6

Romance Series 50043

Sudah sebulan lebih Ming meninggalkan aku. Rindu tak payah cakaplah. Bukan dia tak pernah tinggal aku lama lama malah lebih lama daripada ini pun ada. Pernah sekali tu setahun dia tak balik Malaysia. Uruskan  hal keluarga dia disana. Cuma itulah bila hubungan aku dengan dia dah mula rapat dah selalu berkepit ni mula timbul satu perasaan lain iaitu aku tak mahu berjauhan daripadanya.

"Termenung je. Apa tak sedap ke makanan tu?" tegur lelaki yang sedang duduk didepanku ini iaitu Fikri Ahmad. Siapa dia ni? Seorang polis! Ini semua mama punya pasal. Pandai mengatur date untuknya berkenalan dengan anak sahabat lamanya. Puas dia menolak. Lelaki itu call mesej semua dia tak layan sampailah lelaki ini terpacak depan rumah mamanya. Sebulan Ming pergi hampir sebulan jugaklah lelaki ini berusaha mendapatkannya. Rose ingat lepas dia terus terang haritu lelaki ini akan berputus asa rupanya tidak! Malah makin lelaki itu mencarinya. Rose mengambil cuti selama seminggu untuk berehat dirumah mamanya. Kononnya takde mood nak bekerja padahal rindu separuh mati pada Ming. Tetapi cutinya itu hancur apabila mamanya membuat perancangan memperkenalkan dia dengan Fikri.

Mama pula elok dia cakap Ming kena balik Hong Kong 2 bulan, boleh pula dia bawa anak kepada kawannya ini untuk berkenalan dengan aku. Katanya suruh berkawan dulu. Kau rasa tak terkejut aku dibuatnya? Macam ambil kesempatan je diatas ketiadaan Ming. Huh, takde maknanya aku nak berpaling daripada Ming. Hidup aku selama ini memang ada Ming  dan keluarga aku sahaja. Sahabat, kawan semua tu tak ada! Pengalaman menjadikan aku serik untuk mempunyai kawan!

"Tak sedap. Bukan selera saya." balas Rose. Ayat yang dilontarkan dia memang selalu menyakitkan hati. Ini kalau Ming tahu dia keluar dengan lelaki lain memang mati dia! Bukan dia tak tahu yang mata-mata Ming ada merata-rata tempat untuk perhatikan dia.

"Dahtu kenapa order yang tu?"

"Saja nak menghabiskan duit awak." balasku sinis. Aku pandang phone. Ming sudah 4 hari tak call atau chat aku. Mana dia ni. Aku telefon tak berangkat, mesej tak berbalas. Risau aku dibuatnya.

"Kalau setakat perhabiskan dekat makanan tak luaklah duit saya." Eeee, ayat berlagak nak mampus! Aku rasa ayat aku dah cukup menyakitkan. Rupanya ayat lelaki ini lagi berbisa.

"Saya ada depan mata awak nak chat siapa lagi?"

"Suka hati sayalah nak chat siapa pun. Saya dah ada buah hati. Bukan macam awak!" selarku. Memang dia dah tahu aku ada pakwe.

"Owh penjenayah tu eh? Kesian, agaknya dah habis lelaki baik dalam dunia ni. Tapi takpe saya ada jangan risau!" aku mengetap bibir. Kurang ajar berani dia panggil Ming penjenayah. Sedap betul mulut dia membahasakan orang.

"Eh awak ingat saya hadap ke lelaki macam awak!  Peduli apa dia penjenayah ke apa, sekurang kurangnya dia tak adalah munafik. Depan baik belakang jahat. Oh lagi satu dia menyenangkan hati saya." Aku perli dia sebenarnya. Depan mama pijak semut pun tak mati. Hish menggelegak je hati aku ni. Mama pun satu agak-agaklah nak memilih pun, polis dijadikan sebagai saingan Ming. Tapi macam kenalah pulakkan? Seorang penjenayah seorang polis. Polis tangkap penjenayah. Oh shit apa kau merepek melalut ni Rose! Kau nak Ming kena tangkap ke apa?

"Dah tahu saya berpunya lagi nak terhegeh hegeh!" sambungku lagi. Tiba tiba Fikri gelak. Kuat pulak tu sampaikan orang dalam restoran ni mula tertoleh-toleh kearah kami.

"Rose rose.. Hahaha, awak nikan. Payah sungguhlah. Tapi takpe saya suka. Lagi awak tak nak lagi saya kejar. Saya akan bebaskan awak daripada penjenayah tu." balasnya selamba.

"Kau merepek apa ni setan! Bebaskan apa maksud kau? Kau dengar sini eh, jangan nak masuk campur hal aku lagi. Aku nak berkepit dengan siapa pun tu hal aku. Aku tak nak tengok muka kau dah. Kau ingat ku hadap sangat ke nak keluar dengan kau hah. Kalau mama tak paksa tak adanya aku nak ikut!" lancar aku berkata dan terus meninggalkan restoran itu. Sakit betul hati aku. Tangan aku ni laju je nak menampar muka dia. Macam ni ke calon yang mama berkenan? Aku sayang Ming je tau tak mahu orang lain dah.

Akibat keluar dengan tergesa gesa aku terlanggar seseorang dilobi hotel. Aku segera mohon maaf tanpa memandangnya.

"Rose laju je nak kemana tu?" tegur Daniel abang sepupuku.

"Oh abang taklah baru abis makan kat dalam." Ish lepas satu satu masalah datang. Apa bad luck sungguh aku harini.

"Dengan Ming ke?"

"Eh taklah dengan kawan. Abang buat apa kat sini." ayat aku bercakap pun berterabur sekali.

"La abangkan kerja sini. Rose okey tak ni?" Lupa ingatan ke sepupu dia ni? Daniel lihat wajah wanita itu merah. Menggelabah satu hal. Ada apa-apa yang sedang terjadi ke?

"Rose okey je bang. Tak apalah Rose gerak dulu. Bye abang" laju aku melangkah meninggalkan Daniel. Sekarang ni aku fikir nak balik je. Balik mana? Balik rumah mama memang taklah. Aku nak balik rumah Ming. Lagi selamat rasanya takde orang yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience