21

Romance Series 50043

Tuan Ihsan mengajak aku untuk makan tengahari bersamanya. Dimana lagi kalau bukan di restoren hotel bersebelahan dengan bangunan ku kerja ini iaitu Blue Diamond

"Senyap je. Awak tak selesa ke keluar makan bersama saya?"

"Eh manada tuan. Saya okey jelah." Meskipun telah ditegah untuk tidak memanggilnya dengan gelaran 'tuan' tetap saja gadis itu memanggilnya sebgitu. Kalau anaknya sudah lama dipiat telinga Rose!

"Kalau awak ada hal atau urusan apa-apa, nah it's okay you may go. Salah saya ajak awak tanpa ketahui awak terlebih dahulu."

"Kan saya dab kata tadi takde apa-apa. Tuan jangan risaulah. I'm good." Segaris senyuman dihadiahkan kepada Tuan Ihsan. Moodnya tadi berubah bukan apa, meja yang kami duduki sekarang adalah meja dimana aku dan Ming selalu tempah bila nak makan. Dia masuk tadi pun beria pekerja restoren dibahagian depan  menunduk kearahnya sehingga mengejutkan Tuan Ihsan. Iye, kalau dengan Ming dulu begitulah perlakuan mereka. Menunduk hormat. Bahkan pekerja disini pun sudah tahu apa yang bakal dipesan oleh lelaki itu. Sekali je dia pernah datang makan dengan Fikri. Kemudian Tuan Ihsan pula.

"So tadi macam mana jumpa klien?"

"Tuan ni masa makan pun nak cerita pasal kerja. Bosanlah." Aku cebikkan bibir. Tuan Ihsan gelak mendengar bicaraku.

"Yelah tak tanya pasal kerja dah."

"Tuan bukan biasanya balik ke waktu lunch?"

"Harini tak baliklah sebab anak saya takde. Sekarangkan tengah cuti sekolah jadi dia balik kampung belah arwah mama dia." beritahunya.

"Oh kiranya tuan balik tu selalu makan dengan anak tuanlah ya?" Tuan Ihsan sekadar mengangguk.

"Patutlah ajak saya lunch, peneman setia dia takde baru nak cari kita." Usikku.

"Okey lepas ni saya ajak awak lunch jangan tolak pula ya. Hari-harilah awak kena mengadap saya."

"Saya main main jelah tuan ni." aku berpeluk tubuh.

"I mean it Rose.." kata Tuan Ihsan. Matanya redup menatapku. Aku larikan pandangan. Tak boleh jadi ni. Lama-lama boleh tangkap cintan aku dengan Tuan Ihsan si duda hot ni.

**********

Aku mengeluh. Belum sampai depan pagar rumah lagi dia dah nampak kereta Vios Fikri depan rumahnya. Eeee, dahtu macam mana pulak aku nak masuk. Kacau betullah.

"Hai abang polisi boleh tak jangan buat roadblock depan rumah saya ni. Boleh tolong alihkan tak kereta awak ni. Saya nak masuk dalam." Fikri yang tadi bersandar di kereta datang mendekati aku.

"Awak memang nak layan saya macam ni ke Rose?"

"Apa awak cakap ni Fikri? Dahlah saya penat tau tak malas nak gaduh dengan awak. Please, move your car." Fikri meletakkan tangannya dibumbung keretaku.

"Rose saya bukan mainan awak tau! Yang bila awak nak awak amik bila tak nak awak buang. Saya ada hati dan perasaan. Saya cuma minta awak berikan saya peluang. Beri saya ruang dalam hati awak Rose. Itu pun payah ke?" Tajam mata lelaki itu merenungnya. Aku mendengus. Tak pernah lagi jumpa manusia yang tak reti bahasa macam ni.

"Fikri saya anggap awak kawan. That's all. Saya tak nak lebih lebih. Sekadar kawan sahaja. Saya dah kata kan saya milik Ming, bahagian mana lagi yang awak tak faham ni!" biarlah aku menipu kalau itu dapat buat Fikri tak kacau aku lagi.

"Tak habis habis Ming! Ming! Ming! Apa bagus sangat dia tu. Lelaki tak berguna macam tu nak buat laki hah? Eh Rose agama dia dengan kita tak sama. Awak ingat dia senang senang boleh berubah ke? Lagipun dia tu penjenayah Rose. Lelaki macam tu ke yang awak sanjung sangat hah?" Dadaku berombak kencang. Kurang ajar sungguh Fikri ni. Aku keluar daripada kereta menghadap Fikri.

"Awak tak berhak nak menilai dia. Awak siapa? Jangan nak hina orang kalau diri sendiri pun ada kekurangan. Saya tak kisah, Ming boleh amik berapa banyak masa dia nak. Untuk berubah memerlukan masa yang banyak. Sekurang-kurangnya dia belajar dulu untuk tinggalkan perbuatan yang haram. Slow slow dia mula berubah kearah kebaikan even dia tak tukar agama lagi. Dan ya, awak ingat awak cukup bagus ke untuk hina orang? Awak siapa nak tentukan perbuatan dia baik atau salah? Saya tak tahulah apa yang mama nampak pada awak. Bagi saya awak sangat menjengkelkan, tak hormat orang dan ya mulut awak tu satu masalah lagi. Terlalu lancang berkata, tak pedulikan perasaan orang langsung!" dihamburkan segala kemarahannya kepada Fikri. Dia bercakap pun ikut suka je. Pasal Ming tu dia main reka. Tak nak bagi Fikri mengata pasal Ming. Kalau dia beritahu dia dah putus dengan Ming alamat memang Fikri akan terus menganggu hidup dia!

Rose tak tunggu lama. Enjin kereta dimatikan dan keretanya di biarkan saja disitu. Fikri dah berambus nanti baru dia bawa masuk kereta dalam rumah. Tangannya cuba dicapai tapi pantas dia menepis. Rose masuk ke dalam rumah dibiarkan Fikri diluar keseorangan. Malas nak melayan psycho tu. Nanti dengan dia dia gila!

************

Sherlyn berlari turun apabila dengar bunyi enjin kereta. Sebaik pintu dibuka tubuh yang terhuyung hayang itu cepat disambut. Bau arak kuat menerpa hidungnya. Dua orang lelaki dibelakang dipandang tajam.

Sherlyn membawa masuk lelaki itu kebilik tidur lalu dibaringkan ke tilam. Dia mengeluh. Hari hari mabuk. Lelaki itu juga tidak melekat dirumah. Ada saja nak keluar. Dipandang lelaki itu. Bilalah lelaki ini mahu baik dengannya? Lelaki ini selalu dingin bila bersama dia. Bercakap pun nak tak nak je. Dia menukar baju lelaki itu. Satu persatu butang baju ditanggalkan.

"Wa sayang sama lu. Kenapa bikin ini macam sama wa." terus terhenti tangan Sherlyn melakukan kerja. Suara Ming seperti menangis dalam tidur itu mengganggunya. Setiap kali suaminya itu mabuk teruk pasti dia akan jadi begini. Apa rahsia yang disimpan oleh lelakinya ini.

"Rose..." seru Ming dalam tak sedarnya. Sherlyn mendengus. Dia bangun. Tak habis-habis nama itu juga yang disebut lelaki itu. Kadang kadang dia rasa Ming sengaja mabuk kerana tidak mahu mengadapnya. Siapa Rose itu? Dia yakin Rose ada kena mengena dengan Ming. Perkahwinan yang sepatutnya gembira baginya bertukar suram. Lelaki itu tidak menyukainya dan tidak bersetuju untuk dikahwinkan. Bermakna dia hanya bertepuk sebelah tangan. Puas dia cuba untuk memikat dan menggoda Ming tetapi hati lelaki itu sungguh keras! Tak termakan langsung dengan godaannya.

Sherlyn turun. Dia mencari Cheng dan Kim. Diruang tamu dua orang lelaki itu sedang bermain dengan telefon.

"Hoi sapa Rose?" terus ditengking Cheng dengan Kim. Cheng buat tak tahu dengan soalan Sherlyn. Isteri Ming ni banyak kurang ajar. Lagipun dia tak suka Sherlyn yang berlagak itu.

"Wa tanya sapa Rose!!!" kali ini dia jerit bila tiada yang menjawab soalannya.

"Lu gila ah malam malam jerit! Lu mau itu gong gong dengar ah. Gila ini perempuan." marah Kim. Telefonnya dilempar kesebelah.

"Wa tak kira wa mau tau sapa Rose. Ming hari-hari kasi sebut itu nama dalam tido." Sherlyn masih tak puas hati.

"Wa tak tau. Wa tak pernah dengar. Ming saja tahu. Lu pegi tanya dia la. Kasi bising sini kenapa." marah Cheng.

"Lu orang bodoh. Lu ingat Ming mau kasi tau wa ka. Wa tak tanya lu orang kalau wa tau."

"Padan muka la" ejek Cheng. Sherlyn membaling bantal kearah Cheng. Geram diperlakukan sebegitu. Dia meninggalkan mereka dan kembali keatas semula ingin menguruskan suamninya.

"Itu Ming ah banyak gila kasi sebut nama Rose dalam tido. Haiyaaa, bodoh takda boleh simpan." bebel Cheng.

"Dia banyak rindu sama Rose wa rasa. Itu lagi Rose sudah block dia punya number. Sawanlah itu orang." beberapa minggu lepas Ming bertanya kepada mereka samada dapat menghubungi Rose atau tidak kerana dia tidak dapat menghantar mesej mahupun call Rose. Bila mereka mendapat balasan daripada call Rose terus mengamuk Ming kerana gadis itu sudah block nombornya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience