lima

Romance Series 18403

"Korang nampak sepadan do... macam pasangan sebenar." Remi menepuk bahu Lee beberapa kali diiringi gelak ketawa.

Rakan-rakan Lee tak habis-habis menganjingnya yang playboy bersama Aisyah si gadis polos itu.

"Fuck off sial." mendengarkan kata carutan Lee ketawa mereka makin kuat.

Bukan mereka tak tahu 'standard' Lee jatuh apabila digandingkan dengan gadis kampung itu tambahan lagi peristiwa pagi tadi tak sangka pula akan menjadi buah mulut orang di U.

Lee hanya berwajah ketat, dalam hatinya tak habis-habis memaki serapah diri kerana menjatuhkan maruah sebab menerima challenge rakan-rakannya.

"Aku tak kira.. aku akan buat minah lembap tu merana sebelum aku lepaskan dia nanti. Biar padan muke dia." Disebabkan kata-kata orang, dia menyimpan amarah pada Aisyah pula.

Dia akan gunakan sikap polos dan naif Aisyah untuk hancurkan diri perempuan itu sendiri. Pasti.

"Kau nak buat apa dengan dia? Kau jangan macam-macam..budak baik tu." Afiq menegur apabila mendengarkan kata-kata Lee seperti agak bengang.

"Peduli apa aku.. aku akan pastikan dia jatuh cinta dengan aku sangat-sangat. Sampai dia tak boleh hidup tanpa aku.. then lepas dah pasti dia betul-betul fallen for me, aku akan tinggalkan dia. Just like that. Biar dia terkontang-kanting and sakit hati.. baru puas hati aku." ujar Lee makin tenang.

Dia akan pastikan perempuan itu terima padahnya walaupun bukanlah salah Aisyah. Salahnya adalah satu kerana menjadi mangsa permainan mereka, itu salahnya.

Tengah ralit mereka berbual, Lee teringat akan bekal makanan yang diberikan Aisyah tadi. Bekal dibawa keluar dari beg sandangnya.

Zip beg dibuka sebelum sebuah bekas merah dibawa keluar, penutup dibuka. Matanya tertancap pada 6biji mufin pizza bersaiz comel di dalamnya.

'Bekal makanan pun comel. Parah minah ni.'

"Hoi.. makanan apa tu? Macam sedap je.. mintak sikit." tanpa menunggu balasan Lee, mereka sekawan mengambil seorang sebiji mufin dan makan dengan seleranya.

Lee tak mahu makan, baginya itu bagai menjatuhkan martabatnya memakan makanan hasil tangan perempuan kampung macam tu. Not My Taste!

"Emmmm... sedapnya we. Sape buat ni?" Haziq mula memuji dengan mulutnya yang masih mengunyah.

Lee buat tak dengar sambil melihat phone nya.

"We we.. tengok ni" Remi menggigit lagi mufin sebelum ditarik. Marzorella cheese di dalamnya memanjang mengujakan mereka bagaikan anak kecil.

Lee meneguk air liur. Sedap sangat ke?

Mufin di dalam bekas dipandang, 'tak salah kot aku rase sikit..'

Tak menunggu lama, sebiji mufin diambil dan digigit. Dikunyah biasa. Agak lama sebelum..

Sedap.

Digigit lagi mufin lebih banyak. Mulutnya bagaikan ketagih dengan makanan itu, sedap sangat....

Sebiji mufin yang masih bersisa di dalam bekal makanan menjadi rebutan mereka sekawan tapi... sudah semestinya Lee yang akan menang selaku tuan bekal.

"Kau ni... kedekut la. Lain kali bawak a lagi.. Banyak sikit. Sedap do." Alfian berkata lagi.

"Sebenarnya... ni.. pompuan kampung tu yang buat." Lee bertutur biasa sebelum meneguk air mineralnya.

"Serius la? Wow... kalau macam tu boleh la suruh dia buat selalu. Boleh makan sedap free hari-hari." Remi menambah di setujui rakan-rakannya yang lain tapi tidak Lee.

"Kau nak aku suruh dia masakkan untuk aku? Tak nak la.. entah-entah amende budak tu letak dalam tu, ubat pengasih ke.. guna-guna ke.. naya aku." Lee mula bersangka buruk.

"Ala... tapi.." Baru Haziq hendak membodek,

"Takde tapi tapi.. fullstop!" tegas suara Lee kedengaran. Haziq mula mengalah dan mengeluh perlahan.

"Hahaha.. takpe la kalau macam tu. Kau Lee, lepas dah putus dengan dia nanti.. aku nak Aisyah tu tau.." Afiq menambah membuatkan semua mata terarah padanya.

Entah mengapa hati Lee tak tenang mendengarkan kata-kata Afiq tapi egonya masih meninggi.

"Ambil la kau.. lagipun dia bukan jenis yang aku suke." balas Lee selamba. Cuba kekal dengan riak biasa.

"Wuw.. tak sangka kau suka Aisyah tu Fiq." Alfian menyiku lengan Afiq, mengusiknya.

"Aku bukan apa.. daripada perempuan-perempuan yang kita selalu berdamping tu, aku tak rasa pun mereka sesuai untuk hubungan jangka masa panjang.. kau faham en?" Afiq tersenyum penuh makna.

"Maksud kau... kau nak kan hubungan sampai ke jinjang pelamin la ni? Wow.. Good luck bro." Haziq pula menyampuk teruja.

Mendapatkan anggukan penuh yakin dari Afiq membuatkan Lee tak senang, mood nya tak baik.

"Kenapa... kenapa mesti dia? Kenapa kau nak si lembap tu pulak?" Lee bertanya dengan kening berkerut.

"Sebab.... kau sendiri pun tahu kan sebabnya. Dia sesuai sangat nak dibuat bini. Baik.. pandai memasak.. sopan.. lemah-lembut.. Apa je yang kurang tentang dia?" Afiq bertutur tenang. Dia yakin Aisyah akan menjadi suri rumah yang baik buatnya. Yakin.

"Lantak kau la Fiq.. Aku kene bla dulu. Nanti lambat pulak. Jom Pian.." Lee bangun dari duduknya selepas mengemas barang-barang, Alfian di sebelah dicuit sedikit mengikutinya.

Mereka pun beredar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lunch.

Aisyah melepak di sebuah meja kayu bersama Sofia dan Ros sambil berborak rancak. Aisyah lupa yang dia perlu keluar makan tengahari bersama Lee.

Tiba-tiba phone nya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

"Sape call awak?" Ros bertanya sambil menguyah jajan.

"Abang Lee." Jawab Aisyah sepatah sebelum menjawab.

"Assalamualaikum abang." salam diberikan Aisyah lembut.

"Kau kat mane ha? Aku dah tunggu lama tau. Datang sini sekarang! Aku tunggu dekat kereta, 3 minit lagi tak sampai.. nahas kau!" Lee mula memarahinya.

Panggilan diputuskan.

Aisyah kabut. Macam manalah dia boleh terlupa? Aduh...

"Sofia.. Ros.. saya kene pergi dulu. Abang Lee dah tunggu tu." dengan kabut, barang-barangnya dikemas.

"Okay.. kalau dia buat apa-apa kat awak.. bagitau kami tau." Sofia membalas disertai anggukan Ros. Mereka berlambaian.

Aisyah rushing ke kereta Lee. Setiba saja dia di situ, Lee mengunci pintu. Hanya tingkap dibuka separuh.

Aisyah hanya mampu meminta maaf kerana terlupa sedang Lee tak habis-habis memarahinya.. Aisyah hanya membiarkan, lagipula memang salahnya.

Setelah puas memarahi Aisyah, perempuan itu masuk. Aisyah cuba menceriakan kembali suasana dengan berbual tapi disambut dingin Lee. Masih marah barangkali.

Di restoran, sengaja Lee memesan makanan yang mahal dan meminta Aisyah yang membayarnya sebagai tanda minta maaf, baru dia akan memaafkan.

Aisyah terpaksa akur walaupun untuk makan berdua saja harga makanan hampir mencecah seratus ringgit. Tapi dia rela... demi sebuah kemaafan, dia sanggup.

Kemudian, Lee terus kembali kepada mode romantiknya. Dia mula berubah ramah dan 'sweet talker' seperti pagi tadi yang mana sekali lagi membuatkan Aisyah berasa....

Istimewa.

Mereka pulang ke U dan Lee seperti biasa membukakan pintu untuk Aisyah sebelum mereka masuk ke dalam U bersama-sama untuk ke kelas masing-masing.

Perjalanan yang sama, tapi dua insan yang berbeza. Aisyah dengan perasaan teruja dan gembiranya manakala Lee dengan perasaan menyampah dan geli nya pada gadis lembap itu.

Aisyah tak habis-habis memuja kebaikan lelaki itu manakala Lee sebaliknya. Pada waktu pulang pula, Lee sengaja mahu melihat tingkah Aisyah.

Dia sengaja meninggalkan Aisyah di pertengahan jalan dengan alasan terlupa bahwa dia perlu pulang awal kerana ada urusan keluarga. Wajah risau dipamerkan. Berlakon.

Aisyah hanya mengangguk polos dan menenangkan Lee sebelum keluar dari kereta dengan senyuman nipis. Selepas Aisyah keluar saja, pesanan diberikan Lee. Acah-acah caring.

Aisyah seperti biasa.. tak pernah menyalahkan orang lain. Akhirnya dia pulang sendirian, di tempat yang dia tak kenali jalannya.

Aisyah membuka waze dan mencari jalan pulang sendiri memandangkan Lee menggunakan jalan lain untuk menghantarnya.

Dia tiba di rumah agak lewat. Setelah menguruskan diri semua... barulah Aisyah memulakan semula kerjanya di rumah sebagai orang gaji.

Di rumah pula Didie sengaja menyusahkan Aisyah tapi wanita itu masih mengikut telunjuknya. Polos seperti selalu. Terlalu baik untuk berkata tidak selagi dia mampu melakukannya.

Ada sekali dia menyuruh Aisyah membuatkannya minuman, kemudian sengaja dia buat-buat air itu tak sedap dan menuangnya ke karpet tebal di kaki. Katanya sebagai pengajaran pada Aisyah agar tak mengulanginya. Disuruh gadis itu mengemas semuanya.

Pada malam hari sebelum Aisyah tidur, telefonnya dibelek dan ada beberapa message daripada nombor Lee.

Senyumannya mula terukir angau, dia membalas berhati-hati. Mereka bergurau dan berbual agak rancak melalui WhatsApp tanpa sedar sudah sejam masa berlalu.

Menyedari keterlanjuran mereka, Aisyah menamatkan perbualan dan Lee pun hanya setuju.

Malam itu Aisyah tidur sambil teringat akan Lee sepanjang hari ini.

Lee pula termenung ke siling seorang diri di kondo mewahnya. Terfikir juga mengapa perangainya begitu.

'Lebih sejam aku chat dengan dia.. biar betul kau ni Lee..' Lee menggeleng perlahan.

Perbualam mereka dibaca sendiri beberapa kali sambil tersenyum sesekali. Dia tak pernah lagi meluangkan masa sebegitu lama di ruangan chat WhatsApp itu lebih dari sepuluh minit kalau tentang gadis.

Tapi Aisyah...... lain.

Dia berasa selesa dengan gadis itu. Dia dapat berjenaka dan bergurau tanpa perlu berfikir apa pandangan Aisyah padanya. Dia dapat menjadi dirinya sendiri.

'Ahhh sudahla.. bukannya aku ada hati dekat dia pun. Aku cuma nak bagi dia rapat dengan aku je.. Nanti kalau aku tinggalkan dia barula dia menyesal gile.'

Dia terangguk-angguk sendirian sebelum mula hendak tidur.

Malam itu, perkara terakhir di mindanya adalah seraut wajah gembira Aisyah yang memandang ke arahnya manis.

Naif selalu.

Dia tertidur juga akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience