23

Romance Series 50043

Rose sudah tiba didepan rumah Ming apabila Cheng menelefonnya tadi untuk serahan kunci rumah. Terkejut jugalah  dia tadi. Sekian lama mereka menyepi hari ini setelah 2 bulan lebih Cheng baru menghubungi. Bukannya dia tak pernah chat atau call Cheng dan Kim tetapi mereka berdua yang tidak pernah membalas. Jadi dia putuskan saja untuk tidak ambil tahu.

Dia masih ingat panggilan Cheng ketika dia berada di Port Dickson dimana lelaki itu mengatakan yang dia akan pulang dalam masa 3 hari. Tapi??? Hampeh! Batang hidung pun tak muncul! Dia punyalah menunggu hari itu tiba. Tak guna betul!

Nasib baik juga dia masih menyimpan dengan baik kunci rumah pemberian Ming. Rose gapai kunci rumah yang terdapat dalam dashboard kereta Myvi nya yang baru dibeli 2 bulan lepas. Kunci digenggam, satu kunci pendua rumah Ming ini manakala satu lagi kunci rumah yang Ming hadiahkan kepadanya.

Belum sempat dia nak menekan loceng pintu pagar telah dibuka. Walaupun pada tangan dia ada kunci takkan lah dia nak masuk sesuka hati sedangkan dia dan Ming sudah tiada apa-apa hubungan. Masuk sahaja dalam dia mengetuk pintu. Aih, takkan tak dengar kot, tadi kemain pintu pagar luar tu dibukanya. Rose mengetuk sekali lagi tapi tiada tanda tanda orang akan membukanya. Rose pusingkan tombol pintu dan masuk. Takde orang ke? Sunyi je. Aircond berpasang cuma lampunya saja tidak menjadikan rumah itu sedikit gelap. Tangannya laju menekan suis lampu bahagian ruang tamu. Pintu rumah dibiarkan terbuka.

"Cheng! Kim! Rose datang ni? Nak pulangkan kunci." panggilku pada mereka. Biar betul Cheng ni. Ada ke tidak kat rumah. Tapi kalau takde siapa pula yang membuka pintu pagar tadi.

"Cheng! Kim?" Rose berjalan ke dapur. Tiada juga mereka disitu. Seriuslah diaorang ni. Ish, nak main-main pula. Sudahlah dia tinggalkan pejabat begitu sahaja. Buatnya ada orang cari mampus dia. Nak menjawab apa dengan Tuan Ihsan atas kehilangannya yang secara tiba-tiba itu. Rose kembali menelefon Cheng dan dia terkejut apabila panggilan dia dimatikan. Dia dail pula nombor Kim pun begitu juga. Akhirnya dia menitip pesanan kepada mereka yang dia tinggalkan kunci rumah atas meja diruang tamu. Rose berdecit geram. Tadi beria call paksa dia datang suruh serah kunci.

Lagi beberapa tapak kakinya ingin mencecah keluar rambutnya ditarik kuat daripada belakang dan diseret ke ruang tamu. Rose meronta minta dilepaskan. Sakitnya rambut dia. Dalam hati berdoa minta dijauhkan daripada perkara yang tidak elok. Sungguh dia ketakutan ketika ini. Tubuhnya dipusingkan sebelum satu tamparan hinggap di pipinya. Berpinar biji matanya menerima tamparan tersebut. Samar samar dia melihat wajah lelaki yang baru lepas menamparnya. Kepalanya digelengkan berkali kali bagi menghilangkan rasa sakit. Agak kuat tamparan yang dia terima.

Rose didirikan, sekali lagi rambutnya dicekap dari belakang. Menitis jua airmatanya menahan rasa sakit dan takut.

"Lu memang perempuan takde malu punya. Lu mau mati! Berani langgar wa punya syarat ah! Takde untung punya perempuan!" sekali lagi wajahnya dilempang. Terjatuh terus tubuhnya disofa.

"Ming wa suruh lu bincang baik-baik bukan kasi mati sama anak orang." Cheng menegur daripada belakang. Kesian dilihat Rose sudah tidak bermaya. Memang sengaja dia suruh Rose datang rumah kerana Ming ingin berjumpa dengannya. Padahal dia boleh saja jumpa Rose diluar tapi disebabkan Rose block Ming dan tidak mahu berjumpa lelaki itu terpaksalah dia suruh Rose kemari.

"Lu diam ah. Jangan campur wa punya urusan." jerkah Ming. Ming lepaskan cengkaman pada rambut Rose. Meringkuk gadis itu menangis. Apa salah dia pada Ming sampai sanggup lelaki itu perlakukan dia sebegini. Ming kaut kasar rambutnya kebelakang. Dia cuba melegakan amarahnya. Bukan ini yang dia mahu. Sebetulnya dia mahu berbincang dengan cara baik dengan Rose tetapi mengenangkan laporan dan gambar yang diberi oleh orang suruhannya membuatkan hatinya bagai nak meletup ditambahkan lagi Rose sudah block nombornya dan tidak mahu langsung bertemu dengannya.

"Apa lu sudah bikin Rose? Wa sudah cakap jangan berani tipu wa! Memang teruk lu kena. Lu bukan saja tipu wa tapi lu sudah pandai simpan laki lain belakang wa!" jerit Ming melepaskan marahnya. Rose masih lagi menangis sambil tertunduk. Dia tak faham satu apa pun yang Ming cakap. Tuduhan Ming langsung tak berasas!

"Awak boleh marah saya boleh maki saya boleh pukul saya Ming. Tapi jangan tuduh saya dengan perkara yang saya tak buat!" jawabku dalam esak tangisan.

"Lu ingat wa suka suka mau pukul lu. Lu amik ini gambar kasi tengok. Wa memang takde sini tapi wa punya orang ramai. Wa suruh dia tengok sama lu. Lu jangan ingat wa tak tau apa lu buat masa wa ada di Hong Kong! Wa sudah cakap lu tak boleh lari punya. Wa cari lu sampai dapat." Ming mencampak sampul surat kearahku. Aku buka dan aku keluarkan beberapa kepingan gambar yang terdapat dalam sampul tersebut. Ini semua kebetulan. Gambar aku dipantai bersama Tuan Ihsan nampak gambar itu sangat intim. Tapi tak nampak gambar Elly yang terlindung oleh badan Tuan Ihsan. Gambar kedua, adalah gambar  Tuan Ihsan memegang tanganku pada malam jamuan. Bukan itu sahaja ada juga gambar Fikri bersamaku. Bahkan gambar aku keluar makan bersama Tuan Ihsan turut ada semuanya.

"Ming semua ni tak betul. Tak semestinya apa yang awak lihat ni bukti saya berlaku curang. Inikan gambar bos saya. Dan ini Fikri, polis. Cheng tolong saya. Fikri ni yang datang kepada saya. Saya tak tahu apa apa.." Aku cuba meraih tangannya tapi pantas Ming menepis.

"Ming wa bukan mau masuk campur. Tapi itu Fikri ah lu pun kenal dia. Wa rasa dia mau perangkap sama Rose. Mau tahu lu punya rahsia." terang Cheng.

"Lu orang keluar sana. Wa mau cakap sama Rose saja." Ming menghalau Cheng dan Kim. Aku sudah terketar-ketar. Buatnya Ming pukul aku teruk lagi macam mana? Pada siapa aku nak minta tolong. Bukan dia tak pernah terima amukan Ming. Lempangan Ming juga dia pernah terima dulu. Cumanya akibat lama tak pernah kena itu yang dia jadi takut tu.

"Okey wa keluar. Tolong ah Ming kasi bincang elok-elok. Dengar apa Rose mau cakap." pesan Kim sebelum berlalu keluar. Pintu rumah ditutup. Tinggallah aku berdua dengan Ming. Ming duduk disofa bertentangan dengan aku. Aku angkat wajah tatap mukanya lama. Rasa macam mimpi pula bila nampak Ming ada depan mata aku kini. Rindunya aku dengan dia. Tetapi kenapa Ming nampak tak terurus? Kurus cengkung, wajahnya yang biasa bersih mula ditumbuhi jambang. Matanya yang sedikit merah. Merah? Nangiskah dia.

Perlahan aku bangun menuju kearahnya. Aku duduk berlutut depan Ming. Wajah Ming tak beriak ketika pandang aku. Aku pegang pahanya. Seakan mimpi apabila melihat Ming berada di depan matanya.

"Saya rindu awak Ming. Kenapa tipu saya? Awak jahat buat saya macam ni. Saya tunggu awak hari hari. Tunggu chat dan call awak. 2 bulan awak tinggal saya, awak ingat saya tak rindu ke? Hari yang patut awak balik, sayalah manusia yang paling gembira. Saya sediakan semua Ming untuk sambut kepulangan awak. Tapi hampa bila Cheng bagitahu awak dah kahwin. Kenapa Ming? Kenapa? Saya terlalu sayangkan awak. Ini ke balasan yang patut saya dapat atas kesetiaan saya? Sekarang awak balik, awak tuduh saya macam macam padahal itu semua tak betul. Fikri yang datang kepada saya, tapi saya tak layan pun dia. Memang hari hari dia kacau saya. Saya tak tahulah awak nak percaya ke tidak tapi mama saya yang kenalkan Fikri untuk dijodohkan dengan saya. Itu je Ming tak lebih. Pasal bos saya tu pula, memang kami rapat. Itupun saya baru rapat dengan dia semasa saya di Port Dickson sehinggalah ke hari ini. Saya tak pernah tipu atau duakan awak Ming. Awak yang duakan saya lagi adalah. Takpe saya sedar siapa diri saya Ming. Walau macam mana saya cinta dan sayangkan awak, awak takkan pandang perempuan seperti saya. Saya ni tempat awak hilangkan bosan. Itu aje! Kalau awak rasa jijik nak bersama saya lagi, awak boleh lepaskan. Saya nak dengar daripada mulut awak sendiri Ming." aku menangis teresak-esak dipaha Ming. Betapa berat untuk aku ungkap kata perpisahan tersebut. Pada masa yang sama aku juga tidak mahu mendengar kata perpisahan daripada Ming.

Ming melihat Rose yang menangis di pahanya. Hati lelakinya sakit kerana telah membuat wanita yang dia sayang menderita sebegini. Dia terlalu ikutkan perasaan. Dia telah menuduh Rose secara melulu. Sudahlah dia tertekan dengan perkara yang berlaku di Hong Kong. Diharapkan Rose untuk memahaminya malah sebaliknya pula yang berlaku. Hubungannya bersama Rose semakin memburuk. Tambahan lagi dengan berita yang dibawa oleh pengikutnya yang mengatakan Rose sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Mahu dia tidak mengamuk!

Ming mengusap rambut panjang Rose kemudian menarik perlahan lengan gadis itu supaya duduk diatas pahanya. Pinggang Rose dipeluk erat. Ditatap wajah gadis yang dirinduinya saban hari.

"Rose, wa minta maaf. Wa banyak salah sama lu." Terhambur lagi tangisan Rose mendengar kata-kata Ming. Dia terus memeluk Ming dan menangis. Ming turut mengalirkan airmatanya. Selama ini dia terseksa di Hong Kong kerana mengingati Rose.

"Wa minta maaf. Wa pukul lu teruk. Darah lagi lu punya bibir." Muka Rose Ming bawa tarik mengadapnya. Tangan kanan menyentuh bibir gadis itu yang sedikit pecah akibat tamparannya tadi.

"Ming saya rindu awak sangat sangat. Hari hari saya tunggu awak balik." aku pegang kedua belah pipinya. Ming ketap bibir. Mengapa sukar untuk dia balas ungkapan rindu Rose itu?

"Kenapa awak dah kurus? Awak sakit ke Ming?" Ming membawa tangan Rose kemulut dan dikucup.

"Wa sakit banyak sakit.."

"Kenapa tak pergi hospital Ming? Kenapa biarkan sakit tu berlarut? Ke....n.." Ming sudah menutup mulut gadis itu dengan jarinya.

"Wa sakit sebab lama takde jumpa sama lu. Lu ubat wa." Ming kucup dahi Rose lama ibarat melepaskan segala kerinduan yang dia tanggung selama ini.

"Wa mau lu ada sama wa selalu.." Pelukkan dibadan Ming dieratkan lagi. Sungguh aku rindu dia. Dia masih tak percaya bahawa lelaki itu sekarang ada didepan dan dalam dakapannya. Cukuplah. Tiada apa yang dapat membahagiakan dia selain bertemu kembali dengan Ming. Terus dilupakan rasa sakit hati yang dipendam selama ini apabila lelaki ini sudah kembali kepadanya. Mudahnya kau memaafkan duhai hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience