10

Romance Series 50043

Yes!!!!!!

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Sebaik alarm berbunyi terus dia melompat daripada katil. Siap menari-nari lagi. Punyalah happy. Sekali lagi hari ni dia minta cuti. Cuti kecemasan ya! Sampai pening dah kepala bossnya. Nampak tak dia punya happy sampai sanggup minta EL? Hari ini dia akan pastikan rumah Ming kelihatan luar biasa. Dia akan kemas rumah dan masak makanan favourite lelaki itu. My love is coming back today!

Subuh subuh rumah tu dah berbunyi vacum. Yelah, dia pun tak sure pukul berapa Ming akan tiba jadi dia kemaskan ajelah awal-awal. Rose mula me Gemas dari ruang tamu. Habis semua perabot dia lap kasi licin.  Sudahlah rumah Ming ini rumah banglo. Jari telunjuk diangkat dan dioleskan pada meja. Cantik, takde habuk okeyh! Boleh dah lepas ni nak apply jadi bibik. Hehehe. Kemudian dia semburkan air refreshner bau lavender kesetiap pelosok rumah. Ah, wanginya.

Selesai bahagian bawah di naik atas. Kemana lagi kalau bukan bilik Ming. Sepanjang Ming tak ada, dia memang tak masuk sangat. Buat sedih je nanti adalah. Aku bukak langsir luas-luas biar cahaya dan udara masuk. Bilik Ming sudah memang kemas. Tetapi kemas lelaki apalah sangat kan? Meja tu kalau boleh semua benda dia nak letak. Aku mulakan dari katil dulu. Aku tukar cadar dan comforter dengan yang baru. Ini pun aku yang beli tau sebab sedih betul tengok dia baring atas tilam tanpa ada apa apa alas. Sarung bantal pun sama. Harap je kaya. Benda tu pun tak boleh nak beli. Aku gantikan cadar katil dengan corak bunga rose berlatarbelakangkan warna hitam. Bilik Ming ini dinding pun warna hitam belang putih. Sakit mata aku tengok. Gelap je.

Sudah katil, aku ke meja kerjanya pula. Tempat dia sumbatkan semua barangnya sampai membumbu tinggi. Kemas punya kemas aku terpegang pistol. Eeeee, lantas kucampak balik. Degup kencang jantung aku pegang benda alah tu. Dia buka laci meja dan letakkan pistol itu disitu. Ming tak bawa ke? Biasanya ada je pistol tu kat pinggang dia. Mana aku tahu? Sebab setiap kali aku peluk Ming memang aku rasa benda alah tu ada kat pinggang dia. Kebiasaannya bila mereka berada di kawasan luarlah. Lagipun Ming biasanya pakai kot hitam jadi memang tak nampak pistol tu terselit kat pinggang dia.

Memang pakaian favourite Ming kot hitam dan kemeja. Dalam almari tu penuh kot hitam yang dipadankan dengan kemeja. Alahai hensemnya pujaan hati aku sorang itu. Sempat lagi dia membayangkan Ming apabila berpakaian sebegitu. Rose ketuk kepalanya, angau sangat dah kau ni. Dia menyambung kembali mengemas. Diatas meja kerja itu terdapat frame gambar dia bersama dengan Ming ketika bercuti di Genting Highlands. Gambar tu pun dia yang letak situ sengaja nak suruh Ming teringatkan dia selalu. Ceyh, perasan je aku ni. Jangan-jangan Ming tak kesah pun.

Pada tengahari itu Rose sudah siap kesemua kerja rumahnya. Masak pun dah. Tinggal tuan badannya sampai je lagi. 3 hari lepas dia ada mesej Ming tanya tentang kepulangan lelaki itu. Tak sangka pula dia Ming balas setelah sekian lama menyepi.  Lelaki itu cuma membalas 'kan wa cakap 2 bulan'. Ringkas tapi itu sudah cukup untuk buat aku faham maknanya. Hari ini telah genap 2 bulan. So this is the day!

Dari tengahari bawa sampai ke petang batang hidung Ming tak juga muncul-muncul. Rose sudah gelisah disofa. Chat yang dihantar kepada Ming tidak berbalas-balas. Okay Rose, lewat sikit kut dorang sampai. Dia cuba sedapkan hati yang memang sedia tak sedap. Dia ke dapur memanaskan kembali lauk-lauk yang sudah siap dimasaknya. Dahlah banyak dia masak hari ni. Semuanya lauk kegemaran Ming.

Selesai dia memanaskan lauk dia ke luar melepak di pondok. Chat dan call daripada Fikri langsung dia tak layan. Kadang kala dia balas la sebab takut lelaki itu terpacak depan rumahnya. Sekarang dia berani tak balas sebab Fikri takde. Dia balik kampung. So, kemungkinan untuk terpacak depan rumahnya adalah tipis. Dia mula bosan dengan perangai Fikri. Semua benda yang lelaki itu buat nak dimaklumkan kepadanya. Rose memang daripada awal sudah memberitahu Fikri yang dia tak akan terima lelaki itu dalam hidupnya. Tetapi lelaki itu yang masih berdegil. Katanya dia akan buat Rose untuk jatuh cinta pada dirinya. Apa-apa jelah Fikri. Teruskan berangan tu.

Rose memandang jam di dinding. Sudah pukul 12 malam! Mana Ming ni tak balik balik lagi. Tak pernah lagilah Ming buat perangai macam ni. Lelaki itu jenis menepati janji. Kalau dia kata nak balik harini memang sampailah dia tetapi kali ini sebaliknya pula yang berlaku. Sudahlah chat dia Ming tak balas begitu juga dengan Cheng dan Kim. Rose mengeluh, dia sangat penat harini. Dia ingat penatnya akan berbalaslah dengan kepulangan Ming tetapi hampa. Sia-sia saja kau buat semua ni Rose. Bisik hati kecilnya. Dia merebahkan badan untuk tidur. Esok dia kerja. Hmm, sia-sia juga ambil EL tadi. Sungguhlah dia nak menangis sangat ini. Sampai hati Ming!

Keesokan paginya ketika menyediakan sarapan untuk dirinya sendiri, Rose terdengar pintu utama dibuka.

"Walaweh, home sweet home! Ah, wanginya." dia dengar suara-suara itu tapi dia tak nak pergi sana. Nak tunjuk protes pada Ming. Biar Ming yang datang sini pujuk dia!

"Oi leng lui, pagi-pagi bangun mau pegi mana? Kerja ka?" sapa Cheng. Dia menarik kerusi dan duduk. Sarapan roti bakar yang Rose buat dia ambil. Langsung tiada rasa bersalah dalam hati kerana mengabaikan chat dan call Rose.

"Rose, lu kasi bersih wa punya bilik ah? Banyak wangi. Rumah semua bersih. Pandai lu jaga." kata Kim. Aku tak peduli dengan kata-kata mereka. Mata aku tinjaukan di hadapan.

"Ming mana?" ya mana lelaki itu. Daripada tadi dia tunggu Ming menegur tapi hampa. Bayangan pun tak nampak.

"Saya tanya Ming mana?" tanyaku sekali lagi apabila melihat mereka berdiam diri. Cheng pandang Kim. Kim pandang Cheng. Heh, what's going on here? Aku tenung mereka berdua dengan tajam.

"Cheng tolonglah cakap Ming mana?" bentakku.

"Ok wa cakap ah tapi sebelum tu wa mau lu tahu ini pun bukan kehendak Ming. Ming pun sama tak suka. Dia terpaksa." apa yang dia cuba sampaikan pada aku ni. Kenapa aku berdebar ni.

"Apa yang berlaku?" Kataku dengan nada suara yang terketar-ketar.

"Ming tak kasi kita cakap sama lu tapi wa kesian sama lu. Ming pun bodoh! Tak ada otak. Kalau wa tak cakap mesti lu tertanya-tanya punya."

"Cakap jelah Cheng!"

"Ya wa cakap. Ming sana sudah kahwin. Baru lagi dalam satu minggu. Datuk dia yang paksa. Lu tau kan dia banyak hormat itu orang tua. Apa dia cakap Ming kasi ikut. Sebab tu Ming tak ikut wa balik sini. Wa pun tak tau sampai bila. Kerja sini semua wa sama Kim amik alih ma. Itu pasal la wa balik sini lagi." Aku rasa macam ada batu menghempap kepala aku ketika ini. Apa semua ni. Ya Allah, dugaan apa ni?

"Kahwin? Ming dah kahwin?" Aku menangis semahu mahunya tidak pedulikan Cheng dan Kim. Ternyata sudah terjawab persoalan aku kenapa sejak akhir-akhir ini Ming dingin dengan aku. Patutlah call dan mesej aku tidak dibalas. Habis itu mengapa lelaki itu memberinya harapan mengatakan dia akan pulang dalam masa 2 bulan? Apa maksud chat lelaki itu 3 hari lepas? Apa semua ni!

"Arghhhh awak tipu sayakan Cheng? Is this a prank? Ming suruh awak prank sayakan?" Cheng mendekati aku. Dipeluk aku cuba menenangkan perasaan aku ketika ini. Makin dia usap belakang badan aku makin kuat aku menangis.

"Itu pasal wa tak mau cakap. Tengok lu menangis ini macam. Haiyaaa Ming pun bodoh. Sini sudah ada perempuan. Sana lagi mau." Lama aku menangis didada Cheng. Ya Allah sakitnya hati aku! Sampai hati awak Ming. Aku berdiri, langkah kaki aku bawa tanpa hala tuju. Aku pegang kepala. Sakit! Mataku juga sudah berpinar-pinar sebelum aku rebah ke lantai. Perkataan terakhir yang dia dengar adalah suara jeritan Cheng dan Kim.

Share this novel

Suara Hati
2020-04-23 21:35:09 

hahaha.. lttle bit bsy mybe ltr .. Btw thnks 4 rding

NH.HANS
2020-04-23 20:32:46 

dnt lt thm break up.. nxt frogy


NovelPlus Premium

The best ads free experience