12

Romance Series 50043

"Rose jangan ini macam la. Apa wa mau cakap sama Ming.." pujuk Cheng yang entah keberapa kalinya. Aku kemaskan semua barangku yang ada dirumah Ming. Aku dah tekad akan tinggalkan dia. Untuk apa lagi aku ingatkan dia. Dia seronok bergembira dengan bini dia, aku kat sini sengsara! Lagipun aku tak harapkan apa apa dah daripada Ming lagi. Cukuplah sampai sini saja perhubungan kitaorang. Sudah jelas siapa diri aku padanya. I am nobody to him! Nampak sangat Ming tak pernah letakkan aku sebagai seseorang yang istimewa dihati dia. Aku sajalah yang selama ini bertepuk sebelah tangan.

"Tak payah cakap buat tak tahu saja." baju dalam almari aku ambil dan sumbatkan dalam bagasi. Tak ada masa nak lipat. Makin aku duduk dalam rumah ni makin aku panas!

"Mana boleh Rose. Ming sudah cakap suruh wa jaga sama lu. Dia mau kasi selesai itu masalah kat sana dulu. Rose janganlah.." Cheng bawa keluar bajuku daripada dalam bagasi. Aku sumbat dia bawa keluar. Aku pukul tangannya. Kuat jugalah sampai merah.

"Rose wa tak tipu lu. Mati wa Rose kalau Ming tau lu lari rumah." Cheng kusutkan rambutnya.

"Saya tak lari cuma tak mahu duduk sini lagi. Saya akan tinggalkan Ming. Cheng awak ingat saya boleh terima ke semua ni setelah apa yang terjadi. Saya sakit hati dengan Ming. Sekarang saya nak keluar daripada kehidupan dia. Cakap dekat dia jangan ganggu saya lagi. Tolonglah faham saya Cheng. Saya dah tak larat. Selama ni cukuplah saya hambakan diri saya untuk dia. Tapi ini balasan yang saya dapat. Saya cintakan Ming sepenuh hati saya Cheng. Saya tak sangka yang dia akan buat saya macam ni." sambil berkata aku nangis. Airmata nipun satu cepat sangat nak keluarnya.

"Wa tau Rose. Tapi lu janganlah lari dari rumah. Duduk saja sini. Wa sama Kim okey ma. Nanti Ming balik lu bincang sama dia elok elok." pujuk Cheng. Aku gelengkan kepala. Kalau boleh jumpa Ming pun aku tak mahu.

Beg bagasi aku heret turun. Cheng dibelakang tak habis memujuk. Kim tak ada pergi kutip hutang. Tak sempatlah aku jumpa dia. Aku keluarkan purse. Kad kredit dan kad bank lainnya aku keluarkan lalu kuberikan pada Cheng.

"Ini semua saya pulangkan balik. Oh ya satu lagi ini kunci kereta pun saya tak nak. Kasi balik pada Ming. Cakap dekat dia saya ucapkan terima kasih untuk semua yang dah dia lakukan. Terima kasih juga untuk tempoh 5 tahun dia jaga saya. Saya takkan mampu untuk balas jasa dia. Saya sayangkan dia tapi saya bukanlah perampas. Saya doakan dia bahagia bersama pasangan. Tolong sampaikan pesanan saya ni." Cheng mengeluh. Ini amoi banyak degil. Kad kredit serta kunci ditangannya dipandang. Ming apa lu sudah bikin.

"Rose lu mau balik naik apa? Ini kunci lu sudah bagi sama wa. Takpa wa kasi hantar sama lu."

"Saya suruh kawan amik. Kejap lagi dia sampai." aku terus seret dua beg bagasi aku ke luar rumah. Aku buangkan pandangan kesekeliling rumah. Rumah ini terlalu banyak menyimpan kenangan. Kenangan aku dengan Ming. Rumah inilah yang telah menjadi saksi kepada segala-galanya. Tidak sampai beberapa minit kemudian sebuah kereta Vios hitam tiba dihadapan rumah Ming. Cheng yang sedia menemani aku terdiam. Aku dengar dia mendengus. Maafkan saya Cheng.

"Rose lu jangan cakap lu sama dia." Cheng pandang aku tajam. Aku usap bahu dia.

"Memang saya suruh dia ambik saya. Awak jangan risau. Saya pandai jaga diri. Saya takkan buka cerita pasal Ming. Don't worry about that. Rahsia Ming akan kekal selamat dengan saya. Dan Cheng terima kasih untuk semua. Pemergian saya tak semestinya kita tak akan jumpa lagi selepas ini. Harap awak masih sudi berkawan dengan saya." Cheng memelukku. Rambutku diusapnya.

"Wa lelaki paling happy dalam dunia kalau lu kawin sama Ming. Wa minta maaf jodoh lu sama Ming tak panjang. Jangan risau wa takde marah sama lu. Wa percaya lu." aku lepaskan pelukan Cheng. Sebuah senyuman aku hadiahkan sebelum menuju kearah Fikri yang sudah menunggu. Menyedari kehadiran aku dia lantas mengambil bagasi dan diletakkan dalam kereta. Aku lambai Cheng sebelum kereta Fikri bergerak meninggalkan perkarangan rumah Ming.

Cheng balas lambaian Rose. Airmata ditubir matanya dikesat sebelum telefon yang berada di dalam kocek bajunya dikeluarkan dan ditekapkan ketelinga.

"Lu sudah dengarkan. Wa harap lu boleh move on Ming. Rose kali ini banyak marah sama lu. Semua pemberian lu dia kasi pulang. Wa tak boleh halang sama dia. Wa sudah nasihat banyak kali sama lu Ming. Lu tak mau dengar. Sekarang lu tengok apa sudah jadi." Dia turut marah dengan keputusan yang Ming buat. Rose itu sudah dianggap seperti adiknya. Dia tak sangka yang Ming sanggup membuang Rose. Ye dia tahu alasannya kenapa tapi perbuatan Ming itu tetap salah. Cheng mendengus apabila Ming hanya membisu dan kemudiannya mematikan panggilan. Cheng pandang telefonnya tak percaya. Lancau ini orang. Wa cakap diam saja. Pastu kasi tutup telefon. Lantak sana lu mati!

Share this novel

NH.HANS
2020-04-26 17:33:28 

jgnlh..rose shld be wth Ming..


NovelPlus Premium

The best ads free experience