4

Romance Series 50043

"Rose esok malam teman sama wa."

"Pergi mana?" Ming membaringkan dirinya disebelah aku. Kepalanya dipanjangkan menatap skrin telefon aku. Nak spot check la tuh!

"Pergi party Geret. Wa malas mau pergi tapi dia kawan wa ma. Sudah banyak kali dia kasi ingat sama wa suruh datang. Wa takde boleh tolak punya." Dia memelukku daripada belakang. Kami kini berada di hotel Sabah. Ming memang akan menemani aku oustation sekiranya dia tidak sibuk. Hari ini merupakan hari terakhir aku di Sabah sebelum pulang ke Kuala Lumpur pagi esok. Malam nak kena ikut Ming pulak. Haish, penatnya la hidup.

"Kenapa tak ajak Cheng dengan Kim?"

"Buat apa ajak diorang. Lu wa punya perempuan. Angkut sama lu la."

"Yelah.." itu jelah yang mampu aku balas. Mood Ming ni bukan selalu baik. Kalau mood dia tengah elok jangan sesekali rosakkan. Ikut je apa yang dia nak. Itu yang selalu aku pesan pada diri aku sendiri.

"Ming...." Seruku lembut.

"Hmm?"

"Saya tanya jangan marah tau."

"Entah.." eh apa jenis jawapan itu?

"Takpelah malas cakap, nanti awak marah saya." Pelukan dia dipinggangku dikemaskan.

"Okay cakap wa tak marah." Dia kucup sekilas tepi kepalaku. Aku tarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan diri. Takut sebenarnya nak tanya.

"Do you love me?" Beberapa minit menunggu masih tiada balasan daripada lelaki itu. Rose masih sabar menanti jawapan daripada Ming. Jangan Ming marah sudahlah bila dia masih membangkitkan lagi hal soal hati ini.

"Ming?" Perlahan-lahan Rose memusingkan tubuhnya mengadap lelaki itu apabila tidak mendapat jawapan. La, tidur? Rose mengeluh hampa. Rambut Ming yang diwarnakan blonde itu dibelai.

"I love you, Ming.." bisik Rose ditelinga Ming sambil mengucup dahi lelaki itu. Dia kemudiannya turut berbaring membelakangi lelaki itu.

Apabila yakin yang wanita itu sudah lena, Ming membukakan matanya. Ya, dia dengar. Di tidak tidur, sengaja berpura pura kerana tidak mahu menjawab pertanyaan Rose. Lama dia tenung belakang badan Rose. Satu keluhan terbit dibibirnya. I'm sorry Rose!

***********

"Pakai ini baju. Sama colour dengan wa."

"Mana dapat baju ni?" Tanyaku. Zip beg hitam yang membaluti baju itu aku buka. Wow, cantiknya! Dress berpotongan pendek dan terbuka di bahagian dada. Pandai Ming pilih untuk dia. Terus aku mendapatkan Ming yang sedang merapikan baju kemeja dan memeluk dia daripada belakang.

?

"Thanks Ming for the dress. It's beautiful." Ming pusingkan badan dia. Tubuh Rose dipeluknya sebelum menjatuhkan satu ciuman di dahi wanita itu.

"Wa tau lu mesti suka punya and I can see it. Pergi pakai wa mau tengok." Terus aku capai dress tersebut dan menghilang disebalik pintu bilik air. Tidak beberapa lama kemudian aku keluar semula dengan dress yang sudah tersarung ditubuh badan.

"How do I look?" Ceyh acah macam model je aku duk berpusing-pusing depan Ming.

"Cantik! You look stunning. Tak salah wa pilih, memang sesuai sama lu. Come, give me a hug." Ming depakan tangannya untuk memelukku. Aku pun apalagi. Dah orang nak peluk kita, beri sajalah kan. Kami bersiap-siap untuk ke majlis. Ming memakai slim fit tuxedo yang sama rona dengan warna bajuku. Aku sekadar memerhati dia bersiap. Haish, biasanya orang perempuan yang lambat bersiap ini terbalik pulak. Ming kebiasaanya kalau ada event atau majlis dia akan pakai biasa- biasa je. Kadang-kadang tu dia just pakai je baju harian dia iaitu kemeja putih dan kot hitam. Itu memang pakaian kegemaran lelaki itu. Melainkan kalau ada majlis atau event yang penting baru Ming akan 'bersiap' lebih sikit. Tapi tadi dia kata nak pergi parti kawan je.

Kami tiba disebuah rumah agam yang kukira sangat sangatlah besar pada jam 8.30 malam. Aku berpaut pada lengan Ming dan melangkah masuk. Di dalam ruang tengah rumah itu kelihatan sudah ramai orang. Nampak saja Ming, mulalah ramai yang datang menyapa. Ada antaranya yang aku kenal dan ada juga yang tidak.

"Ming, lama tak jumpa. How are you man!" Seorang lelaki Cina berambut cacak-cakap menegur Ming. Kemudian lelaki itu bersahaja mendakap Ming tetapi sekejap sajalah sebelum ditolak perlahan. Muka Ming pun serius je aku tengok pandang lelaki itu.

"Walaweyh! Ada orang tengah marah ma. Lu jangan marah marah ma. Lu punya rahsia sini banyak wa pegang. Lu untung ma wa tak kasi bocor. Jangan sombong sombong ah!" Gelak lelaki itu dan berlalu pergi. Sebelum pergi lelaki itu sempat senyum sinis kearahku. Apa yang dia cuba sampaikan? Rahsia apa? Aku pandang raut wajah Ming yang sudah tegang. Aku menggosok bahunya cuba untuk menenangkan diri dia.

"Lu pergi duduk dulu nanti wa datang." Aku mengangguk. Baru beberapa tapak aku melangkah tanganku ditarik semula oleh dia.

"Jangan makan minum sini. Orang bagi pun jangan ambik ah." Aku tahu kenapa Ming berpesan begitu kepada aku. Ini merupakan parti jari jadi kawannya. Minuman yang dihidangkan juga semuanya beralkohol. Belum lagi part makanan. Tengok  sajalah babi golek atas meja besar tu. Hampir pitam aku dibuatnya. Aku rasakan macam aku seorang saja melayu kat sini. Kanan kiri, depan belakang aku dengar orang cakap chinese.

Di depan sana Geret sedang memotong kek. Ming turut ada disana meraikan Geret dengan membuka penutup botol arak. Tersembur sembur keluar air arak tersebut daripada mulut botol itu. Haish, ada yang mabuk ni karang. Aku sekadar duduk disebuah kerusi memerhati lagat manusia. Ming masih lagi dengan kawan-kawan dia makan dan minum. Apa function dia bawa aku sekali pun tak tahulah. Bukan matinya kalau tak bawa aku, elok je dia sesuaikan diri dengan majlis ni. Yang seksanya aku! Sudahlah aku penat, mengantuk, lapar, dahaga senang cakap semualah.

"Rose.." aku pandang langkah Ming yang menghampiri. Dia duduk disebelah aku, pipi aku dikucup sekilas.

"Ming..." Aku tolak tubuhnya. Bau arak kuat menerpa hidungku. Ming gelak halus mula menggeselkan tubuhnya kearahku.

"Balik jom. Awak dah mabuk ni. Kenapa minum banyak sangat?" Aku mengeluh. Dah lama dia tak hadap perangai Ming yang mabuk sebab sejak kebelakangan ini lelaki itu memang tak menjejaki mana mana kelab. Kalau adapun itu untuk menguruskan beberapa deal dengan orang. Lagipun dia perasan yang Ming seolah-olah tak nak minum arak bila bersama dia. Tapi harini lain pulak jadinya.

"Itu Geret ah cabar sama wa minum kasi habis. Wa memang takde boleh tolak punya." Bodoh punya Geret! Suruhlah orang lain togok arak tu. Ming juga kau cabar. Memang taklah dia nak tolak.

Aku paut bahu Ming bawa keluar rumah. Berat badan Ming tak payah cakaplah. Aku ni pun hampir tertonggeng dibuatnya. Dengan tangan Ming duk merayap ke serata tubuh badan aku. Ada yang makan penerajang karang. Ceyh, berani ke kau Rose. Nanti dia terajang kau balik haru hidup.

"Rose!" Laung suara dibelakangku. Geret menghampiri dengan dua orang lelaki disebelahnya.

"Haiyaaa itu Ming banyak berat ah lu mau bawa. Ini biar wa punya bodyguard kasi bawa sama Ming. Wa tengok pun sudah tahu lu takde larat punya. Come, mana lu punya kereta." Peganganku pada Ming sudah berpindah kepada lelaki dua orang tadi. Sampai di kereta, mereka meletakkan Ming diseat sebelah pemandu. Mulut Ming terkumat-kamit cakap apa pun aku tak tahu. Tak berbutir!

"Thanks Geret tolong saya."

"No problem ma. Wa rasa salah kasi dia mabuk teruk teruk hahahah. Lagi lupa dia bawa sama lu. Kalau lu takde, wa biar saja dia tidur sini." Pandai pulak nak rasa serba salah buat orang mabuk ya. Aku masuk ke dalam kereta. Seatbelt aku pasangkan pada Ming kemudian satu kucupan aku beri didahinya.

"Lu banyak sayang ah sama Ming.."

"Arghhh.." aku urut dada. Ada lagi cina apek ni kat sini. Ingat aku masuk kereta tadi dia blah dah. Boleh tersengih tepi kereta aku.

"You didn't answer me yet." Dah kenapa beria nak tahu jawapan aku sangat.

"Yes I do love him. Is there any problem?"

"Then Ming are lucky man. Tapi Rose, wa tak mahu lu kesal suatu hari nanti. Masih belum terlambat untuk lu kasi stop hubungan lu sama Ming. Wa cuma mau nasihat. Ikut lu sama lu mau dengar atau tak." Usai berkata Geret terus berlalu meninggalkan aku yang tergamam dengan kata katanya.

Share this novel

NH.HANS
2020-04-19 01:51:55 

can't wait for nxt


NovelPlus Premium

The best ads free experience