11

Romance Series 50043

Seharian aku ditahan di wad. Doktor terpaksa menahan aku kerana tekanan darah aku yang sangat rendah. Lagipun keadaan aku masih lagi lemah. Berpusing pening je aku rasa kepala aku ni. Cheng dan Kim pula, mereka sedia menemani aku disini disamping terus memberikan kata-kata semangat. Mereka kata aku ini sudah seperti adik mereka. Mereka yang akan jaga aku selepas ini.

Aku sebenarnya tak ambil pusing pun perkara yang diperkatakan Cheng dan Kim sebab sekarang ni fikiran aku masih melayang memikirkan Ming. Aku masih tak dapat nak terima hakikat yang Ming dah kahwin. Sampai hati dia buat aku macam ni. Ini balasan yang aku dapat setelah sayang dan cintakan dia separuh mati! Sekali lagi aku menangis disitu. Mata aku tak payah cakaplah macam kena tumbuk. Bengkak dan merah.

Aku tersentak apabila pintu bilik wad dibuka secara kasar. Melihatkan wajahnya yang seperti singa menahan lapar, aku cepat cepat kesat airmata.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" tanyaku. Dia menghampiri.

"Kau kalau sehari tak menyeksakan diri tak boleh? Kenapa mesti seksa diri untuk bangsat macam tu!" aku terkejut mendengar tengkingannya.

"Eh yang kau sibuk kenapa? Bukan aku susahkan kau pun. Datang sini pun aku tak suruh tau." kali ini aku pula yang marah. Meluat betul aku tengok dia. Datang datang je nak marah orang!

"Rose, aku dah janji dengan mama kau untuk jaga kau.." katanya perlahan. Dia duduk di kerusi bersebelahan ku.

"Yang kau pergi berjanji bagai tu kenapa? Boleh tolakkan? Kau tu yang seksa diri sendiri untuk perkara yang tak pasti." terkejut juga aku dengar. Kenapa mama pandai pandai buat keputusan untuk aku. Mama bukan tak tahu hubungan aku dengan Ming.

"Aku yang rela hati terima.." balasnya lembut. Tetiba aku rasa seram sejuk dengan perubahannya. Dia raih tanganku tapi cepat cepat aku tepis. Satu keluhan terbit daripadanya.

"Rose aku tak minta banyak. Aku cuma nak kau beri peluang untuk aku. Beri peluang untuk kita saling kenal, beri peluang untuk aku dekati kau. Aku janji akan jaga kau baik baik Rose. Lagi baik daripada jantan tak guna tu! Tolonglah beri sedikit ruang untuk aku dihati kau. Itu pun payah ke Rose?" Terkelip kelip aku memandangnya. Hah sudah! Apa aku nak buat ni? Masa masa inilah dia nak luahkan perasaan dia kat aku. Eh, aku pun tengah pening dengan perangai Ming. Dia ni tak tahu ke aku baru bangun daripada pengsan. Otak pun tak berfungsi dengan betul lagi.

"Fikri tolonglah faham. Kau tahunan aku kepunyaan Ming! Bahagian mana lagi yang kau tak faham ni?" bentakku. Aku dahlah tengah sedih ni. Dia nak buat aku hangin pulak dengan perkara mengarut ni.

"Aku tahu hubungan kau dengan dia bermasalah. Kalau tak takkan jadi beginikan? Rose sekali je aku minta, berilah aku pelung. Aku akan terima apa jua keadaan kau. Walaupun kau dah 'bersama' dengan Ming. Tak apa aku terima. Sebab aku dah mula sukakan kau Rose." rayu Fikri lagi. Tanganku diraihnya lagi. Aku tidak menolak kerana terkejut dengan kata-kata Fikri. He say what? Aku tak salah dengar kan? Dah bersama Ming?

"Eh Fikri mulut kau jangan nak sebarangan menuduh ya!" dadaku mula berombak menahan marah. Kurang ajar betullah dia ni. Lama lama boleh mati sakit jantung aku kat sini. Ingat aku ni perempuan murah sangat ke nak serah diri kat Ming. Ming tu tak gila lagi nak ragut kesucian aku.

"Oi, lu sapa? Bikin apa sini." sekali lagi pintu bilik wad aku dibuka. Sebaik masuk Kim terus bertanya apabila melihat suasana pertengkaran aku dengan Fikri. Ditangannya ada bekas makanan. Kemudian masuk pulak Cheng. Berkerut dahinya mereka berdua melihat Fikri.

"Lu bukan...." Kim seolah-olah sedang berfikir. Tangannya naik menunjuk kearah Fikri.

"Woohoo, lu apa pasal sampai sini cari kitaorang? Apa lu tak puas ati hah?" Cheng terus menyergah. Dahiku berkerut. Did they know each other?

"Aku datang sini takde kena mengena dengan hal tu. Aku datang sini lawat Rose, kekasih aku." lagi sekali aku tercengang mendengar kata katanya. Eh, dah kenapa Fikri cakap macam tu.

"Lu main kasar. Lu mau perangkap Rose ah. Lu ingat wa tak tau ah. Langsi ini orang. Sebelum wa pecah lu punya muka baik lu keluar. Keluar lah! Wa tak mau tengok lu punya muka sini! Sama Rose pun lu jangan berani datang dekat." marah Cheng. Fikri mendengus. Dia menunding jari kearah Cheng.

"Aku tak selesai lagi dengan kau. Aku lepaskan kau orang kali ni." terus dia bangun dan berlalu. Pintu wad dihempas. Aku ingat aku je ada drama. Dorang bertiga ni pun ada jugak? Berkait pulak tu dengan aku. Apa semua ni. Tak fahamlah! Terus hilang rasa kesedihan aku tadi bila tengok drama mereka bertiga.

"Rose, apa itu laki bikin sini?" tanya Cheng duduk di sebelahku. Mukanya jelas terpancar riak tidak puas hati.

"Lu kenal sama dia?"

"Eh kejap kejap! Peninglah. Apa semua ni. Cheng kenal Fikri ke?"

"Dia tu polis ah. Selalu kacau kerja kerja Ming. Kawasan yang Ming pegang dia jaga oh. Suka cari gaduh sama Ming. Lagi bikin bisnes Ming jatuh." Hah?  Bermakna dia memang kenal Ming. Patutlah dia tahu semuanya daripada awal perkenalan kami.

"Lu apa cita sama dia? Macam mana boleh kenal?"

"My mom yang kenalkan. Mama saya nak jodohkan saya dengan dia."

"Hah, jodoh ah! Wa banyak musykil la. Wa rasa dia ada muslihat mau perangkap lu. Lu tau ah, dia mau kasi jatuh itu Ming." Sampuk Kim kemudiannya.

"Patutlah dia tahu semua. Rumah saya kat mana. Kerja pun sama." beritahuku pada mereka. Boleh masuk akal juga kata kata mereka ni.

"Lu jangan dekat sama itu orang lagi. Bahaya! Wa memang rasa dia mau perangkap lu." kata Kim. Kim membuka penutup bekas makanan.

"Saya boleh suap sendirilah." aku ambil bekas ditangannya apabila melihat dia ingin menyuap aku.

"Harini wa masak. Nasi goreng special untuk lu. Penat wa google semalam. Makan banyak ah Rose." aku tersenyum. Cheng diam. Nampak benar dia masih tak puas hati. Takpe biar aku tanya Fikri nanti. Dengan Fikri macam senang aku nak korek rahsia. Nak tanya Cheng lebih lebih karang ada yang kena maki.

"Wa betul betul tak puas hati." aku pandang Kim. Kim hanya mengjongketkan bahunya. Marah sungguh Cheng.

"Dia tak dapat Ming dia cari lu. Wa rasa dia mau korek itu rahsia Ming daripada lu Rose. Lu mesti hati hati." rahsia apalah yang aku tahu sangat pasal Ming tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience