9

Romance Series 50043

"Tuan, panggil saya?" Selepas mengetuk pintu bilik Tuan Ihsan aku masuk. Kini aku berdiri di depannya.

"Duduk dulu Rose." Aku tarik kerusi dan duduk. Tuan Ihsan masih menulis sesuatu di atas kertar. Mukanya kelihatan serius sekali membaca isi dalam fail di depannya.

"Ok done! Sorry ya buat awak tertunggu. Saya panggil awak ni sebab nak tanya berkenaan dengan cuti yang awak mohon. 4 days? Tak silap saya hari itupun awak dah cuti kan? Awak jangan salah faham saya bukannya nak menyibuk atau melarang. But you know how Dato' Sufian right?" Ya aku faham apa yang cuba Tuan Ihsan sampaikan. Bagaimana dengan cara kerja kami nak-nak jenis Dato' Sufian yang kuku besi itu! Tuan Ihsan ini cuma boss atasan aku. Dato' Sufian itu pemilik syarikat yang sedang aku kerja ini. Dia terlalu menekan pekerja. Tapi itulah nak berhenti rasa macam sayang pulak. Gaji dia bayar besar oi. Bila-bila lagi dia kata aku ini banyak bawa keuntungan kerana pandai menarik pelabur.

"Do you have any problem Rose? Stress dengan kerja ke?" Tersentak aku dengan pertanyaan Tuan Ihsan.

"Err, no no. Saya cuma... Err I need some space. Saya perlukan rehat daripada semua ni. Kalau nak cakap penat, semua orang penat tuan. Tapi saya tak boleh nak teruskan untuk sementara waktu ni. Itu yang saya nak minta cuti untuk tenangkan diri." Aku tak tahu kenapa mood aku nak bekerja tu tak ada langsung! Satu kerja pun aku tak boleh buat. Meeting dengan pekerja bawahan aku tadi pun fikiran aku seolah-olah melayang. Aku tak boleh fokus! Puncanya sudah tentulah Ming!

"How about 2 days? I'm really sorry Rose. 4 days is too much. Saya yang kena dengan Dato Sufian nanti. Andai kata nanti awak rasa yang cuti ini tak cukup, awak masih ada problem yang tak boleh diselesaikan mungkin itu saya akan pertimbangkan balik. Cumanya saya bagi 2 hari dulu. Boleh?" Kesian pulak aku kat Tuan Ihsan. Dia pula yang merayu-rayu kat aku. Aku tahu dia pun serba salah jugak, kalau beri cuti lama-lama mesti dia kena marah. Dato' Sufian itu memang kepantangan dia apabila pekerja asyik bercuti. Macam akulah contohnya. Tapi bukan hal cuti sahaja, aku tengok semua benda tak kena pun dia akan bising. Senang cakap orang tua tu cerewet. Dia ingat pekerja dia ni robot!

"Takpe Tuan saya faham. Dua hari pun tak apa." Aku senyum cuba memaniskan wajah yang kecewa.

"Nah, cuti awak dah diluluskan. Take care walau dimana pun awak berada." Tuan Ihsan menyerah kembali surat cuti aku yang sudah dia tandatangan.

"Terima kasih tuan. Saya keluar dulu.."

****************

Aku ambil cuti tapi tidak kemana pun hanya bermalasan dirumah saja. Masih memikirkan hal Ming. Lelaki itu sudah beberapa minggu tidak menghubungi dia. Mesej apatahlagi. Dia cuba capai melalui Cheng dan Kim tapi mereka pun sama. Tidak membalas mesejnya. Rose rasa seperti ada yang tidak kena dengan Ming. Hatinya kuat mengatakan semua itu. Selama ini kalau Ming meninggalkan dia, lelaki itu pasti akan call, paling paling pun chat dia. Tapi kali ini tidak langsung. Last chat Ming ada tempoh hari dimana Ming mengingatinya tentang status dirinya yang masih menjadi milik lelaki itu.

"Arghhhhhhhh!!!!!!" Rose menjerit sekuat hati bagi melampiaskan rasa yang dia alami. Dia tertekan! Kalau dulu Ming balik Hong Kong lama-lama dia langsung tak kisah. Sebab masa itu dia masih tak cintakan Ming. Perasaan sayang itu tiada. Sekarang, Ming dah berubah. Mula rapat dengan dia dan sentiasa ada bersamanya. Masa lelaki itu banyak dihabiskan bersamanya.

Dia risau, gelisah dan rindu. Perasaannya ketika ini bercampur aduk. Fikirannya sarat memikirkan hal Ming. Terjadi sesuatu yang buruk ke pada lelaki itu?

Aku kembali kepejabat selepas 2 hari bercuti. Macam tak ada function je bercuti sebab aku tak berehat bersungguh-sungguh.  Semasa dalam tempoh aku bercuti Tuan Ihsan ada mesej aku menanyakan tentang keadaan aku. Aku just cakap yang aku okay dan akan kembali kepejabat selepas tamat cuti yang diberikan.

Semasa aku masuk ke department bahagian aku kerja suasana menjadi sunyi seketika. Padahal daripada luar lagi aku boleh dengar suara mereka riuh bergelak ketawa. Bila aku masuk diam pulak. Aku bukannya malaikat maut nak cabut nyawa orang sampai korang nak takut bagai.

Aku buat tidak peduli dengan pandangan mereka dan terus masuk ke bilik ku. Selama 5 tahun aku bekerja disini mana pernah aku bersapa atau berkawan rapat dengan mereka. Kami cuma bercakap bila ada urusan dan juga apabila mereka memerlukan tandatangan aku sahaja. Selebihnya kau buat hal kau aku buat hal aku!

Aku keluar daripada bilik menuju ke pantri untuk membancuh secawan nescafe. Biar bagi segar sikit diri aku ni. Mengenai hal Ming aku cuba lupakan. Kerja pun dah menimbun. Baik aku selesaikan semuanya dulu. Baru beberapa tapak aku ingin memasuki pintu pantri terdengar suara orang yang bercerita mengenai diriku. Aku? Apa jelah yang mereka tak puas hati. Aku perlahankan langkah dan berdiri disebalik pintu.

"Kau perasaan tak dia macam tak semangat? Bulan ni saja dah berapa kali cuti dia ambik. Kau tak pelik ke?"

"Ada problem kot minah tu." Tak silap aku yang ini macam suara Aqilah sebab mulut budak tu memang riuh. Kuat bercakap kat pejabat ni.

"Tak-tak, aku rasakan mesti dia dah kena tinggal dengan sugar daddy dia tu. Alah lelaki cina yang selalu berkepit dengan dia tu. Sebab tu kusut je nampak dia. Yelah, lubuk emas dah lari." Bicara suara yang pertama tadi.

"Kan... Aku pun rasa macam tu jugak. Jarang dia nak ambik cuti lama-lama. Kau tengoklah tak pasal-pasal Dato' Sufian bising. Masalahnya orang tua tu marah kat kita, yang buat onarnya seronok bercuti. Geramlah aku! Nak marah kita buat apa pergilah marah perempuan tu!"

"Nampak sangat pilih kasih Dato' Sufian tu. Jangan jangan Dato' Sufian suka kat dia juga tak? Huish kalau ya, memang gilalah perempuan tu. Lepas kena buang orang ni, orang lain pulak kutip." Aku tarik nafas menahan amarah. Aku melangkah masuk ke pantri. Mereka masih belum menyedari kehadiranku.

"Kerja korang berdua ni memang tak cukup eh? Kalau tak cukup cakap aku boleh tambah." Aku menuju ke rak cawan. Satu paket nescafe 3 in 1 aku curahkan ke dalam cawan. Sementara nak tunggu air di dalam pemanas air masak aku berkalih memandang mereka. Hah, pandai pula nak diam. Tadi bukan kemain sakan korang mengutuk aku. Sekarang masing-masing menunduk. Kalau boleh masuk bawah meja tu agaknya dah lama mereka masuk.

"Haih senyap pulak, tadi riuh aku dengar suara korang berdua kat luar. Tak nak share ke cerita apa yang seronok sangat tadi?" Air panas yang dah siap aku tuangkan ke dalam gelas. Sambil mengacau aku bawa cawan ingin keluar daripada pantri.

"Oh ya sebelum terlupa, sajalah nak pesan sikit. Sebelum nak buat cerita tu cari dulu kebenarannya dia ya. Tak takut ke sebarkan fitnah pasal orang? Bukan apa tak naklah nantikan merangkak kat padang Mahsyar sebab nak mencari orang yang difitnah tu nak minta maaf. Dosa memfitnah ni dosa besar tau memang api nerakalah tempatnya." Selepas aku berkata-kata terus aku meninggalkan pantri. Puas hati aku! Aku dahlah dalam mood tak baik. Korang nak usik  pula. Memang mendapatlah jawabnya. Aku pun bukan baik sangat mana pun. Tapi sekurang-kurangnya tak adalah kacau hidup orang. Benda yang orang dekat pejabat ni dengki sangat kat dia pun tak tahulah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience