Bab 26:Lost control

Fantasy Series 3715

Aku menahan nafas di dada. Bibir bawah yang bergetar aku gigit sekuat hati.

"Calvin, Hiks.. Hiks..S-Sakit...Ianya teramat sakit. Betul-betul sangat menyakitkan. Ianya membuat...saya hampir tak tertahan. Bahkan..terasa seluruh segenap helaian rambut saya.. bagaikan terasa begitu berbisa.."

Calvin tergamam. Menitis air matanya memandang aku seperti ini.

Aku semakin menjerit kesakitan.

"Arghhh!! Erghhh..." Aku mencubit peha aku sekuat hati menahan kesakitan yang teramat. Bibir bawah aku gigit sekuat-kuatnya sehingga mengeluarkan darah. Di saat ini, aku hanya mampu bergantung pada diri sendiri.

Tolonglah... cepat-cepat kesakitan ini akan menghilang seperti hari itu. Hiks..Hiks...aku betul-betul dah tak tahan..

"Alice..Hiks..Hiks..apa yang saya harus lakukan? Mana mungkin, saya hanya akan boleh lihat awak sakit saja seperti ini." Calvin mendekati perlahan-lahan ke arah aku membuat aku sedikit mengundur ke belakang.

"Jangan dekat Calvin! A-Awak...dah lupa ke...kalau awak sentuh saya...awak akan lebih sakit."

Calvin tidak menghiraukan kata-kata aku. Dia terus-terusan mendekati aku membuat aku semakin menggeleng kecil berkali-kali.

"Calvin!" Tanpa aku sangka kedua-dua tangannya sudah menyentuh pipi aku lembut. Serentak itu, tangan Calvin seakan bagaikan terlecur. Panas sangat. Namun, Calvin tetap berusaha untuk tahan. Membuat aku tidak tersangka. Bagaimana mungkin...

Badan Calvin mulai lemah dan hampir mahu tumbang tetapi cuba untuk ditahan lagi. Dengan lemah, dia terus menarik aku masuk ke dalam dakapannya.

Aku sudah menangis teresak-esak di dalam pelukannya.

"Calvin...kenapa awak buat seperti ini.."

Terdengar desiran kecil dari mulut Calvin namun dia masih tetap bertahan. Kening Calvin tercantum. Dia memejam matanya seraya menyandar kepala ke bahu aku dengan lemah.

Calvin terbatuk-batuk dalam kesakitan.

"Kerana....s-saya lebih sakit..k-kalau aw-wak..ss..seperti ini. Saya tahu...h-hanya ini saja satu-satunya cara untuk hilangkan kesakitan dalam tubuh awak...d-dengan memeluk awak seperti ini..."

Tangisan kecilku semakin lebat. Tidak sanggup melihat Calvin sanggup berkorban seperti ini.

"Ahhhh...ergg.." terdengar sekali sekala suaranya mengeringai kesakitan. Tanpa aku sedar, mulutnya sudah menitis keluar sedikit darah

"Hikss..hikss.." air mata aku semakin lebat ke pipi.

Calvin turut mengalirkan air matanya. Demi Alice, dia sanggup menghadapi rasa sakit ini.

Cahaya kebiruan mulai mengelilingi kami. Ianya datang dari tubuh Calvin sendiri. Calvin telah dipilih oleh takdir...dia juga menjadi si penyelamat dan penyembuh buat aku. Itu tandanya...ia adalah memang benar-benar takdir buat aku. Namun...paling sedihnya mengapa dia tidak dapat menjadi penyembuh buat dirinya sendiri..

Aku memejam kelopak mata perlahan. Perasaan cinta aku padanya semakin bertambah. Lebih menyemarakkan keinginan aku untuk menyelamatkan nyawanya kelak nanti. Cukuplah aku membiarkannya berkorban segalanya untuk aku..namun tidak akan sesekali biarkan nyawanya turut akan menjadi tebusan nanti.

*********
Author pov

Sayu mata Calvin memandang sekujur tubuh wanita yang disayanginya itu tidak sedarkan diri. Sempit dadanya saat ini.

Calvin menunduk wajahnya. Bahunya mula terhinjut-hinjut. Tangisan dilepaskan di situ juga. Cadar katil diramasnya dengan sekuat hati. Terdapat titisan air mata yang terkena di cadar katil itu.

Calvin melirik ke tangannya yang sudah melecur teruk itu.

"Deminya...aku sanggup melihat tangan sendiri cedera teruk. Tapi...A-Aku...aku tak boleh hilangkan kesakitannya dalam sekelip mata. Itupun... hanya sementara. Apakan daya...cinta kami terlalu kuat. Ainsley, kau masih belum tahu kekuatan cinta yang sebenar. You'll see it later. Itu...aku akan pastikan."

Bagaimana nasib cinta Alice dan Calvin selepas ini? Ainsley kuasa jahat...lawan kekuatan cinta Alice dan Calvin..yang mana satu yang akan menang?

Itu..kita akan tahu tidak lama lagi.

*********
Di waktu malam... seperti biasa Ainsley menjelma lagi.

"Ainsley, makhluk seperti kau memang tak guna kan? Apa lagi permainan kau Ainsley? Aku...aku dah penatlah.." Calvin sudah menggepal tangannya sekuat hati yang sedikit menggeletar di sisi menahan perasaan.

Ainsley hanya tertawa mengekek. Sinis dan seram.

"Kihkih, kenapa? Dah putus asa? Ala, memang dasar manusia lemah betul. Ini baru sikit. Permainan aku baru sekerat. Kau nak tahu tak...sampai bila permainan ini akan tamat?"

Ainsley berjalan perlahan-lahan dengan anggun mendekati Calvin.

Yeah, kali ini Calvin membuat bulatan kurungan untuk Ainsley yang paling besar. Senang untuk dia masuk. Sengaja dia berbuat begitu. Lagipula, dia dah tak kisah Ainsley akan berbuat apa padanya. Kesakitan yang Ainsley berikan padanya...sudah berasa cukup. Betul-betul enough. Dia sudah terbiasa dengan semuanya.

"Sampai kau mati...dan Alice akan semakin merana hihihihi.."

Jawapan Ainsley berjaya menyemarakkan kemarahan dalam diri Calvin.

Ainsley yang sedang masih bergelak tawa itu terus kolar bajunya dicengkam erat oleh Calvin sehingga merapati ke wajah lelaki itu.

"Ohh yeah? Aku tak rasa... permainan kau akan tamat. Ini kerana...kau. belum. tengok. permainan. aku. lagi. Huh!" Calvin mencarik senyuman sinis di bibirnya.

Ainsley seperti biasa bibir itu turut mencarik senyuman miring. Langsung tidak mempamerkan senyuman manis.

"Nampaknya...my sweetie blood dah bersikap matang..hihi I like." Ainsley semakin mendekatkan jarak mereka. Jari runcingnya bermain-main di dada bidang Calvin. Sengaja dia berbuat begitu. Entah kenapa... hatinya begitu suka mendekati manusia seperti Calvin.

Sebab apa lagi kalau dia berkongsi hati dengan Alice. Automatik, dia turut akan tersuka pada manusia yang bernama Calvin.

********
"Laurel, awak nak makan kat mana?"

"Mana-mana pun takpe. Saya tak kisah.." kata Alice seraya tersenyum. Calvin hanya mengangguk kecil.

Akhirnya mereka berdua berhenti di satu kedai di shopping mall.

Alice dan Calvin mengorder satu sandwich dengan berotikan nipis serta berperisakan ayam dan satu air pepsi. Dua-dua diorder dengan makanan yang sama.

"Calvin..."

"Hmm?" Alice terhenti seketika dari makan.

"Tangan awak masih rasa sakit ke? Masih tak sembuh?"

Calvin tersenyum mendengarnya.

"Seronoknya orang ambil kisah terhadap saya. Laurel, awak jangan risau okey? Saya bukan lelaki lemah sampai tak sanggup mahu tanggung sakit ni..." ujar Calvin sambil tertawa kecil.

"Hmm, yelah tu." Aku menggeleng kecil seraya menjeling manja padanya.

Calvin masih dengan tawa kecilnya.

"Laurel..." Calvin membuat nada meleret memanggil aku.

Aku mencebik mulut ke tepi.

"What's wrong Mr. Calvin?..." kataku turut membuat nada meleret-leret. Jangan jadi macam kereta api yang meleret-leret sudah.

"Awak nak tahu tak...apa beza awak dengan kamera handphone saya ni?" Soal Calvin tersenyum nakal.

"Ermmm... bezanya ialah sebab saya bukan kamera.." kataku tersengih kambing. Nah, jawapan paling masuk akal aku bagi.

"Ishh, awak ni...tak kasi chance la." Kata Calvin mempamer riak tidak tidak puas hati.

Aku sudah tertawa mengena.

"Hehehehe, okey beritahu saya...apa bezanya?" aku sudah menahan senyum.

"Bezanya ialah...kalau saya tangkap gambar orang tu sambil tersenyum lihat orang tu..tapi kalau selalu lihat awak...mesti saja akan buat saya tersenyum seperti angau."

Aku yang sedang menyedut air hampir tersedak.

Fuhh...cair hati kita ni nanti jangan bawa main-main.

"Ohh yeah? Sekarang...saya mahu tanya awak. Apa beza awak dengan kambing? Hehe..."

"Amboih! Dia bezakan kita dengan kambing ye? Eyhh nakal." Calvin hampir mahu mencuit hidung aku tapi tak jadi.

Aku hanya menjelir lidah sedikit padanya seraya tertawa mengekek lucu lihat reaksi muka dia macam tu. Serius lawak! Hehe.

"Hmm, apadia?" Calvin sudah berpeluk tubuh. Tak sabar dia mahu menanti jawapan dari aku. Tak puas hati pun ada kerana membezakannya dengan kambing.

"Bezanya...kambing kalau dilihat nampak seperti tua bila muda sebab ada janggut..tapi awak..kalau tua-tua pun saya tetap suka dan sayang. Ahak!" Aku sudah tertawa dengan omongan aku sendiri. Merapu saja aku ni..

Calvin sedikit tercengang.

"A-Are you serious, Laurel? Awak... sayangkan saya?"

Aku tersenyum sendiri.

"Sayang... cinta..semua ada." Sekejap, adakah...aku baru saja meluah perasaan sebentar tadi? Ahh... malunya! Macam mana ni... agak-agaknya apa reaksi Calvin nanti? Aku sudah rasa cemas semacam.

Namun, yang lebih memeranjatkan apabila terlihat seperti dia hampir mahu menangis.

"Eyhh Calvin! Kenapa nangis ni? Ala... cengengnya dia. Saya ada salah cakap ke?" kata aku yang sudah rasa serba salah.

Calvin tersenyum terharu.

"T-Tak adalah...mungkin sebab saya terlalu gembira. Ini ialah air mata bahagia. Saya tak sangka... akhirnya cinta saya terbalas juga. Thank you...Alice Laurel. Kerana sudi mencintai lelaki seperti saya.."

Aku tersenyum manis.

"Terima kasih juga kerana sudi mencintai saya... Calvin."

Kami berbalas pandangan seketika sambil bibir tersenyum mekar sesama sendiri.

Tiba-tiba..

"Kek sudah sampai. Selamat menjamu selera." Pelayan datang membawa kek menghentikan kami daripada termenung sesama sendiri. Haih, gara-gara terkena panahan cintalah ni.

Mak aiii...aku tenung Calvin macam nak tertembus otak. Buat malu saja nampak abang pelayan tengok.

'Eyhh time² macam ni juga orang nak kacau. Kacau daun betul.' getus Calvin dalam hati.

"Terima kasih.." hampir serentak kami berdua mengucapkan terima kasih kepada abang pelayan tu.

"Calvin, awak ada order kek ke?" Kataku terliur pula lihat kek coklat meleleh ni.

"Yepp, awak nak juga?"

"Nak³!" Kataku ceria seperti kanak-kanak Ribena gamaknya. Kepala dianggukkan berkali-kali seperti burung belatuk.

"Okey saya suapkan awak..Aaaaa...buka mulut."

"Aaaaaa..." Aku sudah membuka mulut menantinya menyuap kek ke dalam mulut aku.

Namun sangkaanku meleset apabila Calvin sengaja mengusik aku dengan mengarah sudu ke arah lain.

"Eyyh awak! Betul-betullah!"

Calvin mahu menguap aku buat kedua kalinya namun sekali lagi kali ini dia mengarah sudu di kiri aku jauh dari mulut aku.

"Calvin!!!"

Calvin sudah tertawa kecil lucu. Seronok menyakat aku.

"Calvin, saya kira satu dua tiga...kalau awak masih tak ni..biar saya makan sendiri." kataku tidak puas hati.

"Okey², kali ini betul-betul saya suap. Buka mulut. Percayalah.." kata Calvin menahan senyum.

"Hmm..." Aku dengan malas sekali lagi membuka mulut menantinya menyuap aku. Macam orang dungu sebentar.

"Aaaa... burung hantu sudah mahu masuk dalam mulut awak.."

Aku tertawa kecil seketika. Dalam banyak-banyak burung...burung hantu juga dikatakannya.

Namun, yang lebih tak puas hatinya apabila Calvin baru mahu menyuap aku dia sudah menyuap kek itu selamba ke dalam mulutnya.

"Awak ni...sampai hati kan! Hmmphh!" Aku sudah berpeluk tubuh. Merajuk!

Calvin yang baru menggigit kecil potongan kek itu dengan selamba menarik kolar baju aku lembut dekat dengannya dan menyuap kek itu ke dalam mulut aku dengan cara mulut ke mulut.

Terbeliak mata aku di sini juga.

Dengan perasaan malu yang menebal aku kunyah juga kek tadi yang sudah berada dalam mulut aku.

Calvin sudah tersenyum.

"Macam mana sedap?"

"Sedap. Tapi...awak ni selamba badak je kan? Suap saya macam tu..." kata aku sudah berona pipi aku dibuatnya.

Calvin hanya mempamerkan reaksi wajah tidak bersalah. Tergelak Calvin dibuatnya apabila melihat pipi aku sudah kemerahan.

"Awak! Lihat awak blushing macam ni...buat saya makin geram. Nak saja saya cium pipi tu tahu? Hehe.." kata-kata Calvin membuat aku bertambah malu dibuatnya. Argh! Janganlah...

Keadaan menjadi hening seketika apabila kami berdua sibuk makan.

Calvin secara tiba-tiba bangun dari duduk.

"Eyhh! Awak nak pergi mana?" Soal aku pelik. Eyhh dah mari dah perangai selamba badak dia.

Calvin tidak berkata apa. Kebetulan meja yang aku pilih untuk kami makan ini di sisinya mempunyai cermin. Di sebalik cermin tu pula ada lagi meja makan di situ.

Dan seperti disangka oleh aku Calvin duduk di atas kerusi meja makan di sebalik cermin ini. Sekarang ini, kedudukan kami berdua betul-betul saling menyebelah memandang sisi cermin yang memantulkan wajah kami.

Calvin sudah menghadap kerusinya di hadapan cermin. Begitu juga aku. Kening aku diangkat sedikit pelik dengan kelakuannya.

Calvin melekap telapak tangannya ke cermin itu.

Aku tersenyum kecil seraya turut melekap telapak tangan pada cermin menyamakan sentuhan tangannya yang dilekapkan di sebalik cermin.

Tangan Calvin bergerak di sebalik cermin itu. Aku hanya mengikut gerakan tangannya ke kiri dan juga ke kanan. Aku tersenyum kecil. Seronok dan lucu pun ada.

Calvin turut tersenyum. Kami seperti bermain-main seketika dekat dengan cermin seperti saling bersentuhan sesama sendiri.

Dia melekap separuh belakang tangannya ke cermin. Aku turut berbuat begitu. Dia memusingkan tangan diekori juga oleh aku. Seperti kami mengusap lembut tangan sesama sendiri.

Calvin mendekatkan wajahnya ke cermin. Begitu juga aku. Kami tersenyum manis sesama sendiri.

"I miss you..Laurel." aku tersenyum malu mendengar dua tiga patah yang keluar dari mulutnya.

"I miss you too.."

Aku dan Calvin saling melanggar dahi ke cermin seperti melanggar dahi kami sendiri.

Calvin melekapkan bibirnya ke cermin betul-betul mengarah ke dahi aku. Aku memejam perlahan kelopak mata. Seolah-olah dirinya betul-betul mencium dahi aku.

'Sayangnya cinta kita tidak akan lama. Laurel, saya harap...kalau saya benar-benar akan terkorban nanti di waktu bulan darah purnama awak dapat move on dan bahagiakan diri awak. Tidak ada kuasa jahat mahupun apa-apa yang akan ganggu awak...dan buat awak menderita lagi.'

'Calvin.. sayangnya cinta kita akan cepat berakhir. Namun, saya takkan biarkan ia berakhir dan terhenti seperti itu saja. Walaupun, saya...dah tiada nanti..saya akan tetap terus ada di hati awak ..Saya harap...cinta awak pada saya tidak akan hilang walaupun saya sudah tiada.'

Perasaan sebak mula mengelilingi hati kami.

Tanpa sedar, masing-masing sudah mengalirkan air mata sambil terpejam mata rapat.

*********
Di kala waktu yang lenggang ini, aku mengambil oksigen sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan. Rasa segar sikit. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ke muka aku membuat aku terpejam mata seketika. Boleh menenangkan sedikit sebanyak hati ini yang sedang berduka lara. Ceyy gitew.

Calvin ketika ini tiada dengan aku. Katanya dia mahu pergi ke suatu tempat sekejap nanti dia datang balik semula.

Tiba-tiba tanpa ku sangka...wajah seseorang yang begitu familiar menjamah ke pandangan mataku.

"I-Iris..." Terus nama itu meniti di bibir aku. Terkedu dan terkesima seketika. B-Bagaimana...a-apa ini kebetulan?? Perasaan sebak dan sedih mula menjalar perlahan ke setiap penjuru hati.

Bibir bawah sudah bergetar pilu. Sudah lama aku tidak bersua muka dengan wajah itu.

Kelihatan Iris seperti termenung seketika. Wajahnya yang mendung hanya menghadap pantai di hadapan. Dia kelihatan seperti bersedih.

Aku menunduk wajah ke bawah. Kening tercantum menahan perasaan.

Iris... maafkan aku..

*********
Manakala Calvin di hospital sedang melawat ayahnya secara diam tanpa diketahui. Bila terpandangkan wajah ayahnya sedikit mengubat rasa rindu di hatinya. Tipulah kalau dia kata...dia langsung tidak pernah merindui ayahnya itu.

"Uhukk..uhukk..." Tiba-tiba ayahnya terbatuk-batuk kecil beberapa kali. Calvin di sebalik pintu sudah rasa resah semacam.

Nasib ada nurse yang tolong tengokkan.

"Pakcik, nah minum air." Nurse itu menyua segelas air kosong.

Kelihatan pakcik Jayden hanya mengicip sedikit air. Selepas itu tubuh disandarkan lemah ke kepala katil.

"Pakcik, kalau ada mahu minta tolong apa-apa..tekan butang ni ye? Saya atau nurse akan cuba membantu apa yang patut."

Pakcik Jayden hanya mengangguk. Tubuhnya yang kurus keding. Turun naik dadanya bernafas ketika itu.

Selepas itu, nurse tadi sudah beredar dari situ.

Calvin sudah menghela nafas perlahan. Jelas wajahnya kelihatan nampak kerisauan dan sedih. Walau sebenci mana ayahnya tetap tubuh itu dia sayang. Dia takut...kerana usia ayahnya sudah tidak panjang lagi.

********
Di tepi jalan sedang ralit aku berjalan sendirian. Sekali-sekala aku mengeluh sendiri.

Bila tiada Calvin di sisi...mulalah hati ini rasa sunyi dan sepi semacam.

Sedang aku tenggelam dalam dunia aku sendiri tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi yang sangat kuat dan hon kereta yang berbunyi berkali-kali. Terkejutnya sehingga ternaik sedikit kedua-dua bahu aku. Terus kepala berpaling ke belakang mahu lihat apa yang terjadi.

Tergamam dan terpempan juga aku di sini apabila terlihat sebuah van terlanggar kuat dengan kereta orang sehingga membuat kereta tadi jatuh tergolek di jalan raya.

Lebih terbeliak mata aku apabila menyaksikan kereta tadi yang tergolek hampir mahu mendekati kereta troli bayi di sana. Kebetulan ada kereta troli bayi di tepi jalan situ. Ni mesti ibunya lalai ni sampai lupa anak sendiri.

Ahhh..ini tak boleh jadi..Baby..aku harus selamatkan Baby itu..walau apapun terjadi.

Tiba-tiba aku menghilang diri aku sendiri di situ tanpa disedari oleh siapa-siapa dan terus muncul di hadapan kereta itu. Kelihatan kereta itu masih bergolek tanpa henti membuat orang di dalam sudah menjerit ketakutan dan keresahan..

Bebola mata aku statik bertukar merah semerahnya.

Terus aku menahan tangan aku menghentikan kereta itu dari terus bergolek ke arah sini.

Fuhh! Hampir-hampir saja..

Kelihatan kereta van itu seperti terhuyung-hayang di atas jalan tar. Seperti tidak ada siapa yang pandu.

Disebabkan kereta van itu...ia telah melanggar beberapa buah kereta yang lain. Ini tak boleh terjadi. Ramai orang boleh cedera kerananya.

Manakala ibu kepada bayi tadi sudah berterima kasih banyak kali pada aku. Kelihatan dia benar-benar bersyukur dan lega kerana anaknya tidak diapa-apakan.

"Terima kasih...terima kasih banyak-banyak.."

Aku menoleh badan ke belakang. Hanya membalasnya dengan senyuman lembut. Aku terpandang Baby itu di dalam pelukan ibunya. Rasa syukur sangat kerana aku berjaya selamatkan bayi sekecil itu. Kalaulah aku tidak sempat...pasti bayi itu sudah mati.

Sebelum itu, aku menyembunyikan tubuh aku sendiri dari pandangan mata orang lain sebelum tiba-tiba menjadi lesap dan akhirnya muncul tepat di hadapan kereta van itu.

Kelihatan kereta van gila itu sudah mahu hampir ke sini. Aku syak... pemandunya telah mabuk dan pengsan sehingga hilang kendalian.

Aku merenung tajam dan tepat ke arah van itu. Semakin lama...ia semakin hampir. Tepat tekaan aku..pemandu itu pengsan tidak sedarkan diri tanpa disedari olehnya sekeliling. Aku sudah menggawang tangan ke udara. Bersedia...Alice. Iris mata mula bertukar kemerah-merahan.

Selepas melihatkan van itu betul-betul sudah hampir aku dengan pantas mengerahkan segala tenaga dan kuasa untuk menghentikan van itu.

"Erghhh..." Kereta seperti bergesel ke jalan tar. Membuat tapak kasut aku turut statik tergerak ke belakang.

"Berhentilah...erggg.." aku mengerutkan dahi. Diri semakin mengeluarkan kuasa. Rambut yang sedikit berterbangan tidak aku hiraukan.

Aku mula mengeluarkan kuku yang tajam dan terus mencengkam erat van itu sehingga sedikit remuk.

Merasakan van itu tidak akan berhenti aku terus menekan kuat di hadapan bonet van itu tanpa mencederakan orang di dalam sehingga membuat van itu terdiri seketika ke jalan tar. Berkedudukan iaitu bonet belakang ke atas sambil bertahankan bonet ke hadapan di bawah atas jalan tar.

Turun-naik dada aku menahan cungap selepas itu. Bebola mata merah kini bertukar menjadi iris asal iaitu warna coklat cair. Kuku yang panjang dan tajam seperti hantu kini menjadi pendek seperti asal kembali dengan sendiri.

Aku sudah melepaskan keluhan kecil perlahan. Nafas sedikit termengah-mengah. Aku memegang lutut dan membengkok sedikit badan melepaskan penat.

Tanpa aku sedar, orang di sekeliling sudah terpana, terkejut dan tak terkata apabila terpandang aku yang sebelum ini tidak ubah seperti monster.

"M-Monster... Monster! Dia ialah monster! Hati-hati guys...Sebelum dia makan kita semua!!" Tiba-tiba muncul seseorang menjerit ketakutan.

Aku sedikit terpana dan terasa.

Y-Yang dimaksudkannya...A-Aku ke? T-Tapi...aku berani janji kali ini aku takkan cederakan atau membunuh orang lagi. A-Aku...aku dah mula terbiasa dengan kuasa Ainsley. Selagi aku masih dapat mengawal selagi tu aku masih dalam bawah kendalian!

Aku merenung wajah-wajah di sekeliling aku. Masing-masing beriak takut dan kegelisahan. Suasana riuh-rendah suara orang di sini. Ada yang menjerit ketakutan, dan ada yang tidak henti-henti memanggil aku dengan nama monster.

Aku tersenyum dalam kepedihan. K-Kenapa... janganlah pandang aku macam tu...Hiks Hiks...kenapa korang semua pandang aku seolah-olah aku tak layak hidup?..

"T-Tak...saya bukan monster. Please...trust me! Korang! Saya bukan monster... please...stop calling me a monster. It's hurt...saya cuma bantu korang je! Saya tidak akan bahayakan korang.. percayalah!" Aku menjerit lantang pada mereka semua namun di sebalik wajah masing-masing kelihatan mereka tidak percaya. Mereka seakan-akan begitu takut.

"Pergi! Pergi! Aku tak percaya cakap kau! Kau monster! Kau harus dimusnahkan! Mesti disebabkan kau juga kan... penduduk di sini semakin banyak muncul kes kematian orang! Mesti sebab kau kan!"

Yeah...aku mengaku itu. Itu salah aku. Tapi....tapi sekarang aku dah tak bunuh orang lain. Hati kecilku menangis dan menjerit semahu-mahunya. Asyik terteleng kepala aku memandang wajah mereka satu per satu di sekeliling. Betapa sedihnya hati ini... mereka memang benar-benar anggap aku monster.. sadisnya rasa ini... betul-betul menusuk ke hati. Erghh..

"Entah-entah...anak aku ..kau bukannya mahu selamatkan tadi tak...tapi mahu bunuh. Haa! Itu semestinya!" Jerit wanita tadi yang aku tolong anaknya itu tadi. Sesampainya hati dia berkata begitu...terasa aku betul-betul nampak hina di hadapan mereka semua. Membuat hati yang sedia ini berdarah semakin terluka dan parah jadinya.

Bukankah aku baru selamatkan anaknya tadi...di manakah hati budi mereka semua ini?!

Yeah, aku faham. Mereka semua takut. Tapi... tidakkah mereka fikir kalau monster dia akan terus membunuh tanpa berfikir panjang. Kalau syaitan pun..dia tidak akan senang-senangnya munculkan diri sendirilah! Tidak pintarkah mereka berfikir semua tu?..

"Ahhh..." Aku mengangkat sebelah tanganku melindungi muka sendiri apabila terasa seperti diri dilontar dengan sesuatu benda bertubi-tubi.

Aku merenung ke bawah. Beberapa biji telur, sayur-sayuran, dan beberapa benda lagi dilontar satu per satu ke tubuh aku. Membuat pakaian aku mulai kotor.

Jalan ini berdekatan dengan pasar. Mesti kebanyakan dari mereka ini dari pasar.

Aku memejam kelopak mata perlahan. Seperti bersedia ditindas beberapa kali. Lari? Hilangkan diri? Aku bahkan langsung tidak berasa semangat. Biarlah mereka melontarkan segala kemarahan, barang, dan kata-kata keji pada aku. Ini kerana...aku pun bukanlah sepenuhnya betul. Aku telah banyak membunuh orang ramai. Jadi...mungkin inilah saatnya menghadapi hukuman dari orang ramai.

Namun, kali ini tidak terasa seperti dilontar benda. Aku mengerutkan dahi. Sudah berhentikah? Perlahan-lahan aku buka kelopak mata mahu melihat apa yang terjadi.

Terkejut beruk juga aku di sini apabila melihat tubuh tegap Calvin yang menghadang aku di hadapan melindungi aku dari dilontar segala barang sambil mendepakan kedua-dua tangannya.

Calvin memandang aku dengan reaksi risaunya.

"Laurel, awak..awak tak apa-apa? A-Apa yang berlaku? Kenapa semua orang lontar macam-macam dekat awak?"

Aku tidak berkata apa. Hanya ralit menatap wajah tampannya di hadapan. Melihat dia kalut dan cemas seperti ini mencuit hati aku.

Namun, perkara tidak tersangka telah terjadi.

"Ahhhh..." Terkejut aku apabila orang-orang lain mula melontar batu ke arah sini. Calvin sudah berada dalam kesakitan. Satu batu secara tidak langsung tersasar mengena kepalanya membuat Calvin mengeringai kesakitan.

"Calvin! Awak...awak...tak apa-apa?" Aku sudah hampir mahu menangis. Tangan cuba menyentuh belakang kepalanya namun terhenti seketika. Lupa pula kalau aku tak boleh sentuhnya. Namun di belakangnya dapat kulihat darah pekat yang mula mengalir. Calvin turut merasakan belakang kepalanya yang mulai berdarah.

Aku sudah rasa ini melebih! Orang-orang ini sudah melampau! They crossed the line! Arghh...korang semua memang tak guna!!

Tiba-tiba langit menjadi mendung dan berdentum kuat kilat dan guruh saling bersambung. Cuaca yang cerah dengan hanya sekelip mata menjadi kelam. Angin mula bertiupan kencang membuat mereka semua sudah tidak tentu hala tubuh mereka masing-masing. Ada yang sudah terjatuh kerana angin yang begitu kuat meniup.

Aku mula memasang perisai di sekeliling aku dan juga Calvin. Hal ini, membolehkan kami berdua langsung tidak cedera atau terkena tempias angin.

Suasana semakin kelam-kabut dan riuh. Terdengar suara jeritan ketakutan masing-masing dari bibir mereka.

Korang semua panggil aku monster kan? Sekarang lihat...aku akan tunjukkan betapa aku berkuasa dan marah pada korang semua!

Aku mendongak sedikit kepala dari tunduk. Serentak itu, bebola mata statik bertukar merah semerah-merahnya. Terbit senyuman miring di bibir aku.

"Arghhhhhhh!!!" Aku menjerit sekuat hati sehingga angin yang kencang bertambah kencang. Kedua-dua tangan aku didepakan. Pokok-pokok di sini ada yang sudah patah dan tumbang membingitkan telinga masing-masing.

Guruh dan kilat semakin kuat berdentum.

"Laurel! Hentikannya! Awak boleh bunuh manusia! Alice Laurel! Saya kata hentikannya!" Namun suara Calvin tenggelam dengan suasana bising di sini.

Aku sudah tertawa halus. Namun, setitis air mata jernih mengalir ke pipi aku.

"Manusia memang kejam. Dalam masa yang sama mereka sangat lemah. Disebabkan itu... mereka saling bergantung sesama sendiri. Sangat menyedihkan." Tersenyum senget aku apabila melihat masing-masing memegang tangan supaya tubuh mereka hampir tidak terpelanting ke arah lain disebabkan angin yang kuat. Ada yang sudah memegang sesuatu dengan kejap. Memang sangat menyedihkan.

Calvin sudah tidak tentu hala. Alice sudah diluar kawalannya. Biarpun dia halang...Alice tidak akan sedar semudahnya. A-Apa yang dia harus lakukan..

Terjatuh seketika dia di hujung kaki gadis itu. Dia betul-betul buntu sekarang ni. Tiba-tiba.. kata-kata tok itu terngiang-ngiang kembali di benaknya.

"Hanya kamu yang dapat sedarkan Alice dari terlalu tenggelam dengan kuasa jahat Ainsley. Hanya kamu yang dapat kembalikan Alice yang asal. Gadis seperti Alice sekiranya terlalu beremosi... emosinya yang tidak stabil akan memaksa dirinya tidak ubah seperti Ainsley. Tolong... selamatkannya sebelum terlambat kalau sampai itu terjadi. Sebelum...dia memusnahkan segala-galanya di atas muka bumi ini termasuk semua manusia.."

Yeah, itulah kata-kata tok itu yang pernah diberitahu padanya. Tapi... B-Bagaimana?

Calvin memukul-mukul kepalanya sendiri. Dia harus perlu cepat berbuat sesuatu.

Pandangan mataku terturun pada tubuh seorang lelaki di hujung kakiku. Siapa dia... jangan-jangan dia juga macam mereka semua. Huh! Habislah kau nanti.

Belum sempat aku mahu berbuat sesuatu padanya kelihatan lelaki itu mendongak kepalanya padaku. Kami bertentang mata lama. Anak matanya yang seperti mengandungi beribu-ribu maksud tersirat. Siapa dia sebenarnya..

Namun, entah kenapa hati aku begitu tersentuh melihat air matanya mengalir secara perlahan ke pipi. Tanpa aku sangka dia tiba-tiba memegang tangan aku dengan erat.

Calvin mengerut dahinya. Sakitnya apabila menyentuh Alice tidak membantutkan niatnya untuk terus mencengkam erat tangan gebu Alice.

Aku tersentak. Sebelah tangan aku ditadahkan. Serentak itu, api mula keluar dan marak di atas telapak tanganku. Bersedia untuk mengarahkan api ini ke arahnya.

"Laurel! Ini saya... please. Hentikannya..Awak pernah beritahu pada saya...Walau apapun yang terjadi..awak tak nak lukakan manusia! Dan sekarang...awak nak biar kuasa Ainsley mempengaruhi awak sepenuhnya ke?! Alice Laurel! Dia ialah gadis yang sangat baik yang saya pernah jumpa! Dia bukan monster! Dia...ialah suri hati saya! Permata dalam hidup saya."

Tanpa aku sedar, hati aku sudah mengalir rasa aneh dengan kata-katanya.

Tanpa aku sedar juga, aku sudah menitiskan air mata.

Tidak lama kemudian, bagaikan ada keajaiban api di tangan aku mulai terpadam. Angin mula tidak berkencang hebat. Awan di langit sudah tidak mengeluarkan guruh dan kilat. Dengan sendirinya, langit kembali menjadi cerah. Serentak itu, semua kuasa dalam diri aku terpandam. Iris mataku mula bertukar menjadi asal.

"C-Calvin..."

Calvin tersenyum dalam keperitan.

Aku terus duduk mencangkung di hadapannya.

"C-Calvin, awak...awak tak apa-apa? Hiks...hikss.. maafkan saya..sekali lagi saya hilang arah..tolong maafkan saya.." aku sudah menangis kesal di sini. Namun, bibir merah Calvin hanya mengukir senyuman lembut.

"Gadis yang suci dan baik seperti bunga putih Lily memang kelihatan sangat anggun dan cantik. Diri yang menampakkan cahaya kebaikannya mampu melebihi segala-galanya. Termasuk aura evil kejahatan.. Welcome back..Alice Laurel. My little angel girl."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience