"Let me introduce to you sayang.. this is Yana, Jija and Gin. Guys, this is my wife.. Aisyah, treat her nicely okay."
Zack memperkenalkan dua orang wanita dan seorang lelaki kepadanya. Kedua wanita dalam lingkungan akhir 20an itu menunuduk hormat dengan senyuman nipis. Si lelaki hanya berdiri tegak tanpa perasaan memandang ke arahnya.
"Sayang.. they'll take care of you when I'm working in KL hmm? Abang akan pulang dalam.. hmm.. dua hari perhaps, tak pun lebih awal."
Ada 'kerja' yang perlu dia selesaikan.
Jam pintar di tangannya ditilik seketika sebelum kembali memandang Aisyah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Ouh dear.. come here." melihatkan riak wajah kendur Aisyah, Zack sukakannya.
Fikir lelaki itu, si isteri tak mahu berjauhan dengannya membuatkan hati lelakinya girang.
Aisyah yang hanya memakai sehelai baju putih tanpa lengan dan hanya separas atas lutut di tariknya ke dalam pelukan.
Aisyah rasakan dia bagaikan patung saja. Segalanya tak boleh dilakukan semenjak perangai psiko suaminya kelihatan.
Segala pakaian Aisyah yang tak disukai lelaki itu terus dibuang dan dibakarnya. Dan dibelinya pakaian serupa tak cukup kain saja kepadanya.
Sudah hampir seminggu dia berpindah ke rumah tersebut dan masih banyak yang belum diketahui.
Rumah itu pun tak habis dia terokai kerana Zack mahu dia ada bersama lelaki itu 24 jam.
Sesak!
"Jangan cuba lari okay? Sebab..." bisiknya perlahan.
Bibir Aisyah diragut lembut agak lama apabila wanita itu juga langsung tak menolak, pautan mereka dileraikan sebelum Zack menyambung.
"..you're mine. Kalau sayang lari jugak, abang akan cari sayang sampai jumpa. Don't even you think to leave me Aisyah."
Tersenyum manis lelaki itu padanya menggusarkan Aisyah. Sememangnya itulah rencana Aisyah semenjak dari semalam apabila Zack memaklumkan padanya bahwa lelaki itu perlu ke KL atas beberapa urusan.
Dan kini, harapan dan semangatnya hilang bagai dibawa angin berlalu apabila Zack bagai dapat membau rancangannya.
Liur ditelan kesat. Kepala diangguk perlahan mengiakan arahan Zack.
"Good wife." sekali lagi bibir Aisyah diragut lembut sebelum melabuhkan kucupannya pada kedua pipi dan dahi wanitanya itu.
"Bye baby." Susuk tubuh itu beransur hilang dari pandangannya apabila Zack berjalan ke luar. Masuk ke dalam keretanya.
Aisyah mengeluh berat sebelum sedar, kini ada orang lain yang akan bersamanya.
"Saya ke bilik dulu." Aisyah tayangkan senyum nipis pada mereka sambil melangkah ke anak tangga.
Kekok apabila pembantu bertiga itu hanya memandangnya dingin.
"Nampaknya tuan memang tak nak pada kau orang berdua lah." Gin berkata perlahan sambil tersenyum penuh sinis pada dua orang rakan sekerjanya itu.
"Ish!! Asal aku tak tahu langsung tuan Zack dah kawin?! Benci betullah!" Yana membentak bengang.
Gadis polos dan kelihatan kekampungan itu menjadi pilihan tuan Zack? Sangat tak masuk dek akal!
"Sebab kita ni bukan sesiapalah Yana oii. Sedarlah diri tu sikit." Jija bertutur pula.
Dia sudah tawar hati dengan lelaki idamannya itu apabila mendengar sendiri daripada mulut Zack bahwa Aisyah adalah isterinya.
"Sudahla. Jom siapkan apa yang patut. Nanti nak kene masak lunch pulak untuk puan baru tu." Jija menamatkan bualan.
Mereka mula melakukan tugas-tugas mengikut folio masing-masing. Aisyah pula berasa sedikit bebas tanpa adanya Zack yang akan mengarah dan mengawalnya.
Kaki dibawa ke seluruh pelosok rumah tersebut seorang diri. Sekeliling diperhati jakun, kagum dengan binaan kayu bermutu itu. Penuh dengan barangan antik dan mewah, menggamit pandangannya.
Sehinggalah Aisyah ke hujung koridor di tingkat dua itu, pintu kaca bergentian di hujung membolehkan dia melihat pemandangan ke luar.
Selepas menghendap sekeliling, Aisyah membuka perlahan-lahan agar tidak menghasilkan bunyi sliding door itu.
Kakinya menapak ke luar.
"Wahhh.. cantiknya." kagum dia tanpa sedar apabila buat pertama kalinya, bahagian belakang rumah Zack dapat dia lihat keindahannya.
Dinding balkoni itu dihampirinya dan menonggeng, ingin melihat ke bawah. Cantik!
Di bawah sana bagaikan punya sebuah taman rekreasi persendirian dengan kolam jernih bersama ikan-ikan, tanaman hijau, juga terdapat bunga-bungaan tempatan di situ. Mengagumkan!
Dalam tak sedar, dirinya diperhatikan Gin kusyuk. Terfikir juga lelaki itu akan Aisyah. Bagaimana Zack boleh mengambil wanita sepolos Aisyah untuk dijadikan isteri?
Dia mula mengingati kata-kata Zack semalam, amanah diberikan padanya agar menjaga Aisyah sepanjang ketiadaan lelaki selama dua hari ke KL.
"Jangan benarkan dia keluar dari rumah. Jangan sesekali buat dia menangis. Jangan benarkan dia buat apapun dalam rumah ni. Layankan semua yang dia nak tapi, jangan melampaui batas." Zack bertutur dingin padanya dan juga Jija serta Yana di sebelah.
"Kalau aku tahu kau langgar arahan aku, kau tahu akibatnya." Zack menoleh memandang ke arah mereka kosong.
Lelaki itu bisa memudaratkan mereka jika dia mahu. Salah mereka bertiga kerana terjebak dengan Zack.
Fikir diri hanya mahukan pekerjaan, dan kerja sebagai pembantu peribadi mahupun pembantu rumah dengan gaji lumayan amatlah senang.
Tetapi ianya tidaklah semudah yang mereka jangkakan. Sekali mereka melangkah masuk ke kediaman itu, tiada lagi harapan untuk lepaskan diri daripada Zack.
Jika mahu berhenti atau melarikan diri, memang tak akan ada harapan tanpa memperoleh kebenaran lelaki itu.
"Cik puan?" panggilnya pada Aisyah yang leka memandang ke bawah.
Akibat terkejut, wanita itu tersentak dan bagaikan mahu jatuh ke bawah. Gin pantas saja menyambar tubuh langsing itu ke atas.
Pakaian seksa di tubuh Aisyah tersingkap habis, dipegang Gin dalam dakapan.
Haruman si gadis menggetarkan dirinya. Pandangan indah dalam pelukannya kini amat mengiurkan. Oh my..
Aisyah mula meronta kecil apabila Gin tak terlihat seperti mahu melepaskannya.
"Lepaskan.." perlahan saja suaranya memberontak.
Pantas saja dileraikan pelukan tadi. Tubuh di bawa menjauh beberapa ke belakang.
"Apa yang cik puan buat di luar ni?" soal Gin pula, menghilangkan kecanggungan.
"Sa-saya cuma nak tengok taman bawah ni. Boleh saya pergi lihat?" soalnya takut-takut.
Sudah lama dia tidak keluar dari sumah itu, sesak!
Agak lama Gin memandangnya tanpa riak bagai memikirkan sesuatu sebelum mengangguk membenarkan.
"Boleh. Marilah.. saya bawakan." mendengarkan jawapan Gin, wajah Aisyah terus berubah ceria. Suka!
Semenjak sampai ke rumah Zack itu, dia tidak pernah lagi melihat dunia luar, hanya terkurung di dalam rumah besar itu atau lebih tepat lagi.. bilik Zack.
"Jom!" teruja saja suara itu membalas. Melihat Gin yang mula berjalan ke tangga, Aisyah berlari anak menyaingi.
"Gin, saya nak jalan-jalan keliling rumah jugak boleh tak?" soalnya lagi. Teruja.
"Boleh.. tapi." tuturnya terhenti.
"Tapi apa?" soal si naif pula.
"Nothing. Forget it." balasnya laju.
Gin punya rancangannya sendiri. Sementara Yana dan Jija melakukan tugas masing-masing di rumah besar itu, biarlah dia merapatkan diri dengan Aisyah iaitu Cik Puan nya.
Mengapa? Dia mahu gunakan Aisyah sebagai medium agar dia boleh bebas daripada Zack. Dia akan tawan hati wanita itu nanti.
Masakan Zack hanya membawa pulang perempuan simpanan tetapi berstatus isteri. Itu bukan perangai lelaki itu.
Mesti ada sesuatu yang istimewa dan menarik yang membuatkan Zack jatuh sayang pada wanita ini.
Setibanya mereka di bawah, dibawa Aisyah ke bahagian taman di belakang. Mereka melalui suatu pejalan kaki berasaskan batu-batuan bewarna kelabu hingga ke taman rekreasi di belakang.
Si gadis yang sudah teruja dengan sekelilingnya, mula meliarkan sepasang kakinya ke taman tersebut sambil diperhati si pembantu peribadinya.
Gin memerhati saja tingkah laku si gadis polos sedikit jauh. Timbul persoalan dalam benak fikirannya.
'Mengapa Zack simpan gadis ini? Sudah jatuh cintakah dia? Si gila tu jatuh cinta?'
Share this novel