24

Romance Series 50043

Tuan Ihsan mendail nombor telefon Rose, sekali lagi dia mengeluh hampa. Jam didinding ruang tamu dipandang. Sudah hampir pukul 8 malam tapi Rose masih tidak menghantar lokasi rumahnya. Bahkan, mesej dia pun Rose tidak balas masih dengan satu tick daripada tadi. Apa makan malam mereka tidak jadi malam ini?

Tuan Ihsan membuka kembali kot yang sedia tersarung ditubuhnya. Satu senyuman hambar jelas terlakar pada bibirnya. Jelas perasaan kecewa bertamu didalam hatinya namun pantas ditepis. Dia cuba bersangka baik mungkin Rose ada urusan penting yang perlu diselesaikan  sehingga lupa pada janji mereka malam ini. Perlahan-lahan Tuan Ihsan kembali menapak ketangga menuju kebiliknya.

*******

Wajah lena itu dibelainya, bermula dari dahi, mata, hidung dan terakhir tangannya menyentuh bibir. Inilah wajah yang telah berjaya mencuri hatinya. Wajah yang saban hari dia rindu. Kalau dulu wajah inilah yang paling dia benci. Ming tak ada depan mata pun tak apa. Berbalik pula dengan keadaan sekarang dimana hati dia telah dicuri oleh lelaki cina dalam dakapan dia kini. Cukuplah hanya dia seorang. Dia tidak perlukan orang lain. Selamanya cinta dia akan mekar untuk  si dia. I love you Khai Li Ming!

"Dah bangun?"  senyum Ming dalam keadaan mata yang masih bertutup. Dia sudah terjaga apabila tangan nakal Rose bermain disekitar wajahnya.  Selepas sesi 'meluahkan' perasaan bersama Rose tadi boleh dia tertidur dengan Rose dalam pelukannya yang mana wanita itu turut terlena sama. Menyedari itu pantas dia menggendong tubuh Rose dibawa masuk kebiliknya dan mereka terlena sekali lagi.

"Wa tadi lagi bangun. Lu punya tangan takde diam main wa punya muka. Wa tahu wa hensem."

"Dah tak hensem ada ni.." aku usap jambang yang ada diwajahnya. Muka lelaki itu mana pernah berjambang. Licin aje. Bila berjambang tu nampak pelik pulak pada pandangannya.

"Nanti wa kasi cukur. Sekali lagi wa minta maaf sama lu. Huh, apa wa sudah bikin ni. Lagi bengkak sama darah lu punya muka. I'm really sorry.." Ming memelukku. Wajahku dicumbunya berkali kali.

"Saya tak marah awak. It's okay. Saya tak amik hati. Yang penting semuanya dah okey sekarang. Awak ada depan mata saya. Itu yang penting. Awak tahu Ming, this moment having you infront of me is the happiest thing in my life. I want you to know that."

"Wa takkan sia siakan lu lagi. Wa janji. Lu wa punya saja." aku senyum lebar dalam dakapannya.

********

Sherlyn mendengus. Puas nombor Ming didailnya tapi satu pun tak berangkat. Ming balik ke Malaysia tanpa pengetahuannya. Sudahlah 2 hari tak pulang kerumah. Dia tahu Ming pulang Malaysia pun apabila terdengar perbualan gong gong bersama lelaki itu ditelefon.

"Tak boleh jadi ni. Apa sana dia bikin? Mesti jumpa sama perempuan lain! Wa tak boleh kasi dia jumpa itu perempuan! Tak boleh!" Sherlyn mendail nombor pembantunya.

"Dao, lu kasi book wa punya flight pergi Malaysia. Esoklah! Hari ni wa tak sempat. Kalau gong gong wa tanya cakap sama dia wa mau jumpa wa punya laki. Lu dengar ah!" usai bicara dia membaling telefonnya diatas tilam.

"Lu tak boleh lari jauh Ming!"

********

Ming leka memerhati susun atur biliknya. Dia baru berkesempatan untuk meneroka bilik yang sudah lama ditinggalkannya. Walaupun warna biliknya gelap tetapi Rose pandai untuk menghiasinya. Dia terpaku melihat satu bingkai gambar besar tergantung dibelakang kepala katil. Gambar dia dengan Rose semasa bercuti di Bali. Dia mendekati katil. Gambar itu sangat cantik pada pandangan matanya. Rose, adalah gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Selama ini dia mana pernah pedulikan perasaan perempuan. Perempuan diibaratkan seperti kain buruk kepadanya. Bila sudah puas dia buang. Dia takkan kekal dengan seorang perempuan untuk jangka masa yang lama. Berbeza pula dengan Rose, dia tak boleh buang gadis itu. Sudah 5 tahun Rose bersamanya. Tahu segala baik buruk tentang dirinya. Dia terlalu sayangkan Rose.

"Ming...." panggil Rose dimuka pintu bilik tidur lelaki itu.

"The dinner is ready. Jom, Cheng dengan Kim dah tunggu kat bawah."

"Rose..." Rose yang bersandar didaun pintu mendekati.

"Is everything okay?" Tanya Rose sambil mendekat.

"Wa.. wa..wa..errr..." Rose kerutkan dahi. Dah kenapa Ming gagap?

"Ada yang tak kena ke Ming? Awak nak cakap something ke?" Rose menggusap bahu lelaki itu cuba mententeramkan perasaanya.

"Wa nak cakap yang wa... errr..." come on Ming you can do this! Bukan susah mana pun nak ucap

"Wa wa wa cin..err Rose..wa tak tau macam mana mau cakap.." Ming berpaling, satu keluhan dilepaskan. Rambutnya dikusutkan berkali-kali Kenapa payah untuk dia ucapkan kata keramat itu kepada Rose?

"Ming ok tak ni? Ada apa apa yang boleh Rose tolong?" Ming ada masalah besar ke? Muka lelaki itu kelihatan gelisah dan pucat semacam.

"Ok, wa cin..."

"Ming kasi cepat ah turun wa banyak lapar lagi mau tunggu lu punya cerita cinta. Haiyaaa sambung nantilah. Kasi makan dulu.." marah Cheng depan pintu bilik. Lama dia tunggu Ming turun untuk makan bersama. Perut dia dah berdendang lagu hip hop apatah lagi melihatkan masakan Rose. Kecut air liurnya. Mana nak dapat makanan melayu macam itu di Hong Kong.

"Hish ini satu lalat banyak kacau ah! Makan saja lu tau." dengus Ming. Tergendala kata-katanya tadi. Kalau tak diganggu tadi pasti lancar saja ucapannya.

"Wa banyak lapar oh lu lagi mau main cinta. Makan dululah." Usai berkata dia turun.

"Jom makan.." Rose terus menarik tangan Ming turun keruang bawah bersamanya. Ming berdecit. Takpa lepas makan wa cakap. Bercakap berdua saja sama Rose tanpa gangguan itu dua manusia. Tekad Ming.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience