20

Romance Series 50043

Dia melihat gadis itu tekun membuat kerja. Langsung tidak perasan akan kehadiran dirinya yang sudah hampir 15 minit berdiri didepan pintu biliknya yang terbuka. Tuan Ihsan yang sedang menyandar di tepi pintu sambil berpeluk tubuh melepaskan satu keluhan. Balik daripada Port Dickson dia berharap agar berlakunya perubahan pada diri Rose. Ternyata salah. Rose tetap dingin. Malah perlakuan gadis itu beberapa minggu ini jelas menunjukkan perubahan. Baru-baru ini saja Rose menarik diri daripada meeting ke Sabah seperti yang selalu gadis itu lakukan sehingga mengejutkan semua orang. Bahkan gadis itu dengan beraninya berkata akan berhenti selepas dipaksa olehnya. Dia bukannya sengaja ingin memaksa Rose. Dah kalau dia pun turut sama ditekan oleh orang atasan agar Rose kesana bagaimana? Dan itulah pertama kalinya dia melihat Rose membantah arahannya. Akhirnya yang kesana adalah dirinya bagi menggantikan Rose. Dato Sufian memang melenting tetapi dia sayang untuk membuang Rose kerja kerana gadis itu telah bawa keuntungan yang besar pada syarikat.

Tuan Ihsan masuk keruangan bilik Rose dan berdiri didepan meja gadis itu. Masih juga Rose tidak perasaan akan kehadirannya. Hmm, ralit betul dia mengadap laptop tu.

"Hmmm..." Dia berdehem. Serentak itu dia nampak Rose panggung kepala dan jelas riak terkejut diwajah gadis itu.

"Tuuu.. tuan.." terus berdiri Rose dibuatnya.

"It's okay Rose. You may sit back." Dia menarik kerusi dihadapan meja Rose dan duduk.

"Duduklah Rose. Kenapa berdiri lagi tu."

"Errr, ada urusan penting ke tuan? Atau tuan ada nak saya buat apa-apa." Tanpa basi-basi Rose terus bertanya.

"Nothing important. Saya cuma nak tengok keadaan awak."

"Er, saya? Memangnya kenapa dengan saya?" Tuan Ihsan tersenyum manis. Dia dekatkan diri ke meja Rose.

"Awak dah okay? Masih bad mood?" Seperti Rose, Tuan Ihsan juga terus bertanya keadaan gadis itu tanpa tapis.

Ternyata soalan Tuan Ihsan itu menyentakkannya. Rose tunduk. Malu apabila mengingati kembali perangai biadapnya beberapa hari lepas. Entah setan apa yang merasuknya ketika itu. Tak pernah-pernah dia melenting. Tetapi dia sudah membuat permohonan maaf kepada Dato Sufian dan Tuan Ihsan.

"I am truly sorry tuan. Saya.. sa.. saya sebab bertindak diluar kawalan." Terketar-ketar dia menuturkan kerana takut. Selepas kejadian itu dia memang mengelak untuk bertemu dengan Tuan Ihsan. Sebarang urusan semakan dan penghantaran fail dia suruh orang lain yang serahkan kepada lelaki itu. Malu! Serius dia malu sangat-sangat! Kerja baru beberapa tahun dan tunjuk kepala besar dengan bos atasan!

Tuan Ihsan kerling jam ditangan. "Pack your things and follow me." Tuan Ihsan bangun sambil membetulkan kot di badan.

"Kita nak kemana tuan?" Tanya Rose blur. Mana tak blur tengah-tengah mohon maaf tiba-tiba Tuan Ihsan suruh ikut dia.

"Jom....." Leret suaranya berkata sambil tersenyum. Seperti orang yang dipukau, Rose segera mengemaskan barangnya dan membuntuti langkah majikannya.

"Kita nak kemana ni tuan?" Sekali lagi dia bertanya semasa mereka berdua berada di dalam lif.

"Adalah rahsia. Yang pasti saya bukan nak culik atau jual awak." Seloroh lelaki itu sekaligus tertawa kecil.

"Tapi nikan waktu kerja? Nanti kalau sesiapa yang cari kita macam mana?" Sudahlah dia dan Tuan Ihsan merupakan pegawai tertinggi dalam jabatan mereka. Kalau Tuan Ihsan tiada, orang pasti akan mencarinya. Sekarang dua-dua hilang didalam pejabat. Dia risau sekiranya ada urusan yang memerlukan pekerja lain menemuinya.

"Jangan risau. Saya dah settle semua. So, untuk hari ini kita free." Eh, eh lain macam je bunyinya tu. Rose mengerutkan dahi tanda tidak faham tetapi hanya dibalas dengan senyuman oleh Tuan Ihsan. Mereka beriringan keluar daripada lif. Melihat langkah Rose yang menukar arah membuat Tuan Ihsan memanggil.

"Nak kemana tu Rose?"

"Er, ke kereta sayalah. Saya parking belah sana." Tuan Ihsan menepuk dahi.

"Tak payah. Naik sekali je dengan saya. Saya yang nak bawa awak kan. Come!" Berlari kecil gadis itu kearahnya.

"Jangan lari Rose, tak lari kemananya saya ni." Erk, terkedu aku dibuatnya. Orang tua nilah!

Didalam kereta kami kembali menyepikan diri. Sesekali aku menjeling kearah Tuan Ihsan yang sedang memandu tenang.

"Jangan risau, saya bukannya nak buat benda-benda yang tak elok pada awak."

"Saya tak kata apapun.."

"Memanglah tapi gaya awak tu nampak sangat gelisahnya. Tak selesa keluar dengan saya?"

"Er bukan macam tu tuan. Saya cuma curious mana tuan nak bawa saya pergi?"

"Adalah...." Tuan Ihsan pandangku sekilas sambil mengenyitkan matanya.

Akhirnya penantianku berakhir juga. Tuan Ihsan membawaku ke sebuah tasik. Tadi sebelum tiba disini Tuan Ihsan menyusuri jalan yang ku kira sangatlah sunyi. Itu yang menyebabkan aku sedikit risau tadi. Aku dan Tuan Ihsan keluar daripada kereta. Suasana ditasik ini sangat cantik sekali. Tidaklah begitu luas dan kedudukan tasik ini juga tersembunyi. Dia juga tidak tahu tentang kewujudan tasik ini kalau Tuan Ihsan tidak membawanya.

"Cantiknya tuan.." aku berjalan menuju keatas titian. Titian ini menghubungkan daratan belahku dan seberang sana. Diseberang sana ada didirikan satu gazebo.

"Saya tak pernah tahu ada tasik secantik ini disini. Tenang je rasa."

"Awak suka?"

"Suka sangat-sangat."

"Baguslah kalau macam tu."

"Tuan tahu mana adanya tasik secantik ini?" Aku jalan perlahan beriringan dengan Tuan Ihsan menyusuri titian ini. Tidak berniat untuk ke gazebo seberang sana.

"Sebenarnya ini tasik persendirian milik keluarga saya." Terlopong mulut aku dibuatnya. Nasib tak tergolek aje dalam tasik ni. Sudahlah tiada penghadang.

"Seriuslah?" Tuan Ihsan tergelak melihat reaksi gadis itu.

"Apa nampak muka saya ni macam penipu ke?"

"Ish tak adalah sampai situ. Tapi seriuslah tuan? Tasik ni tuan punya?"

"Pembetulan. Parents saya punya bukan saya. Ayah saya hadiahkan kepada ibu sempena anniversary mereka." Wah, sweetnya ayah Tuan Ihsan ni.

"Kenapa tuan bawa saya kesini?"

"Saya bawa awak kesini sajalah untuk release tension. Kita santai-santai je hari ini. Lupakan sekejap urusan kerja. Atau perkara-perkara yang sedang membebankan awak kini. Kalau awak ada masalah awak boleh bercerita dengan saya. Kalau awak tak keberatanlah, saya tak memaksa Rose."

"Errr..."

"Its okay kalau awak tak bersedia berkongsi. Take your time. Saya bawa awak kesini untuk tenangkan fikiran dan hati awak. Tak mahu awak stress macam sebelum ni."

High heel aku bukak dan melabuhkan duduk di titian. Entah kenapa rasa macam nak merendam. Kaki aku celurkan kedalam air. Sejuk!

"Rose!"

"Ye?"

"Seriuslah letak kaki?" Aku pandang muka Tuan Ihsan yang beriak serius. Memangnya kenapa?

"Erk tak boleh ke tuan?"

"Bukan masalah tak boleh tapi tasik ni dah lama terbiar. Macam-macam binatang ada dalam tu. Mana tahu ada pak buaya ke..."

"Arghhh.." terjerit kecil Rose seraya mengangkat kedua-dua kakinya naik. Dia cukup anti dengan binatang satu tu. Tuan Ihsan yang melihat kelakuan Rose tergelak.

"Tuan!"

"Rose air tasik tu punyalah jernih. Boleh nampak dasar dia. Takkanlah ada buaya. Lagipun, saya dah biasa mandi. Alhamdulillah hidup lagi, tak ada buaya telan." Kata Tuan Ihsan dengan sisa tawanya.

"Habis tu tipu saya kenapa?" Tak hilang lagi rasa debarnya oleh gurauan Tuan Ihsan.

"Hehehe alah saja je saya nak bergurau sikit." Tuan Ihsan duduk disebelah Rose. Kasut dicabut begitu juga dengan stoking. Seluas slack hitamnya disinsing sehingga kebetis dan kakinya direndam kedalam air tasik.

"Letaklah balik kaki tu. Saya gurau je tadi. Tengok mana ada pak buaya dalam ni." Sambil mengocakkan air tasik dengan kakinya. Melihatkan itu, Rose kembali merendamkan kakinya kedalam air tasik.

Seketika suasana diantara kembali sunyi. Tuan Ihsan kerling Rose dengan hujung matanya. Kelihatan gadis itu termenung jauh. Raut wajahnya jelas menggambarkan kesedihan. Ingin sekali dia mengetahui apa yang bermain difikiran gadis itu. Apa yang membuatkan gadis itu bersedih. Rose memang tidak banyak bercakap. Mujurlah gadis itu mahu ikut dia kesini. Tanpa sedar dia turut menilik lama wajah Rose.

"Err, tuan.." terkejut Rose apabila dia menoleh Tuan Ihsan sedang ralit merenung kearahnya.

"Ye?" Seakan tersedar, Tuan Ihsan menegakkan tubuhnya. Wajah diraup dengan kedua-dua belah tangan. Kantoi dan malu kerana tertangkap merenung anak dara orang!

"Terima kasih bawa saya kesini. Such a great place. Rasa benda yang bebankan kepala saya selama ni hilang bila berada disini."

"Glad to hear that."

"Tuan ada nak kemana-mana ke lepas ni?"

"Tak ada. Why?"

"Teman saya.." permintaan gadis itu menyentakkannya. Tidak jangka.

"Sure.. Where?"

"Makan. Laparrr..." Ketawa kecil Rose dihujung ayatnya membuatkan Tuan Ihsan terpana seketika. Beautiful!

"Okay. Jom." Tuan Ihsan bangun dari duduknya. Tangan dihulurkan kepada Rose. Berharap sangat agar Rose menyambut hulurannya. Senyumannya melebar apabila merasa sentuhan tangan Rose ditangannya.

"Jom.." Tanpa sedar Rose mengenggam tangan Tuan Ihsan yang masih berada didalam gengamannya dan mereka jalan beriringan sambil mengayun-ayunkan tangan mereka yang bertaut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience