19

Romance Series 50043

Balik dari Port Dickson aku terus menuju kerumah mama. Aku ingin bermalam disana memandangkan esok hari Ahad. Bolehlah luangkan masa bersama mama sekejap. Ceyh kau Rose, baru ingat ada mama. Kalau tidak rumah mama pun kau tak pandang sebab lebihkan Ming. Huh, dah kena buang baru kau terhegeh-hegeh nak balik! Desis hati kecilnya. Dirumah mama sudah ada kelibat Maria dan anak-anaknya. Hmm, itu tak lain tak bukan suami dia outstation la tu.

"Akak masak apa?" Intai Maria didalam periuk.

"Masak tomyam je. Mama kata nak makan."

"Tadi petang Maria ada buat kek coklat. Bolehlah makan malam ni." Terus bersinar mataku dibuatnya.

"Iye? Nak-nak! Maria buat banyak tak?"

"Ish akak ni bawak bersabar sikit. Jangan risau cukupnya untuk akak. Bukannya Maria tak tahu akak hantu kek coklat." Nasib dia tergerak nak buat lebih. Kakaknya inipun bukanlah cakap kalau nak bermalam dirumah mama.

Sepeninggalan Maria, aku meneruskan memasak. Sekadar tomyam dan telur dadar. Cukuplah untuk kami sekeluarga. Aku menutup api dan ingin keruang tamu untuk memanggil mereka makan. Namun langkahku terhenti apabila mendengar perbualan diantara mama dan Maria.

"Biar betul Maria? Kamu pasti?"

"Ye ma, adik yakin. Lagipun tak mungkin Abang Adi salah orang." Aku mengintai disebalik dinding cuba untuk dengar dengan lebih jelas.

"Tapi bukan ke angah duduk rumah pemberiaan Ming tu? Yang kita pernah pergi dulu. Kenapa pindah keluar pulak?" Deng! Terhenti seketika nafasku. Bagaimana mereka tahu? Aku sememangnya tidak mengkhabarkan kepada mama yang aku sudah putus dengan Ming. Langsung aku tak buka cerita apatahlagi tentang Ming yang sudah berkahwin.

"Itu adik tak pastilah pulak. Itupun kebetulan Abang Adi nampak masa pergi majlis kesyukuran kawan dia. Dia kata dia nampak Rose masuk rumah sebelah. Bila Abang Adi tanya kawan dia, dia cakap tu jiran baru." Sekali lagi aku tersentak. Majlis kesyukuran? Oh tidak! Jiran sebelah rumahnya ada membuat majlis kesyukuran seminggu lepas dan menjemputnya. Jangan kata Adi melihatnya disana. Tetapi mengapa Adi tidak menegurnya?

"Haish susah kakak kamu sorang tu. Payah nak bercerita. Karang mama tanya naik angin pulak dia. Tapi mama perasan juga dia kerap balik sini. Kalau tidak punyalah payah nak nampak batang hidung dia. Sikit-sikit Ming." Tanpa sedar Jasmin mengungkit perihal hubungan anaknya dengan lelaki cina itu.

Rose menekup mulut. Dia terasa dan sedih tapi apa yang dikatakan oleh mama benar semuanya. Jadi, dia tak boleh nak salahkan mama sekiranya mama mengungkit. Rose menghela nafas, nampak gayanya mereka dah tahu kalau aku dah keluar daripada rumah Ming.

"Mama... Maria jom makan." Aku ceriakan wajah. Aiman dan Aina mendahului kami ke meja makan. Aku duduk disebelah mama. Entah kenapa lauk tomyam yang selama ini menjadi kegemaranku terasa payau untuk ditelan.

"Kenapa Rose?" Tegur Jasmin sambil mengelus bahu anaknya. Kelihatan Rose termenung sambil bermain dengan nasi di dalam pinggannya. Apalagilah masalah yang anaknya ini hadapi.

"Tak ada apa. Rose dah kenyanglah. Rose naik dulu ya." Segera aku membawa pinggan ke sinki untuk dicuci dan kemudian berlalu menuju kebilik. Panggilan mama juga tidak aku hiraukan.

Aku hempaskan tubuh keatas tilam. Tanpa dipinta setitik demi setitik airmataku mula mengalir. Aku sedih. Sedih dengan kehidupan yang aku lalui. Pada masa yang sama aku turut merindui Ming. Sangat-sangat merindui! Kenapa aku tidak boleh melupakan lelaki itu seperti yang dibuat oleh Ming. Pasti Ming sedang hidup berbahagia disamping isterinya sedangkan dia? Merana dan masih mengharapkan lelaki itu. Allah! Sakit sangat rasa dia. Aku sayang dan cintakan Ming sepenuh hati aku. Tapi apa yang aku dapat?

Nampak sangat Ming memang tak pernah pedulikan dia. Terang-terang dia tak pernah penting dalam hidup lelaki itu. Sejak peristiwa Cheng memberitahu Ming sudah berkahwin sekalipun lelaki itu tidak mesej atau call dia. Dia kalau boleh nak dengar semuanya daripada mulut Ming sendiri. Tapi itulah lelaki itu lebih memilih untuk menjauh. Rose meringkutkan tubuhnya. Bantal dipeluk sambil terus menghamburkan tangisnya.

"Ming saya rindu...."

Jasmin menekup mulut melihat keadaan Rose yang sedang bersedih. Pintu bilik Rose yang tidak ditutup rapat itu memberi ruang untuk dia melihat si anak. Tujuannya naik adalah untuk bertanya mengenai masalah yang dihadapi oleh Rose tetapi tidak sangka dia dihidangkan dengan pandangan anaknya yang sedang meratapi kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience