15

Romance Series 50043

Aku jadi teringat kali pertama kami bertemu. Bagaimana aku dan Ming boleh bersama. Bagaimana aku menjadi wanita simpanannya sehingga aku sanggup menyerahkan seluruh hatiku pada lelaki itu walaupun Ming tidak pernah membalas kata-kata cintanya.

Aku masih ingat ketika itu aku baru saja menamatkan pelajaran di salah satu universiti awam terkemuka. Beberapa hari kemudian, kawan lelakiku mengajak aku menemaninya di sebuah kelab malam untuk meraikan aku. Pada mulanya aku tidak bersetuju untuk menjejakkan disana namun setelah dipujuk aku kesana juga akhirnya. Aku manalah pernah jejakkan kaki kat kelab malam. Walaupun masa zaman belajar dia sedikit nakal tapi dia tidaklah melampaui batas. Malam itu Idham menjemputku dirumah. Kebetulan mama pula tiada kerana ada urusan kerja diluar. Masuk saja ke kelab, aku dan dia duduk di bar. Tak kusangka Idham memesan air arak dan meneguk minuman itu berkali-kali. Sungguh aku terkejut. Idham merupakan seniorku di universiti. Aku berkenalan dengan dia semasa dia menjadi salah satu fasilitator. Dia hulurkan gelasnya kepada aku tetapi aku menolak.

Idham meninggalkan aku dengan alasan untuk ketandas. Walaupun takut ditinggalkan keseorangan ditempat ini aku beranikan juga diri. Beberapa minit kemudian datang seorang lelaki tiba tiba mengheret aku. Aku meronta minta dilepaskan. Aku menolak tubuhnya tapi tak berhasil. Maklumlah badan lelaki itu besar dan sasa. Langkah yang aku ada sekarang ini adalah dengan menendang kemaluannya. Terus terduduk lelaki itu. Tak tunggu lama aku terus lari keluar. Lari punya lari baru aku perasan, aku bukan keluar ikut pintu yang aku masuk tadi. Lelaki yang aku tendang tadi datang bersama rakannya. Aku mula gerun. Ketika itu aku berjaya keluar daripada kelab tetapi masalahnya kini aku berada dibelakang lorong kawasan kelab. Tiba tiba aku nampak seorang lelaki sedang berjalan menuju kearahku dan aku pun apalagi teruslah berlari kearahnya.

"Encik tolong saya. Ada orang kejar. Saya tak tahu apa salah saya. Tolong saya encik.." Rayuku pada lelaki itu. Tangannya aku paut dan goyangkan berkali-kali. Sumpah! Aku terketar-ketar saat ini dan aku sangat takut. Dibawah lampu jalan itu, baru aku perasan yang aku minta tolong itu adalah orang cina rupanya. Wajahnya serius memandang ku atas bawah. Aku menarik-narik skirt yang ku pakai kebawah. Sedar pakaian ku ini agak menjolok mata. Skirt paras peha. Ah, menyesal pulak aku!

"Hoi sini kau! Berani kau lari ya." jerkah suara orang yang mengejarku tadi. Aku menyorok dibelakang lelaki cina tadi.

"Encik tolonglah saya. Saya tak tahu apa salah saya sampai dorang nak tangkap saya. Tolonglah encik selamatkan saya. Saya janji akan ikut apa saja cakap encik nanti." tanpa sedar aku sudah berbuat janji kepadanya. Yang penting aku selamat! Kemana Idham menghilang saat-saat genting ini?

"Ming, itu perempuan sudah kena jual. Jason sudah beli. Sekarang kitaorang mau itu perempuan balik."

"Eh memandai kau je. Siapa pulak yang jual aku? Aku datang sini dengan kawan teman dia." jeritku dibelakang lelaki yang digelar sebagai Ming itu. Hampir gugur jantung aku dibuatnya. Dijual? Eh, apa ni tak faham aku? Siapa jual aku? Dan bagaimana perkara ini boleh berlaku?

"Kau punya kawanlah yang jual. Si Idham tu gadaikan kau kat bos aku. Sekarang kau jangan banyak cakap ikut kitaorang." Dua orang lelaki itu berjalan mendekati aku.

"Apa hak kau nak jual beli aku bagai ni. Aku tak nak masuk campur." marahku. Kurang ajar punya kawan. Dia jual aku? Selamba betul patutlah merayu suruh aku ikut tadi. Ada agenda rupanya. Tak guna kau Idham!!!

"Kau tahu tak Idham tu banyak hutang. Dia takde duit nak bayar jadi dia bagi kau sebagai cagaran. Dia dah blah pun tinggalkan kau. Kiranya hutang dia dah selesai. Sekarang kau sini ikut aku." Lelaki yang kutendang tadi sudah dekat dengan kedudukan aku. Melihat mereka yang sudah ada di depan lelaki cina itu aku ingin lari tetapi tanganku tiba-tiba digenggam dan ditarik oleh lelaki cina tadi.

"Itu bangsat berapa hutang sama Jason?" lelaki bernama Ming itu mula bersuara.

"20 ribu sekali bunga." lelaki Cina itu gelak kuat. Aku kerutkan dahi. Dah kenapa pulak ni?

"Wa bayar itu duit Jason." dia tarik aku masuk semula ke dalam kelab. Aku meronta tidak mahu. Lelaki itu masih menarik aku sehingga kami tiba dalam satu bilik. Ming masih memegang tanganku erat.

"Ming, nasib baik lu kasi bawak ini perempuan. Hahaha, bagus bagus. Wa banyak cantiklah. Pandai Idham kasi perempuan." aku mula ketakutan bila seorang lelaki mendekati aku. Dimulutnya ada sebatang rokok. Belum sempat dia ingin menyentuhku tangan Ming menghalang.

"Itu bangsat hutang lu 20 ribu. Wa bayar. Ini perempuan wa punya sekarang. Duit nanti wa kasi hantar." kata Ming. Aku terkejut. Macam itu aje? Apa dah jadi dengan hidup aku ni.

"Lu tak payah bayar Ming. Wa memang mau ini perempuan. Cantik sapa tak mau. Itu bodoh kasi ini perempuan untuk 20 ribu saja. Ini perempuan ah kalau kasi jual boleh dapat ratus ribu." Dengar saja ayat itu aku mula ketakutan. Siapa tak takut bila diri dijadikan seperti barang dagangan. Tanpa sedar aku mula membalas pegangan lelaki itu.

"Wa bayar. Wa boleh bagi lebih kalau lu mau. Sekarang lu orang ingat ah ini perempuan jangan lagi kacau. Itu duit esok wa kasi hantar." Usai berkata lelaki itu terus menarikku keluar. Aku hanya mengikutinya. Di dalam kereta kami berdiam sehinggalah kami tiba disebuah rumah banglo. Aku mula kecut. Dia nak buat apa ni.

"Keluar lah tunggu apa lagi."

"Tolonglah encik saya nak balik. Jangan buat saya macam ni." Rayuku. Tak tunggu lama dia terus buka pintu dan tarik tanganku masuk rumah. Aku di dudukkan disofa. Aku menundukkan pandangan apabila bertentangan dengan matanya yang merenungku tajam. Apalah nasib aku keluar mulut buaya masuk mulut naga. Itulah yang dia fikirkan sekarang. Dia seakan tak boleh nak berfikir. Semuanya berlaku dengan cepat.  Ini semua salah Idham! Tak guna punya kawan. Sanggup kau buat aku macam ni. Dia tak boleh nak brain macam mana Idham boleh berniat nak jual dia untuk melangsaikan hutang. Dia yang dijadikan sasaran? Apa lelaki itu tak ada orang lain ke selain dia. Pandai pula lelaki itu tidak jual ahli keluarganya sendiri. Idham itu bukannya tidak ada adik perempuan. Ada!

"Nama wa Ming. Lu apa nama?" tanyanya sambil tangan mula menyalakan rokok. Ming duduk di sofa berhadapanan dengan aku.

"Rose.."

"Wa tanya lu punya nama bukan tanya bunga."

"Nama saya Melina Rose."

"Wa sudah lepas lu. Sekarang lu tak ada apa apa sama itu Jason lagi." aku tersenyum mendengarnya. Lega. Sekurang kurangnya aku tidak perlu berhadapan dengan mereka lagi. Apatahlagi berada di kelab itu.

"Terima kasih."

"Wa tak mau lu punya terima kasih.Lu sudah terikat sama wa sebab wa beli lu dari Jason. Jadi lu wa punya sekarang." aku telan liur.

"Tadi lu sudah janji mau ikut apa saja wa cakap. Wa tak suka orang mungkir janji." kali ini nadanya serius.

"Baiklah disebabkan encik dah selamatkan saya, saya akan ikut cakap encik." Sumpah aku nak menangis sekarang ini. Menyesalnya aku turut kata Idham untuk menemaninya. Tengoklah apa sudah jadi sekarang. Bagaimana kalau dia dibunuh? Atau ini merupakan satu penculikan? Macam mana dia nak selamatkan diri dia? Idham aku benci kau! Aku sekarang ini memang berdendam dengan lelaki bangsat itu. Dasar menyusahkan. Aku akan pastikan kau terima akibatnya.

"Wa mau lu.."

"Hah?" telinga aku salah dengar ke.

"Wa mau lu jadi wa punya perempuan." dia silangkan kaki. Kedua-dua tangannya diletakkan dikepala sofa.

"Tapi encik saya bukan perempuan murah saya bukan pelacur. Tadi tu dekat kelab first time saya datang sana sebab Idham suruh. Tolong jangan suruh saya buat kerja kotor. Saya tak mahu." Rayuku sambil menangis. Tangan aku satukan merayu kepada dia.

"Apa lu sembang ni. Apa lu mengarut. Wa takde suruh lu jadi pelacur. Wa kata jadi wa punya perempuan saja. Wa boleh bagi apa saja lu mau tapi lu mesti setia sama wa saja. Wa bagi lu syarat lu mesti ikut. Wa tak mau dengar lu punya alasan. Kalau lu tak mau wa anta lu sama Jason balik." laju aku menggeleng.

"Wa cakap syaratnya. Pertama, lu mesti setia sama wa sampai bila bila. Selagi wa tak buang sama lu, stay! Kedua, lu tak boleh ada laki lain. Wa tau lu simpan laki lain belakang wa lu siap! Ketiga, bila wa panggil lu mesti datang mesti kena stanby. Wa mau lu ikut wa pegi mana saja. Lu jangan risau wa bayar lu. Ingat ah lu jangan main main. Wa tak suka penipu. Faham?"

"Faham." Aku tak tahu nak bereaksi macam mana. Otak aku betul betul dah tepu. Tak ikut kena hantar sana balik. Nak bayar ganti balik duit mana adanya aku. Aku baru je habis belajar. Mama? Haish, nak bagi aku habis belajar pun puas mama bekerja cari duit. Takkan aku nak susahkan mama lagi. Along dan Maria pula masing-masing baru memulakan pekerjaan. 20 ribu bukannya sedikit! Ya Allah dugaan apakah ini.

"Anything else?" Tanya lelaki itu lagi. Apalagi aku nak tanya. Suruh bebaskan dia? Memang taklah kalau dah terang terangan lelaki itu suruh menjadi perempuan dia.

"Err, kalau saya nak minta tolong satu benda boleh?" dia mengangkat kening sebagai balasan kepada soalan aku.

"Saya nak balas dendam kat Idham." Ya, aku sangat berdendam dengan dia sekarang ni. Disebabkan dialah aku terperangkap sekarang ni. Aku akan pastikan kau tak selamat Idham. Kau akan terima nasib kau. Mungkin kedengaran kejam tetapi kejam lagi perbuatan lelaki itu yang sanggup menjualnya di kelab malam. Ah, persetankan kalau sekalipun Idham ada masalah besar.

Lelaki itu senyum. Dia bangun dan duduk disebelahku. Tangannya dilingkar pada bahuku manakala tangan satu lagi memegang daguku dan didongakkan memandangnya.

"As you wish..." Aku tenung wajahnya. Dia mengelap airmataku dengan tangannya.

"You are mine now." satu kucupan diberi pada bibirku. Aku sedikit terkejut kerana itu ciuman pertamaku tapi aku membiarkan saja perbuatannya. Maka dengan itu bermulalah hidup aku sebagai perempuan simpanan kepada Ming seperti yang telah diceritakan oleh orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience