enam belas

Romance Series 18403

Aisyah pulang ke pangkuan keluarga Daton Borhan malam itu. Sesampai saja di muka pintu, dia disambut oleh Dtn Yana yang terus memeluknya dengan tangisan penyesalan.

"Maafkan aunty ye sayang.. aunty betul-betul minta maaf.." Tubuh langsing Aisyah dipeluk kejap. Sesekali kedengaran esak tangisnya di tepi telinga Aisyah.

"Aunty janganlah menangis macam ni.. nanti Aisyah pun nangis jugak.." Aisyah pun tak kalah perangainya. Dua-dua menangis bersama.

"Sudah-sudah la tu awak pun.. kalau iye pon biarlah Aisyah tu masuk rumah dulu." Dato Borhan memerli Dtn Yana.

"Ish! Abang ni sibuk jela.. Jom Aisyah masuk dulu? Cik Jah bawakan beg Aisyah ke bilik ye." Cik Jah mengambil beg Aisyah selepas berpelukan seketika dengan gadis itu. Dia pun pergi ke bilik lama Aisyah di bahagian dapur.

Aisyah duduk bersama Dato Borhan sekeluarga dan berbual rancak. Banyak perkara mahu dibual mereka kerana lama tak bersemuka.

Kesemuanya ada melainkan..

"Aunty.. Didie mana?" Aisyah bertanya. Lama juga mereka berbual sebelum Aisyah teringat akan Didie.

"Aah la.. angah, kau pergi panggil kakak kau turun bawah. Kata kat dia kak Aisyah dah sampai." Dtn Yana menyuruh anak keduanya memanggil si kakak.

Mereka sambung berbual lagi dan ketawa apabila teringatkan kisah-kisah lucu dahulu apabila diceritakan Dato Borhan tentang anak-anak kecilnya.

Suara gembira dan gelak tawa di ruang tamu bawah amat menyakitkan bagi Didie. Kakinya berat dirasakan mahu melangkah ke bawah.

Jujur, dia memang bersalah. Tapi dia masih tak sukakan Aisyah sama seperti dahulu.

Bukan.

Lebih benci dari dahulu. Disebabkan perihal perlakuannya terhadap Aisyah, mamanya dingin dengannya, begitu juga adik-adiknya yang lain memandangkan mereka memang rapat dengan Aisyah dari dulu lagi.

Hanya papa saja yang tampak biasa, tapi dia yakin.. papanya lebih sayangkan Aisyah darinya. Lihat saja kegembiraan di wajah tua itu apabila Aisyah bersama, tak seperti semasa bersamanya.

'Aku akan pastikan kau terima balasan selayaknya betina.. kau tunggulah.'

Kaki dilangkahkan turun ke bawah perlahan-lahan menuruni tangga. Terlihat saja batang tubuh Didie, Aisyah bingkas bangun.

"Didie.." panggilnya sayu. Walauapapun yang wanita itu lakukan padanya sebelum ini, dia masih sayangkan Didie seperti dulu. Tak pernah berkurang.

"Aisyah!" Didie meluru ke arah Aisyah dan dipeluknya erat sambil menangis plastik.

"Aku minta maaf Syah.. Aku.. Aku salah. Aku tak patut buat kau macam tu." Didie memohon maaf dalam esak tangisannya.

Tubuh Didie diusap lembut Aisyah dari belakang, menenangkannya.

"Shhh.. takpe. Aisyah dah lama maafkan Die.. Die tak payah la risau ye?" tubuh Didie ditarik dan pandangan mereka bertautan.

"Kita berbaik okay?.. Mari duduk sekali." Aisyah tersenyum polos padanya sebelum menarik Didie duduk bersama mereka yang lain.

Didie membalas senyuman Aisyah dan mengangguk kecil sebelum mengikuti langkah Aisyah.

Mereka duduk satu keluarga seperti sebelum ini. Dan entah kenapa melihatkan keserasian Aisyah bersama keluarganya membuatkan Didie panas hati.

Ketidakpuasan hatinya sudah tak dapat dibendung. Dia cuba berlagak biasa dan sesekali menyelit dalam perbualan.

Aisyah yang ketawa gembira bersama keluarganya dijeling sekilas.

'Aku akan buatkan kau tak akan kembali lagi dalam keluarga aku.. aku akan pastikan.'

Otaknya mula giat merangka rancangan untuk menghapuskan Aisyah. Tapi dia tak mampu melakukannya sendiri..

Siapa yang akan membantunya?

Akhirnya..

Didie mendapat idea, senyumannya mula terukir manis. Bukan kerana bahagia Aisyah kembali bersama mereka tapi bahagia kerana Aisyah bakal meninggalkan mereka tak lama lagi.

'Perempuan lembap..'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lee mengamuk sakan menghalau Syasya yang datang ke kondonya dan menyatakan bahwa Lisa mengandungkan anaknya.

"Hei, sejak bila pulak dia kisah pasal anak ha? Kau ingat aku nak percaya perempuan sundal macam tu?" keras nada suaranya bertutur.

"Ye... memang aku mengaku aku pun tak pasti tentang hal tu. Tapi.. kau kene la bagi kerjasama Lee. At least give me a sample. Sehelai rambut kau pon jadi lah kalau kau tak nak datang buat check. Please.. kesianlah pada Lisa.." Syasya mencuba lagi.

Dia sudah mengagak perkara ini akan berlaku jadi Syasya sudah bersiap mental dan fizikal apabila berhadapan dengan Lee.

"Kalau kau tahu bagus la.. Anak tu bia mati je dengan mak dia. Kau tahu kenapa? Sebab dia tu memang pelacur! Aku bukan bapak dia dan kalau ye pun aku tak akan mengaku aku bapak dia, kau faham?!"

Baru pintu hendak ditutup, tangan Syasya sempat menghalang.

"Lee.. kau kesiankanlah dia.. I'm begging you. Dia ugut aku nak bunuh diri kalau kau tak nak bertanggungjawab. Please.. aku akan buktikan pada dia yang kau bukan bapak anak tu tapi kau bagi aku sehelai rambut kau.." Mata Syasya berkaca. Dia sudah buntu, tangannya yang sakit menahan pintu tadi diabaikan.

Demi Lisa!

Lama Lee memandang Syasya lama sebelum,

"Fine! Kau tunggu sini kejap." Lee tak menutup pintu rapat, dia hilang di sebalik pintu kondonya.

Lee kembali membuang sehelai rambut di hadapan Syasya,

"Kalau bukan anak aku... aku akan pastikan kawan sundal kau tu terima balasan sebab tuduh aku." perlahan suara Lee bertutur sebelum mahu melangkah semula ke dalam.

"Kalau anak kau?!" Syasya meninggikan suara, dipandangnya Lee tajam. Dasar jantan tak guna!

"Kalau anak aku?.. Hmm.. aku nak buat apa ye?" Jari ditudingkan pada dirinya, bertanya sarkastik. Dia berpura-pura berfikir sebentar sebelum teesenyum sinis pada Syasya.

"Aku rasa kan.. aku sendiri akan bunuh budak tu dengan mak dia sekali.. macam mana?" Lee menutup pintu dengan senyuman.

Puas hatinya. Ada hati mahu kata itu anaknya? Memang silap besarlah..

Walaupun Lee tersenyum tadi bagaikan gurauan bodoh, tapi dia maksudkannya.

"Jangan kau cuba cabar aku Lisa.." puntu rokok dibakar sebelum dihisap membenarkan liang-liang peparunya mati dengan perlahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Puan Sr.. ini pekerja baru tu." Mak Jah memperkenalkan seorang perempuan lingkuangan lewat 20an kepadanya.

Pn Sr Hana memandang dari atas ke bawah perempuan itu, berbadan agak tembam, berkulit hitam manis dan berambut pendek.

Bolehlah sebagai pembantu Mak Jah je pon.

Si dia hanya menunduk apabila direnung Pn Besarnya tajam.

"Nama siapa? Dari mana? Umur berapa?" Pn Sr bertanya biasa sebelum matanya kembali terarah pada phone nya.

"Saya Suri. Dari Johor. Umur saya 29 tahun." Jawab Suri sopan.

"Hmm.. okay Suri, mulai hari ni tugas awak bantu Mak Jah apa yang patut. Apa-apa tugasan yang sepatutnya Mak Jah buat, awak kena bantu dia faham?" tegas suara Pn Sr Hana padanya.

Suri mengangguk mengiakan.

Setelah itu dia mula membantu Mak Jah di dapur untuk menyiapkan sarapan sebelum Nasya dan Tn Sr Jefri turun.

Selesai membantu di dapur, Mak Jah menyuruh Suri membersihkan ruang tamu dan dia mahu membersihkan bilik-bilik di atas.

"Mak Jah.. apa kata Mak Jah bersihkan ruang tamu.. biar Suri je yang kemaskan apa yang patut di atas. Kesian Mak Jah nanti." Suri cuba memujuk.

"Iye lah.. tapi bilik hujung jangan masuk tau. Bilik kerja Tn Sr." Mak Jah langsung tak mengesyaki apa-apa dengan mudah melepaskan tugasan pada Suri.

Suri tersenyum manis sebelum pantas mangangkut vacum ke ruangan atas untuk membersih.

"Mana bilik laki tu dengan mak dia?" Suri bercakap sendiri. Dia perlu pastikan rancangan tuannya berjaya kalau tidak dia pula yang nahas nanti.

Nasya yang baru keluar dari biliknya menyapa,

"Pembantu rumah baru ke?" Headphone diturunkan dari kepalanya sambil menyoal Suri.

"Ye saya cik.." Suri membalas sopan.

Nasya mengangguk mengiakan sebelum mengarah,

"Bilik saya kemas dulu.. lepas tu baru kemas bilik yang Abang Lin dengan mummy daddy." baru hendak kaki dihayun melepasi Suri, Suri bertanya pula.

"Yang mana satu bilik Tuan Lin dan bilik Pn Sr ye?" suara dituturkan selembutnya, tak mahu membuat musuh dengan orang di dalam rumah itu. Lagi mudah kerjanya nanti.

"Sebelah bilik saya bilik Abang Lin. Bilik mummy dan daddy dekat atas hujung." balas Nasya sambil kaki membawa tubuh si tuan berambus cepat.

"Terima kasih Cik." Suri mengucapkan tanpa dipandang Nasya.

'Huh..tak pela.. asalkan bagi jawapan aku okay la tu'

Apabila sudah pastikan Nasya keluar dari rumah, Suri memasuki bilik Lee dahulu.

Segenap bilik itu ditiliknya dan mengeluarkan sesuatu dari kocek apronnya.

Hidden mini camera dilekatkan di setiap hujung penjuru bilik. Voice recorder 24hours pula dilekatkan pada belakang kepala katil, di atas dinding di balkoni dan di bawah meja ruangan rehat dalam bilik itu.

Dia hanya meletak rambang dengan harapan dapat merakam suara Lee mengenai harta neneknya dan Aisyah.

Dibuat yang sama pada salon mini Pn Sr Hana di tingkat bawha sekali dan bilik beradu Pn Sri itu. Dilekatkan juga di bawah meja di ruang tamu.

Setiap rakaman akan dihantar secara automatik terus kepada telefon Sheng setiap 24 jam dan rakaman akan terpadam sendiri pada induk dan mulakan rakaman baru untuk hari seterusnya.

Sheng juga mengupah seorang pekerja di butik Pn Sr Hana untuk melakukan yang sama dengan Suri.

Dia akan pastikan buktinya ada dan kukuh untuk meyakinkan mak dan Aisyah.

Sheng menerima panggilan dari Suri.

"Semua sudah sedia tuan Sheng." Suri bertutur perlahan tapi masih didengari.

"Good.. kalau ada apa-apa maklumat yang kau dapat di sana, kau inform pada aku secepat mungkin. Get it?" Sheng mengukirkan senyumam apabila melihat rakaman yang sama seperti berada dalam rumah kakaknya itu melalui telefon pintarnya.

"Certainly Sir." talian dimatikan.

Sheng mengeluh kasar,

'Now.. aku kene cari jalan untuk cancel kan pernikahan mereka pulak.. tapi, macam mana ye? Hmm..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience