27

Romance Series 50043

Waktu bekerja sudah tamat. Kelihatan semua berpusu-pusu untuk pulang tidak terkecuali Rose. Tadi selepas lunch hour hampir-hampir dia tergoda dengan hasutan Ming untuk ponteng kerja lagi. Bermacam ayat pujuk rayu yang keluar daripada mulut Ming. Lelaki itukan aih! Geram betul Rose dibuatnya. Nasiblah imannya masih tebal hahahaha. Kalau tidak alasan apalagi dia nak bagitahu Tuan Ihsan. Mau pendek umur bossnya itu dengan perangainya.

Turun bawah, Rose dibuat kaget kerana melihat Ming berdiri di lobi syarikat. Hampir jatuh rahang Rose melihat gaya lelaki itu. Berdiri santai dengan kedua-dua tangan didalam poket seluar. Seperti yang dia cakap, Ming dan kemeja tak dapat dipisahkan. Seketika Rose seakan tersedar, Ming tak pernah tunjuk diri di syarikat ini. Biasanya mereka akan bertemu diluar takpun sekiranya 'orang besar' syarikat ini ada urusan dengab Ming, lelaki itu takkan datang melainkan orang tersebutlah harus berjumpanya.

Merasa tatapan ramai orang kepada Ming terutamanya para wanita, Rose mempercepatkan langkah. Boleh pula ya dia bengong lepas keluar lift tadi. Ish, tak boleh jadi ni. Ming ni saja je tau! Sukalah tu perempuan tengok dia. Walaupun dia lihat sekarang muka Ming serius memanjang.

"Ming.." tanpa sedar nada suara Rose kuat sehingga menarik perhatian beberapa staff yang memandang lelaki itu sedari tadi. Mereka tak sangka lelaki yang ada dilobi itu adalah Ming. Akhirnya, dapat mereka lihat lelaki yang sering digosip dengan Rose. Yang dikatakan menjadi sugar daddy wanita itu.

Melihat Rose, wajah Ming yang tadi datar automatik senyum. Dia memahut bahu wanitanya. "Jom..."

"Pergi mana?" tanya Rose sebaik Ming heret dia cepat-cepat.

"Mau jalan-jalan. Spent time sama lu." senyum Ming. Rose makin terpana. Kenapa Ming sekarang kuat senyum? Tapi tidak apa dia suka je.

"Cheng dan Kim ada jugak ke?"

"Haiyaaa Rose! Jangan kasi potong wa punya mood la. Wa lu punya boyfriend atau diorang? Sikit-sikit kasi tanya mereka. Huh!" dengus Ming kesal. Seketika Rose tersentap. Ming cakap apa tadi? Boyfriend??? Suatu keajaiban. Ming mana pernah mengaku dia kekasih Rose melainkan 'perempuan' dia atau 'teman' dia.

"Ming cakap apa tadi?" Rose nak kepastian sekali lagi.

"Cakap apa?" decih lelaki itu.

"Hehehe tak ada apalah. So, mana kita nak pergi ni?" baik jangan tanya. Karang lain pulak jadinya. Bukan dia tak tahu Ming ni panas baran

"Genting..." katanya seraya mengenyitkan mata.

"Seriously???"

"Ada nampak wa main-main ke?"

"Tapi dah petang sangat ni. Takkan nak pakai baju kerja ni pergi sana?"

"Sampai sana cari outfit terus maa.. Wa mau gerak terus. Takde balik rumah." ucap Ming cepat.

"Yelorh. Fēng zhi!" mendengarkan ayat terakhir wanitanya, terus bulat mata Ming.

"Apa?"

"What? Saya cakap apa?" senyum sinis terukir dibibir Rose.

"Mana belajar cakap itu?" Ming cekak pinggang. Kini mereka sudah berada diluar syarikat menuju ke kereta.

"Hmmm, dengar Kim cakap." beritahu Rose jujur.

"Dia cakap siapa macam tu?"

"Selalu dengar Kim cakap belakang awak. Selalu lepas awak marah dia."

"Cittt...berani ah lu maki wa." Ming tarik kepala aku lalu dikepit bawah ketiaknya.

"Eeeee Ming!! Tak senonohlah cina apek ni!" Bukan makin lepas malah Ming seret Rose dalam keadaan itu sehingga ke kereta.

"Huh, berani ah lu kata sama wa. Nah, wa kasi bau ketiak wa!" Rose bantai gelak kuat. Bengong Ming ni tak kena dengan rupa dia perangai. Ah, tapi dia suka dengan perangai Ming yang sekarang. Jangan berubah ya Ming.

Dari kejauhan seseorang melihat perlakuan mereka. Dia yang kebetulan baru keluar dari syarikat disapa dengan permandangan tersebut. Mata Tuan Ihsan terus memerhati gelagat Rose dan seorang lelaki cina. Tanpa sedar seulas senyuman hambar terbit dibibirnya. Tidak mahu larut dalam perasaan Tuan Ihsan melangkah menuju ke keretanya. Cuba mengusir perasaan gundah yang mula bermain didalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience