13

Romance Series 50043

Dua minggu sudah berlalu kejadian dimana aku keluar daripada rumah Ming. Sejak itu Cheng dan Kim mahupun Ming tidak lagi menghubungi aku apatahlagi chat. Diaorang diam aku pun diam. Sebenarnya aku still tak boleh brain dengan perkara-perkara yang dah berlaku dalam hidup aku. Semuanya terjadi terlalu drastik dalam satu masa. Ni hati aku ni, masih lagi sakit memikirkan yang Ming dah kahwin. Aku tak boleh nak move on! Somebody please understand me, it's really hurt! How could you Ming, do this to me.

Aku kemaskan barang-barangku yang ada dirumah pemberian Ming. Ya, aku nak keluar juga daripada sini. Rumah yang Ming hadiahkan kepadaku ini akan dipulangkan kembali kepada tuannya. Sedang Rose mengemas, dia terpegang satu frame gambar. Rose terbalikkan frame itu dan melihat gambarnya bersama dengan Ming. Gambar mereka berdua yang ditangkap senyap-senyap oleh Kim. Dimana ketika itu dia sedang terlena didada lelaki itu dan Ming mengucup kepalanya. Masa itu dia bermalam di rumah Ming dan mereka berempat sedang menonton filem bersama-sama diruang tamu. Tak silap dia ini gambar 3 tahun lepas. Cepatnya masa dah berlalu. Dan hari ini aku telah ditinggalkan oleh lelaki yang aku sangka boleh membawa kebahagiaan untuk aku. Oh God, how I miss you Ming! Dan sekali lagi airmatanya jatuh mengenangkan lelaki itu.

*************

Aku masuk kepejabat seperti biasa. Mata-mata yang memandangnya tidak dipedulikan. Mungkin pelik kerana hari ini aku mengenakan pakaian yang serba hitam. Aku juga mengenakan makeup yang agak sedikit tebal berbanding biasa untuk melindungi wajahku yang sembap. Pagi tadi bangun tidur hampir saja dia tidak mengenali dirinya sendiri. Mulanya terlampau sembap akibat semalaman menangis. Itu yang hari ini dia mengenakan mekap yang tebal untuk menutupinya.

Pintu bilikku juga sengaja aku hempaskan kerana aku tahu sebentar lagi mereka diluar sana pasti akan memulakan sesi membawang. Jadi, aku harapkan diaorang faham yang mood aku hari ini memang tak okay. Kalau nak rasa kena maki dengan aku trylah! Bukan apa diaorang tu kalau nak membawang ke apa memang aku tak ambil port. Aku tak kesah langsung! Masalahnya suara diaorang tu kuat. Aku yang dalam bilik ni pun boleh dengar. Diaorang sedar tak yang diaorang mengumpat tu adalah tentang aku? Kalau iyepun nak mengumpat perlahan sudahlah.

Kedengaran pintu bilikku diketuk. Aku membenarkannya masuk. Sebaik pintu dibuka terpampang wajah Kak Dila, rakan sekerjaku.

"Ya Kak Dila, perlukan apa-apa ke? Eh, duduklah berdiri depan pintu tu buat apa." Kak Dila segera mengambil tempat di depanku.

"Rose, akak dengar Rose tengah cari rumah sewa ye?" tanya Kak Dila.

"Mana akak tahu saya cari rumah sewa?" Tanyaku kembali dengan nada yang terkejut.

"Akak dengar diaoranglah yang cakap. Kata Rose tengah cari rumah." Aku ternganga terkejut. Wah, hebatnya pekerja-pekerja kat sini. Semua benda tahu pasal aku. Kalau buat kuiz pasal diri aku ni mahu dapat full mark. Menarik sangat ke aku ni?

"Haah betullah tu kak. Kalau boleh saya nak cari rumah untuk menyewa sorang. Tak nak berkongsi dengan penghuni lain." 2 minggu sudah aku mencari rumah sewa. Kebanyakkan rumah lain disewa secara beramai-ramai. Dia kurang gemar untuk menyewa bersama orang lain. Baginya tiada privasi. Dan dia juga tidak suka untuk bercampur dengan orang lain. Cerewet kan?

"Kebetulan akak nak cari penyewa untuk rumah akak. Sekarang akak duduk dekat rumah lain dengan suami. So, rumah tu kosong nak jual sayang. Jadi akak nak carilah penyewa. Kalau Rose berminat nanti kita boleh pergi tengok." terang Kak Dila. Terus bersinar mataku. Akhirnya!

"Ha, bolehlah kak. Rose naklah. Tak payah tengok pun tak apa sebab Rose nak pindah masuk cepat. Kira okey jelah kak." Dia perlukan rumah. Dia ingin pulangkan semula rumah yang dia duduki sekarang kepada Ming. Tak betah hidupnya nak hidup atas harta Ming lagi. Dia bukan siapa-siapa lagi dengan lelaki itu.

"Ha iyalah kalau Rose dah kata macam tu. Bila nak masuknya?"

"Hujung minggu ni boleh? Rose nak kemas apa-apa yang patut dulu."

"Boleh boleh nanti apa apa Rose mesej je akak." setelah selesai berbicara Kak Dila kembali ke meja kerjanya diluar. Rose merupakan ketua atasannya. Walaupun pangkat dia dengan Rose berbeza Rose masih menghormatinya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Masing-masing seperti kacang lupakan kulit! Baru dapat naik pangkat sikit dah berlagak sedangkan Rose itu lagi tinggi pangkatnya nak dibandingkan dengan yang lain. Dilaila mengerling ke bilik Rose. Kelihatan wanita itu sedang menyandar di kerusi sambil tersenyum. Dia mengetahui Rose ingin mencari rumah sewa pun apabila terdengar suara suara sumbang lain yang bercerita. Dia tak tahu apa masalah yang Rose hadapi kerana wanita itu kelihatan seperti tertekan beberapa minggu ini.

Dipejabat ini, Rose seringkali digosipkan. Tak kiralah berkenaan apapun. Ada saja yang tak kena dengan wanita itu dimata orang lain. Cerita Rose sebagai seorang perempuan simpanan seseorang juga turut dia dengar. Ini kerana sepupu Rose, Sara yang bekerja sebangunan membawa mulut. Benar atau tidak itu dia tidak pasti. Dia tidak mahu masuk campur. Dilaila kesiankan Rose, baginya wanita itu tidak pernah menganggu sesiapa. Dipejabat pun wanita itu lebih menyibukkan diri dengan kerja. Tak pernah pula dia lihat Rose berkawan dengan sesiapa sehingga ramai yang tidak sukakannya. Entahlah manusia sekarang ini macam macam perangai. Mudah tak puas hati dengan orang.

Share this novel

NH.HANS
2020-04-27 01:15:40 

poor him.. btw gud lck


NovelPlus Premium

The best ads free experience