1

Romance Series 50043

Habis sahaja waktu bekerja, aku deras menuju ke restoran Blue Diamond yang terdapat di dalam hotel bersebelahan bangunan yang ku kerja. Beberapa tapak ingin menghampiri pintu restoren terlihat dua orang lelaki yang sedang bersandar dan berbual di tepi dinding restoren itu. Rose mempercepatkan langkah.

"Rose!" seru lelaki lelaki itu.

"Mana lu pergi? Lu tau ka lu sudah lambat. Mood dia takda baik ini hari." beritahu mereka.

"I'm dead.." tanpa mempedulikan mereka terus aku melangkah masuk. Nampak saja kedudukan meja dia aku terus mendekat. Aku tarik kerusi dihadapannya. Wajahnya yang dingin aku pandang. Kau kena pujuk dia dulu Rose sebelum dia buat hal kat dalam restoran ni.

"Look Ming I'm really sorry. Saya tengah meeting tak dapat nak jawab call awak. Sorry ye. Kenapa tak makan lagi ni? Jom kita makan eh, saya pun lapar tadi lunch tak sempat nak makan." Ming masih memandangnya tanpa perasaan. Rose berkalih duduk disebelah lelaki itu pula.

"Saya betul betul minta maaf. Saya tak sengaja. Baca je mesej awak tadi terus saya lari keluar office. Janganlah marah saya Ming. Saya suap awak makan ye?" pujuk Rose sambil menggusap bahu lelaki itu. Sudu dah garfu digapainya. Diangkat sudu tersebut lalu ingin menyuap kedalam mulut lelaki itu. Nasib mereka duduk ditempat yang agak tersorok sikit.

Lambat lambat Ming membuka mulutnya. Hatinya sejuk sedikit melihat kesungguhan Rose memujuknya. "Wa tunggu lu dekat 1 jam lebih mau ajak makan. Lu pikir wa takde marah ka." Ming jeling Rose. Satu dengusan kecil dilepaskan lelaki itu.

"Sorry...."

"Ok wa tak marah dah tapi lain kali kasi ingat jangan silent lu punya phone. Haiyaaa, wa banyak penat tau ini hari. Mau makan sama lu, lu lagi buat perangai. Sudahlah suap wa lagi." kesian dia melihat Rose yang sudah tertunduk itu. Rose yang mendengar kata lelaki itu mula senyum. Disuap Ming biarpun perut dia sendiri lapar. Tetapi tidak disangka Ming turut mencapail sudu lain lalu menyuapi dia juga. Sungguh Rose terharu. Mana sayang dia tak jatuh untuk lelaki ini.

"Wa tau lu lapar. Kita makan sama sama. Lepas ni lu ikut sama wa. Wa ada deal dengan Jason." sambil berkata tangannya menyuap spaghetti ke mulutku.

"Dekat mana?"

"Zouk" ringkas jawapannya tapi cukup buat aku lemah. Aku cukup tak berkenan nak kesana.

"Kita masuk pintu belakang nanti terus tembus bilik dia ma.." jelas Ming apabila melihat perubahan diwajah wanita itu.

"Okey. Lepastu hantar saya balik ye?" yelah pagi tadi dia datang kerja dihantar oleh Cheng, orang suruhan merangkap kawan sehidup semati Ming.

"Apa pasal lu tak mau tido rumah wa?" dengus Ming

"Saya nak buat kerja sikit. Lagipun fail fail kerja ada kat rumah." Ming diam mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Serius saja muka dia menyuap aku makan.

Aku menutup telinga. Suara bingit dan manusia yang terkinja kinja menari membuatkan aku cemas. Walaupun sudah berkali-kali dia menjejakkan kaki kesini mengikuti Ming, dia tetap tidak selesa. Lagipun bukannya dia tak nampak pandangan liar lelaki lain menjamah tubuhnya yang ketika itu memakai dress bawah lutut. Tetapi apabila melihat aku memeluk lengan Ming erat mereka terus melarikan pandangan. Siapa tak kenal dengan Ming, gangster dan juga Ah Long terbesar di Kuala Lumpur. Asalnya Ming berasal dari Hong Kong. Dia datang ke Kuala Lumpur inipun sekadar atas urusan. Tapi sejak aku ada bersamanya dia mula menetap disini dan kadang kadang aku juga akan ditinggalkan agak lama apabila dia pulang ke Hong Kong.

Aku duduk disebelah Ming. Jason dihadapan senyum sinis. Kemudian mereka bercakap dalam Chinese. Satu patah haram aku tak faham. Lama jugalah mereka bercakap sehingga tersengguk mengantuk aku dibuatnya.

"Rose, lu manyak untung. Lu mistress Ming paling lama. Apa lu buat kasi dia sayang sama lu." Eeee sesedap mulut dia je kata aku mistress. Tapi itulah hakikatnya dia pada pandangan mata orang lain. Rose cukup tak berkenan nak dengar ayat itu. Tak boleh ke nak gelar dia dengan perkataan yang lain!

"I think you should ask him by yourself!" bidasku. Jelek sungguh aku dengan Jason ni. Tak padan dengan jari kelingking kanan kena potong tak serik serik lagi orang tua ni. Biar aku ceritakan puncanya. Jarinya dipotong oleh Ming sendiri kerana Jason bertindak merabaku semasa di tandas. Pada mulanya hampir nyawa nyawa ikan Jason dibelasah. Dia masih ingat kata kata Ming yang ingin memberi lelaki itu hadiah sebagai tanda untuk diperingati. Dia fikir apalah, rupanya Ming memotong jari kelingking Jason dengan playar. Oleh kerana masih sayangkan kerjasama antara mereka Ming membiarkan Jason hidup.

"Wa stop sampai sini saja. Nanti kalau barang sudah sampai roger sama wa." balas Ming tegas. Dia bangun diikuti aku. Pinggangku dipeluknya dan kami keluar dari bilik Jason.

Didalam kereta aku menongkat dagu merenung muka Ming. Jujur aku katakan yang aku tidak pernah jemu memandang wajah dia. Iye, kalau dulu adalah sedikit benci dekat dia tetapi tidak lagi sekarang. Terkadang aku tertanya sampai bila aku harus hidup begini dengannya. Tidak mahukah dia mengajak aku untuk berkahwin? Is, Rose! Tinggi sungguh angan-angan kau. Kau lupa ke kau siapa pada dia!

"Wa tau wa hensem ma. Jangan tengok lama lama ma bikin wa takde senang." bicaranya sambil menjelingku sekilas. Aku tersentak apabila ditegur olehnya. Itulah ralit sangat tenung muka dia.

"Asal pulak tak senang? Sampai hati Ming tak kasi saya tengok muka awak. Kalau macam tu nanti saya tak mau tengok dahlah. Saya tengok muka orang lain." Aku acah merajuk.

"Haiyaaa lu jangan aaa, wa haramkan lu tengok muka lelaki lain. Lu wa punya. Wa takde senang punya sebab muka lu comel sangat nanti wa takut wa bawak lu lari hotel bukan rumah lu." aku tergelak besar bila dia menggunakan perkataan haram itu. Sound funny.

"Ming ni kesitu pulak dia." aku mencubit pahanya. Ming gelak. Aku lentokkan kepala di bahunya. Ming mengucup kepalaku manakala tangan kirinya menggenggam tangan kananku. Bahagianya aku rasa tika ini.

"Ming bila lagi balik Hong Kong?"

"Lu halau wa?" aku gelak.

"Apa pulak halau tanya je. Lama Ming tak balikkan? Tournament taekwando dah tak masuk ke?" tanyaku. Selain urusan kerja Ming juga akan balik apabila ada tournament taekwando yang akan dianjurkan disana. Disana Ming ada satu pusat latihan taekwando. Aku pernah pergi sana tengok Ming lawan.

"Wa dah tak masuk. Wa kasi wa punya budak budak pulak amik alih wa punya position. Asyik wa saja menang." Ceyh dan lagi dia memuji diri sendiri.

Keretanya sudah berada dihadapan rumahku. Rumahku? Ini adalah rumah yang Ming sediakan untukku dengan sebiji kereta. Korang ingat aku ni layak ke nak pakai kereta Audi dan duduk rumah dua tingkat ni. Aku kerja pun makan gaji. Kerja aku hanya sebagai assistant manager disebuah syarikat. Aku rasa dalam tempoh lima tahun pun belum tentu aku mampu untuk membeli semua ini.

"Ok Ming thanks hantar saya. Bawa kereta elok elok. Jalan tu bukan mak bapak awak yang punya. Jangan laju sangat. Jumpa esok." sebelum keluar sempat aku memesan kepadanya. Bukan aku tidak tahu lelaki ini suka pandu laju lagak macam nak berlumba. Bila aku ada je dia bawa slow la skit.

"Jalan tu pun bukan mak bapak lu punya jugak." gelak Ming. Aku muncungkan bibir. Orang nasihatkan dia, dia main main pulak. Ming menyelitkan rambutku yang terjuntai dibelakang telinga. Lama kami merenung antara satu sama lain sebelum dia melepaskan satu kucupan keatas dahiku.

"Dah lu pegi masuk. Duduk diam dalam sana. Apa apa call wa. Gud nite." dia memegang kedua-dua belah pipiku.

"Gud nite too. Bye. Drive safely." sebelum keluar sempat ku cubit pipinya. Dia menunggu sehingga aku masuk ke dalam rumah baru keretanya meluncur pergi.

Share this novel

Amiciu Amiciu
2020-05-26 11:40:53 

bila nk sambung


NovelPlus Premium

The best ads free experience