18

Romance Series 50043

"Amboi cantiknya dia malam ni." tegur Kak Dila kepadaku. Malam ini merupakan malam penutup Hari Keluarga syarikat dan akan diadakan jamuan makan malam di sebuah dewan yang terdapat di resort ini. Tema malam ini adalah tradisional. Kami telah diberitahu untuk membawa baju yang sesuai dengan tema. Aku memilih untuk memakai kebaya putih. Rambut pula ku sanggulkan kemas meninggalkan bahagian depan berbentuk fringe.

"Cakap orang akak apa kurangnya. Ini kalau orang tak tahu akak dah kahwin mesti dia ingin akak anak dara lagi tau."

"Pandailah Rose. Haih, adalah orang tu tak tidur malam ni sebab terbayangkan Rose." usik Kak Dila lagi

"Siapalah nak saya ni kak oi.."

"Rose ni sengaja buat tak tahu atau memang tak tahu langsung?" aku kerutkan dahi tidak faham dengan maksud Kak Dila. Ish lama lama boleh kedut dahi aku.

" Tahu apa kak?"

"Rose tak tahu ke Tuan Ihsan tu suka Rose? Semua bercakap tadi. Yelah dia duduk dengan Rose kat pantai tadi macam satu family pula nampak korang walaupun tu anak akak. Budak budak office pun perasan Tuan Ihsan asyik pandang Rose je."

"Manada kak dia borak je dengan saya tadi. Borak kosong. Kebetulan dia lalu situ dia tegurlah saya dengan Elly." aku menolak tuduhan Kak Dila. Takkanlah Tuan Ihsan itu suka aku. Agak agaklah. Aku dan Kak Dila turun bersama menuju ke dewan. Meriah sungguh hiasan di luar dewan. Ini belum aku masuk dalam lagi. Aku dan Kak Dila daftar di meja pendaftaran terlebih dahulu. Aku buat tidak peduli dengan usikan nakal rakan lelaki sekerjaku yang lain. Mereka nak bersiul seperti monyet lantaklah. Sebaik mendaftar aku dan Kak Dila cepat-cepat melangkah masuk dewan.

"Aduh akak rasa macam jalan dengan artis. Kau tengok tu Rose semua pandang kau." Bisik Kak Dila perlahan ditepiku.

"Akak duduk dengan saya je tau. Jangan tinggal saya sesorang. Segan saya." Rose menunduk tidak berani untuk mengangkat kepala. Orang memandangnya seolah olah dia bertelanjang pula. Tidak kurang dengan para lelaki yang tidak berkalih-kalih daripada memandangnya. Meja pantas dicarinya. Nampak tempat kosong terus dia duduk. Rakan sekerja lain yang terdapat dimeja tu juga memandangnya, Rose hanya tersenyum. Apa kejadahnya mereka semua ni tenung aku.

"Rose malam ni nampak lain. Cantik dan ayu. Kitaorang ingat siapalah tadi." tegur Jes yang duduk di sebelahku. Sungguhlah aku tak selesa sekarang ni. Macam nak lari bilik.

"Eh takdelah biasa biasa je ni. Awak pun apa kurangnya Jes cantik malam ni pakai kebaya." pujiku padanya yang memakai kebaya merah. Kebanyakkan kaum wanita pada malam ini memakai kebaya. Lelaki baju Melayu siap bersamping macam nak akad nikah gayanya. Tapi yang menarik perhatian aku adalah terdapat beberapa pekerja lelaki lain memakai pakaian seperti hulubalang siap dengan tengkolok. Entah keris mainan atau keris betul dipinggang mereka itu. Menarik baginya.

Selesai ucapan daripada empunya syarikat Dato' Sufian diikuti Tuan Ihsan baru kami menjamu selera. Semua bergerak kearah buffet yang disediakan. Aku duduk dahulu tidak mahu bersesak disana begitu juga Kak Dila. Melihat orang semakin berkurangan baru aku bangun untuk memilih lauk pauk. Makan malam nipun banyak yang berunsurkan makanan kampung. Rambang mataku tengok berbagai jenis ulaman.

Elok aku habis makan telefonku berbunyi. Panggilan daripada Cheng. Lama tak dengar khabar dia. Aku beritahu Kak Dila untuk ke luar dewan sebentar bagi menjawab panggilan. Di luar dia mendail semula nombor Cheng.

"Ya Cheng kenapa?"

"Rose wa balik sana lagi 3 hari."

"Owh ya pasal kunci rumah tukan. Yelah nanti Cheng dah balik Rose serahkan." lupa pula aku masih belum pulangkan kunci rumah Ming. Nasib Cheng ingatkan aku.

"Bukan pasal kunci ma.."

"Habistu?"

"Saja mau kasi tahu lu. Ingat ah lagi 3 hari. Okey la wa cau dulu." aku terkebil-kebil bila Cheng terus matikan talian. Dah kenapa. Nak balik, balik jelah takde siapa nak melarang. Pelik jugak aku  Lainlah kalau Ming ada sekali. Oh Rose again! Arghh, stop it Rose. Kau dengan Ming dah takde apa apa.

"Rose buat apa kat sini sorang sorang?"

"Eh tuan terkejut saya. Tak saya jawab call tadi." Tuah Ihsan dibelakangku. Segak sungguh dia malam ni. Erk, dia memakai baju melayu berwarna putih. Macam berjanji pulak kami malam ni.

"Jauh jawab call pakwe ke?" Tuan Ihsan berdiri bertentangan denganku

"Manada tuan kawan tadi tu."

"Yang dalam bas haritu ke?" eh eh ingat lagi dia  perbualanku bersama Fikri.

"Er haah." aku iyakan ajelah. Lama kami berdiam. Tuan Ihsan menyandar di batang dinding sambil merenungku. Aku balas pandangnya tapi tak lama. Malu aku nak tengok dia lama-lama. Terdengar satu keluhan terbit dari bibirnya.

"Rose awak dah berpunya?" soalannya itu cukup mengejutkan aku. Tiba tiba dia jadi teringat akan  kata kata Kak Dila tadi? Mengenai Tuan Ihsan yang menyukainya. Apa aku nak jawab ni.

"Tuan rasa?" okey aku rasa nak maki diri aku sekarang ni. Kenapa soalan itu yang aku lontarkan.

"Orang cantik macam awak mesti dah berpunya kan? Mesti boyfriend awak tu sayang sangat kat awakkan?" aku gelak. Kalau sayang takdelah aku ni kena tinggal.  Aku yang terhegeh-hegeh lagi adalah.

"Saya tak ada boyfriend la Tuan. Baru je single." aku melepaskan keluhan.

"Awak baru putus ke Rose?" Tuan Ihsan bertanya terkejut. Wajah gadis itu ditatap dalam. Bodoh sungguh lelaki yang meninggalkan gadis secantik ini. Dia tidak nampak sebarang kekurangan pada diri Rose. Atau mungkin dia masih belum mengenali dengan lebih mendalam?

"Ok tuan no more questions about me! How about you?" Aku tak sanggup nak cerita lebih lebih pada dia. Mulut ni pun satu kenapa laju je keluar cerita.

"Apa yang awak nak tahu?" Tuan Ihsan mengjungkitkan keningnya. Senyuman manis terukir dibibirnya. Ya Allah kenapa kacak sangat bos aku malam ni.

"Hmm, nak tanya apa ye? Ha, kenapa tuan tak kahwin lagi?" yelah dia menduda dah lama. Anak dia dah berumur 12 tahun. Isteri Tuan Ihsan meninggal bersalin. Semua tahu tu.

"Saya tunggu bidadari macam awak."

"Tuan ni saya tanya betul betul dia main pulak. Dahlah malas saya layan tuan. Saya nak masuk." aku ingin berlalu sebelum lenganku dipegangnya. Aku berkalih memandangnya. Dah kenapa bos aku ni murah dengan senyuman.

"Awak nampak cantik malam ni Rose. Sangat! Ingat puteri bunian manalah sesat tadi." dalam memuji sempat dia mengusik.

"Tuan tak payah cakap saya memang dah taulah. Hahahaha.. Tuan pun apa kurangnya segak sungguh. Macam nak kahwin lain." aku terkekeh ketawa

"Kalau saya ajak awak kahwin nak tak?" terus diam aku. Aku menjelingnya.

"Tengok tu main main lagi. Dahlah tuan saya masuk dulu." aku terus masuk ke dalam dewan meninggalkan dia disitu. Sempat aku toleh kebelakang. Ternyata Tuan Ihsan masih memandang kearahku dengan senyuman manisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience