8

Romance Series 50043

"Kau buat apa kat sini hah!" jeritku seperti orang kena sawan. Sape je tak kena sawan kalau tengok muka slumber mamat ni.

Fikri yang menyandar di kereta tersengih. Dia menghampiri Rose sambil matanya meliar melihat sekeliling rumah.

"So ini rumah penjenayah tu ye? Oh kejap-kejap, kaukan tak suka aku gelarkan dia sebegitu? Jadi patut ke aku tukar gelaran tu kepada gelaran sugar daddy? It sound just better daripada penjenayah. Am I right?" Katanya setelah berdiri berhadapan dengan Rose. Senyuman sinis jelas tersungging dibibirnya.

"Kau kalau nak menyakitkan hati aku baik berambus. Get out from my house! Dan ya tolong alihkan kereta kau aekali. Aku nak keluar." tengkingku. Hilang sudah title ayu dan lemah lembutnya. Ah persetankan semua itu.

"Kau ikut aku!" lengan gadis itu pantas ditarik membontotinya.

"Kau dah kenapa ni? Lepaslah setan!" aku berjaya merentap tanganku dan berlari semula kearah kereta. Pintu kereta baru kubuka separuh sebelum ditutup kembali oleh tangan Fikri. Dia menyandar dipintu keretaku.

"Aku dah lambat ni. Kau jangan kacau aku boleh tak. Berambuslah." Aku tolak badannya tapi sikitpun tak berganjak apabila dia mengeraskan tubuh.

"Tak boleh..." katanya dengan nada mengejek. Aku mengetap bibir. Hati aku dah menggelegak dah ni. Tanpa aku sedar tanganku laju ingin naik menampar wajahnya tetapi dia berjaya menangkap pergelangan tanganku. Seperti biasa senyum sinis pasti diberikan kepadaku.

"Kalau sehari tak melawan tak boleh ke? Buat habis tenaga je. Buat apa nak lawan kalau tahu akan kalah jugak dengan aku. Poor little girl." Dia mengusap rambutku. Aku pantas menepis.

"Take your things and follow me. Hurry up! Kau tak gerak memang aku tak alih kereta aku tu."

"Ok fine stupid!" Aku mengambil beberapa fail didalam kereta sebelum mengekorinya. Sengaja aku hempas pintu keretanya sekuat hati aku. Melampiaskan kemarahan.

"Mana kau tahu rumah aku?" tanyaku. Keretanya sudah bergerak membelah jalan. Shit! Traffic jam. Memang lambatlah aku harini.

"Kau ni belajar dah tinggi tapi bengap jugak eh?" aku toleh kearahnya.

"Eh kau asal hah. Perangai macam setan ifrit! Hish menyakitkan hati betullah." aku peluk tubuh.

"Yelah tak betul aku cakap kau tanya soalan bodoh? Aku polis Rose. Setakat alamat kau petik jari je aku boleh cari. Nope, itu bukan rumah kau tu rumah penjenayah tu. Rumah kau yang satu lagi tu pun aku tahu dah kat mana. Everything inside my pocket, Rose!" Usai berkata dia gelak. Aku tercengang. Dia ni macam psycho pun ada aku tengok. Mama pilih calon lelaki manalah bagi kat dia. Entah entah gila tak lelaki ni.

"Patutlah kau tak nak tinggalkan lelaki tu ya. Seronok rupanya semua kena tanggung. Rumah, kereta, kad kredit. Dah tersedia semuanya depan mata. Hmm, not bad. Habistu yang susahkan diri pergi bekerja tu kenapa? Kalau aku baik duduk rumah goyang kaki je." Sungguh kata kata Fikri berbisa. Lelaki ini mengata dia secara terang terangan. Langsung tidak menjaga hatinya. Aku diam. Tiada modal untuk berbalah dengannya kerana aku sedar ada betulnya juga kata-kata dia. Mana-mana orang pun akan beranggapan dia perempuan simpanan. Ya perempuan simpanan Ming!

Seharian ini aku hilang mood untuk bekerja. Kata kata Fikri seolah olah kaset ulang tayang dikepalaku. Sampai bila Rose nak hidup macam ni? Bisik hati kecilnya. Adakah patut dia tinggalkan Ming? Kata-kata Fikri semuanya tadi telah membawa dia kearah keputusan untuk meninggalkan Ming. Selama hayat dia bersama Ming selama ini, dia tak pernah terfikir untuk tinggalkan lelaki itu. Tak pernah terdetik pun. Tapi aku sayangkan Ming aku cintakan dia. Memang aku abdikan diri aku untuk dia selama ni.

Huh, peningnya. Apa aku nak buat ni. Buat sementara waktu ni aku kena elak jumpa Fikri. Entah kenapa kehadiran lelaki itu mula mempengaruhi dia. Aku mencapai telefon yang berbunyi. Ada chat daripada Fikri.

*Balik nanti aku amik. Jangan memandai nak balik sendiri!* - Fikri

Aku lempar telefon diatas meja. Eeee baru je kata nak mengelak tadi. Rambut yang elok rapi menjadi kusut apabila aku genggam. Ini kalau ada staff lain lalu tengok mesti dorang cakap aku gila. Baru beberapa minit aku menarik nafas untuk menenangkan jiwa yang tengah kacau sekali lagi telefon aku berbunyi. Aku mendengus. Babilah Fikri ni. Dia nak apa lagi ni. Aku kembali membuka chat tersebut. Ternyata aku salah bukan dia tetapi....

*Wa mau lu ingat sampai bila-bila. Ingat sampai mati yang lu wa punya perempuan. Lu wa punya saja Rose* - Ming

Ming, saya rindukan awak. Berkali kali aku baca whatsapp daripada Ming. Aku tak tahulah kenapa aku emo sangat sampai baca tu pun aku menangis teresak-esak. Entah kenapa ayat-ayat Ming itu sangat menyentuh hati aku. Kalendar dimeja aku ambik lalu memangkah tarikh untuk harini. Penuh tarikh dikalender itu dipangkahnya untuk menghitung tarikh Ming pulang.

Sunyi hidupnya bila lelaki itu tiada. Biarlah lelaki itu dingin sekalipun dengan dia kadang-kadang asalkan tetap berada di sampingnya.  Tetapi bersediakah aku untuk meninggalkannya? Aku takut aku ni ha yang meraung. Selama ini aku saja yang mengungkap kata sayang kat dia. Ming? Tak pernah sekalipun dia balas perasaan aku itu. Atau dia memang tak anggap aku lebih daripada seorang perempuan simpanan dia? Dia akui, Ming tak pernah gelar dia sebagai kekasih. Jauh sekali sebagai kesayangan lelaki itu. Yang Ming perkenalkan dia adalah sebagai perempuan wa takpun mistress wa. Sakit hati memanglah tapi apa dia boleh buat.

Bila fikir pasal hubungan dia dengan Ming memang buat kepala dia sakit. Arghhh! malas dahlah nak fikir. Baik aku buat kerja yang menimbun ni.

Share this novel

NH.HANS
2020-04-22 00:32:01 

that ws unxpctd


NovelPlus Premium

The best ads free experience