Kereta audi A8 hitamnya diparking kan di tempat letak kereta untuk pelajar. Lee keluar sambil menyandang beg galasnya di atas sebelah bahunya.
Kaki dilangkahkan ke perkarangan U sedang mata ralit melihat skrin telefon, berbalas chat dengan si awek. Lisa.
Sedang dia berjalan, tubuhnya melanggar seorang wanita di hadapan. Air black coffee di tangan gadis itu tertumpah di atas baju light blue yang dipakainya.
Phone di tangan turut terjatuh mencium lantai.
Dengan keadaan yang tak seimbang dan tubuh badan yang rapat sesama sendiri membuatkan Lee pantas melingkari pinggang orang di hadapannya dari jatuh.
Si gadis memejamkan mata dan mencengkam baju Lee. Tubuh yang rapat antara mereka membolehkan Lee menghidu bauan wangi wanita itu.
Nice scent.
Senyuman Lee mula terukir di bibirnya. Sinis. Tapi cepat disembunyikan daripada dilihat si gadis apabila mengecam wajah empunya diri.
'Hi there..'
Setelah dia melepaskan tangan di tubuh, si gadis menatapnya segan. Bibir bawah digigit lembut.
Rasa bersalah dalam diri Aisyah menggunung apabila terpandangkan riak wajah mencuka lelaki di hadapannya ini.
'Aduh... macam mane boleh dilanggar lelaki ni pulak.. Cuai nye kau Syah..' terkebil-kebil matanya menatap lantai di kaki, tak mahu memandang wajah menyinga Lee.
Lelaki itu menunduk mengutip phone nya sambil sesekali mengibas pakaiannya yang basah dengan kopi Aisyah.
Siapa saja yang tak mengenali Nura Lee di U itu. Pelajar lelaki kegilaan ramai dan merupakan pelajar business studies yang paling top.
'Kenapa la banyak-banyak orang dengan die ni.. mesti dia marah..'rintih hatinya lagi.
Itulah sikap Aisyah sejak dari dulu lagi. Naif! Terlalu baik. Dia tak pernah menyalahkan orang lain walaupun bukan dia yang melakukan kesalahan.
Aisyah tahu bukan dia yang melanggar Lee, tapi salahnya juga sebab berdiri di tengah laluan orang. Haih..
"Saya minta maaf.. saya betul-betul minta maaf.. Saya tak sengaja." Lee menjongketkan kening kirinya sedikit, tak menyangka gadis itu yang akan meminta maaf sedangkan bukan salah dia.
Melihatkan Lee yang mendiamkan diri, Aisyah mengangkat kepalanya menghadap wajah dingin Lee. Gusar.
"Saya betul-betul minta maaf bang.. saya tak patut berdiri dekat sini. Maafkan saya." kelembutan suaranya membuatkan Lee terpampam sebentar.
'Dia panggil aku abang ke tadi?'
"Macam mane aku nak maafkan kau? Kau nampak ni apa? Phone aku lagi.. dah retak dah skrin dia kau tahu tak?" baju di tubuhnya ditarik sedikit menunjukkan kesan kopi yang memburukkan pemandangan bajunya.
Skrin retak phone nya juga ditunjukkan. Sedikit saja retaknya. Melebih saja.
Aisyah mengangguk perlahan mengiakan.
"Macam mane aku nak bertahan the whole day dengan baju macam ni? Dengan phone dah jadi macam ni, Nak study pon tak selesa tahu tak. Dan kau senang-senang je nak minta maaf pulak. Kau ingat baju phone aku ni dua puluh tiga puluh ringgit?" dengan nada kasarnya, dia bertutur perlahan.
Tak mahu menarik perhatian orang sekeliling supaya dia dapat menjalankan rancangannya.
"Saya tahu saya salah.. maaf." Aisyah tak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan. Marah benar lelaki itu nampaknya.
"Ahh takde! Aku nak kau jumpa aku nanti." ujarnya tegas. Jam pintar ditangan dikerling sekilas sebelum kembali menatap wajah sendu Aisyah.
"Jumpa aku pukul 2.00 nanti dekat taman tepi sana. Faham?!" sambungnya lagi sambil tangan ditunjukkan ke arah taman hijau di sebelah perkarangan U.
Tanpa menunggu jawapan Aisyah, Lee mengorak langkah pergi. Sempat diberikan jelingan pada Aisyah yang tersembik dimarahi.
Terdetik di hatinya, 'such a cute poor face..'
Aisyah menghantar pandangan figura itu pergi mendaki tangga ke dalam U. Keluhan berat dilepaskan.
Dia mula teringat bahwa dia perlu menghubungi Didie, rakannya tadi. Sebab itu dia berhenti di tengah jalan menyelongkar tas tangannya.
Telefon Samsung A70 bewarna putihnya dikeluarkan, nama Didie dihubunginya sambil kaki mula melangkah masuk ke dalam U.
"Di.. awak dekat mane ni? Saya dah sampai U.." tutur Aisyah lembut setelah panggilan dijawab.
"Aku dekat cafeteria.. datang sini. Cepat sikit. Lembap betul." telefon terus dimatikan Didie dan diletakkan dia atas meja sambil menghirup geram minumannya.
"Sape tu Dira..?" Susan, rakan baiknya bertanya.
"Orang gaji rumah I tu la. I suruh hantarkan file I. Tertinggal." jawabnya angkuh.
"I bukan apa.. kesian jugak tengok budak tu. Baik gile.." Fatin menyampuk sambil meneliti rias kukunya.
"U tak payah nak kesian kan dia la Ten.. U tak tahu minah tu macam raje kalau dekat rumah. Mama papa I tu mesti nak lebihkan dia je. Macam I ni pulak orang gaji." Didie merengus geram.
Dia memang tak berpuas hati dengan Aisyah dari hari pertama gadis itu menjejakkan kaki ke rumah banglo keluarganya.
Sikap baik dan rajin Aisyah seringkali dibanding-bandingkan dengannya membuatkan dia tak puas hati dan menyampah ingin berbuat baik dengan gadis itu.
Ada saja kesalahan yang akan dicari supaya dia boleh memarahi Aisyah memandangnkan dia merupakan anak Dato Borhan. Majikan Aisyah.
"I rase baik die tu macam dibuat-buat je.. entah-entah dia cuba rampas tempat u tak dalam family u tu.. Who knows?" Emy mula bersangka buruk.
Dia juga menyampah melihat gadis kampung yang terlampau baik seperti Aisyah. Sakit mata dan telinganya apabila gadis itu selalu dipuji dan kian terkenal.
Status 'HOT' nya terancam.
"I don't know and I don't what to know about that bitch.. Yang I tahu she'll suffer selagi I tak puas.. Biar padan muke die." balas Didie lagi.
Hatinya mula membuak-buak kegeraman apabila terlihatkan wajah naif Aisyah di muka pintu cafe. Tersenyum manis dan melambai ke arahnya sedikit polos.
Kaki dilangkahkan sedikit laju menuju ke arah meja Didie tanpa sedikit pun senyumannya lekang dari bibir.
"Kau apahal lambat ha?! Kau ingat aku ade mase nak tunggu kau lama-lama?" belum sempat Aisyah menyapa, Didie sudah memarahinya.
Fail hijau Didie diletakkan di atas meja cermat. Pandangan mata orang sekeliling diabaikan, bukannya dia tidak biasa dimarahi Didie begitu. Aisyah sudah lali barangkali.
"Saya minta maaf Die.. Saya dah cuba secepat yang mungkin." tuturnya lembut. Senyuman tadi hilang digantikan dengan muncung comelnya. Menagih simpati.
"Maaf maaf maaf.. itu je yang kau tahu. Sebagai balasan kau lambat hantarkan fail aku ni, kau balik sendiri nanti. Aku nak pergi shopping dengan diorang guna Pak Man. Kau dengar tak?" kata Didie kasar.
Aisyah yang masih berdiri di sebelahnya ditatap tajam sambil memeluk diri. Sombong.
"Baik Die.." dengan berat hati Aisyah mengangguk. Nampaknya dia perlu menaiki bas atau LRT la jawabnya pulang nanti.
"Kau tunggu apa lagi? Bla la.. lagi satu aku nak pesan, kalau kau bagitahu mama dengan papa.. siap kau!" keras suaranya bertutur sambil jari dinaikkan menunjuk ke muka Aisyah.
Aisyah mengangguk lagi sebelum meminta diri dan berlalu pergi. Jam 20 ringgit di tangan dikerling masanya. Lagi 15 minit kelasnya akan bermula, kaki terus dihalakan ke dewan kuliah.
Jauh di sudut hatinya, dia terasa juga dengan layanan Didie. Tapi dia tahu kemarahan Didie adalah salahnya.
'Haih... tak sangka pulak boleh lambat. Sian Didie tunggu aku.. Aku ingatkan dah cepat dah aku amik fail tu tadi. Hurm.. Takpe la, lain kali aku tak akan buat lagi.' desis hatinya.
Kaki dilangkahkan memasuki dewan kuliah, kelibat rakan-rakannya dicari.
"Syah!!" Sofia melaung sedikit kuat dan melambai ke arah Aisyah di bawah. Melihatkan Sofia dan Ros, Aisyah tersenyum dan mula ke arah mereka.
"Awak ke mana?... lambat sangat ni.." Sofia menegur Aisyah.
"Sorry lambat semua. Tadi saya kene hantarkan barang sikit pada Didie." Aisyah meminta maaf sambil melabuhkan duduknya di sebelah Sofia.
Senyuman lebar ditayangkan memperlihatkan lesung pipit di kedua pipinya. Manis.
"Syah.. awak ni cuba la jangan ikut sangat telunjuk si Dira senget tu. Dia tu jahat la, suka sangat buli Syah." kata Ros bengang. Kening tebalnya mula bercantum, tak puas hati.
"Dia kan majikan saya.. Saya pun free tadi, so tak susah pun saya nak pergi ambil barang dia." Aisyah mula menyebelahi Didie.
"Tak susah apanya, tengok ni ha.. lagi lima minit class nak start tau. Kalau awak lambat tadi macam mane? Minah senget tu kalau tak menyusahkan awak satu hari memang tak sah hidup dia kan. Menyampah betul." selit Sofia pula.
Aisyah hanya mendiamkan diri. Timbul rasa bersalah dalam dirinya kerana menimbulkan kerisauan rakan-rakannya.
Dia tahu kebaikan rakan-rakannya itu. Mereka adalah rakan pertamanya di U dan kekal hingga ke hari ini.
'Aku dah buat mereka risau dan marah pada Didie lagi. Teruknya aku..' marah Aisyah pada dirinya.
'It's okay la. aku akan cuba untuk tak mengulanginya lagi. Mesti.' tekad dirinya.
Tak lama selepas itu kelas mereka bermula. Selepas dua jam menghadap pensyarah, mereka bertiga keluar lunch di medan selera tak jauh dari U.
Aisyah hanya memesan makanan yang murah saja harganya kerana duit sakunya di huiung bulan ini sudah sedikit.
Sedang mereka kusyuk makan, Aisyah teringat akan Nura Lee. Jam dilihat, 12.45.
'Hmm sempat lagi ni.. aku pergi solat dulu la sebelum jumpa dia.' kata hatinya.
Sesudah mereka makan tengahari, mereka bertiga berlalu ke U semula untuk ke surau U.
Share this novel