14

Romance Series 50043

Sebulan sudah aku pindah masuk rumah sewa milik Kak Dilaila. Bermakna hampir sebulan jugaklah aku sudah putus dengan Ming. Kenapalah berat sangat hati aku nak lupakan dia? Dia juga masih belum pulangkan kunci rumah Ming kerana Cheng dan Kim berada di Hong Kong. Buat apalah korang balik ke Hong Kong. Kenapa selalu sangat balik sejak kebelakangan ini? Mentang-mentanglah Ming dah kahwin lain, aku pun dilupakan oleh mereka. Kalau tidak hubungan antara aku Cheng dan Kim boleh dikira rapatlah juga.

Aku bersiap untuk ke Port Dickson sempena menyambut Hari Keluarga yang akan dianjurkan oleh syarikat kukerja. Tak pernah pernah dia join tapi kali ini terpaksalah dia ikut apabila Tuan Ihsan dah mula berbunyi. Selama ini memang Tuan Ihsan tak kisah. Lelaki itu tahu dia bagaimana. Tapi entah kenapa kali ini Tuan Ihsan bertegas mahu aku turut serta. Rose kembali teringat hari dimana Tuan Ihsan datang menemuinya.

Flashback...

Tok! Tok!

"Masuk!" Tanpa memandang siapa aku mengarahkan orang itu untuk duduk. Aku ralit memeriksa laporan yang dibuat oleh pekerja bawahanku sebelum ingin menghantarnya kepada Tuan Ihsan.

"Hmmm hmmm.." seakan tersedar sesuatu aku panggung kepala. Terus keterbelakang kerusi aku dibuatnya. Terkejut aku melihat Tuan Ihsan ada didepan aku. Baru je aku seru dah ada depan mata. Memang panjang umurlah boss aku ni.

"Err, Tuan maaf saya tak perasan. Sumpah tak perasan. Saya minta maaf." Boleh pula dia lupa akan keberadaan orang  yang mengetuk pintu biliknya tadi. Sedangkan dia juga yang bagi kebenaran untuk masuk.

"No, it's okay. Ralit betul awak buat kerja. Sampai tak perasan saya ada depan mata." Tuan Ihsan tergelak kecil. Aku sekadar menggaru pelipis kepala.

"Saya datang ni ada hal sikit nak cakap dengan awak." Tuan Ihsan mendekatkan badannya ke meja aku. Kedua tangannya disilangkan diatas meja.

"Apa dia Tuan? Ada masalah kerja ke?"

"Awak ni janganlah serius sangat muka tu. Tenang, bukan pasal kerja tapi pasal awak." Tuan Ihsan menundingkan jari telunjuknya kearah aku.

"Hah saya? Kenapa? Apa saya dah buat?" Berkerut dahiku memikirkan kesalahan yang telah aku lakukan sampaikan boss besar datang turun jumpa aku sendiri. Serasanya dia tidak ada melakukan perkara yang menyalahi etika pekerjaan.

"Saya nak kali ni awak join sekali Hari Keluarga syarikat kita."

"Erkkk..." Terkedu terus aku dibuatnya.

"Hmm saya rasa tak boleeee..." Belum sempat aku habis bercakap dia dah potong.

"No excuse this time, Rose. Awak kena join jugak. Selama beberapa tahun awak bekerja kat sini sekalipun awak tak pernah join. Kali ini saya tak kira, awak kena join juga. Saya tak nak lagi backup awak kalau Dato Sufian tanya saya kenapa pekerja kesayangan dia ni tak ada. For 5 years Rose I have been lying to him!"

"Hah? Tuan tipu apa?" Dah kenapa pulak dia menipu untuk aku? Cakap sudah aku tak datang.

"Rose, Dato' Sufian tu dia takkan berani nak bersuara kat awak apatahlagi marah. Macam yang dengar rakan kerja awak cakap yang awak adalah pekerja kesayangan dia. So, dia memang takkan melenting. Tapi yang kena tempias adalah orang lain termasuklah saya. Bila dia marah terpaksalah saya tipu untuk elakkan dia daripada terus marah saya ni ha! Dahlah awak yang buat perangai." Jeling Tuan Ihsan disertakan cebikan. Sekali lagi tangan aku naik mengaru pelipis.

"Sorry tuan kalau saya dah menyusahkan tuan dan semua. Tak sangka pula sebesar ini masalahnya." Memang sebelum ini kalau syarikat ini adakan hari keluarga aku akan lari. Tutup terus data telefon untuk sementara waktu! Malas aku nak join kononnya untuk mengeratkan hubungan bagai. Kat pejabat sambung kutuk aku balik. Tapi tak sangka pula aku Dato' Sufian melenting kat dorang. Marah jelah aku.

"So, kali ini saya nak awak join. Jangan nak lari pulak, kalau tak tahulah nasib awak. Saya report terus dekat Dato' Sufian." Ugut Tuan Ihsan.

"Iyelah, iyelah.. saya join. Jangan report dekat Dato' Sufian.." aku pun takut juga dengan orang tua tu. Garang kau. Tapi bila kat luar time jumpa aku dengan Ming dulu pandai pula manis muka. Lagi satu kalau kena berhenti kerja mana pulak aku nak cari pekerjaan baru yang sesuai dengan jawatan aku sekarang. Gaji pun sah-sah lah takkan sama!

"Good! Jadi, kita jumpa lagi 2 hari."

End flashback

Aku berkumpul dihadapan syarikat pada pukul 9 pagi. Bukan dia tak nampak dan dengar orang mula berbicara tentang dirinya. Ah, dia malas nak ambil tahu. Selama ini pun memang itu yang dia buat. Buat tak peduli. Dia pun tak hadap nak datang. Ini semua salah Tuan Ihsan. Eh kau Rose, orang tu dah tolong kau selama 5 tahun ni itupun tak reti bersyukur. Okeyh, kalau macam tu salah Dato' Sufian la.

"Eh Rose, akak ingat tak join. Ada jugalah akak geng." sapa Kak Dila. Dia memimpin tangan seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 5 tahun.

"Anak akak ke? Hai comel.." aku mencuit pipinya.

"Haah. Last minit kena bawa sekali sebab ayahnya ada kerja. Nak hantar balik rumah mak tak sempat jauh lagipun. Jadi akak bawa jelah." terang Kak Dila. Dia duduk menunggu bersamaku. Sekurang-kurangnya aku pun adalah kawan untuk berbual. Tak adalah mati kutu.

Di dalam bas aku duduk depan sekali iaitu dibelakang pemandu. Yang lain semua duduk dengan geng mereka di belakang. Macam aku cakap sebelum ini, aku bukannya rapat pun dengan diaorang. Sekadar bertegur bila ada kerja je. Nasib baiklah jarak nak ke Port Dickson hanya memakan masa dalam 2 jam je. Bolehlah aku nak tidur.

Tiba tiba Tuan Ihsan duduk di sebelahku. Aku pandangnya dan dia tersenyum. "Sit saya tu saya letak barang. Takde tempat lain yang kosong melainkan sebelah awak. Takkan saya nak duduk sebelah Dilaila pula." terangnya tanpaku pinta. Mungkin kerana melihat reaksi mukaku barangkali. Tak selesalah pula aku duduk sebelah bos aku ni. Otak suruh bergerak pergi duduk sebelah Kak Dila tapi masalahnya kaki aku ni macam nak tak nak je bergerak.

"Rose, awak ni memang pendiam ke?" tanya Tuan Ihsan.

"Er, takdelah tuan. Saya memang tak reti nak berborak. Lagipun takde topik nak cakap." balasku. Kepala aku toleh kearah tingkap.

"You look really different bila kat pejabat dan kat luar."

"Maksud tuan?"

"Yelah saya perasan kalau kat pejabat awak banyak bercakap, beri tunjuk ajar kat budak budak yang baru masuk dan awak yakin dalam melaksanakan tugas. Saya suka kata kata awak bila berunding. Tapi bila kat luar ni awak lebih diam."

"Dah nama pun kerja tuan. Mestilah kena kerja dengan baik." banyak tanya pulak dia ni. Tuan Ihsan ni kalau korang nak tahu dia seorang duda anak satu. Lepas isteri dia meninggal dia tak kahwin lain dah. Aku lihat Tuan Ihsan mengangguk. Lama kami berdiam tak tahu nak berbual apa. Telefon dalam beg tangan berbunyi, aku keluarkan. Fikri! Nak apalagi mamat ni.

"Nak apa."

"Amboi kau tak boleh cakap elok sikit ke. Kau ada mana ni. Asal rumah kau kosong je kereta pun takde." sah mesti lelaki itu mencarinya. Perkataan menyesal mula muncul. Menyesal kerana pernah meminta tolong Fikri mengambilnya di rumah Ming dulu. Bermula dari situ Fikri tidak henti-henti mengganggunya.

"Aku ada urusan luar. Kau nak apa ni?"

"Urusan apa? Kenapa tak kasi tahu aku?" Fikri mendengus. Rose, memang sengaja menyakitkan hati dia.

"Adalah tak penting untuk kau tahu. Dahlah aku letak dulu. Bye!" terus aku matikan talian. Aku serabut dengan Fikri. Sudahlah kepala aku memang serabut. Serabut sebab tak boleh buang Ming dalam fikiranku.

"Buah hati ke?" tanya Tuan Ihsan disebelah. Alamak macam mana pula aku boleh lupa kat dia ni. Aduh, dahlah tadi aku cakap kuat.

"Kawan je tuan."

"Itulah saya ingat pakwe awak tadi. Kesian pakwe awak kalau macam tu cara awak bercakap. Macam nak ajak bergaduh je. Terkejut saya yang kat sebelah ni." terdengar tawa halus keluar dari mulutnya. Aku garu kening. Malunya la. Tak cover langsung. Ah, kalau pasal Fikri takde makna dia nak cakap lembut. Karang lelaki tu pijak kepala.

"Hidup ni sekali sekali kena enjoy juga Rose. Kalau selalu stress, tak baik untuk diri kita. So, masa yang ada kat Port Dickson tu nanti awak tenangkanlah diri awak. Lupakan perkara-perkara yang sedang menganggu fikiran awak saat ini." Aku palingkan kepada kearah Tuan Ihsan. Dia senyum sekilas sebelum meluruskan pandangannya kehadapan. Entah kenapa setiap apa yang Tuan Ihsan katakan tadi seolah-olah dia tahu yang aku memang mempunyai masalah. Seperti dia mengambil berat tentang diri aku pun iya jugak.

Rupanya Tuan Ihsan telah menyewa 2 buah rumah yang bersebelahan. Satu rumah untuk kaum lelaki dan satu rumah lagi untuk kaum wanita. Berebut rebut mereka memilih bilik. Aku dan Kak Dila berkongsi bilik yang sama. Yang lain semua duduk dengan kawan mereka masing-masing. Aku tak kisah asalkan ada bilik sudahlah. Nasib baiklah bilik yang kududuki ini ada dua katil bujang. Tuan Ihsan kata hari ini kami bebas untuk melaksanakan aktiviti sendiri.

Aku ambil kesempatan untuk berjalan dipantai yang terdapat dikawasan rumah yang kami menginap. Rumah yang Tuan Ihsan sewakan ini sebenarnya berada dalam sebuah resort. Jadi banyak kemudahan yang ada. Aku duduk dibawah sebuah pokok menghadap pantai. Bila last aku datang pantai ya? Oh ya last aku datang adalah bersama Ming. Aku bercuti bersamanya selama 2 hari. Again Rose! Sikit-sikit Ming. Aku mengeluh. Dah memang semua benda dia banyak buat bersama lelaki itu. Dia luangkan masa yang dia ada hanya untuk Ming selama ini sampai sanggup abaikan keluarga sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience