7

Romance Series 50043

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku tutup televisyen. Nak tengok cerita pun asyik cerita yang sama je yang ditayangkan. Nak tengok drama lagilah dia tiada mood. Aku kedapur untuk membilas tekak sebelum naik ke bilik untuk tidur. Elok tengah cuci cawan telefonku berdering. Yes Ming! Untuk Ming memang aku dah tetapkan nada dering lagu My All itu. Aku tutup lampu dapur dan berlari menuju ke bilik. Aku lambungkan badan keatas katil.

"Hai Ming!" ceria suaraku menyapanya. Ming buat video call. Phonenya didirikan disudut tepi meja. Jadi aku nampak sekarang dia sedang duduk dimeja kerja mengadap laptop. Eee, tak nak pandang aku ke?

"Hai, lu macam mana? Sihat?" tanyanya dengan suara yang datar. Matanya masih menghadap laptop.

"Sihat je. Ming sihat?" dia sekadar mengangguk.

"Owh lupa nak cakap saya duduk rumah awak tau ni." baru aku nampak dia toleh pandang aku tapi sekejap jelah. Berkerut sekali dahi dia. Entah apa yang dia tengok kat laptop tupun aku tak tahulah.

"Duduklah."

"Ming dah makan malam? Harini saya masak lauk favourite Ming tom yam. Kalau awak ada mesti habis awak makan." ceritaku penuh ceria kepadanya.

"Hmm" tu je? Dahlah pandang aku pun tidak.

"Ming ada problem ke?" dia diam. Aku mengeluh. Baik tak payah video call aku kalau banyak kerja. Aku tenung dia yang sibuk menaip sesuatu dilaptop. Kerja apalah kau buat tu Ming. Lama kami berdiam. Sepatah pun Ming tak cakap. Bengkak hati beb. Aku dahlah rindu dia. Dia buat perangai pula malam ni.

"Kalau Ming busy tak apalah. Buat lah kerja tu. Saya letak dulu.."

"Ada wa suruh lu letak?" dia jeling aku. Kenapa dengan dia malam ni?

"Kenapa nak marah-marah ni? Saya ada buat salah ke?" Tanyaku perlahan. Ke perangai dingin Ming ni ada kaitan dengan.... Ke di tahu aku keluar dengan Fikri hari ini? Aku teguk liur.

"Wa tak marah ma! Just shut up Rose, wa call mau tengok sama lu saja. So, just stay still." Tegas suara di berkata-kata. Terus terdiam aku dibuatnya. Nak terang pasal Fikri pun tak jadi tengok mood di tak okay macam tu. Sentap satu hal dia suruh diam.

"Lu biar sana phone ni on. Jangan tutup." pesannya sekali lagi.

"Yelah..." aku merajuk ni. Aku rebahkan diri ke tilam baring mengiring sambil tengok Ming buat kerja. Ming saya rindu ni. Kenapa awak nak marah-marah. Kalau saya salah, saya minta maaf. Desis hatiku, terasa dengan perangai Ming.

Ming mengeliat membetulkan urat sarafnya. Sakit kepala sakit mata menghadap laptop. Kerja yang dia tak pernah lakukan memang mengambil masa untuk dia sesuaikan diri. Tak sangka datuknya menyuruh dia ambil alih syarikat mereka di Hong Kong. Dia mana reti nak uruskan semua ni. Kerja dia selama ni kutip hutang, pukul orang, buat jual beli. Mana reti nak hadap teknologi macam ni. Tak pasal pasal dia maki pada laptop tu tadi.

Dia kirinya ingin mencapai telefonnya disebelah sebelum  tangannya terkaku sebentar. Ming mengeluh. Melihat Rose yang sudah tidur buat hatinya serba salah. Kasihan wanita itu. Dia sakit hati sebenarnya. Tapi bukan pada Rose. Banyak permasalahan yang bermain di kepalanya sekarang ini. Rasa nak saja dia lari dari Hong Kong. Kepulangannya kesana kali ini ada makna.

"Sorry.. Wa sayang banyak sama lu." Begitulah dia. Dia takkan mengungkapkan kata-kata sayang dia depan Rose. Ingin sekali dia melihat reaksi Rose apabila dia mengungkapkan kata cinta kepada wanita itu. Tapi entahlah, dia tidak punya keberanian. Lagipun tidak mungkin hubungan mereka akan diterima. Ming mengucup figura Rose di phone sebelum mematikan video call tersebut.

Pagi itu dia lewat bangun. Samada dia lupa kunci alarm ataupun dia tak dengar. Chat ucapan maaf daripada Ming tadi berjaya buat dia senyum lebar. Terus dilupakan rajuknya semalam. Nampak tak betapa besarnya pengaruh Ming dalam hidup dia.

Siap kunci rumah dia menuju ke arah kereta. Pintu pagar terbuka terus dia tercengang. Tidak! Macam mana dia tahu aku kat sini? Tidak!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience