2

Romance Series 50043

Aku balik kerumah mama setelah memohon cuti Jumaat itu. Hal ini telah ku maklumkan juga kepada Ming terlebih dahulu. Ini memang perkara wajib untuk aku laporan kemana saja aku pergi kepada Ming. Itupun tadi banyak pesanan yang dia kirimkan kepadaku. Ntah apa apalah mamat sorang tu. Aku balik rumah mama je pun.

Sampai depan rumah mama aku lihat ada sebuah kereta Avanza yang terparking depan pagar. Alamak siapa pulaklah yang datang? Aku memberi salam dan masuk. Oh mak saudara dan sepupuku rupanya. Aku salam mereka.

"Lama sampai Mak Long?" sapaku.

"Adalah nak dekat sejam dah kat sini. Yang kau ni baru harini nampak batang hidung. Lama tak balik." selar Mak Long

"Sibuk sikit mak long. Boraklah dulu, Rose nak naik atas sekejap." bukan boleh lama lama kejap lagi adalah tu benda dia nak bahankan aku.

"Jasmin, anak kau tu tak nak kahwin lagi ke?"

"Macam tulah Kak Long. Bila ditanya belum bersedia lagi katanya. Tak puas nak hidup bujang lagi."

"Amboi kemain lagi anak kau nak berenjoy bagai lagi."

"Dia masih dengan budak Cina tu lagi ke mak ngah?" Daniel sepupu Rose bersuara. Bermacam macam cerita yang dia dengar pasal Rose kat Kuala Lumpur tu. Tapi dia tak ceritalah pasal Rose tu perempuan simpanan. Dia merupakan manager di hotel Blue Diamond. Jadi dia sentiasa nampak Rose bersama lelaki itu di hotel.

"Macam tulah nampak gayanya. Nak dekat 5 tahun dah. Bukan mak ngah tak pernah cakap kat Rose suruh lelaki tu masuk meminang. Rose pun asyik mengelak je bila disuruh kahwin." jelas Jasmin.

"Itulah aku kata payah bercinta lain agama ni. Kau tak nasihat ke suruh Rose tinggalkan je laki tu.."

"Ish mak ni kesitu pulak dia.." decit Daniel kurang senang dengan perlakuan maknya. Baginya tidak perlu maknya itu masuk campur dalam urusan hidup Rose. Isterinya disebelah hanya diam tidak berkata apa-apa.

"Dah itupun saya dah suruh tapi Rose tak nak. Saya pun buntu kak hala tuju hubungan diaorang ni."

"Rose pun satu apa dah habis ke lelaki Melayu dalam dunia ni? Tak fahamlah aku." Jasmin hanya mampu senyum tawar. Mak mana tak risau. Rose sorang je yang tak kahwin lagi. Kakak dan adiknya pun sudah mendirikan rumah tangga. Sebelum menutup mata dia teringinlah nak tengok Rose tu kahwin.

Rose berbaring diatas katil. Tak sangka pula dia mak long ada sekali. Bukan dia tak tahu mak long memang tak suka dia dengan Ming. Asal nampak je muka aku isu itu ajelah yang orang tua tu bangkitkan. Boleh dikatakan seluruh ahli keluarganya tahu kisah dia dan Ming. Ini semua gara gara Sara yang pernah melihat dia disebuah lobi hotel bersama dengan Ming. Apa lagi terus dihebohkan kepada ahli keluarga yang lain. Siap dikatanya aku perempuan simpanan.

Jahat jahat Ming tu dia tak pernah sentuh aku lagi okeyh! Aku masih lagi suci. Tak pernah pun dia ambil kesempatan atas aku walaupun aku ni kadang kadang tinggal serumah dengan dia. Kenapa semua orang pandang serong pada Ming? Ya dia gangster, bunuh orang, dahtu Ah Long pula tapi salahkah aku bercinta dengan dia. Salahkah perasaan ini?

Aku juga buntu kadang kadang. Siapa aku pada Ming? Melihat kepada layanan dia pada aku sekarang ini membuatkan aku rasa seperti seseorang yang begitu istimewa bagi dia jika nak dibandingkan layanan dia pada aku masa awal dulu. Dia pernah bertanyakan kepada Ming tentang hal ini, lelaki itu diam dan balasannya hanya 'you more than that'. Bila diajak kahwin terus berang dan naik angin lelaki itu dibuatnya. Sebab itu dia tak berani utarakan lagi hal kahwin kepada Ming. Belum lagi jika lelaki itu mengeluarkan ayat-ayat yang boleh menhiriskan hati dia. Memang dia rasa macam tak ada maruah diri. Selama 5 tahun dia bersama Ming, dia telan semua perkara lelaki itu buat. Minum arak, perempuan kiri kanan, berjudi. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini aktivitinya itu sudah berkurang.

Telefon yang berdering lagu My All mematikan lamunanku. Sudahku tahu siapa yang menghubungi.

"Sudah sampai?" terus diserbu aku dengan soalan

"Dah.."

"Asal tak kasi tau wa?" suara Ming sudah berubah. Ada masa aku suka sifat mengongkongnya kerana aku rasa itu tanda dia sayangkan aku. Adakalanya tidak apabila hal kecil pun dia akan besarkan

"Ming saya baru je sampai. Baru naik bilik ni. Tak sempat bukak handbag awak dah call." tipuku. Padahal tadi aku sempat mengelamun.

"Ok. Lu sana duduk jangan macam macam. Wa tak mau dengar apa apa cerita."

"Ming saya balik rumah mama je pun. Bukannya ada buat apa apa pun. Awak nilah." decit Rose. Ada masa bosan juga dengan kata kata lelaki itu. Ming memang mengawal ketat pergerakan dia.

"Sapa ada sana? Lu punya famili semua ada ka?" Tanya Ming. Dia sedang beristirehat dirumah. Rokok ditangan disedut. Sejak kebelakangan ini dia sudah jarang melepak di club. Entah kenapa tempat yang dahulunya diibaratkan sebagai rumah keduanya itu tidak berjaya menarik perhatiannya lagi.

"Ada mama saja sama mak long. Kakak dan adik saya tak balik."

"Eh itu pompuan sihir bikin apa sana? Lu nampak dia kasi tutup itu telinga." Rose tergelak. Ming nilah. Dia pernah ceritakan hal mak long kepada Ming. Marah sekali lelaki itu. Siap kata mak long menyibuk.

"Ming ada mana tu. Tengah buat apa." lagak gaya dia dengan Ming macam budak baru bercinta je.

"Ada rumah hisap rokok."

"Tak keluar ke malam ni?"

"Malas" balas lelaki itu pendek tapi cukup untuk buat hati Rose gembira.

"Ajaklah Cheng dengan Kim teman awak. Main game ke apa." walaupun mereka orang suruhan tetapi mereka sebenarnya kawan baik Ming.

"Itu dua orang ah, tadi sudah keluar sama perempuan lagi mabuk. Lu kasi ka wa ikut sama dia?"

"Hah, eh jangan! Ming duduk je rumah tengok tv. Saya teman Ming." memang tak dia bagi Ming pergi. Dia pun pelik juga dengan Ming kadang kadang. Lelaki itu seolah olah minta keizinan daripada dia untuk berbuat sesuatu. Sedangkan itu bukan sifat lelaki itu.

Ming sudah tergelak dapat dengar suara Rose yang kelam kabut. "Wa pegang lu punya janji mau teman wa. Haiyaaa, kenapalah lu balik tinggal wa sorang sorang sini." Ming disana sudah mengeluh. Dia sudah terbiasa berkepit dengan Rose memanjang.

"Ming saya ni dah lama tak balik tau. Alah, selama ni saya selalu dengan awak apa." Rose buat suara manja. Biar penasaran lelaki itu.

"Ok ok fine! Ini kali wa kasi lu spent time lama-lama sama lu punya famili. Nanti duduk sama wa jangan asyik cakap mau balik rumah lu punya emak." Rose mencebik. Tak habis-habis nak mengongkong hidup dia. Terkadang sakit juga hati dia bila Ming melarang dia selalu balik rumah mama.

"Yelah..." datar saja suaranya membalas kepada Ming.

"Marah?"

"Taklah, manada. Ming saya takde ni jangan nakal nakal tau. Saya dapat tahu siap awak." sengaja Rose menukar topik. Pilihan apalagi yang dia ada kalau Ming dah keluarkan arahan.

"Lu mau bikin apa sama wa kalau nakal?"

"Adalah mana boleh bagitau."

"Wah, banyak seronok ini macam. Wa mau nakal nakal la. Mau tengok apa lu bikin." usik Ming.

"Ming ni eeeeeeee." Rose dengus. Orang cakap betul main main pulak.

"Sorry just kidding. Eh, wa stop sini dulu ada orang call wa. Ok bye ah"

"Bye.." tak sempat dia balas Ming dah matikan phone. Hurm, apalah nasib. Ada hal tentang kerja kot. Kerja? Kerja apa sangatlah Ming tu pukul orang? Bunuh orang? Rose meraup mukanya. Sampai bila dia nak hidup dalam kancah dosa Ming. Sampai bila? Susah dia nak lari daripada cengkaman lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience