"Sial punya perempuan!!" tak semena-mena, rambut keperangan paras bahu Lisa ditarik kuat.
Pn Sr Hana cuba meredakan amarah si anak, tangan kekar Lee yang mengenggam rambut Lisa cuba dirungkaikan.
"Lin! Enough! Let go of her!" Akhirnya Lee merentap kasar sekaligus rambut Lisa terlepas dari tangannya.
Pandangan penuh kebencian ditujukan pada Lisa.
"Dia mengandungkan your baby.. Kenapa Lin buat perangai macam ni?" Pn Sr Hana memarahi Lee pula.
"Argh... you know nothing my. Sial ni pelacur! Ni bukan anak Lin! Entah sape-sape yang dia tidur aku pulak dituduhnya.!" amarah dihemburkan pada Lisa sebelum meludah ke tanah.
"Lisa tak tipu aunty.. memang Lisa tak tidur dengan sesiapa selain Lee.. Ni anak Lee.. cucu aunty.." Lisa berkata lagi. Lebih lembut..
Tak dapat memujuk si anak, si ibu pun jadilah.. asalkan dia tak tanggung penderitaan ni seorang diri.
"Hey! Kau ni memang celake kan?! Kau tu pelacur la babi! Anak tu anak zina kau, and kau nak tuduh aku pulak?! Such a whore! Daughter of a bitch!" mulut Lee lancar saja mencarut kasar pada Lisa.
Lee tak peduli, dia tak akan benarkan Lisa mengganggu perancangannya bersama mummy. Tak akan.
"You know you're lying Lee.. This is your child. Why you don't trust me.." Lisa mula bermandi air mata.
Drama bermula.
"If you tak nak bertanggungjawab Lee.. I akan sebarkan gambar kita berduaan atas katil.. I akan sebarkan pada media, 'Anak Tan Sri Puan Sri Buatkan Pelacur Mengandung.' You nak ke?" Lisa mula mengugut.
"Anjing.." baru saja Lee mula mengangkat tangan, Pn Sr Hana menghalang.
"Cukup! Berhenti!" Tubuh Lee dihalang dari memukul Lisa.
Pn Sr Hana tahu perangai liar anaknya itu, memang kelab malam dan pelacur menjadi perkara kebiasaannya. Tapi anak..
Dia seorang ibu dan bakal nenek.. dia tak mahu cucunya, zuriat Lee diabaikan. Pn Sr Hana mula giat berfikir.. akhirnya dia punya idea bernas.
"Duduk dulu.. dengar cakap mummy." lengan Lee cuba ditarik untuk duduk tapi kasar ditepis.
"Sudahla! Lin nak balik If you don't trust me!" baru kakinya hendak pergi.
Pn Sr Hana menyoal, kasar.
"Tapi kamu pernah tidur dengan diakan?! Kamu setubuhi Lisa kan?!" marah suaranya menghentikan langkah Lee.
Lee berpaling seketika, air liur yang dirasakan kesat ditelan. Lee tak menjawab.
"Mummy dah agak memang Lin buat macam tu.. Mummy kenal sangat perangai Lin. Mari, duduk. Mummy ade cadangan tentang apa yang perlu kita buat sekarang.. kamu duduk dulu, dengar.." tegas suara Pn Sr Hana mengarah.
Lee dengan terpaksanya duduk bersebelahan kerusi mummy nya.
"Apa dia mummy.?" Lee bertanya keras sebelum menjeling tajam Lisa di hadapannya.
"Lagi dua hari.. kamu kan dah nak bernikah. Kita buat 'plan pernikahan' kamu dengan Aisyah tu untuk kaburi mata nenek kan.. jadi apa kata sebelum pagi nikah, Lin upah la orang culik je si lembap tu.. buang dia dekat mana-mana. Macam mana?"
Pn Sr Hana bertutur lembut. Lengan Lee diusap perlahan. Aisyah tak dia hiraukan. Dia pun bukannya suka perempuan kampung itu sebagai 'menantu palsu' nya.
"Habis tu Lin nak kawin dengan sape? Macam mana nenek nak bagi harta kat Lin kalau Lin tak kawin..?" Lee berfikiran bangang. Malas mahu berfikir.
"Haish kamu ni.. waktu tu kita akan tutup malu, gunakan Lisa yang hadir sebagai tetamu jadi pengganti Aisyah. Macam mana? Mummy yakin sangat...nenek tak kan nak dimalukan macam tu..mesti dia bersetuju punya.."
Pn Sr Hana meyakinkan Lee. Lisa sudah mula berdoa agar Lee bersetuju. Biarlah dia nampak terdesak sekalipun, dia tak kisah.
"Tapi.. tu bukan anak Lin. My faham tak?" Lee masih berkeras. Dia merengus kasar.
"Lin tak ingat ke.. 'pernikahan' tu macam mane..?" meleret suara Pn Sr Hana, cuba menyampaikan maksud disebaliknya.
Jika anak itu adalah anak Lee, dia tak kisah.. tapi kalau bukan, dia sendiri akan berikan perempuan itu balasannya.
Lee lambat-lambat dapat menangkap kata-kata si ibu. Akhirnya dia mengangguk perlahan seraya memandang Lisa tajam.
"Aku akan kawin dengan kau.. but. Kalau lepas kau bersalin and ternyata itu bukan anak aku.. mati kau aku kerjakan. Faham?" Lee memberi amaran keras pada Lisa.
Pernikahan tak sah itu akan digantikan untuk Lisa pula. Aisyah bagaimana pula?
Lee sudah terfikir satu tempat yang khas untuk perempuan seperti Aisyah. Perempuan itu tak akan dijumpai neneknya mahupun Sheng.. dia pasti.
Lisa mengangguk laju. "Thanks baby.. Thanks aunty.. You've no idea betapa bersyukurnya I Lee.. Aunty, Lisa janji.. Lisa akan jadi isteri yang baik untuk Lee dan mama yang baik untuk anak kami.. Lisa janji."
Janji-janji manis mula ditabur Lisa, melembutkan hati si durjana-durjana di hadapannya. Dia tak mengetahui perancangan jahat dua beranak itu dan kini, dia sendiri mula melangkah masuk ke neraka barunya.
Lee jelik dengan perempuan murah itu terus bangun dari duduknya,
"Lin nak bla dulu. Anything... just give me a call." tak menunggu balasan, dia mula melangkah pergi meninggalkan Pn Sr Hana dan Lisa.
Pn Sr Hana sebenarnya berbelah bahagi hatinya samada benar jika anak dalam kandungan Lisa adalah anak Lee ataupun bukan.
Tapi buat masa sekarang biarlah dia hanya menjadi perempuan simpanan Lee saja sehingga anak itu lahir.
Jika ya, pernikahan sebenar antara mereka akan Pn Sr Hana langsungkan kembali. Jika tak, perempuan itu akan dia tendang keluar sendiri.
"Lisa.. kamu balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa.. Aunty akan call kamu." Pn Sr Hana tersenyum nipis pada Lisa.
Lisa menyalaminya dan mula meminta diri sopan setelah meninggalkan nombornya. Dia menuju ke arah kereta Syasya yang setia menunggunya di luar pagar rumah.
Lisa melangkah masuk dengan perasaan gembira.
"So macam mane? Kau okay tak ni? Aku nampak Lee balik tadi.." Syasya mula bertanya ingin tahu, tambah-tambah lagi apabila melihat wajah gembira rakannya itu.
Gilakah?
"Sya!! Aku akan kawin Sya!!" tubuh Syasya di sebelah dipeluk erat.
Share this novel