Alice pov
Cahaya yang menembusi mata aku membuat aku terpaksa membuka mata aku secara perlahan-lahan. Baru bangun daripada tidur. Kening aku bercantum seketika.
Adakah aku sedang bermimpi sekarang ini? Yeah aku rasa aku tengah bermimpi. Tempat ni terlalu asing bagi aku. Aku kat mana ya?
Tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang lelaki yang tersenyum-senyum pada aku menampakkan lesung pipitnya. Geram saja aku dengan lesung pipitnya itu.
"Morning. Hehe sorry sebab bangunkan awak. Saya cuma tarik tirai je ni sebab hari dah siang. Awak lapar Alice? Nak makan apa-apa tak?" kata Calvin tersenyum manis. Dia mendekat ke arah aku dan duduk di atas kerusi di tepi katil bersebelahan dengan aku.
'What?! Calvin? Aku tengah mimpi Calvin ke sekarang ni?! Wouu tak sangka dia masuk dalam mimpi aku.' batin aku. Aku tersengih-sengih seperti kambing pada Calvin yang duduk di hadapan aku kala ini.
"Calvin..tak sangka awak masuk mimpi saya. Awak sedikit langsung tidak berubah. Sangat kacak apabila dipandang. Sungguh indah ciptaan Tuhan." kata aku perlahan. Aku ralit menatap wajahnya. Dan begitu juga dia. Kami berpandangan antara satu sama lain.
"Err.." Calvin sedikit buntu. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Alice sekarang ini menganggap yang ini adalah mimpi. Serta-merta senyuman kecil mula terbit di hujung bibirnya.
"Betul ke? Awak rasa saya ni.. sangat-sangat kacak? Sampai boleh buat awak jadi angan-angan?" kata Calvin. Dia saja mengutarakan soalan tersebut. Kalau Alice memang benar anggap ini mimpi..pasti dia akan jawab soalan ni dengan jujur. Dan inilah kesempatan Calvin untuk menguji gadis naif seperti Alice.
Aku tidak berkata apa. Sebaliknya mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk. Masih lagi tersengih-sengih seperti kerang busuk memandang Calvin.
Calvin terpaku seketika. Dia memandang ke arah aku dengan lama. Serta-merta senyuman mula terukir di bibir Calvin.
'Woahh..jadi dia memang angan-angan dengan aku la.' batin Calvin.
Tiba-tiba Calvin mendekatkan dirinya dan juga aku. Dia membisikkan sesuatu di telinga aku.
"Alice, kalau saya cakap yang...awak sebenarnya bukan tengah dilamun mimpi tetapi sebaliknya memang realiti dan awak sekarang ni berada di rumah saya awak terkejut tak?" kata Calvin perlahan. Dia memandang ke arah aku cuba mencari reaksi aku. And yepp reaksi aku terkejut, terkedu, terkaku dan macam-macam ter lagi.
Aku memandang ke arah Calvin yang masih berjarak dekat dengan aku sekarang ini.Tanpa ku sedar..pipi aku sudah blushing.
Calvin ketawa kecil. Lagilah membuat aku semakin blushing. Eiii boleh pula dia ketawa. Sekeh kepala kang. Tapi serius ah malu kut tadi..boleh pula aku cakap yang aku dah terkena angan-angan dengan dia. Jadi ini memang bukan mimpi. Dan maknanya ini realiti! And what?! Dia ada cakap yang ini rumah dia?! Wouu macam mana aku boleh sampai kat rumah dia pula ni? Takkan aku ada sayap yang boleh terbang masuk ke tingkap macam lalat dan terus tidur di atas katilnya pula kan? Eih mengarut je aku ni.
"Macam mana saya boleh ada kat sini? Bukan saya tidur kat rumah saya ke semalam?" kata aku. Sedikit pelik bin ajaib di situ. Yeah aku masih belum nyanyuk dan tua lagi kut. Semalam aku betul-betul yakin yang aku tidur di atas sofa di rumah aku. Akibat terlalu lelah aku tertidur di atas sofa. And tup tup..bila menjelang pagi aku dah duduk kat atas katil orang. Wouu sungguh misterius dan...magic.
Calvin berhenti daripada ketawa. Dia memandang tepat ke arah aku. Kami berdua sudah tidak lagi berjarak dekat.
"Awak..tak ingat kejadian semalam?" kata Calvin mencari jawapan dari aku. Aku terkebil-kebil seketika. Apa maksud dia dengan semalam?
"Tak, saya tak ingat apa-apa. Bangun saja dari tidur saya dah dapat tahu yang saya berada di rumah awak. Kenapa? Saya buat apa semalam?" kata aku menginginkan jawapan darinya. Aku menanti jawapan darinya.
"Tak apalah. Tak ada apa-apa. Takpe, awak mandi lah dulu. Jangan risau, buat masa ni..awak pakai baju saya dulu. Tu saya dah letak baju saya dekat atas meja. Hanya baju tu saja yang paling bersaiz kecil. Mungkin sesuai untuk awak. Lepas tu awak turun makan ye? Saya dah masakkan untuk awak. Nanti nasi dah sejuk pula kalau dibiar lama." kata Calvin panjang dan lebar. Dan hal itu membuat aku sedikit kecewa. Aku fikir dia akan jawab soalan aku tadi.
Kelihatan dia mahu bangun daripada duduk dan mahu berganjak pergi tetapi langkahnya terhenti apabila aku menarik hujung bajunya. Membuat Calvin memandang ke arah hujung bajunya yang dipegang oleh aku. Kemudian pandangan matanya jatuh padaku.
"Tunggu, awak masih belum jawab pertanyaan saya lagi. Apa yang berlaku pada saya semalam? Dan apa yang saya buat pada awak? Mesti ada sesuatu yang saya buat pada awak kan? Sampai-sampai saya boleh tertidur kat rumah awak pula. Saya tak ingat apa-apa Calvin. Please..explain to me about yesterday.. Calvin." kata aku. Aku menunduk kepala ke bawah.
Ada sesuatu yang buat aku rasa sangat asing. Dan sangat-sangat misteri. Dan kejadian misteri ini lah yang buat aku perlahan-lahan menjadi takut. Dalam masa yang sama rasa seram sejuk pun ada. Takkan hantu pula kan yang rasuk aku untuk berbuat bukan-bukan semalam?
Calvin perlahan-lahan menoleh badannya ke arah aku. Aku terpaksa mendongak sedikit kepala aku memandang ke arahnya yang berdiri di hadapan aku.
Calvin tersenyum kelat. Dia tidak tahu mahu jelaskan apa-apa lagi. Dan..dia tahu mesti Alice tidak mabuk semalam. Kalau tidak mesti dah bau arak di tubuh Alice. Dia pun tidak pasti apa yang berlaku pada Alice semalam. Dengan kejadian semalam yang menimpa dirinya lagi..semua tu dia tidak mahu ceritakan. Takut Alice terasa malu dan mengalahkan dirinya pula. Malah, dia pasti akan semakin berjauhan dengannya apabila sudah tahu kebenaran.
"Nanti saya ceritakan pada awak apa yang berlaku semalam. Tapi saya nak awak siap-siap dulu dan turun sarapan dengan saya. Habis sarapan..saya akan ceritakan hal yang sebenar. Sebelum tu awak buatlah ini macam rumah awak sendiri." kata Calvin. Dia terus memegang tangan aku lembut yang berada di hujung bajunya itu dan lepaskan tangan aku perlahan. Calvin terus pergi tanpa sempat untuk aku berkata-kata. Pintu bilik dia tutup perlahan.
Di atas meja tepi katil terdapat sehelai baju dan seluar yang telah dilipat. Ermm jadi ini lah bajunya yang aku akan pakai nanti. Humm okeylah kalau macam tu. Baik aku bersiap cepat dan turun makan. Aku mahu cepat-cepat tahu apa yang berlaku pada aku semalam dan apa yang aku lakukan? Aku harap sangat semalam aku tak lakukan perkara yang memalukan sudah. Kalau tidak naya.
************
Aku lihat di pantulan cermin. Woahh baju terasa agak longgar dan besar apabila disarung ke tubuh aku tapi bolehlah. Asalkan ada baju untuk dipakai. Terlihat ada sikat di atas meja cermin ni.. Wow macam kebetulan pula yang aku sekarang ni betul-betul perlukan sikat. Aku mengambil sikat tadi.
Calvin kan ada cakap buat macam rumah sendiri...jadi aku akan cuba layan rumah ni macam rumah aku sendiri. Ceyy gitewww.
Aku menyisirkan rambut menggunakan sikat tadi. Dari anak rambut hingga turun ke hujung rambut. Dari atas hingga ke bawah aku sisirkan rambut aku. Biasalah rambut panjang. Memang kena jaga dengan rapi.
Apabila sudah habis kegiatan menyikat rambut aku..mata aku mula galak memerhatikan bilik ini. Bilik ini.. cantik. Ada gambar bingkai yang tersusun di atas rak. Aku lihat gambar-gambar bingkai tersebut.
Ada gambar seorang wanita yang cantik tersenyum manis sambil duduk bertinggung memeluk seorang kanak-kanak lelaki. Dan kanak-kanak lelaki itu aku dah syak itu adalah Calvin sewaktu dia kecil. Dan wanita di sebelahnya adalah ibu kandungnya sendiri. Sebab tengok dari senyuman masing-masing sangat mesra. Calvin waktu kecil memang sangat comel. Comel molek. Disebalik background ni..aku yakin yang mereka berdua mengambil gambar di sebuah taman tema. Sangat mesra antara satu sama lain.
Begitu juga dengan gambar-gambar yang lain berikutnya. Tapi... yang mengherankan aku yang mana gambar ayah Calvin. Langsung tidak ada gambar ayah Calvin ke? Aku tengok ada bingkai gambar yang gambarnya koyak sekerat. Banyak yang macam tu. Entahlah kenapa. Tapi semua gambar-gambar bingkai ni hanya ada Calvin dan ibunya.
Takpelah mesti Calvin tengah hidang makanan sekarang ni.. Baik aku tolong dia apa yang patut kat bawah. Aku tutup pintu bilik perlahan. Kaki mula menurun tangga ke bawah satu per satu. Rumah ni..agak besar juga.
Dari bawah sudah kelihatan kelibat seorang lelaki yang sedang menghidang makanan. Siapa lagi kalau bukan Calvin. Hmm kenapa rumah ni macam sepi eh? Entahlah. Macam aku dengan Calvin saja ada kat sini. Ibu Calvin kerja kut time² macam ni.
Calvin yang sedang menghidang makanan di atas meja terperasan kelibat aku di tangga. Kelihatan aku hanya termangu di tangga sambil termenung.
"Alice? Kenapa termenung je? Marilah sini kita sarapan." ajak Calvin.
Aku yang baru tersedar dari lamunan berkalih memandang ke arahnya.
"Ya? Ouhh okey." kata aku mula menapak langkah pergi ke meja makan.
"Hehe saya tengok awak ni comellah pulak pakai baju saya. Dah lah baju saya besar." kata Calvin ketawa kecil. Aku turut ketawa kecil dengan kata-katanya.
Aku lihat nasi yang telah digoreng bercampur telur telah disediakan di atas pinggan. Wow! Terus membuat aku terliur.
"Calvin awak ke yang masak ni?" kata aku yang terus duduk di atas kerusi. Terliur juga aku lihat makanan di atas meja ni.
"Ye saya masak. Kenapa? Tak percaya?" kata Calvin yang turut duduk di atas kerusi berhadapan dengan aku.
"Gila tak percaya! Cuma bukan apa.. lelaki kan selalunya jarang masuk dapur sebab tu lah." kata aku tersengih-sengih.
Calvin hanya ketawa kecil saja.
"Wow sedaplah awak masak Calvin! Cenggini haa." kata aku yang mengangkat ibu jari aku padanya. Aku tersenyum manis semanis madu padanya.
Calvin pula ketawa kecil. Hatinya jadi suka apabila setiap kali bersama dengan Alice. Tidak lah dia keseorangan sunyi hari ini.
"Nanti lepas ni awak boleh jadi chef. Dengan gelaran 'Chef Calvin' haa gitewwww. Tapi macam tak sesuai lah pulak." kata aku yang membuat jari ke atas membentuk petak membentuk tubuhnya. Mata aku tutup sebelah seperti penyiasat pula.
Calvin ketawa kecil. Lucu dengan telatah aku.
"Kenapa saya tak sesuai jadi chef pula?" kata Calvin cuba menduga. Dia mengangkat keningnya sebelah.
"Sebabnya adalah..gaya muka awak ni kan..sangat handsome dan bergaya. Mana nak sesuai jadi chef I mean bukan maksud saya jadi chef pun takkan bergaya cuma...saya rasa awak lebih sesuai kerja di syarikat atau pekerjaan yang lain yang sentiasa duduk di tempat hawa dingin tu. Awak sesuai jadi macam tu. Saya dah cuba bayangkan kalau awak pakai baju kot pasti awak.." kata aku yang menggantungkan ayat. Aku tertelan air liur dengan kasar.
Alice! Apa yang kau buat ni?! Kenapa kau mesra sangat dengan dia ni. Ala kau ni pun. Manalah pernah kenal Calvin. Baru jumpa kali kedua dah mesra bagai. Aiyoyo apalah aku ni.
Aku lihat Calvin. Aku tahu dia orang yang baik. Cuma..bukankah pelik kalau kita baru jumpa dengan seseorang tu tapi dah mesra. Hmm pelik kan? Cuma.. entahlah hati aku jadi selesa apabila bersama dengan Calvin. Dalam masa yang sama terasa selamat.
Calvin mencantumkan keningnya. Alice tidak habiskan ayatnya lagi.
"Pasti saya...?" kata Calvin. Dia mahu aku menghabiskan ayat aku sebentar tadi.
"Pasti saya akan lebih kacak sampai-sampai boleh buat awak cair. Betul tak cakap saya?" kata Calvin ketawa kecil.
Aku hanya terdiam dan tersenyum canggung.
"Awak rasa?" kata aku saja menduga. Eih kau nih Alice. Orang tanya kau pun jawab dengan tanda tanya. Apa ke patut...
"Well.." Calvin hanya ketawa kecil saja. Begitu juga aku. Kami berdua berpandangan seketika. Masing-masing sudah berhenti daripada gelak ketawa. Serta-merta suasana Encik canggung dan Cik sepi mula hadir.
Aku dengan Calvin menyambung semula makan. Masing-masing sudah tidak tahu mahu berbicara apa lagi. Senyap mula menyelubungi diri.
"Ermmm Calvin." kata aku yang memecah kesunyian.
"Ya?" sahut Calvin. Dia memandang wajah aku dengan lama.
"Awak tinggal sini seorang je ke? Mama dan papa awak pergi mana?" kata aku.
Calvin terdiam sejenak. Dia menunduk kepalanya ke bawah. Hanya memerhati nasi di pingannya.
Aku mencantumkan kening seketika. Minda cuba memproses apa yang berlaku. Jangan-jangan...
"Calvin, saya..saya mintak maaf kalau.." kata aku. Calvin memandang ke arah aku. Dia tersenyum kelat.
"Sebenarnya..mama saya dah meninggal." kata Calvin perlahan.
Aku hanya mengangguk saja. Tidak mahu bertanya banyak lagi. Walaupun aku tahu yang dia tak jawab soalan aku sepenuhnya lagi. Seolah-olah dia langsung tak mahu bercakap tentang ayahnya pula. Bila tanya ayah dia mungkin dia terlupa nak jawab atau tak ambil kisah lagi. Mungkin baru bergaduh dengan ayahnya maybe.
Okey, selesai makan. Aku membantu Calvin mengemas apa yang patut. Yelah dia dah tolong aku masak apa semua sekarang giliran aku untuk kemaskan pula.
Selesai apa yang patut...aku dengan Calvin berada di ruang tamu. Okey now..sudah tiba masanya yang aku nantikan.
Aku menanti penuh sabar menunggu Calvin menjelaskan hal semalam.
Calvin memandang ke arah aku. Terasa sangat susah untuk bercakap tentang apa yang berlaku semalam. Seolah-olah mulut seakan-akan berat untuk berbicara. Seolah-olah penuh emas di dalam mulut.
"Awak ceritalah.. janganlah diam macam ni saja." kata aku.
Calvin menghela nafas berat. Masih segar ingatannya tentang semalam.
Tentang di mana Alice menciumnya dan berkata benda yang dia langsung tak faham. Alice waktu semalam...memang macam orang lain. Tak seperti hari ni. Alice yang ceria, ramah, lembut, baik hati, naif dan sebagainya.
"Sebenarnya... semalam saya ternampak awak. Awak macam jalan seorang diri semalam. Bila saya jumpa dan mahu bertegur sapa dengan awak..sebab kita pernah berjumpa kan? Lepas tu macam biasa awak pun tegur saya juga. Dan..tak lama kemudian.. tiba-tiba awak jadi pengsan. Sebab tu saya..bawak awak ke rumah saya tu." kata Calvin berbohong. Dia tahu dia tidak sepatutnya berbohong pada Alice..tapi mungkin buat masa ini..ini adalah jalan yang terbaik. Jadi, dia terpaksa berbohong.
Aku mencantumkan kening seketika. Ermm betul ke apa yang Calvin cakap tu? Macam tipu je. Jap, tiba-tiba sakit kepala aku mula datang menyerang. Aku memegang kepala aku dan mengaduh sakit.
"Erghh sakitnya." kata aku masih memegang kepala aku. Aku memejam mata aku dengan erat cuba menahan rasa sakit di kepala.
"Alice awak..awak tak apa-apa?" kata Calvin. Dia duduk mencangkung di hadapan aku dan memegang tangan aku dengan lembut. Membuat aku sedikit tersentak.
Aku melihat tangan aku yang berada di tangannya. Terselit wajah risau Calvin pada aku dalam masa yang sama membuat aku sedikit terharu.
"Nak saya urut kepala awak tak?" kata Calvin. Aku menggeleng kepala aku perlahan dan menghadiahkan senyuman lembut padanya.
Spontan minda aku terfikir pada Jennie. Alamak Jennie..yeah. Mesti dia tengah risau gila pada aku sekarang ni. Yelah tengok-tengok aku tidak ada kat rumah. Mau-mau dia terus call polis tak ke naya. Bukannya boleh di masuk akal sangat dengan tindakan Jennie nanti. Suka ambi tindakan tanpa berfikir dahulu.
"Err awak.." panggil aku.
"Ye?"
"Saya nak balik.." kata aku perlahan.
"Nak balik? Ermm buat masa ni..awak menetap kat rumah saya dulu boleh tak? Just hanya satu hari lagi? Sebab..ada sesuatu yang saya perlu periksa." kata Calvin.
"Tapi Jennie kawan saya mesti tengah risau giler sekarang ni. Saya tak nak dia susah hati. Mau-mau kalau dia buat benda yang bukan-bukan macam mana?" kata aku mempamerkan wajah risau.
"Awak please.."
"Macam ni lah. Saya bagi awak telefon saya untuk awak call kawan awak tu. Awak tak boleh balik lagi. Ini demi kebaikan awak juga.." kata Calvin. Dia terus menyeluk poketnya dan menghulurkannya pada aku. Beria-ia dia tidak mahu aku balik. Entah kenapa aku pun tak tahu. Aku tak dapat tafsirkan reaksi disebalik dia tu. Tapi.. yang aku syak mesti Calvin ada sorok-sorok apa-apa ni dari aku tapi dia sengaja dia tidak mahu cerita.
Aku apa lagi. Hanya ambil saja lah huluran telefonnya itu. Aku mula menaip nombor Jennie satu per satu dan mula bawa telefon ke telinga.
Tup...tup..
Aih Jen kau tak bangun lagi ke apa ni. Yelah selalunya Jennie bangun lewat sebab kerja pun shift malam balik lambat. Mesti la letih.
"Hello, siapa ni?" kedengaran suara Jennie mula bersuara.
"Hello Jen! Aku ni. Alice." kata aku.
"Alice?! Alice!! Kau pergi mana dari semalam ha? Aku punyalah bangun awal dari subuh lagi semata-mata nak cari kau. Penat tahu cari satu round kat luar rumah ni. Tengok-tengok kelibat kau langsung tak kelihatan. Kau pergi mana?" kata Jennie di talian sana. Suaranya jelas kelihatan seperti orang baru lepas lari. Perasaan bersalah perlahan-lahan bersarang dalam hati ini.
"Ala Jen. Sorry sangat-sangat sebab buat kau risau. Jennie, sekarang ni kau balik dulu. Aku tak apa-apa. Ada orang tolong jaga aku. Sekarang ni kau dah makan ke belum? Kalau belum kau makan dulu. Aku minta maaf terpaksa tinggalkan kau sekejap." kata aku.
"Habis kau bila nak balik Lice?" kata Jennie.
"Err..mungkin lusa aku balik." kata aku.
"What?! Lamanye. Ala nampaknya aku duduk sorang-sorang lah hari ni." kata Jennie. Dapat aku dengar yang dia sedang mengeluh sekarang ini.
"Tak apa. Lepas je kita jumpa. Aku belanja kau makan kat restoran. Amacam? Setuju tak? Mungkin hanya dengan ini untuk aku ubatkan perasaan serba salah aku pada kau. Sampai kau sanggup bangun awal untuk cari aku semata-mata." kata aku sedikit sebanyak terharu dengan Jennie.
"Hehe okey setuju! Aku memang kalau bab makan setuju sangat-sangatlah! Heheheh.." kata Jennie sambil ketawa kecil.
"I know. Okeylah Jennie. Aku tak boleh cakap lama-lama ni. Sebabnya aku pinjam telefon kat orang lain ni." kata aku. Aku mengerling sekilas ke arah Calvin. Dia hanya mendiamkan diri sambil duduk di atas sofa. Matanya hanya terpandang ke kaca tv.
"Ouhh okey Lice tata." kata Jennie di talian.
"Okey titu babai." kata aku tersenyum. Aku meletakkan panggilan aku dengan Jennie.
"Awak..nah." kata aku yang menghulurkan telefon kepada Calvin.
"Okey." Calvin hanya menyambutnya. Dan tersenyum nipis pada aku.
Hmm apa yang Calvin mahu lakukan eh? Kenapa dia suruh aku tiba-tiba duduk dengannya lagi sehari? Hmm pelik. Sangat pelik. Bukankah dia cuma membantu aku menumpang di rumahnya saja disebabkan aku pengsan? Kali ini apa motif dia pula suruh aku tidur lagi satu malam dari rumahnya. Dan dia ada cakap. Dia mahu periksa something. Tapi mahu periksa apa eh? Kepala aku mula penuh dengan tanda soal.
"Jangan tambahkan berat kepala awak tu lagi dengan penuh tanda soal. Saya tahu..awak mesti tertanya-tanya sekarang ni. Kenapa saya ajak awak tidur sini lagi? Apa motif saya untuk menyuruh awak tidur sini? Padahal saya bukannya siapa-siapa pun untuk halang awak daripada balik. Saya tahu itu semua Alice. Cuma.. please saya tak dapat mahu ceritakan lagi sebab-sebab kenapa saya suruh awak tidur di rumah saya lagi. Jangan risau saya langsung tidak ada niat jahat pada awak. So please...jangan bebankan kepala awak. Just one day. Lepas tu awak boleh balik." kata Calvin bersungguh-sungguh dia nak aku duduk sini buat sementara waktu lagi.
Aku menghela nafas perlahan.
"Okeylah kalau awak cakap macam tu Calvin. Saya harap sangat alasan awak ni munasabah yer jangan alasan nak mengurat saya sudah." kata aku ketawa kecil. Sengaja mahu mengusik.
"Hehe mengorat eh? Kalau ye macam mana?" kata Calvin saja menduga. Dia menggerakkan kedua-dua keningnya.
"Eiii awak!!" kata aku yang menumbuk lengannya berkali-kali.
"Okey dah². Saya tak usik awak lagi. Sakit lah. Hamboihh garang sungguh awak ni Alice." kata Calvin tersenyum.
Aku hanya ketawa kecil.
"Tahu takpe.."
Share this novel