"Fuck that shit! She didn't answer my calls!" Meja dihentak kuat menarik beberapa mata di sekeliling.
"Honey.. u ni cuba bawak bersabar. Mungkin dia memang ada hal. Nanti esok u ajak la dia keluar.. tak pun hari Isnin nanti u jumpa dia face to face. Okay?" lengan Lee dibelai tak berlapis oleh Lisa sambil memujuknya.
Dia perlukan lelaki itu berkawin dengan Aisyah supaya dia boleh menjayakan rancangan mereka. Lebih tepat lagi, untuk kepentingannya.
Lisa tahu walaupun Lee playboy, hanya dia yang melekat dengan lelaki itu hingga ke hari ini. Lisa yakin Lee mencintainya.
Hanya dia.
Malam itu mereka mula bersuka ria dan dihurungi persekitaran maksiat apabila Lisa mengheret Lee untuk menyertainya bersama rakan-rakannya yang lain ke sebuah parti.
Katanya untuk melepaskan stress. Lee hanya mengikut telunjuk gadis kesayangannya itu kerana dia juga sudah buntu jika Aisyah bukan mangsanya.
Lee yang separa mabuk duduk di bar dengan segelas bir separuh terisi. Dia geram. Geram dengan perangai Aisyah yang tiba-tiba begini.
Sepanjang hubungan palsu mereka, tak pernah lagi Aisyah tak mengangkat panggilannya mahupun tak mengendahkannya.
Semua layanan perempuan itu baik-baik belaka. Tapi...
'Arggh! Apahal la bila aku perlukan kau, kau buat bodo kat aku Aisyah! Kau jaga la.. aku akan pastikan kau merana!'
Lee meneguk separuh gelas besar itu sehingga habis sebelum dia hanyut sekali lagi ke dalam lautan manusia lalai yang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~
Aisyah bersyukur apabila menerima panggilan daripada Ros. Wanita itu mengatakan bahwa salah seorang rakan sewanya akan berpindah dan punya kekosongan di bilik itu.
Tanpa bertanya banyak, Aisyah menerima saja. Lagipun bayarannya berpatutan dan dekat dengan kemudahan awam yang ada.
Tak ada lah susah sangat jika Aisyah mahu ke mana-mana mahupun ke U. Bayaran pendahuluan adalah 300 ringgit dan bulan-bulan seterusnya hanyalah 200 ringgit saja.
'Tak mengapalah.. asalkan aku dapat cari tempat berteduh pun dah cukup beruntung.'
Pertemuan Sheng dengannya pula terputus begitu saja setelah lelaki itu menghantarnya pulang ke hotel kerana sudah lewat malam.
Dalam tak sedar mereka berbual mengenai hal peribadi agak rancak sehingga ke 1.20am. Mereka terpisah tanpa sesiapa mengambil nombor telefon masing-masing.
Aisyah juga baru teringat akan hal itu. Tapi buat apa mahukan nombor lelaki itu bukan? Kalau ada rezeki.. mesti akan bertemu juga. Tak mengapalah.
Aisyah tak ambil peduli sangat. Hari Ahad itu dia mengemas segala barangannya ke bilik baru dan pada belah petang pula Aisyah perlu mencari kerja part-time untuk menyara dirinya sendiri.
Tapi hampa. Tiada yang mampu disesuaikan dengan dirinya yang masih belajar. Sehingga ke lewat malam, tiada satu pun yang dijumpai.
Akhirnya Cik Zah, mak kepada Ros, pemilik rumah sewanya itu mula menawarkan kerja pada Aisyah apabila dimaklumkan Ros akan keadaan Aisyah pada maknya itu.
Aisyah di berikan kerja sebagai pembantu dapur dan membantu menguruskan catering bersama beberapa orang pekerjanya pada hari minggu di restorannya.
Jadi tak perlulah dia risau akan kelas mahupun apa-apa progran di U nya sepanjang hari minggu.
Isnin.
Aisyah menghantar mesej ke wsp Lee mengatakan bahwa dia telah berpindah dan lelaki itu tak perlu mengambil dan menghantarnya pulang lagi.
Lagipula hubungan mereka sudah lebih seminggu seperti yang dipersetujui Aisyah dan Lee. Lelaki itu tak membalas pesanan ringkas Aisyah, sebaliknya menghubungi Aisyah bagai nak rak.
Aisyah jadi malas mahu melayan perangai Lee yang kadang-kadang baik dan 'sedikit kurang baik' pada dirinya.
Dia mula membandingkan Lee dan Sheng tapi cepat dilupakan saja kerana tak baik menilai orang begitu.
Aisyah tahu.. mungkin Lee juga tertanya-tanya mengapa dia menghilangkan diri.
'Tak apa lah kalau begitu.. hari ini aku akan bertemu Abang Lee dan berterus terang padanya.'
'Tapi... dia risaukan aku ke?'
~~~~~~~~~~~~~~~~
Lee menunggu Aisyah di depan perkarangan U. Dia perlu laksanakan rancangannya secepat yang mungkin, tak boleh ditangguh-tangguh lagi.
Agak lama juga dia menunggu, akhirnya sekujur tubuh berbaju kurung moden longgar berbunga halus bewarna biru muda dipadankan dengan bawal biru gelap sepadan dilihatnya.
Tak menunggu lama langkah diaturkan pantas mendekati Aisyah. Lengan Aisyah ditariknya lembut.
Dia tak boleh berkasar dengan gadis itu.. dia perlu menjerat Aisyah dengan kata-kata manisnya agar wanita polos itu jatuh ke dalam perangkapnya. Wajib.
"We need to talk Aisyah.. Please.." Aisyah mengalihkan tangannya daripada disentuh dan hanya mengangguk saja.
Aisyah masuk ke dalam kereta mewah Lee. Mereka tak ke mana, hanya berbincang saja.
"Awak ke mana..? Abang risau tahu tak? Kenapa tak angkat call abang? Kenapa tak tinggal situ dah? Habis tu Aisyah tinggal mana sekarang?" Lee mula bertanya bertalu-talu, lembut. Wajahnya tampak amat risau pada pandangan Aisyah.
Aisyah mula rasa bersalah. Ya.. memang salahnya kerana tak memaklumkan apa-apapun pada lelaki itu.
'Aku dah buatkan abang Lee risaukan aku.. haish..'
"Saya minta maaf bang.. saya bukan sengaja tak nak angkat call abang.. tapi.." bibir digigit lagi. Perlu ke dia beritahu lelaki itu mengenai masalah keluarganya? Rasanya tak perlu.. lagipun Abang Lee orang luar.
"Aisyah.. hey.. look at me. Awak tahu awak boleh bagitahu abang kan.. Aisyah tak percayakan abang ye?" Entah apa yang merasuki lelaki itu tiba-tiba lemah-lembut semacam.
Aisyah jadi buntu tapi dia sukakan perubahan lelaki itu. Dia rasa....
disayangi.
Setelah dipujuk rayu dengan kata-kata manis Lee yang tak berkesudahan, akhirnya Aisyah berterus terang.
Diceritakan segala masalah yang dihadapinya, dia perlu mencari kerja.. rumah sewa dan berdepan dengan tuduhan keluarganya.
Tanpa sedar matanya mula berkaca apabila menceritakan kisah sedih dirinya. Bukan calang-calang orang yang mampu membuatkan dia bercerita.
Sedangkan Sheng sekalipun. Dia hanya bercerita pada lelaki itu bahwa dia dihalau dan tidak punya tempat tinggal saja. Sebabnya? Tak diberitahu dan lelaki itu juga langsung tak bertanya padanya.
Tak mahu menganggu urusan peribadi Aisyah barangkali.
Tapi dengan Lee, dia seperti rapat dengan lelaki itu. Tambahan pula sikap prihatin dan ambil berat Lee amat menyentuh perasaan Aisyah selain Ros dan Sofia.
"Aisyah.. awak dengar cakap abang elok-elok.. Abang tahu semua ni terlalu awal dan mengejut buat Aisyah tapi.." Lee mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
Sebuah kotak hitam dikeluarkan dari koceknya. Aisyah terpampam sebentar.
'Kejap.. apa semua ni? Kenapa macam..'
"Abang dah sedar.. selama ni awak la perempuan yang abang tertunggu-tunggu. I love you Aisyah. Truly loving you." Lee bertutur penuh romantik dan lemah lembut. Terus masuk tersusuk ke hati Aisyah.
Aduh..
"Jadi.. sudikah Aisyah terima abang sebagai suami Aisyah? Abang janji abang akan bahagiakan Aisyah.. abang tak akan benarkan Aisyah seorang diri lagi. Kita akan sentiasa bersama, walaupun saat duka dan suka. I promise you Aisyah."
Dia mula menyemai janji manisnya, mengharapkan penerimaan Aisyah. Gadis itu diam tak berkutik. Terkejut.
Aisyah buntu. 'Abang Lee melamar aku... dia cintakan aku...'
Walaupun Lee berkata begitu namun hati Aisyah masih was-was. Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya.
"Tapi.. kenapa tiba-tiba? Bukan abang kata hubungan kita selama seminggu je? Kenapa abang nak berkawin dengan saya pula?" Aisyah bertanya lagi soalan yang sama. Sungguh dia terlalu binggung, tak tahu apa yang patut dia lakukan.
"How many times do I have to tell you? Abang dah jatuh cinta dengan awak.. because of that I want to marry you. Lagipun kehidupan awak sekarang sukar bukan?. Abang tak nak apa-apa jadi pada awak.. Please.. terima abang."
Lee sudah terdesak gila sekarang. Dia mahukan zuriat secepat yang mungkin. Bukan nafsu lelaki atau keluarga semata..tapi harta.
Harta yang buatkan dia tak berfikir tentang nasib orang lain, yang Lee tahu hasratnya perlu tercapai. Tekad. Dan Aisyahlah mangsanya.
Kalau wanita itu menolaknya, dia akan pastikan juga wanita itu jadi miliknya. Tiada yang lain. Hanya Aisyah.
Perempuan naif dan dungu pada pandangannya.
"Saya masih belajar bang... Saya masih terlalu muda untuk perkawinan." Aisyah menunduk. Tak berani menatap wajah penuh pengharapan lelaki itu.
Lee diam sebentar. Dia merengus kasar. Aisyah terkejut dengan reaksi Lee hanya mendiamkan diri, dia tak boleh lakukan keputusan terburu-buru.
Lama mereka mendiamkan diri. Aisyah dalam fikirannya dan Lee pula sedang menahan marah.
Kalau diikutkan hatinya mahu saja ditampar-tampat wajah bangang perempuan lembap di sebelahnya ini.
'Nak fikir apa lagi bodoh!!? Terima jela sial punya betina!!' hati Lee mula menjerit. Dia tak sabar, bila-bila masa saja amarahnya akan terbias.
Dia perlu melakukan sesuatu dengan kebisuan Aisyah.
"Syah...jawab jujur dengan abang.." Aisyah kembali menatap wajah Lee yang sudah memerah.
"Awak tak cintakan abang ke?" soalnya tegas. Aisyah terpaku lagi. Mata dilarikan.
'Benarkah kau cintakan dia? Apa je yang kau tahu tentang cinta Aisyah?'
Dia mula bersoal jawab dalam dirinya. Tak lama selepas itu, wajah Lee di sebelah dikerling sekali.
"Saya.. berikan saya masa. Bolehkan abang?" Aisyah meminta sopan. Selembut mungkin.
Dia tak mahu Lee akan memarahinya. Soal hati dan perasaan ini bukan bende yang boleh di bawa main. Jika tersalah, pasti ada yang terluka. Dan dia tak mahu Lee terluka disebabkannya.
Lee akhirnya mengalah. Bila ego bertemu polos, dia perlu mengalah sebelum wajah Aisyah menjadi tempat persinggahan tangan kakinya yang sudah bergetar hebat.
Dia mengangguk perlahan sebelum memandang Aisyah dalam. Penuh perasaan. Bukan kasih dan sayang... tapi kebencian dan penuh kegeraman.
"Abang akan berikan awak masa. Take your time. Tapi..jangan lama-lama ye. I can't wait." dia tersenyum nipis.
Terasa berat otot pipinya mahu senyum pada gadis kampung kolot itu. Langsung tak layak pun memandangnya apatah lagi berkawin dengannya. Tak akan!
Tapi keadaan yang memaksa. Dia hanya merelakan saja.
Aisyah turut membals dengan anggukan kecil,
"Baiklah bang. Saya janji. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Aisyah meminta diri sopan. Dihadiahkan sebuah senyuman pada Lee sebelum dia melangkah keluar.
Tutup saja pintu di belah penumpang itu, Lee terus memukul sterengnya kuat beberapa kali. Melepaskan geram.
"Fuck! Fuck! Fuck! Memang lahanat punya betina! Terima jela! Urghh!!!" dia mula menggila seorang diri di dalam kereta.
Lee tak dapat berfikir lagi bagaimana mahu menjayakan rancangannya untuk memperisterikan Aisyah. Yang dia pasti...
Rancangannya bersama Lisa perlu berjaya.
"You just wait for your fate Aisyah. I'll make sure you'll be mine.." Lee mula tersenyum nipis sebelum sebaris nombor di telefon pintarnya didail.
"And we'll start this fake love together then." sambungnya lagi. Senyumannya penuh kejahatan dan rancangan kotornya bersama si kekasih.
"Hello. Kau kat mana? Aku nak bagi kau satu assign malam ni..."
"Not a hard job.. just.. I want you to pretend that you want to rape someone tonight. I'll give her address, do your work properly.. and I'll pay you."
Dia mengangguk perlahan dan berbalas soalan dan jawapan sebentar sebelum panggilan di matikan.
"Kau akan terima aku Aisyah... sebab kau tak ada pilihan lain."
"Hope she'll enjoy this fake love. Hahaha." Lee mula memandu keluar dari perkarangan U. Hilang mood nya untuk menghadiri kelas hari ini.
Share this novel