Bab 13: No one can run away from me

Fantasy Series 3715

"Alice, lari!!!"

Aku menggeleng kecil. Air mata sudah penuh bertakung di kolam mata.

"Tak, saya takkan tinggalkan awak Calvin." Aku menggeleng kecil berkali-kali. Mengeras diri di tepinya. Mana mungkin aku akan tinggalkannya seorang diri. Habis tu..dia macam mana? Dia.. dengan mereka semua? Mustahil boleh menang.

Calvin mengerutkan dahi. Dia mengerling sekilas ke arah aku. Tanpa berkata apa, dia terus ke hadapan dan melawan mereka semua.

Calvin bukanlah seorang yang mahir berlawan. Kekuatannya tidak cukup untuk melawan lapan orang lelaki sasa sekaligus. Sekali-sekala Calvin dihentak kayu dan ditoreh pisau ke kulit apabila lelaki itu tidak mampu mengelak serangan demi serangan dari mereka semua.

"Calvin!!!" Teriak aku memanggil namanya sekuat hati. Air mata sudah laju membasahi kedua-dua belah pipiku. Aku menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahuku apabila melihat Calvin seperti diseksa oleh mereka semua. Seperti dirinya yang dipukul dan ditoreh pisau berkali-kali ke kulit sehingga mengeluarkan darah seperti itu jugalah hatiku saat ini. Hancur. Hancur hati ini melihat dia yang tetap berlawan tanpa erti putus-asa semata-mata untuk lindungi aku. Meskipun begitu, dia masih cuba untuk menumbuk dan belasah mereka semua.

"Arghhh..." Kedengaran sekali-sekala erangan sakit darinya.

Calvin terbaring di atas tanah manakala seorang lelaki yang bertubuh gempal duduk di atas badannya dan mencekik lehernya sekuat hati.

Aku tergamam. Setitis air mata menuruni ke pipi aku lagi. Lututku bergetar lemah. Aku terjatuh melutut di atas tanah di tepinya. Bibir bawah bergetar pilu.

"Tak...tak..jangan..Tolong jangan bunuhnya.. please..I'm begging you.."

Aku sudah menyusun 10 jari ke bibir. Merayu dan menangis padanya.

"Tolonglah..jangan.. don't kill him! Hisk..hiskk.." aku sudah menjerit histeria dan menangis apabila melihat Calvin seperti sudah tersekat-sekat salur pernafasannya. Kalau terus begini.. dia akan mati.

Calvin yang dicekik leher dengan kejam sebelah tangannya cuba untuk mencapai batu besar di tepinya.

Gigi diketap. Muka sudah merah kekurangan oksigen. Telinga mendengar aku menangis teresak-esak.

'S-sikit je lagi..' sebelah tangannya cuba untuk menguis batu itu. Akhirnya tak lama kemudian batu itu berjaya digenggamnya tanpa berlengah lagi terus batu besar itu diketuknya dengan kuat di kepala lelaki itu membuat tangan yang mencekik lehernya serta-merta terlerai.

"Ahhhh.." lelaki itu mengeringai kesakitan memegang kepalanya yang mula berdarah apabila dihentak kuat. Terbaring rebah juga tubuhnya di atas tanah.

Manakala Calvin sudah terbatuk-batuk. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Sebelah tangan lagi memegang lehernya yang sakit dan sedikit merah.

"Calvin.." aku mendekatinya perlahan. Cuba membantunya untuk berdiri. Kelihatan semua orang itu sudah rebah ke atas tanah dibelasah oleh Calvin termasuk lelaki yang bertubuh gempal tadi.

"Calvin..hisk..hisk..awak tak apa-apa?" Aku menyentuh tepi dahinya lembut yang mengalir darah.

Calvin mengerutkan dahinya. Dia memegang tangan aku yang menyentuh dahinya.

"L-Lari..lari..Alice. Saya mohon.." Calvin bersuara secara tersekat-sekat. Matanya merenung tajam ke arah mereka semua yang tadinya rebah cuba untuk bangun semula.

"Tak, Calvin. Saya takkan tinggalkan awak. Biarpun saya dilukai atau dicederai sekalipun meskipun dibunuh tapi saya tetap takkan tinggalkan awak. No! Saya bukan orang macam tu. Kecuali, kalau kita lari sama-sama. Saya akan lari kalau awak pun lari bersama saya." kata aku memegang kedua-dua belah pipinya lembut.

Calvin sedikit tersentak. Kata-kata aku menyentuh ke tangkal hatinya. Dia merenung aku dengan tepat.

"Tak..kalau saya lari bersama awak mereka semua akan berjaya tangkap kita juga. Saya akan jadi penghalang buat mereka. Sementara awak lari sejauh mungkin cuba cari bantuan untuk saya."

"T-tapi..."

Calvin tersenyum kecil. Dia mengelus lembut anak rambut yang terjuntai di dahi aku dan menyelit ke belakang telinga.

"Tak ada tapi-tapi, Alice. Kalau awak tak nak saya diapa-apakan. Tolong lari dan cuba cari bantuan untuk saya ye? Saya mohon.." Lembut saja suara Calvin di pendengaran aku. Aku tersenyum dalam kepedihan.

"Okey, kalau macam tu saya lari dapatkan bantuan untuk awak. Tapi, sementara tu..tolong bertahan Calvin. Tolong bertahan demi saya..Kalau bukan demi saya pun..tolong bertahan demi orang yang awak sayang. Jangan tinggalkan saya. Tak, jangan pernah tinggalkan saya! Awak harus tetap hidup, Calvin..hiskk..hiskk.." kataku perlahan dengan lirih.

Calvin terkedu. Dia memandang aku dengan tepat. Mencari reaksi di wajah aku.

Kelihatan wajahku betul-betul takut kehilangannya dari matanya sendiri.

'Kalau awak mahu tahu..hanya awak saja orang hidup satu-satunya yang saya sayang. Sebab itu..kerana itu saya lebih memilih untuk mati sekalipun demi awak Alice.' batin Calvin sebak dadanya saat ini. Dia tidak boleh lari bersama gadis itu. Badannya terasa lemah saat ini. Jikalau pun, dia dapat berlari tetapi dia yakin orang-orang jahat itu pasti akan dapat juga tangkapnya. Bukan nyawanya saja yang menjadi taruhan tetapi nyawa Alice turut boleh terancam.

Calvin perlahan-lahan mencarik senyum pahit.

"Saya takkan tinggalkan awak. Alice Laurel.." kata Calvin perlahan.

Aku tersenyum kecil. Sedikit lega mendengar kata-kata darinya.

"Hoi! Kau dua nak berdrama air mata ke apa? Huh, cinta? Kalau nak buat drama cinta air mata kat sini pun agak-agaklah. Eihhh meluat betul! Korang semua tunggu apa lagi bunuh mereka berdua terus! Huh, aku tak kira. Lepas bunuh, kita akan rompak apa yang patut!" Mendengar suara lantang ketua mereka yang memberi arahan membuat aku terpegun seketika.

Calvin memandang tajam ke arah seorang demi seorang dari mereka yang berani mahu ke depan sini.

"Ahhhh.." tiba-tiba rasa tubuh aku ditolak kuat ke belakang sehingga membuat tubuhku terjatuh tertiarap kasar ke atas rumput. Aku memandang tepat ke arah Calvin yang sedang merenung sedih ke arah aku.

"Calvin.." yeah dialah yang tolak aku tadi.

Calvin tidak berkata apa. Dengan tubuh yang agak lemah sedikit berlumuran darah melangkah ke hadapan dan melawan mereka semua.

Sekali-sekala Calvin cuba mengelak dan menangkis serangan dari mereka.

Aku memandang pemandangan di hadapan dengan rasa takut dan gementar. Bibir bawahku bergetar pilu. Kedua-dua tangan di sisi digenggam sekuat hati. Aku memejam kelopak mata perlahan.

Di sekeliling, kedengaran suara riuh-rendah orang-orang sedang berlawan. Telingaku berdesing.

Setitis air mata mengalir ke pipi aku.

Kata-kata Calvin terngiang-ngiang di benak fikiranku. Yeah, lari. Aku perlu cepat lari dan panggil bantuan. Calvin...Calvin tak mungkin akan cepat mengalah. Dia akan kuat! Yeah, betul tu..

Aku cuba memberi semangat pada diri sendiri. Sukar untuk tafsirkan apa yang aku rasa saat ini. Perasaan aku bercampur-baur.

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku. Terus aku mengambil seribu langkah lari daripada sini.

Sekali-sekala aku akan menoleh ke belakang untuk melihat dia. Kelihatan si dia masih cuba untuk bertahan dan berlawan dengan mereka semua.

Aku berdecit kecil. Kening tercantum. Kenapa...kenapa mereka semua susah sangat untuk dikalahkan? Ahhh..ini tak adil bagi Calvin. Lambat-laun juga Calvin pasti akan tumbang juga. Tak..tak selagi aku dengan cepat memanggil bantuan.

Aku memandang ke hadapan semula. Kaki berdetap laju satu per satu di atas tanah daun kering menghasilkan bunyi. Desahan nafasku yang seperti tercungap-cungap kedengaran perlahan.

"Tolong!! Siapa-siapa tolonglah saya! Kawan saya berada dalam bahaya! Anyone's here? Please...help me..!!" Aku cuba untuk melaung meminta tolong sekuat hati. Namun, malangnya tidak ada satu pun orang yang berkeliaran di sini. Tak mungkin.. tempat apakah ini?

"Hiskk..hiskk.. tolonglah! Siapa-siapa saja..please. Kawan saya boleh mati kalau terus begini. Kami dirompak dan mahu dibunuh oleh mereka semua.. Tolonglah! Tiada siapa ke kat sini?!" Aku menjerit terlolong-lolong seorang diri seperti orang histeria.

Nafas terasa tersekat-sekat. Sakit dan sesak di dada tidak dapat aku gambarkan. Setitis demi setitis satu per satu mengalir ke pipi aku. Saat ini, aku begitu rasa gelabah dan tak tentu hala. Rasa terdesak dan..rasa perit sangat. Kenapa langsung tidak ada orang kat sini? Di manakah tempat ini? Kenapa aku tak dapat langsung ingat bagaimana aku boleh masuk ke tempat ini..ahhh aku buntu! Sekarang ni, apa yang aku harus lakukan?

Aku mencengkam rambut aku yang sudah serabai dengan kasar. Aku di sini seperti orang bodoh manakala Calvin di sana pula sedang bertarung nyawa. Kaki terhenti dari berjalan perlahan. Seperti tidak ada hala tuju. Aku memandang sekelilingku. Hanya sepi dikelilingi pokok yang lain. I-Ini..hutan ke?

"Arghhhhhhh!!" Tiba-tiba aku terdengar jeritan seseorang di seberang sana. Calvin..

Air mata aku jatuh juga ke bumi. Apakah..D-dia...dia berada dalam kesakitan ke tu? Yeah, dia berada dalam kesusahan! Argh..kenapa aku langsung tak boleh buat apa ni? Tuhan... tolonglah..tak akan tiada siapa yang akan tolong kami?

Hati kecilku menjerit pilu. Jeritan itu betul-betul menusuk ke hati. Tanpa aku berfikir panjang, kaki dengan sendiri terus berpatah balik ke arah bertentangan berlari ke arah tempat tadi. Aku mahu berlari ke arah Calvin. Tak..Tak.. Calvin..awak mesti baik-baik saja. Demi Tuhan.. tolong..

Aku berlari laju sambil telapak tangan mengeka air mata kasar di pipi. Hati meronta-ronta mengharap si dia akan baik-baik saja. Kalau sampai apa-apa yang berlaku pada dia..aku takkan maafkan diri aku!

Kaki serta-merta terhenti dari berlari. Terasa lutut bergetar lemah dan mahu terjatuh. Tergamam seketika. Air mata sudah semakin lebat mengalir ke pipi.

"C-Calvin.." tangan di sisi mula sedikit menggeletar. Berderau darahku memandang pemandangan di hadapan.

Kelihatan Calvin sudah tumbang jatuh ke atas rumput. Tubuh badannya semakin banyak berlumuran darah.

Kelihatan mereka semua tidak henti-henti memukul tubuh lelaki itu yang sudah rebah ke tanah. Calvin tidak mampu berbuat apa selain hanya memandang ke arah aku yang berdiri di sini dengan pandangan sedikit terpempan kerana aku masih di sini. Aku menangis dalam diam.

Tangan yang menggeletar di sisi aku ramas baju dengan kasar.

"Erghhh.." aku cuba menahan rasa. Mataku yang merah tidak henti-henti merembes air mata. Mereka semua masih memukul, menendang dan menumbuk Calvin tanpa henti. Nampaknya mereka memang betul cuba mahu membunuh Calvin.

Salah seorang daripada mereka ternampak aku di sini.

"Woah..si gadis jelita ini mahu tolong si hero dia ke? Auww, opss! Tapi..cik adik mahu lawan kami semua? Hahaha, are you serious?" Lelaki-lelaki itu berhenti dari memukul Calvin. Sekarang ini mereka semua beralih berdiri menghadap aku. Aku memandang mereka dengan tajam satu per satu yang sedang ketawa mengejek ke arah aku.

"K-kau..kauorang memang kejam.." kataku perlahan. Air mata yang mengalir sehingga menitis ke hujung dagu. Maka semakin kuat bergema gelak ketawa dari mereka semua.

"Hahaha, kitaorang kejam? Memanglah. Tapi.. kiteorang takkan bersikap kasar atau kejam dengan kau kalau.." salah seorang mereka mahu berjalan setapak demi setapak ke arah aku.

Kemudian dia terhenti seketika langkahnya betul-betul di hadapan aku. Matanya meliar memandang tubuh aku dari atas dan bawah.

"Kalau kau serah tubuh kau pada kami semua." kata dia yang sudah tersenyum senget.

"A..li.ce..l-lar..i." kelihatan tangan Calvin yang berdarah cuba diangkat. Suaranya bernada perlahan dan tersekat-sekat menyuruh aku lari. Aku terkesima. Tidak tahu mahu berbuat apa. Kolam mata sudah beberapa kali bergenang dengan air mata.

Aku menggeleng kecil berkali-kali.

"Calvin..j-jangan.. ti..nggalkan saya.." aku sudah merintih seorang diri di sini. Air mata satu per satu menitis ke bumi. Telinga semakin mendengar mereka semua sedang ligat tertawakan aku. Seronok melihat kami dua terseksa seperti ini. Gigi bawah dan atas berlanggar sesama sendiri.

Tangan Calvin yang berdarah yang cuba menggapai ke udara akhirnya jatuh lemah juga ke tanah. Serentak itu, terasa hatiku luluh melihat itu. Hancur dan berkecai.

Kelopak mata Calvin perlahan-lahan ditutup. Dia sudah tidak sedarkan diri di situ.

Aku sudah terkesima dan tergamam. Terasa jantung seperti terhenti dari mengepam seketika.

"Calvin..."

"Hahaha, nampaknya si hero sudah mati. Sekarang tinggal si heroin pula. Jangan risau adik yang manis. Kami semua takkan bunuh atau sakiti awak.. kecuali kalau awak sanggup serahkan diri awak pada kami. Layan kami untuk seumur hidup." kata salah seorang dari mereka yang sudah miang keladi.

Kini, pandangan mataku tertancap pada mereka semua. Aku memandang wajah mereka dengan tajam satu per satu. Aku rasa mahu menjerit, melaung dan merintih saja saat ini. Rasa nak jerit kat satu dunia. Kenapa dunia ini terlalu kejam?! Sehingga buat aku rasa tersepit sangat.

Seperti ada kuasa asing yang terus mengalir ke dalam saluran darahku pandangan mataku jatuh ke bawah. Mataku pejam. Kening tercantum. Tangan di sisi sudah aku genggam sekuat hati sehingga menampakkan urat-urat hijau di nadi aku.

Tiupan angin tiba-tiba menjadi kencang. Dedaun pokok di sekeliling mula tidak senyap dek terkena tiupan angin kencang. Anginnya yang kencang bukan seperti angin yang biasa. Tetapi sangat kencang sehingga manusia-manusia di situ ada yang terjatuh, ada yang mahu terbalik kaki dan ada sedikit terhuyung-hayang badannya. Manakala tubuh Calvin pula hanya terbaring kaku di situ.

Author pov

Alice hanya merenung ke bawah. Dirinya langsung tidak terusik oleh angin kencang itu. Disebabkan angin terlalu kencang, ranting-ranting pokok mula patah dengan sendiri dan terpelanting kasar ke arah lain. Awan secara tiba-tiba bertukar menjadi mendung. Langit tidak secerah tadi. Guruh dan petir mula berdentum menyambung sesama sendiri di atas langit. Membuat orang-orang jahat itu mula tidak keruan kerana takut.

"Weh! Kenapa tiba-tiba angin ribut sangat ni?!"

"Tiba-tiba juga guruh!" Mereka semakin kalut. Mata sekali-sekala tertancap pada seorang gadis bernama Alice. Hairan, kenapa dia langsung tak terusik? Bahkan, tubuhnya langsung tak terhuyung-hayang walaupun sedikit gara-gara angin yang kencang. Seperti logam berada dalam badannya.

"Woi! Aku dah takut ni! Aku nak balik!" Semua orang mula gelisah dan melaung sesama sendiri kerana disebabkan angin yang kencang membuat telinga mereka tidak dapat mendengar dengan jelas. Sekali-sekala habuk termasuk dalam mata mereka kerana angin yang kuat.

"Woi perempuan!!" Jerit salah seorang sekuat hati apabila terpandang Alice hanya duduk diam terpegun sambil merenung bawah.

Wajah Alice yang asyik tertunduk akhirnya mendongak memandang mereka semua dengan bebola mata yang sudah bertukar merah semerah darah. Hujung bibirnya melarik senyuman miring.

Orang-orang di situ yang melihat sudah tergamam dan terkejut. Pandangan mereka walaupun agak tidak jelas disebabkan angin tetapi dapat mereka lihat wajah gadis itu sedang tersenyum miring. Menyeramkan!

"Calvin!!!!" Spontan tubuh Alice yang menjejak tanah terawang di udara. Alice mendepakan tangannya. Spontan pokok-pokok yang berada di situ terangkat ke atas ke udara. Akar-akar pokok dari dalam tanah sudah terputus diangkat kuat oleh Alice. Sekeliling pokok itu mempunyai aura merah kejahatan. The evil powers.

Manakala mereka semua sudah terkejut dan terkedu apabila terdengar si dia sedang menjerit nyaring sehingga membuat telinga mereka berdesing.

"Ahhhh..." Spontan mereka semua memegang telinga mereka yang sakit apabila terdengar suara yang nyaring.

Tapi, itu tidak hanya mengejutkan mereka apabila terpandang ke hadapan memandang tubuh gadis itu yang tergawang ke udara ditambahkan lagi pokok-pokok disekeliling mereka diangkat ke udara seakan tidak ada graviti. Mata mereka terbeliak menyaksikan hal itu.

"Mustahil..."

"Ini..tak mungkin.. perempuan tu ke yang buat semua ni?"

"D-dia ada kuasa?" Semua orang mula bergumam takut. Mata masing-masing takut tidak senyap meliar sekeliling termasuk tubuh Alice.

"Kauorang telah menghantar rasa sakit pada orang yang aku sayang! Kauorang telah pukulnya dan seksanya bermati-matian! Dan sekarang dia mati dibunuh oleh korang semua!!" Alice menjerit histeria ke arah mereka semua. Mereka sudah tergamam. Setitis air mata mengalir ke pipi Alice. Bebola matanya yang merah yang penuh bergenang air mata memandang tubuh Calvin yang terkulai lemah. Mungkin, Calvin sudah mati kerana keadaannya yang nampak sudah begitu teruk. Hal itu menyemarakkan lagi kemarahan dan dendam dalam diri Alice sehingga dia tidak sedar apa yang dia sedang lakukan saat ini.

"Sekarang..kauorang semua akan mati dihentak oleh pokok-pokok ini! Ahhhhh!!!" Alice terus menghayun tangannya ke suatu arah tempat di mana mereka semua menjejak tanah di situ membuat pokok-pokok yang terawang ke udara serta-merta terjatuh dengan sendiri.

Mereka semua sudah berlari bertempiaran. Perasaan takut begitu mencengkam hati mereka saat ini. Alice... nampak menakutkan.

Kelopak mata Calvin yang tertutup seperti bergerak-gerak. Telinganya dapat menangkap sesuatu yang sangat bising di sekelilingnya saat ini. Guruh dan kilat di atas langit semakin kuat menyambar sesama sendiri.

Pokok-pokok yang sudah terjatuh menghempap ke tanah menghasilkan bunyi yang sangat kuat memaksa Calvin untuk membuka matanya perlahan. Orang-orang jahat ada yang sudah mati terhempap pokok tetapi sesetengah masih hidup kerana berjaya melarikan diri.

Dan hal itu dapat disaksikan oleh Alice sendiri kerana tubuhnya masih tergawang ke udara. Alice berdecit kesal. Namun, itu tidak membuat dia putus-asa.

"Aku akan terus mencari mereka semua sampai ke lubang cacing sekalipun dan menyeksa mereka dengan sepedih-pedihnya lebih teruk dari apa yang mereka buat pada Calvin. Setiap orang akan aku seksa biarpun mencarik-carik tubuh mereka sekalipun sehingga cuma ada tulang mereka sendiri. Sampai ke tulang mereka sekalipun, aku akan hancur dan lumatkan!"

Alice dengan cepat turun ke bawah dengan sendiri. Sebaik kakinya terhentak ke tanah spontan tanah di situ menjadi retak dan terbelah dua. Alice menahan satu tangannya ke tanah. Rambutnya yang terbang ditiup angin kencang. Alice mengangkat kepalanya perlahan. Renungan maut tajamnya juga sudah mampu mematikan seseorang itu. Perlahan-lahan terbit senyuman jahat di hujung bibir delimanya.

Sebaik Calvin membuka matanya. Spontan kelibat tubuh seseorang menjamah ke penglihatannya. Calvin mencantumkan keningnya. Disebabkan angin yang kencang di sini membuat dirinya sukar untuk melihat siapa kelibat tubuh gadis itu.

"A-Alice..??"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience