5

Romance Series 50043

Seminggu ini memang merupakan hari yang sibuk bagi aku. Dengan kerja yang menimbun meeting sana sini. Bila Ming ajak keluar jumpa pun aku tolak kerana terlampau penat sampaikan naik angin lelaki itu. Iyelah, dalam seminggu tu aku langsung tak berjumpa dengan dia. Sekadar mesej dan video call saja. Itu pun kadang-kadang aku tertidur time dia tengah berborak.

So hujung minggu ini aku bercadang untuk kerumah Ming. Memang kebiasaannya aku akan kerumah dia yang dihuni bersama Cheng dan Kim untuk memasak dan kemas apa yang patut. Biasalah nama pun lelaki bujang. Heh, bujanglah sangat! Geli telinga aku mendengarnya.

Aku masuk memarking kereta didalam kemudian pagar automatik itu aku tutup menggunakan button pada tanganku. Ming memang menyediakan  kunci pendua rumah dia untuk aku. Yelah, kadang kadang aku akan bermalam disini apabila disuruh. Ming pun dah beri green light pada aku untuk keluar masuk rumah dia.

Aku bawa keluar barang barang yang sempat aku beli tadi untuk memasak. Sampai depan pintu, hati aku mula berdegup kencang apabila melihat 2 pasang kasut tumit tinggi. Aku pusing belakang tidak pula kelihatan kereta lain. Lagipun masih awal pagi. Aku pulas tombol pintu dengan hati yang gusar.

Sampai diruang tamu, beristighfar aku melihat keadaan Cheng dan Kim bersama pasangan mereka tidur berpelukan diatas sofa. Sofa di rumah Ming ini besar dan panjang macam katil pun ye. Sofa disebelah kanan Cheng tidur dengan perempuannya manakala sofa disebelah kiri Kim bersama pasangannya. Botol arak pulak bergelimpangan diatas meja. Oh my God, get a room please! Ke diaorang ni buat seks bebas? Rose ketuk kepalanya cuba membuang perkara yang dibayanginya. Kotor otak kau nanti Rose.

Tak tunggu lama aku bergegas kedapur meletakkan barang yang dibeli dan naik keatas. Misi aku adalah ke bilik Ming! Kalau dia pun sama naik jugak bawa balik perempuan memang aku kerjakan dia cukup cukup. Aku nak tinggalkan dia! Takkanlah seminggu tak jumpa nak buat perangai kut. Aku bukan saja saja tak nak jumpa dia. Busy kot! Tapi masa dalam video call semalam elok je dia bercakap dengan aku. Takde tanda tanda nak marah pun.

Pintu biliknya aku buka. Gelapnya. Aku biarkan pintu biliknya terbuka luas bagi ada bias cahaya masuk. Ming sedang berselubung dalam selimut. Takut takut aku mendekatinya. Buatnya memang ada perempuan sebelah dia macam mana? Memang aku meraung la kat situ.

Tanganku menarik selimutnya perlahan lahan melepasi muka. Belum sempat  aku tarik habis, Ming sudah memegang tanganku dan menarikku baring bersamanya. Terbeliak mataku melihatnya yang sudah membuka mata dan tersenyum.

"Wa tau lu datang. Dengar bunyi car. And lu punya bau minyak wangi wa sudah kenal lama ma." beritahunya lalu memelukku erat. Dahiku diciumnya lama.

"Ming kat bawah tukan... Awaa.. Tak apalah."

"Cheng sama Kim bawa perempuan masuk. Tu perempuan ah wa cakap pelacur. Semalam dorang menang main judi dapat itu perempuan."

"Habis tu Ming?"

"Wa kenapa?" aku pusing belakang. Kena peluk dengan Ming terus dia lupa ala tujuan dia ke bilik lelaki ini. Kosong je sebelah katil ni.

"Haiyaaa wa takde mainlah. Takde perempuan." Ming sudah tergelak. Tahu apa yang dicari Rose. Badan gadis itu dipeluk erat. Jari Rose pula bermain di bahu kanan lelaki itu yang bertatu. Tatu naga dan ular. Tatu itu bermula dari bahu sehingga ke separuh belah badan kanan lelaki itu. Kata Ming hanya ahli keluarganya saja yang memakai tatu ini. Maksud aku famili dia kat Hong Kong tulah. Cheng dengan Kim tak ada tatoo ni sebab mereka tiada pertalian darah dengan Ming.

"Hari ni nak makan apa saya masak." aku mendongak melihat wajahnya.

"Lu masak apapun semua wa makan. Wa tak pernah tolak kalau lu masak." Aku ingin bangun siapkan makanan. Lega hatiku tengok takde perempuan. Tak dapat aku bayangkan kalau betul betul ada tadi. Boleh terjadi perlawanan WWE agaknya. Ming memegang lenganku enggan memberiku bangun.

"Mana mau lari. Sini dulu teman wa tido." Aku ditarik semula berbaring disebelahnya.

"Ming apa ni!" Terus terdiam bicaraku apabila  bibirku dikucup Ming lama. Hmmm, tak jadi nak marah kalau macam ni gayanya. Sambil kiss aku kemaskan pelukkan dibadan Ming. Last last sekali dalam tak mengantuk tu aku tertidur juga dalam pelukan dia.

Aku turun kebawah sementara Ming mandi. Barang yang kubeli tadi aku keluarkan semuanya. Masa untuk memasak. Aku bercadang untuk masak lemak udang cili api, sedikit sayur dan tak lupa sambal belacan. Haha, kelakar bila ingat teringat balik first time aku buat sambal belacan dulu. Semua kata busuk nak muntahlah. Tapi itu juga yang menjadi kegilaan mereka. Terutamanya Kim. Kalau takde tengoklah dia bising. Takde selera lah, tak lalulah, macam macam alasan dia.

"Who are you?" Aku disapa oleh seorang wanita Cina mungkin kiraku. Salah seorang teman Cheng atau Kim ntahlah. Aku tak tengok pulak muka diaorang tadi.

"Hello, I'm talking to you. What the hell are you doing in my house." jerkahnya. Amboi, cantiknya bahasa. Sejak bila pulak rumah ni jadi milik dia. Suka hati je nak mengaku rumah sendiri. Tak malu!

"Saya salah seorang penghuni rumah ni. Kenapa ya?"

"Melayu ke?" tanyanya. Aku iakan saja. Kenapa ada masalah ke kalau aku melayu?

Cheng mendekati. Dia hanya bersinglet putih dan memakai seluar jean. Duit dicampak pada perempuan yang berada didepanku ini dan mengarahnya balik. Haish, macam itu je dia layan perempuan. Meskipun pelacur, aku terasa dengan perbuatan Cheng yang melempar duit kepada perempuan tersebut. Aku tak kata aku sokong pekerjaan dia sebagai pelacur cuma aku terkilan dengan cara Cheng itu seolah-olah perempuan ini mainan mereka.

Kemudian mereka berbalah dalam bahasa Cina. Cheng punya suara boleh tahan tengking perempuan tu. Dua dua tak nak kalah. Lantak koranglah. Aku buat tak peduli, baik aku siapkan memasak karang big boss tu mengadu lapar pulak tengok makanan tak siap lagi.

"Lu jangan buat pasal ah. Wa cakap pergi balik la. Jangan buat kecoh sini." suara Cheng kuat menjerkah wanita itu.

"Apa pasal ini betina boleh ma duduk sini. Wa tak boleh?" menderu darahku. Betina dia panggil aku? Aku pandang Cheng. Tahulah aku bahawa mereka sedang bergaduh mengenaiku. Dah kenapa aku boleh jadi topik pergaduhan mereka pulak. Kes tak puas hatilah ni.

"Dia Ming punya. Sini memang dia tinggal. Ming bagi. Lu kenapa tak puas hati ah? Lu jangan mau bising-bising ah! Ming turun mati lu wa tak nak tolong. Sekarang keluar!" jerkah Cheng. Perempuan tu berlalu dengan muka tak puas hati.

"Sorry ah Rose. Itu perempuan banyak gila."

"Eh takpe Rose tak ambil hati. Dah lapar ke? Sekejap ye Rose siapkan dulu." Cheng tersengih kerana aku dapat tangkap niatnya didapur. Ini Ming punya pasal. Kalau tak dah lama aku siap masak.

"Rose sambal belacan wa jangan lupa ah. Wa nanti selera takde mau makan." sampuk Kim. Dia membuka peti dan mengeluarkan fresh oren.

"Buat sendirilah" kata Cheng sambil meluku kepala Kim. Mereka kemudiannya berlalu kedepan.

Selesai makan tengahari aku duduk di pondok mengambil angin. Dulu dekat tepi pondok ini ada satu patung Buddha. Tapi sekarang dah takde. Aku tak tanya la pulak kat mereka. Ming mendekati. Dia meletakkan kepalanya diatas ribaku.  Pondok ini sudah dialaskan dengan toto nipis dan bantal tiga segi sesuai kalau nak melepak. Tanganku secara automatik naik mengelus rambutnya. Ming tersenyum. Ye, aku perasaan dah banyak perubahan berlaku pada Ming. Dulu dia layan aku dengan teruk. Tak jaga langsung hati aku. Cara dia pun kasar macam Cheng buat kat perempuan tadilah. Tapi sejak kebelakangan ini aku tengok dia mula nak berlembut dengan aku. Tak tengking tengking dah. Selalu bawa aku bercuti. Yang paling penting suka senyum! Itu perubahan yang dia yang paling ketara.

"Ming wa dengan Cheng mau pergi kutip duit dulu. Budak-budak kita kasi tau ada yang tak mau bayar. Wa kena turun tengok." beritahu Kim.

"Haiyaaa wa lupa. Ini lu dua orang pegi dululah. Nanti petang sikit wa pergi kampung sebelah pula tengok. Sekarang wa tak ikutlah sama lu orang."

"Lu ah ada Rose banyak manja. Mau baring baring. Bagi kami muntah." aku gelak. Ming mengangkat kaki cuba menendang Cheng yang duduk dihujung kakinya.

"Suka hati wa la. Lu orang sana pegi jangan kacau wa mau dating." Kim buat jolok tekak nak muntah dengar ayat Ming. Tak tunggu lama satu bantal segi tiga melayang di mukanya.

"Jangan kacau sama wa la." Tinggalah aku berdua je dengan Ming. Aku bermain dengan rambutnya.

"Wa mau balik Hong Kong ada hal. Sana duduk lama dalam 2 bulan. Lu mau ikut?" aku pandang dia. Haish nampak gayanya lamalah aku kena tinggal lagi.

"Tak naklah. Saya kerja. Mana boleh cuti lama lama." Aku pernah ikut Ming ke Hong Kong sekali dua. Itupun disana aku dibawa secara senyap senyap. Sedih tau ingat tak sedih. Macam penjenayah je aku rasa masa tu sebab kena sorok. Nak jalan bebas pun tak boleh sebab Ming takut rahsia aku dengan dia bocor kat famili. Mana aku tahu cerita ni? Daripada Ming ke? Hmm, memang taklah daripada dia. Dia tak tahu kata aku tau semua cerita tu. Aku tahu nipun daripada Cheng sebab aku paksa dia bercerita. Famili Ming sangat berpengaruh kat sana. Gangster besar kata Cheng. Ming rahsiakan takut aku kena bunuh. Tapi lama kelamaan Ming sendiri tercerita dekat aku bila dia marah sangat. Dulu aku kuat memberontak dengan dia. Tak dengar cakap dia selalu langgar apa yang dia pesan. So, dari situ dia terlepas cakap kat aku.

"Mesti nanti saya akan rindukan awak. Dekat sana nanti jangan lupa call saya ye Ming." Aku nak nangis sebenarnya ni. Nangis sebab nak kena tinggal. Macamlah tak biasa kena tinggal. Kan aku cakap dah tadi yang perangai Ming dah banyak berubah. So, aku rasa berat hati nak berjauhan dengan dia. Nak nak lagi bila dah boleh berada dekat dengan dia ni. Dulu aku ni ibarat mainan tahu tak. Lepas guna buang, nak pakai ambil semula.

"Lu jangan nakal nakal sini. Lu masih wa punya perempuan. Wa pegang lu." aku anggukkan kepala tanda faham. Ming bangun dari baringan. Dia duduk lalu menarik aku kedalam pelukannya. Aku dipeluk erat. Airmata yang dari tadi aku tahan tumpah juga akhirnya.

Share this novel

NH.HANS
2020-04-19 19:21:55 

shrtnye..nk lg..


NovelPlus Premium

The best ads free experience