tujuh belas

Romance Series 18403

"Abang jemputlah duduk dulu.. Sekejap Aisyah buatkan air." Baru Aisyah ingin berlalu pergi, Lee menghalang.

"No need. Abang tak nak apa-apa.. Abang cuma nak cakap sesuatu dengan Aisyah. Duduklah." Lee cuma bertutur biasa sedangkan kalau diikutkan hatinya, mahu ditampar saja perempuan tu. Menyampah!

"Ada apa?" Aisyah bertanya polos.

"Tentang kelmarin... Aisyah keluar dengan Uncle Ren kan.? Bualkan apa?" Lee bertanya serius. Dia mahukan jawapan dari mulut gadis itu. Sendiri.

'Mari lihat kalau kau jujur dengan aku..'

Mata mereka bertentangan sebentar sebelum Aisyah mengalihkan. Takut pula dirasakan seperti sudah melakukan kesalahan yang besar pula.

"Sebenarnya.. memang Aisyah ada jumpa Abang Sheng hari tu." dia akhirnya menjawab jujur.

Sebaik saja mendengar jawapan Aisyah, meja di ruang tamu itu diketuk Lee kuat. Melepaskan geram.

Aisyah sedikit tersentak dan mula takut. 'Aduhhh.. apa pulak ni..?'

"Dia pakcik aku kau tahu tak? Aku ni akan jadi suami kau.. So don't you ever call him as abang except me. Get it?" suaranya tidak tinggi tapi masih kasar.

Aisyah mengangguk pantas sebelum mengetap bibir. Dia tak suka Lee yang ini..

"Dia cakap apa pada kau? Bagitahu aku semuanya.." intornasi suaranya mula dingin.

"Aba-. Uncle Ren cuma bertanyakan tentang pertunangan dan pernikahan kita je..Aisyah bagitahu lah kita akan nikah lagi 3 hari. Tapi tak buat besar-besaran, cuma ahli keluarga terdekat je." Aisyah menjawab lembut.

Kalau boleh dia tak mahu mencetuskan apa-apa masalah dengan Lee memandangkan mereka akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

"Lagi.. dia cakap apa lagi?" Lee memeluk tubuh sambil menatap Aisyah tajam.

Aisyah mula tak keruan, "Uncle tanya betul ke abang ikhlas nak jadikan Aisyah isteri.. dan kenapa nampak tergesa-gesa.. Sedangkan dia sebagai ahli keluarga terdekat pon tak tahu menahu pasal hal ni."

Aisyah memandang Lee takut-takut. Gusar jika Lee marah lagi. Dia jadi confuse apabila perangai Lee berubah begini, inikah sikap sebenar dia? Panas baran? Macam mana kalau aku jadi isterinya nanti?

Pelbagai kemungkinan mula menakutkannya untuk meneruskan pernikahan mereka. Tapi Aisyah tahu semuanya sudah terlambat, masakan dia akan membatalkan semuanya pada minit terakhir.

Tambahan pula Lee sekeluarga amat baik padanya, Dato Borhan sekeluarga pun menerima baik.

"Tahu tak kenapa lelaki tu tak tahu?" soalnya dingin.

Aisyah menggeleng polos.

"Sebab.. dia tak nak abang dapat harta nenek. Dia dengki pada abang. So kalau boleh dia tak nak abang berkawin, kalau tak tergugat la status dia sebagai anak lelaki tunggal sebab nenek nak sangat cucu dari dia ataupun cicit. Jadi dia tersepit."

Aisyah memikirkan balik kata-kata Sheng. Isinya sama tapi pelakunya berbeza. Siapa yang harus Aisyah percayakan?

"Abang..." Aisyah menunduk sebentar sebelum kembali menatap wajah Lee yang makin tenang dari amarahnya tadi.

"Abang betul-betul ikhlas dengan Aisyah? Abang pasti abang cintakan Aisyah?" Aisyah akhirnya bertanya juga.

Dia tahu.. masakan dia boleh mengecam jika seseorang itu menipu, tapi dia memang sudah jatuh cinta pada Lee. Kebaikan dan sikap lemah-lembut lelaki itu membuatkan dia rasa disayangi.

"Aisyah tak percayakan abang ke? I'm truly love you.. Abang ikhlas. Please percayakan abang." Lee cuba meyakinkan.

Aisyah pula lega apabila mendengar bicara lembut Lee hanya mengangguk dengan senyuman .

'Aku yakin dia tak menipu aku.. dia cintakan aku..' desis hatinya.

"One more thing dear.. abang tak nak Aisyah rapat dengan Uncle Ren faham? I guess he's trying to make you lose your trust in me. Jangan percayakan kata-kata dia okay?" Lee memujuk lagi.

Aisyah pula sebenarnya masih ragu-ragu tapi dia masih mengangguk. Kedua-duanya seperti punya agenda tersendiri. Aisyah buntu.

Mereka berbual kosong dalam sepuluh minit sebelum Lee mahu meminta diri. Aisyah menghantarnya hingga ke pintu rumah sewanya dan menghantar pandangan lelaki itu sehingga hilang dari pandangan.

~~~~~~~~~~~~~~~

Malam.

Lee mahu berjumpa Sheng bersendirian. Dia yakin lelaki itu syak akannya. Jadi dia perlu raih kepercayaan Sheng padanya.

"Assalamualaikum. Lama Lin tunggu?" Sheng memberi salam sebelum kerusi VIP couple dinner di hotel itu ditariknya. Dia melabuhkan duduknya tenang.

"Waalaikumsalam. Tada la.." Lee membalas ala kadar.

Mereka berbual biasa sekadar mengisi masa pada awal-awal perjumpaan sebelum Lee mengutarakan tentang Aisyah pada Sheng.

"Itu malam a.. bila Uncle kata mahu Aisyah as your bride.. did you mean it?" Lee bertanya selamba agar tampak biasa. Hanya seperti perbualan kosong saja.

"Yes. Uncle maksudkannya. Why you asked me?" Sheng turut mengikut rentak Lee. Masih berlagak biasa.

"But she's my wife to be. . I love her Uncle. Kenapa Uncle perlu pilih dia? Why not someone else?" Lee memandang tepat pada Sheng.

"Because I love her. Dan wa bukan main-main sama dia. Lu faham?" Sheng mula bermain dengan api.

Sengaja dia memprovok Lee, ingin melihat akal lelaki itu walaupun kesahihan bahwa lelaki itu tak mencintai Aisyah masih belum dapat dibuktikan.

'Betul ke dia cintakan Aisyah.? Aku tak percaya..'

"Uncle tahu ka?" dingin suara Lee menyoal. keadaan berubah tegang.

"Tahu apa? That you don't love her and wanna used her as a collateral to get grandma's property? Is that so?" makanan di hadapannya dikuis tanpa minat.

Minatnya pada Lee di hadapannya. Lelaki itu hanya diam saja, memandangnya tajam.

Wajah Lee jelas menunjukkan dia tertekan.

'Looks like my expectations are right.'

"Listen Lin.. wa bukan benci sama lu. Wa sayang.. tapi. Kalau lu punya perangai ini macam, lu memang sengaja buat wa tak suka sama lu. I just want you to leave her and cancel all your plans on her or I'll stop you by my own way."

Sheng mula mengugut. Bibir Lee diketap geram, rahangnya mula bergerak-gerak menahan marah.

"I. Love. Aisyah.. Which part you don't get it Uncle Ren?" Lee masih dengan sandiwaranya. Sheng mengangkat keningnya sekali.

'Keras kepala betul budak ni..'

"Okay.. lu teruskan. Wa cakap saja ma.. But remember, wa tak akan bagi bahagian wa ataupun Aisyah pada lu. Just wait it."

Sheng bangun dari kerusi dan berjalan di sebelah Lee sebelum menunduk, berbisik.

"You know you don't have to fight against me Lin.. Make your choice." bahu Lee di tepuk lembut sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Lee seorang diri.

"Fuck... fuck...fuck.." omel Lee perlahan, rambut diraup kasar ke belakang. Rimas. Stress.

'How did that old man knew.? Huh!'

'Aku kene cari jalan untuk selesaikan Uncle Ren.. but how?' Meja kayu itu diketuk perlahan dengan jarinya. Termenung seorang diri memikirkan perancangan barunya.

"Aisyah..." sebaris nama itu membuatkan dia yakin Sheng akan serahkan hartanya padanya.

'You love her so much ha? Let's see if you love her or nanny's property more.. Lagipun aku tak akan hilang apa-apapun kalau kau ambil Aisyah.. aku hanya mahukan harta nenek je..'

Lee mula merangka perangkap untuk Sheng, samada lelaki itu akan serahkan harta pada Lee atau dia bakal kehilangan Aisyah sebagai balasan.

'I'll get what I want Uncle.. Just wait for it.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience