26

Romance Series 50043

"Wa ada Blue Diamond.."

"Okay, sekejap eh saya datang." meja yang sedikit berselerak dikemasnya. Tas tangan digapai lalu dia beredar meninggalkan pejabat menuju ke tempat yang telah diberitahu Ming. Alah bukan jauh pun sebelah bangunan dia kerja saja. Tak sampai 5 minit boleh sampai

Tiba depan pintu restoren dia disapa oleh pelayan. "Cik Rose sini saya tunjukkan jalan." tak perlu dia nak terkejut kerana rata-rata pekerja disini mengenali dia dengan Ming. Mana tak kenal kalau 5 tahun makan sini. Ming pula kalau dia dah selesa kat satu tempat tu, memang situ jelah dia pergi.

Nampak gayanya aku tidak dibawa ke meja makan biasa malah pelayan itu membawa aku ruangan vvip ditingkat atas yang mana selama ini aku sendiri tidak tahu kewujudan tempat tersebut selain ruangan dibawah. Tiba diatas mataku disapa dengan satu ruangan esklusif seperti sebuah ruangan rehat mewah dan disitu jugalah aku nampak Ming sedang duduk disofa sambil tersenyum memandang kearahku. Terus aku berlari kearahnya.

"Ming..." aku melompat duduk atas ribanya. Tubuhnya aku peluk erat.

"Apa pasal? Rindu sama wa hmm?" dia mengelus rambut panjang Rose. Seperti Rose, dia turut memeluk tubuh wanita itu. Entah kenapa, dada dia terasa sesak. Sesak dengan perasaan rindu yang menggunung kepada Rose.

"Tiada detik yang berlalu tanpa saya teringatkan awak Ming." bisik Rose perlahan ketelinga Ming. Rose susah nak percaya dengan apa yang dah berlaku sekarang ini. Macam mimpi pula bila Ming ada depan mata dia sekarang ni bahkan dalam pelukan dia. Tolonglah jangan biarkan ini semua berlalu. Dia tak sanggup nak hadap pemergiaan Ming lagi.

"Awak datang sorang je ke? Cheng dan Kim tak ikut?" kini aku sedang menyuap Ming makan. Saja nak bermanja dengan lelaki itu. Ming pun tak heran suka lagi adalah.

"Itu dua orang ada hal dia cakap. Bagus ah tak ada orang kasi kacau sama kita. Lagi itu Cheng kaki sibuk!" dengus Ming tak puas hati. Teringat pula dia akan rancangan untuk meluahkan perasaan kepada Rose semalam yang masih gagal. Semalam lepas makan Cheng ganggu lagi dengan ajak Rose menonton filem. Rose pula puas dia larang bagi alasan macam-macam tapi tak dengar. Boleh dia layan Cheng. Bikin dia sentap!

"Ini hari lu jangan layan sama Cheng. Layan sama wa saja. Wa masih merajuk pasal semalam." Rose jeling Ming. Itupun nak merajuk. Yelah, semalam dia layan movie dengan Cheng dan Kim sampai tak pedulikan lelaki itu. Tau-tau je tengok Ming masuk bilik tidur. Dia dah tengok Ming tidur, dia pun masuk bilik juga. Sedar-sedar tengok malam tu Ming dah peluk dia.

"Takkan merajuk lagi. Semalam elok je curi masuk bilik saya." Ming mencebik. Dia terlelap je sekejap semalam.

"Semalam lain harini lain. Ini hari kasi spent time sama wa saja." mendengar itu Rose senyum sampai telinga. Terus disuap lagi makanan dalam mulut Ming. Begitu juga dengan Ming melihat senyuman lebar Rose buat hati dia riang.

**************

"Ini tiket yang puan mau. Lusa jam 9 malam." beritahu pembantu kepada majikannya.

"Haish takde lagi awal ke? Apa pasal lu kasi amik lusa?" tengking Sherlyn

"Ini time saja yang paling awal."

"Arghhhh!!!!" barang-barang yang ada diatas meja kerjanya ditolak berterabur atas lantai melampiaskan rasa amarahnya.

"Keluar!!" tengking Sherlyn pada pembantunya. Dengan tenang lelaki itu melangkah keluar. Dia dah hadap semua ini lama. Muak dia dengan perangai kurang ajar isteri Tuan Muda Ming.

"Sherlyn??" tidak lama kemudian masuk gong gong Ming. Terkejut dia melihat keadaan bilik cucu menantunya. Segera dia memeluk Sherlyn yang menangis.

"Itu Ming ah lagi kasi sakit hati sama wa."

"Apa itu budak sudah bikin?"

"Dia balik Malaysia.."

"Then??" Dah tu kenapanya.

"Balik senyap-senyap takde kasi tahu sama Sherlyn."

"Ayaa, itu budak mesti banyak keje sana. Lu jangan susah hati ma." pujuk gong gong lagi. Kepala Sherlyn diusap.

"Kalau wa cakap dia ada perempuan lain belakang wa gong gong percaya?" Sherlyn tatap gong gong tajam.

"Apa maksud lu? Jangan main-main ah Sherlyn. Wa tak suka." dengus lelaki tua itu marah.

"Gong gong backup sama dia? Wa isteri Ming ma. Itu perempuah ah kasi kacau hubungan wa sama Ming. Gong gong mau tengok saja?" amuk Sherlyn lagi. Kali ini dia tak segan membaling barang yang sedia ada.

"Eh, jangan ini macam ah. Sudah! Sudah!" gong gong dakap kembali cucu menantunya.

"Tolong wa gong gong. Wa banyak sayang sama Ming. Bunuh itu perempuan! Dia ah hasut Ming supaya benci sama wa." tambah dia menokok cerita. Biar, dia tak tengok sejauh mana Ming boleh cabar dia. Huh, dia takkan dapat lawan gong gong.

"Nanti wa kasi urus.." tanpa gong gong sedar sebuah seringai jahat muncul diwajah wanita itu. Awas lu perempuan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience