17

Romance Series 50043

Aku duduk dipantai melihat rakan sekerja ku yang lain seronok mandi air laut. Aku ada keinginan untuk mandi tapi mengenangkan malas nak basahkan seluruh baju aku batalkan niat tersebut.

Kak Dila datang duduk di sebelahku. Ditangan anaknya aku lihat ada bakul kecil peralatan mainan untuk bermain pasir pantai. Aku gamit Elly duduk depanku. Aku tengok Kak Dila macam nak mandi je berdasarkan pada pakaian yang dia pakai.

"Akak nak mandi ke?"

"Haah, dah alang alang kat pantai ni teringin jugak nak merasa mandi air laut. Rose tak nak mandi ke?"

"Tak naklah kak. Kalau kak nak mandi pergilah. Elly biar Rose temankan. Nanti Rose bawa kat depan tu sikit nak bagi dia main pasir." pelawaku. Tengok peralatan mainan si Elly ini aku pulak yang terlebih seronok. Macam best je nak main.

"Boleh juga macam tu. Elly sayang duduk dengan untie ya. Mommy nak pergi mandi. Jangan nakal nakal ya. Akak pergi dulu Rose."

"Yelah, enjoy your day." Aku gelak mengusiknya. Berlari lari Kak Dila macam budak budak.

"Jom ikut untie. Kita main pasir kat sana." Aku memimpin Elly. Sebelah tangan memegang topi yang ku pakai. Angin agak kuat. Dah berapa kali topi atas kepala aku ni terbang. Melihat kepada pakaianku menyesal pulak pakai. Dress warna putih berbunga merah tanpa tali dan lengan. Habislah kotor. Dia sebenarnya main ambil je baju yang hendak dibawa kesini. Maklumlah rumah tak habis kemas lagi. 

"Kita duduk sinilah. Nah, Elly main. Tengok untie buat macam mana." aku ambil penyodok mainan dan ku galikan pasir pantai. Elly tak cakap banyak terus duduk atas pasir pantai yang basah. Aku pula mencangkung takut kena basah air laut. Tengah seronok aku main sampai tak sedar yang aku turut bersila kat situ main dengan Elly. Gali pasir dalam dalam, aku tanam Elly dan Elly tanam aku pula kemudiannya. Acuan berbentuk binatang itu aku isi dengan pasir dan membentuk ikut acuan tersebut. Aku tunjukkan cara pada Elly.

"Pandailah dia.. " aku cubit pipinya. Habislah kalau Kak Dila tengok. Anak dia penuh dengan pasir sampai atas rambut termasuk la aku ni. Topi aku dah lunyai. Baru tadi beli. Elly buat topi aku sebagai tempat untuk mengangkut pasir.

"Amboi Rose sakan saya tengok awak main mengalahkan budak." tegur satu suara dibelakang aku.

"Eh tuan manada.. Heheheh.." aku termalu sendiri. Alamak over sangat ke aku. Tuan Ihsan yang memang bajunya sudah basah itu mungkin baru lepas mandi laut, duduk bersama kami.

Dia gelak. "Rose penuh pasir kat awak. Awak baru lepas kena tanam ke. Habis rambut." dia memegang rambut panjangku serta membuang pasir tersebut. Aku turut membuang pasir yang ada dirambutku.

"Ala tak apalah tuan, kejap lagi saya bersihkan la. Tuan baru lepas mandi ke?"

"Haah, kebetulan nampak awak saya datang sini. Dari tadi saya tengok awak duk main pasir dengan anak Dila. Ni nama apa ni?" tanya Tuan Ihsan sambil mencuit pipi Elly.

"Elly.." balasku apabila Elly tak beriak dengan soalan Tuan Ihsan. Dia sibuk mengorek pasir. Tuan Ihsan main cubit pipi pun dia buat tak tahu. Aku senyum pandang Tuan Ihsan.

"Baru hari ni saya nampak awak senyum. Lain kali senyumlah selalu jangan sorokkan senyuman manis tu."

"Habis selama ni saya senyum tak manis ke?" apa kena dengan Tuan Ihsan ni? Nak memuji aku tiba-tiba.

"Bukan tak manis. Kat pejabat tu awak serius je memanjang. Senyum pun payah saya nak nampak. Awak tahu tak ianya boleh buat awak nampak cepat tua." Usiknya. Dia memang sering berurusan dengan Rose kerana gadis itu banyak idea, suka berikan pendapat. Yang paling penting Rose sangat pandai untuk berunding. Pernah sekali dia menghantar pengganti Rose untuk berjumpa dengan klien kerana gadis itu tidak sihat pada hari tersebut. Dia telah menghantar Suraya dan dia agak terkejut kerana klien tersebut menelefon pejabatnya dan berkata dia tidak mahu dirunding dengan orang lain selain Rose. Dia juga sempat berkata yang Suraya tidak mahir dan tidak membuat persiapan kerana gadis itu blur semasa perbincangan.

Dipejabat juga dah berapa ramai pekerja yang dia dengar mengata tentang diri Rose. Dia tahu pekerja-pekerja lain memang tak ngam dengan Rose tengok sajalah seperti beberapa hari ini bagaimana hubungan mereka. Dia sememangnya mengharapkan ada perubahan semasa percutian ini. Rose dipejabat sememangnya serius memanjang. 5 tahun kerja nak tengok senyum pon payah. Tapi bab kerja tip top. Itu yang Dato Sufian sayang tu. 4 tahun Rose pegang title pekerja cemerlang mengalahkan pekerja senior.

"Mengarut jelah tuan ni." tanpa sedar aku baling pasir pantai kebajunya. Aku sendiri pun terkejut dengan perlakuan aku itu. Aku tayang sengih apabila melihat Tuan Ihsan membulatkan matanya tanda terkejut. Tak tunggu lama dia turut balas balik perbuatanku. Masalahnya dia bukan baling kat baju dia baling kat rambut.

"Melebih pulak orang tua ni."

"Apa awak panggil saya?" Tuan Ihsan buat gaya nak cekik aku. Aku gelak sambil jelirkan lidah. Tuan Ihsan baling lagi pasir pada aku tapi sikit jelah. Entah kenapa ketika itu aku rasa gembira semacam. Rasa beban dalam kepala semua hilang.

"Habis dah kotor baju saya tuan ni." Bayangkan dress putih aku itu comot dengan  pasir. Dengan kulit-kulit aku sama.

"Saya nampak awak ni macam udang bakar dah Rose. Teruk betul sun burn awak ni." Rose itu sudahlah putih. Pakai dress labuh bertali halus jadi dari leher sampai ke bahagian dada memang terdedah. Dia dah berapa kali melarikan pandangan untuk tidak memandang kearah dada Rose yang sedikit terbuka.

"Itulah, saya lupa nak pakai sunscreen. Tak apalah nanti okay balik." Aku tolak perlahan tangan Tuan Ihsan yang turut membuat pasir pada rambutku. Petang itu Tuan Ihsan menemani aku bermain pasir. Aku jadi terlebih ramah pula berbual dengannya. Pabila Kak Dila muncul baru aku tinggalkannya kerana aku ingin balik ke bilik bersamanya walaupun Tuan Ihsan meminta aku untuk duduk berbual lagi.

Tanpa Rose sedari, seorang lelaki telah memerhati dan mengekorinya. Segala tindak tanduk gadis itu dilapor kepada seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience