22

Romance Series 50043

"Saya tak boleh nak larang kalau awak memang nak berhenti.." aku pandang gadis dihadapan aku.

"Cuma saya nak tanya. Adakah awak berhenti disebabkan saya atau sebaliknya?"

"Maksudnya cik?"

"You know exactly what I mean Killa.." aku mengeluh. Pandangan aku buang ke luar. Huh, dasar busybody betullah staf-staf di Golden Empire ini! Duk mengendap-ngendap. Tak malu ke? Macamlah aku nak maki si Killa ni.

Huh, biar aku ceritakan mengapa. Di depanku ini adalah Nur Syakilla merangkap pembantu aku. Bukan personal assistant ke apa. Tetapi lebih kepada orang kanan. Apa-apa hal berkenaan kerja macam nak ajukan perbincangan atau kerjasama dalam sesuatu projek mesti melalui Killa dahulu. Baru nanti Killa akan inform aku dan seterusnya aku akan berjumpa Tuan Ihsan. Biasanya  kalau sesama department mereka face to face je dengan aku. Tapi apabila melibatkan department lain itulah tugasan Killa.

Masalahnya budak ni nak berhenti. Aku nak tahu juga nak berhenti sebab aku ke atau sebab lain. Aku ni dah penat dah bertukar-tukar pembantu. Ada je yang tak kekal lama. Bila aku dah selesa dengan orang tu mulalah nak angkat kaki. Kadang-kadang tu ada yang berhenti sebab termakan hasutan budak-budak department ni yang mengatakan aku kuku besi dan suka membuli. Iyelah, aku dipejabat sudahlah serius, tidak banyak bercakap. Jadi bila pembantu aku lebih 'mesra' dengan staff lain, dorang mulalah sesi menganyam ketupat.

"Tak... tak cik. Saya nak berhenti sebab nak pindah balik Kedah ikut bakal suami. Takde mengena dengan cik. Sumpah!" Terketar-ketar Killa bersuara. Kalau ikutkan dia memang nak bekerja lama lagi. Tapi dia akan berkahwin dan mengikuti suaminya ke Kedah nanti.

"Takpelah kalau macam tu. Saya doakan awak berjaya walau dimana awak berada. Terima kasih atas usaha dan kerja keras awak selama menjadi pembantu saya. Saya nak minta maaf sekiranya selama awak berada dibawah saya, saya ada terkasar bahasa atau melukakan hati awak."

"Saya pun nak minta maaf kalau ada salah silap saya dengan cik. Saya tak menyesal kerja dengan cik walaupun cik garang. Buat jantung saya debar setiap masa." Allah, hampir terhambur ketawa aku mendengarnya. Tapi melihat dia yang menahan tangis aku batalkan niatku. Aku akui Killa tidak seperti pembantuku yang sebelum ini. Killa kerja bersamaku hampir 2 tahun. Walaupun dia lebih banyak menghabiskan masa dan lebih berkawan dengan staff lain tetapi aku tak pernah dengar dia mengata aku. Dia juga tidak meminggirkan aku seperti staff lain.

"Nanti lunch ada nak kemana-mana?" Tanyaku. Killa menggeleng sambil mengesat airmatanya. Alahai menangis dah. Jangan staff kat luar sana duk ingat aku marah Killa sudahlah.

"Saya nak belanja awak lunch nanti. Kalau awak tak keberatan nak keluar dengan sayalah."

"Boleh cik takde masalah." Aku senyum.

Sebaik sahaja Killa keluar daripada billiku, aku bersiap dengan satu fail ditangan untuk menemui Tuan Ihsan. Tadi aku ingin menemuinya tapi terbantut apabila Killa terlebih dahulu berjumpa denganku.

Walaupun dalam department yang sama tapi bilik Tuan Ihsan sedikit jauh kebelakang dan sudah pastilah biliknya 2 kali ganda lebih besar daripadaku. Siap boleh main menyorok-nyorok lagi.

"Kak Su. Saya nak jumpa Tuan Ihsan sekejap." Beritahu aku kepada PA Tuan Ihsan, Suhaila.

"Sekejap eh Rose, Dato Sufian ada kat dalam tu."

"Hah? Orang tua tu ada?" Aku menutup mulut sedar akan keterlanjuran kata-kataku.

"Maksud Rose, Dato Sufian. Hehehehe..." Aku garu kening yang tidak gatal.

"Duduk dululah Rose. Meh duduk sini. Nak tunggu tak tahu bila nak selesainya mereka tu." Suhaila menunjukkan kerusi yang berada dihadapan mejanya.

"Dah lama ke Dato Sufian dalam tu?"

"Adalah dalam setengah jam lebih." Aku mengangguk.

"Akak dengar Killa nak berhenti ya?" Amboi, lajunya tersebar berita.

"Haah, nak kena ikut bakal suami balik Kedah. Hujung minggu nikan kenduri nikah dia."

"Haih, cari pembantu lain lagilah Rose." Aku tergelak bila dengar Kak Su mengeluh. Dia pulak melebih-lebih. Patutnya aku yang mengeluh sebab hilang pembantu. Makin bertambahlah kerja aku.

"Rose pergi tak kenduri dia nanti?" Aku tahan tangan dimeja Kak Su sambil ketuk dagu. Nak pergi tapi takde teman. Seganlah pulak aku pergi sorang-sorang nanti. Serupa kambing masuk kandang harimau je nanti.

"Amboi kemain serius berfikirnya. Akak baru ajak pergi kenduri bukan suruh Rose selesai projek juta-juta. Bertuah punya budak!" Kak Su tampar bahuku. Tanpa dapat ditahan sekali lagi aku tergelak besar mendengar kata-kata Kak Su.  

"Jomlaaa Ros.. Sekejap eh.." interkom yang berbunyi mematikan bicara Kak Su terhadapku.

"Ye tuan?" Aku pandang wajah Kak Su yang bertukar terkejut.

"Kak, Rose ada dengan akak ke tu?" Suhaila terkejut. Bagaimana tuannya ini tahu? Suhaila menghendap pintu bilik bossnya.

"Ye ada-ada tengah duduk depan Kak Su ni."

"Suruh dia masuk kak.."

"Suruh Rose masuk? Hah yelah. Kak Su beritahu dia." Lantas panggilan dimatikan.

"Rose ketawa kuat sangat kot sampai Tuan Ihsan dengar." Terus terlopong aku dibuatnya. Takkanlah.

"Biar betul akak ni?"

" Dah tu macam mana tuan tahu. Bilik diakan tertutup je. Dinding kayu pulak tu. Bukannya boleh nampak luar ni ha."

"Rose masuk dululah kak.." Makin melayan Kak Su ni ada aku lupa karang.

"Hah pergilah.."

Tok! Tok! Tok!

"Come in!"

"Dato, Tuan..." Aku menundukkan sedikit kepala sebelum berjalan mendekati.

"Have a sit Rose." Pelawa Dato Sufian. Aku tarik kerusi bersebelahan Dato Sufian.

"Kemain seronok saya dengar gelak awak dengan Suhaila kat luar sana. Apa jelah yang diceritakan oleh Suhaila tu."  Erk mampus! Betullah tu kata Kak Su. Ish biar betul.

"Takdelah Kak Su buat lawak saya gelaklah." Ampunkan ku wahai Kau Su kerana menjual namamu.

"Awak nak jumpa Ihsan ke?" Dato Sufian kembali menyoal.

"Yup. I have a few things to discuss. Tapi kalau Dato ada nak berbincang dengan Tuan Ihsan just carry on. I will wait."

"No, no.. Saya dah selesai pun. Tadi tu sajalah saya ajak Ihsan berbual. Okaylah. Saya tinggalkan awak berdua." Dato Sufian berdiri diikuti Tuan Ihsan dan aku. Aku yang kembali duduk menghadap Tuan Ihsan berpaling apabila namaku diseru oleh Dato Sufian yang sudah berdiri didepan pintu.

"Rose, before I forgot. Where is Ming?" Deng! Seakan ada batu yang menghempap kepala ku kini apabila mendengar pertanyaan Dato Sufian.

"Saya chat dan call dia tapi tak berbalas pun. Mana kekasih awak tu? Ada beberapa urusan yang saya perlukan 'kerjasama' dengan dia. Tolong aturkan pertemuan saya dengan dia boleh tak Rose?" Tanpa sedar Dato Sufian telah membongkarkan status Rose didepan Tuan Ihsan. Dia tidak dapat bertahan keinginannya untuk bertanya Rose tentang keberadaan Ming. Dia sangat perlukan bantuan lelaki itu.

Sesak nafas aku dibuatnya. Apa yang harus aku jawab? Patutkah aku kata aku sudah putus? Nah, berpanjangan pulak nanti. Sudahlah didalam bilik Tuan Ihsan. Orang tua inipun satu tidak menyempat sungguh! Dia pun bukan tahu keadaan Ming sekarang. Bukan sahaja Ming. Cheng dan Kim pun dia tak tahu khabar berita langsung!

"Maafkan saya Dato Sufian. I am no longer with him." Ringkas jawapanku berharap Dato Sufian mengerti. Jelas raut terkejut diwajah lelaki tua itu. Please, please jangan tanya kenapa. Harapnya dengan jawapan tu boleh buat Dato Sufian stop tanya pasal Ming. Buat hati dia rasa ditoreh semula.

"Oh, I am sorry. Err, sorry Rose. Saya tak tahu. Tak apalah kalau macam tu. Pandai sayalah nanti mencari dia. You may continue your discussion." Tak lama terus Dato Sufian meninggalkan ruangan ini. Aku lepaskan satu keluhan berat. Why, why, why??? Kenapa mention nama dia sedangkan aku berusaha keras nak lupakan dia. Disebabkan Dato Sufian mood dia merundum. Tak guna punya orang tua!

"Rose... " Hah? Macam mana aku boleh lupa dengan hamba Allah seorang ini. Aku berkalih kearah Tuan Ihsan.

"Sorry tuan. Saya datang jumpa tuan ni sebab nak bincang sikit." Aku tolak fail biru kepada Tuan Ihsan.

"Duduk Rose..." Duduk pun aku boleh lupa. Dalam keadaan hati yang sedang dilanda taufan apa-apa pun boleh jadi. Keadaan antara kami sepi seketika apabila Tuan Ihsan meneliti fail yang berada didepannya. Sedangkan aku masih mengawal hati.

"So awak ada nak tambah apa-apa?" Tanyanya yang masih melihat fail. Tidak mendapat jawapan, lantas dipanggung kepala. Dilihat Rose sedang mengelamun. Tuan Ihsan gigit bibir. Firasatnya kuat mengatakan yang mood Rose berubah ketika Dato Sufian menanyakan keberadaan lelaki tadi. Entah lupa pula dia akan nama lelaki itu. Walhal barusan disebut.

"Rose..." Seru Tuan Ihsan lembut. Tidak mendapat balasan Tuan Ihsan panggil sekali lagi hingga menjadi berkali-kali. Aih, jauh betul mengelamunnya.  Tangan Rose yang berada diatas meja disentuh. Terus tersentak gadis itu tapi tidak pula Rose menolak tangannya.

"Yerr tuu.. tuan??"

Tuan Ihsan lempar senyuman. "Saya tanya awak ada nak tambah apa-apa tak? So far saya okay je dengan idea diaorang ni."

"Ada-ada. Saya ingat nak suruh mereka tambah budjet sikit lagi sebab kalau dikirakan betul-betul tak cukup sebenarnya. Kita dah tarik minat mereka untuk melabur so ada antara mereka yang bersetuju dan ada yang masih belum. Jadi, saya tak naklah persediaan ini nampak sekadar macam untuk bagi 'lepas' sahaja. Tuan fahamkan maksud saya. Kalau boleh biar berbaloi walaupun ada yang masih belum bersetuju. Mungkin dari sini mereka boleh tengok effort kita sekaligus yakin dengan company ni. Idea mereka ni dah bagus dah. Cuma tulah problem dari segi budjet dan persediaan mereka tu. Kita nak bagi orang yakin dengan kita kenalah usaha sungguh-sungguh. Saya tahu syarikat kita orang dah kenal tapi saya tak naklah juga nanti ada masalah lain." Tuan Ihsan mengangguk bersetuju dengan pandangan gadis itu. Ada betulnya juga. Kenapalah dia tak perasankan hal itu.

"Kalau pasal budjet tu limit dia tak silap saya hanya dibolehkan tak sampai 10K bagi setiap event yang dianjurkan. Kat sini katanya dah diluluskan sebanyak 4K. So, Rose awak nak berapa?" Dia yakin dengan keupayaan Rose. Sebab itu kalau dengan Rose dia mudah saja untuk sign sebarang pengeluaran. Bahkan idea Rose juga mudah saja dia menerimanya. Tak perlu disangkal lagi hasil kerja gadis itu. Sentiasa tip top! Berkerja dengan Rose selama 5 tahun sudah buatkan dia tahu hasil kerja gadis itu bagaimana.

"Not to much, tambah dalam 3K je lagi. Selebihnya nanti saya akan bincangkan dengan mereka tentang persediaan tersebut. Sebab melihat kepada senarai nama ramai VVIP yang akan hadir. Dan mereka ini dah biasa dengan konsep company kita. Jadi, saya tak naklah berlaku sebarang kekurangan disebabkan ramai orang dah tahu bagaimana syarikat kita punya pengurusan sebelum ini."

"Okay saya luluskan untuk yang ini. Apa-apa nanti awak update dengan saya." Laju tangan Tuan Ihsan sign memberi lulusan kepada penambahan budjet yang ku minta tadi.

"So, saya minta diri dululah. Anything nanti saya update dengan tuan."

"Rose nanti dulu..." Tahan Tuan Ihsan. Aku yang tadi sudah berdiri kembali duduk.

"Ya?" Terkedu seketika dia. Dia pun tidak pasti mengapa dia menghalang Rose untuk beredar. Apa alasannya?

"Dinner dengan saya malam ni?" Entah kenapa laju ayat itu menutur daripada bibirnya.

Kalau tadi Tuan Ihsan yang terkedu kini Rose pula. Tidak pernah lagi Tuan Ihsan mengajaknya keluar. I means ada je mereka keluar berdua biasanya lunch jelah. Kemudian sambung bekerja seperti biasa. Tapi ini makan malam? Suatu yang pertama dilakukan oleh mereka.

"Sure.." putusnya. Ajak makan sajakan? Apalah sangat. Bukan Tuan Ihsan mengajaknya untuk melakukan perkara tidak elok.

"Great I will pick up you at 8. Nanti share locatiom rumah ya." Maklumlah kali pertama nak jemput Rose. Manalah dia tahu gadis itu tinggal dimana.

"Okay nanti saya share. Saya keluar dulu ya." Tuan Ihsan mengangguk. Sebaik tubuh Rose hilang daripada pandangan Tuan Ihsan melepaskan nafas lega. Dia menyandar pada kerusi sambil tie di leher dilonggarkan. Huh, nak ajak Rose pergi dinner macam nak tunggu hakim jatuhkan hukuman kepada pesalah. Berdebar lain macam jantung dia. Seketika terbit senyuman dibibirnya. Senyuman kebahagiaan. First step pass! Next step coming..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience