3

Romance Series 50043

Aku menghampiri mama yang duduk di ruang tamu bersama Maria, adik bongsuku. Tengahari tadi kelibat Maria bersama keluarganya tiada, agaknya mama yang memaklumkan kepulangan dia hari ini.

"Rose sini." Gamit mama. Dibawah anak saudaraku Aiman dan Aina sedang berguling menonton televisyen. Avenger? Patut ralit sangat  dengan mama sekaki terjebak tengok.

"Esok Along pulak balik. Bolehlah kita buat barbeque. Lama kita tak kumpul ramai-ramai macam ni. Rose ni duduk dekat pun jarang nak balik sini jenguk mama." Aku sekadar mampu senyum. Dah betul senyap jelah. Lagipun aku je yang tak kahwin lagi. Along dengan Maria masing-masing ikut suami mereka.

"Ini berapa hari cuti? Lama tak?"

"4 hari mama Rose mintak cuti. Sebab naik cuti nanti terus Rose ada meeting kat Sabah."

"Sorang saja ke yang pergi?" Aku pandang mama, satu senyuman dilemparkan berharap mama faham dengan jawapanku.

"Hmmm..." Terbit keluhan daripada mama.

"Sampai bila Rose nak berkepit je tanpa ada ikatan. Bila Ming nak kahwin dengan Rose?" Inilah satu penyebab kenapa aku mengelak nak balik rumah mama. Mama takkan berhenti tanya pasal hubungan aku dengan Ming.

"Kitaorang tak bersedia lagilah mama." Terus aku duduk bawah baring bersama dengan Aiman dan Aina. Tolonglah jangan tanya apa apa lagi.

Jasmin menggelengkan kepala, tahu anaknya itu cuba mengelak. Dia pandang Maria yang duduk di sofa sebelah. Si adik sekadar mengangkat bahu tidak mahu campur dalam urusan kakaknya. Dulu adalah dia suruh mama pujuk Rose supaya tinggalkan lelaki cina itu tetapi lepas kena warning dengan suaminya dulu untuk tidak campur tangan terus terdiam dia.

***********

"Aiman jom ikut mak ngah nak?"

"Pergi mana mak ngah?"

"Mak ngah nak pergi pasaraya kejap, nenek suruh beli barang. Nak ikut tak?" Aiman meletakkan iPad diatas meja dan berlari ke arahku.

Tiba di pasaraya aku terus bergegas ingin mendapatkan barang yang mama pesan.

"Mak ngah Aiman nak tu boleh?"

"Apa dia sayang?" Tanyaku tanpa memandang ke arahnya. Tengah memilih ikan, telefonku berbunyi. Alah, time time macam nilah dia nak telefon.

"Yes, Ming. Why?" Kata tak nak kacau dia spend masa dengan family.

"Mana?" Rose tepuk dahi. Dia lupa nak maklumkan yang dia keluar ke pasaraya. Ini mesti Ming dapat tahu melalui aplikasi pengesan ni.

"Pasaraya. Sorry Ming saya nak cepat beli barang, lupa nak inform awak."

"Okay. Nasib pasar saja." Dahtu kalau ke tempat lain kenapanya? Ish peliklah lelaki ni.

"Wa letak dulu. Take care." Rose pandang telefonnya lama selepas panggilan ditamatkan. Itu je dia nak cakap? Dia punyalah debar takut kena tengking.

"Jom Ai.. eh?" Mana Aiman? Mataku melilau mencari kelibatnya. Hah, sudah mana pulak budak ni hilang. Troli dan ikan aku tinggalkan. Melihat dia tiada disekitar sini aku berganjak ke bahagian makanan ringan dan snek. Mungkin dia disitu. Yelah, budak-budak kan mana tahu nak cari coklat ke atau cikedis ke. Apa-apapun rileks Rose, jangan gelabah dulu.

Lorong demi lorong dia jengah tapi masih tiada kelibat Aiman sehinggalah dia tiba di bahagian lorong terakhir bahagian yang menempatkan pelbagai coklat. Budak pakai baju Superman, siapa lagi kalau bukan Aiman.

"Aiman!"

"Mak ngah, sini sini." Eh, eh budak ni. Aku punya risau dia boleh terlompat lompat panggil aku. Tapi kejap itu bukan ke....?

"Tuan?" Ya, Aiman tidak berseorangan disitu. Lelaki itu ada disampingnya.

"Rose." Dia senyum sebelum menyambung. "Ini ha anak saudara awak suruh saya ambilkan balang coklat ni." Dia dengar kanak-kanak lelaki itu membahasakan Rose mak ngah. Lagipun pekerjanya ini bukannya berkahwin lagi.

"Aiman ni, kenapa tak cakap dengan mak ngah. Kalau hilang kena culik macam mana?"

"Alah tadi Aiman dah cakaplah tapi mak ngah tak dengar. Lagipun tak hilang apa, mak ngah dah jumpakan."

"Menjawab! Menjawab!" Aku buat gaya nak cubit dia.

"Anyways terima kasih ya tuan. Saya gerak dulu."

"No problem.." Tuan Insan sekadar membuat tanda okay.

"Aiman cakap apa.."

"Cakap apa mak ngah?"

"Orang dah tolong kena cakap apa?" Aku jegilkan mata. Nak blur blur pulak dia.

"Oh hehehe.. Uncle terima kasih ambilkan coklat untuk Aiman."

"Sama sama. Lain kali jangan jalan sorang sorang ya." Sempat Tuan Ihsan berpesan. Kami berpisah disitu dan aku terus pulang kerumah setelah selesai membeli barang yang dipesan mama.

Malam itu seronok aku rasakan apabila dapat berkumpul ramai-ramai begini. Dengan kak long yang baru sampai petang tadi. Riuh rumah mama dengan suara anak anak saudaraku. Anak kak long 4 orang, Maria 2 orang. Aku? Hmmm, entah bilalah nak merasa punya keluarga sendiri dengan perangai Ming macam tu.

"Jom selfie semua..." Terus Angah dan Maria berdiri dibelakangku. Macam macam gaya gambar kami berselfie sebelum suami kak long bersuara.

"Kata semua tapi tangkap gambar kurang bertiga je daripada tadi. Ini gambar tukang yang membakarnya tak nak tangkap ke? Mogok karang."

"Hehehe sorry bang long. Excited sangat. Meh sini Rose tangkap. Senyum jangan tak senyum." Selepas gambar mereka semua aku ambil aku uploadkan dalam Instagram. Aku memang kaki Instagram. Semua benda aku upload dalam tu.

"Rose mari makan ni. Tadi kata nak sotong, ni bang long dah bakar."

"Coming!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience