatnya kau mati. Belum sempat lagi untuk aku nikmati. Hehe.." Alice sudah berpeluk tubuh berdiri di tepi jasad lelaki itu yang sudah tidak bernyawa. Tumit kasutnya yang sedikit tinggi memijak dada mayat lelaki itu.

"Go. To. Hell." kata Alice satu per satu seraya tersenyum sinis. Puas. Keempat mangsanya sudah mati dihantarnya ke neraka.

'Now, siapa lagi yang aku harus hantar ke neraka eh? Hehe, I know..dua orang mangsa tu.. mereka berdua dalam semak tu. Huh, mereka fikir aku tak boleh rasa atau bau kehadiran mereka?' Batin Alice.

Alice sudah tersenyum menyeramkan. Dia menyanyi kecil sambil berjalan perlahan-lahan lagak lurus dan anggun. Pandangannya hanya kaku ke hadapan. Bibirnya seperti biasa hanya terlekat senyuman sinis.

"Cicak cicak di dinding, diam-diam merayap..nampak satu pepatung..ngapp! Terus dimakan..." Alice sudah tertawa kecil sambil menyanyi acah-acah seperti budak kecil. Dia sudah di tepi semak tersebut.

Manakala dua orang tersebut yang sedang bersembunyi di dalam semak sudah menggigil ketakutan. Salah seorang dari mereka sudah terkencing di dalam seluar. Dapat mereka rasakan yang Alice betul-betul berada di hadapan semak tempat mereka bersembunyi.

Alice tersenyum manis. Dia kembali menyambung nyanyiannya dan meneruskan langkahnya sengaja dia tidak memeriksa semak itu.

"Johnny..Johhny..yes papa. Eating sugar? No papa..telling lies..No papa. But...I think..humans are the only best papa.." Nyanyi Alice perlahan dengan nada lunak dan menyeramkan. Sengaja dia mengubah lirik. Alice tersenyum miring.

Dia mengintai di sebalik pokok besar yang redup. Dia takkan cari mangsa sendiri tapi mangsanyalah yang sendiri masuk dalam perangkapnya.

Kedengaran semak sedang digerakkan berkali-kali.

"Shh! Aku rasa monster tu dah tak ada." Bisik salah seorang dari mereka berdua perlahan. Kelihatan matanya seperti terintai-intai dari semak. Langsung tiada kelihatan kelibat seseorang di ruang matanya.

Namun berbeza pula pendapat bagi seorang lagi. Dia berasa agak ragu-ragu untuk keluar dari tempat persembunyiannya kerana terlalu takut.

"Ish, jomlah. Kau nak mati kat sini ke kalau dia jumpa kau? Sementara dia tak ada ni baik kita lari cepat." Si kawan lagi satu terpaksa mengangguk dan akur juga. Dia pun tidak mahu mati secara sia-sia.

Akhirnya kedua-dua mangsa itu keluar juga dari semak dan hal itu berjaya disaksikan oleh Alice.

Alice mencarik senyum di hujung bibirnya.

"Akhirnya, tikus sudah keluar dari sarangnya.." gumamnya dengan senang.

Belum sempat kedua-dua mangsa itu mahu lari Alice sudah menggunakan kuasanya dengan mengangkat tubuh mereka berdua ke udara membuat dua lelaki itu sudah berteriak ketakutan.

Mata mereka terbeliak apabila kaki mereka tidak berpijak di tanah. Mereka berdua sudah tergawang-gawang kaki dan tangan ke udara kerana terlalu takut.

"Ahhh! Lepaskan kami! Lepaskan.." jerit mereka semakin meronta-ronta apabila terpandang wajah yang Alice yang tiba-tiba muncul bawah kaki mereka.

"Lepaskan? Ohh, baik. Kalau itu yang kau mahu." Alice terus melempar tubuh mereka ke pokok besar seperti melempar kain buruk dengan hanya kuasa di tangannya.

"Ahhhhh!!!" Jerit mereka berdua hampir serentak dalam kesakitan. Ada yang sudah berdarah di kepala dan ada yang sudah berdarah di badan. Keadaan mereka sekarang sudah lemah.

"Tengok lagi permainan aku untuk korang dua. Kali ini, aku akan bagi korang dua lagi special daripada kawan-kawan korang yang mati sebelum ini." kata Alice. Dia memejam kelopak matanya dan membukanya perlahan. Terus cahaya merah kejahatan yang tiba-tiba bercahaya di tangannya dia gerakkan membuat akar-akar yang timbul di tanah semakin naik dengan senang sendiri. Dan akhirnya naik menjalar ke tubuh mereka.

Mereka berdua sudah menggelitik kegelian dan cemas. Tak lama kemudian, buat keberapa kalinya jeritan sengsara mereka kedengaran lagi apabila akar-akar pokok yang dikawal oleh Alice itu naik mencucuk dan menikam dalam ke tubuh badan mereka berkali-kali. Akar-akar pokok yang berada di tubuh mereka itu tiba-tiba menjadi panjang.

"Arghhhhhhhhh!!" Alice memejamkan matanya. Jeritan sengsara dari manusia sudah seperti ibarat melody indah di telinganya. Sangat mengasyikkan.. dan sangat menyenangkan.

Akhirnya sudah tidak lagi kedengaran suara jeritan sengsara dari mereka berdua. Mereka mati kerana ada yang akar tertusuk dalam ke jantung dan ada yang mati kerana terlalu banyak kehilangan darah.

Darah-darah mereka mengalir sehingga mengena ke hujung kasut Alice. Alice sudah tersenyum puas.

"Inilah padahnya kerana bermain kasar dengan Alice Laurel." Gumamnya sinis perlahan.

Tiba-tiba fikirannya teringat akan Calvin membuat dadanya tiba-tiba merasa sebak. Ianya buat dia rasa sangat sakit dan perit.

Alice memegang dada kirinya dan mencengkam kasar. Badannya diturunkan sedikit. Alice mengerdip mata sayu.

"Calvin..." spontan nama itu meniti di bibirnya. Serta-merta bebola matanya yang merah mahu bertukar menjadi warna mata aslinya kembali namun tidak jadi apabila terpandangkan mayat kedua-dua tubuh lelaki tidak guna itu. Matanya kembali bertukar menjadi semerah-merahnya. Kemudian, aura Ainsley kembali menguasai sepenuhnya dalam dirinya semula.

Spontan terbit senyuman senget di hujung bibirnya. Dia kembali menegakkan tubuhnya. Disebabkan rasa dendam,marah dan benci yang teramat. Pabila bercantum di dalam hatinya dan terus memendam serta-merta aura kejahatan Ainsley menguasai dirinya membuat dia tidak berada dalam kawalan.

Sayangnya, Alice tidak mampu mengawal kuasa Ainsley yang berada di tubuhnya. Selagi Ainsley masih ada di dalam tubuhnya, selagi itulah Alice mempunyai kuasa evil yang sangat luar biasa. Boleh dikata, perasaannya yang terlalu membuak-buak di dalam hati membuat dia tidak sengaja menggunakan kuasa Ainsley tanpa kendalinya.

"Okey next..mangsa seterusnya pula. Hihihi.."

Alice menghidu sedalam-dalamnya. Dapat dia rasa dan menghidu kehadiran manusia di sekitar sini.

"Itu mesti mereka.." gumam Alice dengan senyuman yang jahat meniti bibirnya.

Macam biasa, Alice akan melesapkan dirinya seperti halimunan dan muncul tiba-tiba di hadapan dua orang lelaki mangsa yang masih hidup yang ketika itu kalut mahu melarikan diri.

"Try to run, huh?" Alice sudah mengeluarkan kuku tajamnya di sisi. Perlahan-lahan dia menghampiri mereka. Kedua lelaki mangsa itu sudah menggigil lutut mereka kerana ketakutan. Tanpa sempat mereka menjerit atau berbuat apa lagi Alice sudah merobek-robek kulit mereka sekejam-kejamnya dengan kuku tajam merahnya seperti hantu pontianak itu.

Alice hanya merobek dan merobek manakala dalam fikirannya menerawang pada kejadian tadi yang mana Calvin teruk dibelasah oleh mereka. Di mana saat lelaki itu sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Membuat dirinya sudah betul-betul rasa tenggelam dengan dendam yang membara dalam hatinya.

Darah mereka terpecik ke muka Alice. Alice hanya tersenyum suka. Dia terus-terusan merobek kulit mereka dengan kedua-dua kuku tangannya tanpa belas kasihan dan rintihan, jeritan dari mangsanya.

Akhirnya kedua-dua mangsa itu jatuh rebah juga di hujung kakinya. Alice turun-naik dadanya kepenatan.

Hujung kuku di sisinya sudah menitiskan darah setitis demi setitis ke tanah.

Pandangan Alice hanya kosong jatuh pada tubuh mayat mereka yang teruk dicabik kulit oleh dirinya. Sesiapa yang lihat pasti akan rasa ngeri dan takut. Tetapi tidak bagi Alice. Hatinya melonjak senang dan gembira kerana dendamnya semakin terlaksana.

"Sekarang... hanya seorang lagi mangsa yang tertinggal."

Manakala Calvin sudah menjerit-jerit melaung nama Alice cuba mencari gadis itu. Tubuhnya yang tidak bermaya membuat dia berjalan dengan sangat perlahan. Sebelah kakinya yang berdarah itu membuat telapak kasutnya terkena juga darah terpaksa dia mengengsot ke tanah. Calvin bernasib baik kerana dia masih hidup.

"Alice! Alice!! Jawablah panggilan saya!! Awak di mana?!" Laung Calvin sekuat hati mengharap Alice akan menyahut panggilan darinya. Namun hampa, tidak ada seorang pun yang menyahut suaranya.

Tiba-tiba dia ternampak tubuh mayat dua lelaki yang penuh berlumuran darah bersandarkan di pokok.

Calvin sudah terduduk secara melutut. Dia menutup matanya sambil mendengus kesal. Tidak sanggup melihat lagi. Keadaan mayat betul-betul nampak mengerikan. Terasa loya tekaknya saat ini.

Dengan tangan yang sedikit bergetar dia cuba menyentuh darah dengan jari runcingnya di salah seorang mayat lelaki perompak itu.

Calvin menghidu darah tersebut.

"Darah ni..masih baru. Mesti mereka baru meninggal ni. Ahhh, tapi sebab apa?" Spontan fikirannya teringatkan Alice dan di mana dia ternampak Alice yang sudah seperti lain.

"Alice!" Spontan nama itu meniti di bibirnya.

"Tak², aku tak percaya. Tu mesti Ainsley. Ainsley. Dia mesti boleh muncul bila-bila masa saja di tubuh Alice sekiranya dia mahu! Ahhh..kenapa jadi seperti ini? Kenapa dia mesti muncul ketika ini? Tanpa sempat aku menghalang..tanpa sempat aku berbuat apa lagi..dia sudah membunuh orang begitu banyak walau hanya sesingkat masa?" Gumam Calvin sendirian.

Dia sudah semakin tidak keruan di situ. Cepat-cepat dia bangun dari situ dan kembali mencari Alice ataupun Ainsley yang dipercayainya itu.

"T-tolong..tolong jangan bunuh aku! Tolonglah...hisk.. hisk.." rintih lelaki itu. Dia sudah terduduk melutut di hadapan Alice. Kakinya sudah tidak mampu lagi untuk berlari. Dia sudah betul-betul berada dalam ketakutan yang teramat.

Alice sudah menajamkan pandangannya. Dia seperti semakin hilang kewarasannya saat ini. Tak, ini bukan disebabkan sakit mental atau gila. Tapi disebabkan lain. Lain dari yang lain.

"Kau dah bunuh Calvin! Sekarang sudah tiba masanya untuk aku bunuh kau pula. Nyawa harus dibalas dengan nyawa!" Alice semakin mendekati lelaki itu.

"Kau adalah mangsa aku yang terakhir untuk aku bunuh. Aku akan buat kau rasa sesakit yang paling dahsyat daripada kawan-kawan kau yang aku dah bunuh sebelum ini memandangkan kau adalah orang yang terakhir." Alice semakin mendekati lelaki itu setapak demi setapak.

Alice menadahkan tangannya. Di atas telapak tangannya sudah mempunyai api yang berwarna merah menyala. Alice tidak sakit mahupun terkena api itu.

Dia sudah bersedia mahu mengarah api tersebut ke lelaki itu. Semakin lama semakin besar api yang dibuatnya membuat Alice terpaksa menggunakan kedua-dua belah tangannya. Matanya dipenuhi api dendam yang begitu menyala sama seperti api itu.

"So...apa kata-kata terakhir kau sebelum mati, huh?"

Lelaki itu yang sudah mencantum tangannya sepuluh jari ke bibir tanda merayu perlahan turun ke riba. Tidak guna dia memohon, melutut, mengemis atau menangis air mata darah sekalipun. Riak wajahnya seperti hampa dan putus-asa. Seperti merelakan apa saja Alice lakukan padanya.

"M-Maafkan Zri mak.."

Alice tersentak. Kata-kata lelaki itu sedikit menyentak ke tangkal hatinya. Lelaki itu sudah mengangkat kepalanya berani bersetentang mata dengan Alice.

"Kau boleh bunuh aku sekarang.."

Alice tidak berkata apa. Baru sempat dia mahu mengarahkan api tersebut pada lelaki itu seseorang menjerit lantang memanggil namanya. Suara itu..dia betul-betul kenal.

"Jangan!!" Laung Calvin sekuat hati berjaya menghalang Alice saat ini. Hampir-hampir saja Alice mahu membunuh lelaki itu.

Alice perlahan-lahan menoleh ke belakang memandang Calvin. Serentak itu, serta-merta api di tangannya kian menghilang begitu saja. Alice terkejut dan terpana.

Mereka berdua saling bertentang mata lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience