Dato Borhan sengaja pulang awal hari ini dengan niat mahu berehat saja di rumah pada petang itu.
Dtn Yana pula katanya perlu menghadiri perjumpaan persatuannya dan anaknya pula ada kelas hingga ke lewat petang.
Pintu pagar automatik itu terbuka dan kereta merc-benz nya mula memasuki perkarangan rumah.
Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan pintu utama.
"Terima kasih ye Man. Pergilah rehat dulu, kalau ada apa-apa saya akan call kamu." Dato Borhan menegur Pak Man sebelum keluar dari kereta sambil menjinjit beg kerjanya.
"Baiklah Dato.." Pak Man pula membalas.
Dato Borhan sengaja tak mahu membunyikan bell rumah dan hanya membuka menggunakan kad access nya saja kerana dia tahu tiada sesiapa di rumah dan tak mahu menganggu Mak Jah.
"Assalamuakaikum." salam diberikan perlahan sebelum pintu ditutup cermat.
Sewaktu dia melewati ruang tamu, hatinya terdetik.
'Siapa yang makan tak berkemas ni? Dengan tv dibiarkan terbukak..'
Dato Borhan memandang sekeliling, 'Tak kan Cik Jah macam ni?'
Dia kenal benar pembantu rumahnya itu, seorang yang amat cermat dan pengemas orangnya. Tapi ini kerja siapa pula?
Sedang dia memerhati, telinga mendengar suara ketawa ilai seseorang dari luar rumah. Kaki dilangkahkan sliding door bersebelahan ruang tamu.
Dato Borhan membukanya perlahan sebelum matanya tertancap pada sekujur tubuh anaknya yang enak berbaring di kerusi rehat berdekatan kolam.
'Bukankah hari ni sepatutnya Didie ada kelas? Kenapa Didie di sini pula? Aku perlu cari tahu apa sebenarnya yang berlaku.'
Dato Borhan perlahan-lahan mendekati belakang Didie dan bersandar pada dinding rumah. Mendengar dan memerhati setiap tindak-tanduknya.
"I off day la hari ni.. penat tau tak nak kena hadap lecturer bangang macam tu. Huh! Buang masa I je." dia berbual dan sesekali mengias kukunya yang diwarnakan merah dan agak panjang itu.
"Nope. I tak takut pun because my parents tak de dekat rumah.. dorang busy sangat. Lantak lah" Kening Dato Borhan terangkat sedikit sebelum dia mengangguk dan menunggu bicara seterusnya dari Didie.
"Buat apa nak fikir pasal budak tu.. Serabutkan kepale otak I jela.. Lagipun dia dah bla about two weeks ago? And I don't care where is she. Entah-entah dah jadi pelacur kat lorong kan? Hahaha.."
Mendengarkan kata-kata anak sulungnya itu, Dato Borhan beristighfar di dalam hatinya.
Satu demi satu perkara difikirkannya, mengapa anaknya jadi begini? Salah diakah?
Mengapa Didie tak punya akhlak baik seperti Aisyah sedangkan dia dan isteri tak pernah membezakan dua orang gadis itu..
"Ahh! Peduli apa I! Baru I puas bila perempuan bodoh tu berambus dari rumah I. Padan la muka dia nak bunuh sangat I kan.. sekarang? Biar dia mati sendiri kat luar tu."
"Hahaha.. u tak perlu risau la Susan. Mama papa I tak akan tahu tentang hal tu. I dah pastikan mereka attack die dulu sebelum dia sempat bukak mulut."
"I memang sengaja tolak dia dalam kolam tu, tak sangka pulak minah sial tu tarik I sekali. Nasib baik I hidup tau.. memang tak guna betul."
Dato Borhan tercengang sebentar. Tak disangka anaknya akan berbuat sebegitu. Kemarahannya mula meluap, disebabkan Didie, Dtn Yana menghalau Aisyah atas tuduhan Aisyah menolaknya ke dalam kolam dengan sengaja.
Entah di mana anak gadis itu sekarang. Hidupkah.. makankah.. belajar lagi kah.. semuanya dia tak tahu menahu.
Dia sayangkan Aisyah sepertimana dia menyayangi Didie, tapi kini kepercayaannya luntur sama sekali apabila mendengarkan sendiri dari mulut anaknya.
Dato Borhan menghampiri Didie yang masih rancak berbual dengan seseorang bernama Susan itu.
Sekelip mata, handphone di tangan Didie dirampas laju. Didie mencarut dan mula memalingkan tubuhnya terpaku sebentar.
"Pap.. papa." tergagap-gagap suaranya bertutur. Tak disangka papanya akan pulang seawal ini. Selalunya maghrib baru lelaki itu pulang.
"Dasar anak tak guna!!" sekali tampar saja, Didie terduduk di lantai mozek bersebelahan kolam itu. Pipinya berpijar menerima tamparan kuat si bapa.
Telefon Didie dihempaskan kuat ke lantai betul-betul bersebelahan Didie. Terhinjut sedikit tubuh itu.
Kepala didongakkan memandang Dato Borhan yang sudah menyinga wajahnya. Tak jauh dari situ kelihatan Mak Jah terkoncoh-koncoh tiba di belakang papanya, terkejut barangkali.
"Kamu tahu tak apa kamu dah buat sekarang ni?! Kamu tahu tak?!" dijerkahnya si anak tak sedar dek untung itu.
Didie meneguk liur, kali ini papanya betul-betul berang. Selalunya hanya mama saja yang marah-marah, tapi bukan papa. Tapi kali ini...
"Die nak bagi Aisyah lemas dengan tolak dia... lepas tu Die tuduh Aisyah pulak yang cuba bunuh Didie?! Setan mana dalam badan Die ni sampai jadi macam ni?!" marah Dato Borhan.
"Sekarang ni Aisyah dah keluar, dah kene halau dengan mama, puas hati Die kan? Takpe.. Die tunggu." Telinga Dato Borhan jelas kemerahan menahan marah.
Kalau diikutkan hatinya mahu saja dipukul-pukul anaknya itu, besar saja tapi otak pun tak ada. Lagi buruk dari bintang, bunuh keluarga sendiri.
Telefon pintarnya dikeluarkan mendail nombor seseorang,
"Hello mama.. balik sekarang. Saya nak jumpa." tutur Dato Borhan tegas sambil memandang anak gadisnya yang masih duduk menangis di lantai.
"Awak balik SE.KA.RANG!" keras suara Dato Borhan bertutur sebelum panggilan terus di matikan.
Dia kembali menatap Didie, tajam. Begitu juga Didie.
"Pa.. Die.. Die minta maaf.. Die tak, Die tak berniat pun.. pa!" Apabila dia cuba menerangkan, Dato Borhan lebih pantas mengatur langkahnya ke dalam rumah kembali.
Meninggalkan Didie terkulai di situ, menangis sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pn Helena mengeluh perlahan, dapat dia rasakan tekanan orang sekeliling padanya untuk peroleh jawapan.
Akhirnya..
"Ren.. kamu tak boleh sesuka hati nak buat keputusan begitu. Lagipun Lin yang bawa Aisyah datang ke sini. Bukan kamu." Kata-kata Pn Helena menyebelahi Lee.
"Entah Ren ni memandai je nak ambil bakal menantu Hana. Tak akan la tak laku sangat sampai pengantin pun nak ambil Lin punya." Pedas dan sinis sekali kata-kata Pn Hana sambil menjeling tajam Sheng dari hujung mata.
"Why not? Lagipun Ren pasti mak.. Lin tada cinta sama itu perempuan. Dia cuma mahu main-main Aisyah punya perasaan saja. Ren tahu la." Sheng turut memulangkan buah keras kepada Pn Sr Hana.
Pn Sr Hana dan Lee mula cuak, 'Mana tak guna ni tahu rancangan kami?'
"Kamu berdua ni.. mak panggil ini malam bukan mahu gaduh-gaduh la. Haish.." Pn Helena mengurut pelipisnya perlahan sebelum memandang Lee dan Aisyah silih ganti.
"Lu orang memang cinta kan? Tada tipu-tipu?" Pn Helena bertanya serius.
"Lin cinta sama Aisyah nenek. Jangan percaya itu kata Uncle Ren." Lee menjeling Sheng dengan hujung mata.
"Kamu pula Aisyah? Betul kamu pun cinta sama Lin?" Persoalan yang beralih pada Aisyah membuatkan dia dalam dilema sebentar.
'Betulkah aku cintakan dia?... aku tak pasti.. ' Aisyah mendiamkan diri. Sebahagian dirinya mengatakan 'ya' dan sebahagiannya 'tak'.
"Aisyah... jawablah nenek tanya tu? Hmm?" Suara lembut Lee di sebelahnya mematikan pemikiran Aisyah.
'Dia dah selamatkan maruah aku.. dia dah banyak bantu aku.. Aku perlu balas budi dia.'
"Saya pun sama nenek." mendengarkan jawapan Aisyah yang agak gusar, Sheng tahu ada sesuatu yang tak kena.
Lihat saja riak wajah Pn Sr Hana dan Lin, dia tahu mereka menyembunyikan sesuatu dan dia akan rungkaikannya.
Pn Helena hanya mengangguk mengiakan, "Baguslah kalau itu macam."
"Mak.. don't you think it's a trap?" Suara Sheng yang tiba-tiba bersuara membuatkan Pn Sr Hana naik angin.
"Kamu ni dah kenapa Ren? Sibuk sangat! Kalau tak nak datang.. tak payah datang. Semak jela!" Pn Sr Hana mula meninggikan suara.
"Kenapa? Lu takut? Bukan lu mahu mak punya harta ka? Anak lu pun sama bukan?" Sheng menembak tepat ke arah Pn Sr Hana dan Lee.
"Jaga mulut kamu Ren!" Pn Sr Hana membalas berang. Kini meja makan berubah medan perang mulut.
"Kenapa? Betul? Lu tak payah tipu sama wa la Hana.. Wa bukan kenal lu semalam la.." bidas Sheng berani.
"What did you said? Aku yang nakkan harta mak? Atau kau yang nak?!!" mereka mula berbalah.
Aisyah diam tak berkutik, dia tak faham apa yang berlaku.
'Aku digunakan ke? Apa semua ni?'
"Enough! Enough!" Suara nyaring Pn Helena mendiamkan semua. Tak ada satu suara pun yang kedengaran.
"Kamu a Ren banyak menyusahkan olang. Balik-balik saja sudah bikin panas.. Dan kamu pula Hana, banyak bising a.. Cuba bincang baik-baik.. bukan ini macam.." Suara Pn Helena makin kendur.
Berpusing kepalanya melihatkan anak kedua dan bongsunya yang memang bermusuhan sejak dulu itu. Tak pernah mahu berbaik.
"Kamu a Ren..jangan tuduh Hana macam itu. Tak baik. Itu kakak kamu.. Kamu baru saja pulang.. Apa kamu tahu?" Pn Helena memerli Sheng sebelum kembali memandang Pn Sr Hana.
"Dan Hana.. kalau bukan macam apa yang Ren cakap tak apa. Mak setuju Aisyah sama Lin kawin. Tapi.. kalau sebaliknya... Kamu lihat sajalah nanti." Kata-kata Pn Helena penuh ugutan mendiamkan Pn Sr Hana.
"Sudah la mak, Ren mahu pulang. Dan Aisyah.." Sheng sudah mengangkat punggung mahu pergi dari situ, dia berpaling memandang Aisyah sebentar.
"Awak fikir baik-baik. You know what kind of person I am right? I'll not cheating on you." tuturnya tegas sebelum berjalan menghampiri Pn Helena dan menyalaminya.
"I'm sorry mak.." bisiknya perlahan semasa menunduk mencium pipi si ibu sebelum kembali memandang sekeliling terumatanya Pn Sr Hana dan Lee.
"Wô huì zhèngmíng yîxiè bìng bá xînniàng dài huì jiã then. (Ren akan buktikan semuanya dan bawa pulang pengantin ke rumah.)
Dia kembali menatap wajah polos Aisyah yang turut memandangnya sebelum memberi salam dan berlalu pergi.
Motor berkuasa tinggi kawasaki bewarna hitamnya di luar rumah dinaiki sebelum jacket yang dihulurkan butlernya disambut dan disarung ke tubuh.
Sheng manatap pintu yang memisahkan dia dan keluarganya juga Aisyah.
"She's mine dumbass." tuturnya perlahan. Telefon dibuka dan dia mendail nombor seseorang.
'Aku dah kata Aisyah aku punya.. tak apa.. Kalau mereka nak bermain dengan api jugak.. aku akan pastikan mereka rentung sebab tak endahkan kata-kata aku.'
"Hello Jo. Aku nak bagi kau kerja sikit.." rancangannya akan bermula.
'That estate will be mine including Aisyah and there's nothing they can get except they endless regret."
'Aku akan pastikannya.'
Share this novel