25

Romance Series 50043

Ming mengerdipkan matanya berkali-kali. Cahaya yang menerangi sedikit menganggu lenanya. Dengan malas matanya dibuka, kelihatan Rose sedang bersiap dimeja solek.

"Where are you going?" Rose berkalih sebaik mendengar pertanyaan itu.

"Morning sunshine.. sorry ganggu awak. Saya nak kena pergi pejabat." jawabnya sambil membetulkan kolar baju kemeja yang dipadankan dengan slack kelabu. Semalam tengah sedap-sedap dia tidur terasa berat diatas dadanya. Fikirnya, dia ditindih jin rupanya bapak jin besar ni hah yang selinap masuk bilik dia. Hehehehe, dengar dek Ming mahu mengamuk lelaki itu.

"Aiyaaa Rose, cuti lorhh. Wa sini lagi baru balik cutilah..."

"Tak boleh Ming. Hari ini saya ada meeting." Sudahlah semalam dia tidak kembali ke pejabat selepas drama airmatanya bersama Ming. Ketar jugalah dia hendak kepejabat hari ini.

Ming bangun daripada pembaringan dan dekati Rose. Terus tubuh wanita itu dipeluknya dengan erat. Ming meletakkan wajahnya diceruk leher Rose, menikmati bau yang dia rindui.

"Nanti lunch sama wa." Rose kalih mengadap Ming. Tangannya dikalung ke leher lelaki itu.

"Alright love..." hidungnya digeselkan pada hidung Ming. Ming mengeratkan lagi pelukannya ditubuh Rose.

"I need to go now.."

"Please, don't go..." rengek Ming. Entah kenapa Rose suka dengan perangai manja Ming yang satu ini.

"Sorry can't make it.. Jumpa lunch nanti ya." tak berkata apa Ming kucup bibir Rose sekilas tapi dalam.

"Go before I change my mind.." terus Ming berjalan, capai tuala dan menghilang disebalik pintu tandas. Rose hanya menggeleng melihat telatah Ming sebelum dia juga bergegas meninggalkan ruangan itu.

*******************

Semua mata memandang kearah satu susuk tubuh yang baru berjalan masuk keruangan pejabat itu dengan pandangan yang aneh. Manakan tidak wanita itu bernyanyi kecil sambil bersiul, kelihatan begitu gembira sekali. Ruangan itu serta merta senyap seolah-olah malaikat maut yang lalu.

Tolonglah katakan itu bukan Mellina Rose yang terkenal dengan perangai serius memanjang itu? Ada yang sampai tidak berkelip-kelip matanya melihat tingkahlaku Rose. Sebaik tubuh Rose masuk ke dalam bilik barulah mereka semua tersedar. Haish, macam kena pukau pulak ye.

Rose terlalu gembira hari ini. Mood dia berada dalam keadaan yang tersangatlah baik. Manakan tidak buah hati pujaannya sudah pulang ditambah dengan layanan romantis Ming. Dia sendiri pun terkejut dengan perubahan lelaki itu. Atau mungkin Ming rasa serba salah kerana memukulnya semalam? Tapi dia sudah maafkan kerana dia tahu Ming tak sengaja. Malah Ming juga berkali-kali memohon maaf kepadanya.

Separuh hari itu berjalan seperti biasa. Selepas meeting bersama beberapa pelabur dia teruskan semula kerja yang menimbun. Almaklumlah dia tiada pembantu. Masih belum mencari. Jadi banyak yang perlu dia uruskan sendiri selagi dia mampu. Nanti kalau dah tak menang tangan pandailah dia cari. Paling tidak pun dia cekau je PA siapa-siapa hahaha

Tok! Tok! Tok!

"Yes come in.." terjegul muka Shafinaz rakan sekerjanya.

"I dah siapkan report yang you nak ni. Nanti you double check la lagi before bagi Tuan Ihsan. Sebab semalam dia minta tapi I tak yakin nak bagi dia lagi. Lagipun semalam you tak ada." Memang kebiasaanya beginilah. Mana-mana usulan atau report yang perlu disampaikan kepada pihak atasan harus melalui Rose terlebih dahulu untuk disemak. Tidak boleh dihantar direct terus kepada ketua atasan mereka.

Seakan teringat sesuatu, Rose bangun mengejut daripada duduknya. Bahkan Shafinaz yang berada didepan pun tersentak.

"Dah kenapa you ni?"

"Ihsan..." seru Rose perlahan. Oh my! Oh my! Apa dia dah buat? Tak tunggu lama terus Rose lari keluar daripada biliknya. Kemana lagi kalau bukan bilik Tuan Ihsan. Shafinaz dibiarkan terkulat-kulat disitu.

Sampai diruangan Tuan Ihsan dia berjumpa dengan Suhaila dahulu.

"Akak, Tuan Ihsan ada?"

"Ada, baru je masuk. Kenapa nak jumpa ke?" laju aku mengangguk. Suhaila tak tanya banyak terus ditekan interkom untuk memaklumkan kepada Tuan Ihsan.

"Okay Rose boleh masuk."

"Terima kasih kak." dia berdiri didepan pintu bilik Tuan Ihsan, tidak masuk. Macam mana kalau Tuan Ihsan memarahinya? Menengkingnya? Tapi salah apa sekalipun yang pernah dia buat tak pernahlah pula lelaki itu memarahinya. Dia yang naik angin adalah. Ish, yang dia ingatkan balik peristiwa dia buat perangai tak semenggah tu buat apa!

"La yang terkumat-kamit depan tu buat apa? Baca doa ke?" terperanjat aku disergah oleh Suhaila. Hanya sengihan yang mampu aku pamerkan saat ini sebelum perlahan-lahan aku pulas tombol pintu bilik Tuan Ihsan.

Sebaik terbuka pintu, mata kami berdua terus bertentangan. Terus berdebar juga aku dibuatnya.

"Yes Rose? Come sit, awak ada apa-apa nak bincang dengan saya ke?" senyum Tuan Ihsan. Erk, dia tak marah ke? Rose mendekati Tuan Ihsan, kerusi ditarik lalu dia duduk. Wajah lelaki itu ditatap dalam. Sumpah dia betul-betul rasa bersalah dengan lelaki ini.

"Ye, saya ada nak cakap sikit tapi bukan pasal kerja. Do you have time for it?" Dia tanya sebab depan dia sekarang penuh dengan fail. Mana tahu kalau ada kerja urgent yang perlu diselesaikan.

"Oh sorry.. hal apa tu?" seraya menolak failnya ketepi dan menumpukan perhatian kepada Rose.

"Look, sebelum tu saya nak minta maaf pasal semalam. Saya tahu saya salah. Actually there are something happen yesterday yang mana menyebabkan saya lupa dengan janji kita semalam." terus terang sajalah. Dah dia yang salah minta maaflah tapi dia tak tipukan, memang terjadi sesuatu iaitu kepulangan Ming yang langsung dia tak jangka.

Tuan Ihsan tarik nafas dalam-dalam. Dia mendekatkan tubuhnya kedepan manakala kedua tangannya disilangkan di atas meja. Dia tatap wajah Rose dalam-dalam. Inilah wajah yang telah berjaya mencuri hatinya selama ini. Hatinya yang selama 12 tahun tertutup untuk mana-mana wanita selepas kematian isterinya. Tetapi entah kenapa semua itu tak terluah kepada empunya badan. Takut? Mungkin ya.

Tuan Ihsan tersenyum seraya berkata " It's okay, saya tak marah pun. Benda dah nak jadi kita bukan ada kuasa nak menghalang. Tak perlulah awak risau. I'm fine."

Rose menarik nafas lega. "Terima kasih tuan sebab memahami. Sekali lagi saya mohon maaf. Mungkin lain kali?"

"Ya, lain kali. Look Rose, saya tidak memaksa. Jangan jadikan ia isu besar. Saya okay je. Tak perlulah awak rasa serba salah. Nanti-nanti bila kita free kita keluarlah. Lagipun kita satu office senang je nak berjumpa okay?" Tuan Ihsan menepuk-nepuk tangan Rose yang terletak atas meja. Kesian pula dia tengok muka nak menangis Rose itu. Sedangkan bukan hal besar pun.

Rose menarik nafas lega selepas mendengar kata-kata Tuan Ihsan itu. Haih, baiknya budi boss dia ni. Dia bukan nak bodek eh, tapi itulah hakikatnya. Tuan Ihsan ini terlampau baik bahkan bukan sahaja dengan dia dengan staff lain pun sama rata dia layan. Marah? Dalam mimpi kot sebab tak pernah lagi lelaki itu mengamuk. Dato Sufian marah dia, dia senyum lagi adalah. Haish, siapalah nanti yang berjaya menjadi suri hati bossnya ini. Beruntung sungguh wanita itu nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience