16

Romance Series 50043

"Boleh saya duduk sini?" Sapa suatu suara ketika aku sedang ralit membuang pandangan ketengah laut. Aku pagung kepala.

"Duduklah.." Tuan Ihsan menarik kerusi dan duduk berhadapanan dengan aku.

"Kenapa tak join sekali diaorang?" Tuan Ihsan juih bibir menunjukkan ke satu meja makan  restoran yang menempatkan rakan-rakan sekerjanya yang lain. Mereka kini sedang makan malam bersama-sama. Namanya saja bersama tapi aku lebih selesa mengasingkan diri. Lagipun aku sedar diri, tak mungkin mereka juga ingin kehadiran aku berada dekat.

"Tak apalah. Saya tak nak menganggu mereka. Lagipun saya selesa je kat sini." Bukannya Tuan Ihsan tidak tahu hubungan aku dengan pekerja lain bagaimana. Lagi mahu ditanya. Jangan nak cakap pasal mengeratkan hubungan semua tu. Memang dia lari karang!

"Macam mana awak hari ini? Okey?" Aku kerut dahi mendengar pertanyaannya.

"Saya okey je. Kenapa? Nampak saya macam ada masalah ke?"

"Nothing. Saja tanya." Tuan Ihsan turut melarikan pandangan di sekitar pantai. Kami malam ini makan di sebuah restoren yang terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai. Sambil makan sambil menghayati keindahan pantai dengan angin deruan daripada ombak. Sejuk memang sejuk tapi seronok. Tenang je rasa.

Makanan yang kupesan sudah tiba. Aku memesan semangkuk tomyam seafood, nasi putih dan telur dadar. Nampak simple tapi makanan inilah yang membangkitkan selera dia.

"Err, tuan tak makan ke?" Segan pula aku nak makan depan dia. Takkan dia nak tengok aku makan je kot.

"Saya dah makan tadi dengan diaorang kat sana. Takpelah makan je, jangan segan-segan. Buat tak peduli je kat saya." Eh, eh boleh pulak gitu ya. Dah empunya badan kata macam tu aku makan jelah. Aku ni badan je kurus dan tinggi tapi melantak macam bela saka. Aku makan dengan berselera tanpa mempedulikan Tuan Ihsan di hadapan. Selesai makan aku menolak pinggang mangkuk ketengah. Tanpa sengaja aku tersedawa kuat.

"Erkkk...." Aku menekup mulut dengan kedua belah tanganku. Ya Allah Rose tak malunya kau! Tuan Ihsan tergelak besar melihat gelagatku. Aku rasa macam nak menyorok dibawah meja ini. Gelak Tuan Ihsan itu berjaya menarik perhatian rakan sekerjaku yang lain. Mereka mula memandang kearah kami.

"Rose why you are so funny!" Lepas cakap dia sambung gelak balik.

"Ish tuan dahlah malulah orang tengok." Aku dah malu pasal sendawa depan dia. Ni boleh pulak dia gelak kuat sampai orang dalam restoran terkalih beberapa kali kearah kami. Aku pun boleh pulak lepas laku depan dia. Kau ingat kau kat rumah ke, Rose!

"Malaslah saya layan tuan ni." Aku ambil beg tangan dan mula ingin beredar tetapi sempat ditahan Tuan Ihsan.

"Sorry, my bad. Duduklah balik." Aku duduk kembali. Aku buang pandangan ke tengah laut. Biarlah tak nampak apapun kat tengah tu asalkan tak pandang muka dia. Malu weyh!

"So, Rose awak rasa okey ke tempat ni? Selesa?" Dah kenapa tanya aku? Kalau aku kata tak selesa kenapa? Dia nak bawa pergi tempat lain ke?

"Okay je tuan dah terlebih selesa sangat dah ni." Kemudian kami berdiam balik. Aku lagilah tak tahu nak berbual apa. Tak pernah-pernah aku serapat ini dengan dia.

"Rose, awak segan ke dengan saya?" tersentak sedikit aku dengan pertanyaannya. Nampak sangat ke?

"Er, tak adalah tuan. Saya memang tak tahu nak berbual apa.."

"Ketara sangat Rose awak macam kekok dengan saya." Tuan Ihsan senyum seraya mendekatkan tubuhnya ke meja.

"Errr iye ke? Hmm, entahlah tuan sebabkan kita akan macam bercakap bila berurusan kerja saja. And yeah, saya sedikit kekok. Tuan jangan salah faham maksud saya kekok tu saya tak reti nak berbual apa dengan tuan." Aku garu kepala yang tidak gatal. Bayangkan mereka berdua tidak pernah berdekatan serapat ini. Apatahlagi hendak berbual. Memang tidaklah. Dipejabat semua orang tahu dia bagaimana. Suka menyendiri!

"Its okay saya faham. That why saya ajak awak kesini supaya dapat merapatkan lagi hubungan. Lepas ni harapnya awak tak segan segan lagilah ye dengan saya." Seraya berkata sambil mengenyitkan mata kanannya. Aku cepat-cepat larikan pandangan. Dah kenapa boss aku ni?

Aku berpamitan dengan Tuan Ihsan meskipun dia menghalang. Tidak betah aku duduk situ lama-lama apatahlagi melihat kerlingan rakan sekerja yang lain. Bukan aku takut ya tetapi aku rimas dengan situasi ini. Dipejabat iye mereka patuh aku sebagai ketua mereka tetapi kalau di luar huh jangan haraplah! Apa yang diaorang anti sangat ke aku pun tak tahulah. 

Dalam perjalanan ke bilik hotel, aku serasa seolah diperhati. Aku pusing belakang melihat sekiranya ada orang tapi tiada. Aku teruskan langkah susuri tepi kolam. Niat untuk mengambil angin aku batalkan kerana takut. Serius, tiba-tiba meremang bulu roma aku. Memang taklah aku nak bertenggek duduk tepi kolam ni. Sekali lagi aku lontarkan pandangan disekeliling apabila tiba dihadapan rumah. Sudahlah aku keseorangan kerana mereka yang lain masih berada direstoren. Yakin tiada siapa-siapa terus aku masuk dan mengunci pintu.

Tanpa Rose sedari, ada yang memerhatikannya. Ya, dialah yang mengekori wanita itu daripada tadi atas arahan seseorang. Telefon dikeluarkan ingin melaporkan situasi kepada bossnya. Memang itu tugasnya dihantar untuk memerhatikan Rose.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience