Pandangan Aisyah berpaling pada pintu yang sedang dibuka kuncinya dari luar. Dia memeluk kaki sambil duduk di sudut, apa-apa saja boleh berlaku pada dirinya.
Baru sebentar tadi seorang lelaki cina datang menyuruhnya membersihkan diri dan diberikan pakaian persalinan yang teramatlah seksa dilihat.
Tapi apabila menerima ugutan bahawa dia sendiri akan memakaikan pakaian pada tubuh Aisyah, Aisyah terus ikutkan saja.
"Hoi! 5minit lagi. Cepat sikit." seorang lelaki melayu bertubuh biasa menjengul dan berkata-kata sejenak sebelum pintu ditutup kembali.
Aisyah tahu walaupun pintu tak berkunci, ramai orang-orang Pn Mendy yang berkawal di luar. Dia tak punya peluang langsung.
Wajah bersolek nipis di cermin di tatap. Rambut panjangnya diikat kuda kemas. Dress sendat ditubuh rampingnya diperhati sayu.
Sangat menyeksakan.
Jangan kata paras lutut, separuh peha pun tak cecah dress sendat itu. Potongan leher juga agak besar menampakkan lurah dada matangnya yang putih tanpa cela, sangat memberahikan.
"Mana awak ni..?" Harapan terakhirnya hanyalah Zack. Dia tak tahu pada siapa lagi dia harus berharap dalam keadaan begitu.
Masa 5 minit berlalu begitu saja.
Pintu dibuka, Aisyah kaget melihatkan wajah yang amat dinanti-nantikan.
"Zack.." panggilnya perlahan.
"Ya sayang? Miss me already? Abang dah janji nak ambil sayang kan hari ni?" Zack dengan senyuman sinisnya merapati Aisyah.
Tanpa segan silu, pinggang ramping Aisyah dipeluk erat seraya mengucup leher jinjang milik si gadis.
"Hey! Ap.. apa yang awak buat ni?" agak kasar Aisyah menolak tubuh Zack sedikit berjauhan dengannya.
"Ala.. tak best la macam ni. Sentuh sikit je pun." Zack mencebik manja sebelum melepaskan tubuh Aisyah.
Aisyah memeluk tubuhnya yang terdedah. Walaupun Zack yang dia dipercayai, Aisyah tak boleh sewenang-wenangnya membiarkan lelaki itu menyentuh dirinya. Tak akan.
"Come on sayang.. Abang cuba nak tolong je. Or... sayang nak jantan-jantan dekat luar sana tu yang sentuh..? Up to you lah dear.." kata-kata lembutnya penuh sinis.
Tak mempedulikan Aisyah lagi, dia keluar dari bilik gelap itu.
"Dah cepat sikit. Kene rogol bukan salah aku." ujar Zack selamba anjir.
Aisyah cuak apabila Zack seolah-olah merajuk dengannya dan melolong jalan terus ke hadapan meninggalkannya.
Jarak mereka agak jauh, dalam 8 kaki Aisyah di belakang tubuh Zack. Dia taklah tegap, juga tak terlalu kurus. Sedang-sedang saja tubuhnya.
Setiap kali Aisyah melintasi anak-anak buah Pn Mendy yang menjaga laluan, ada yang mengelus rambutnya, mengenyitkan mata dan yang paling teruk, menampar punggungnya geram.
Syaitan sungguh.
Tak seperti tadi, wajah Zack terus ketat dan diam tanpa sebarang celoteh sepanjang mereka berjalan keluar.
Kedengaran juga di sekeliling laluan yang punya pintu-pintu suara erangan pasangan sedang bermadu kasih dan ada juga yang bergelak ketawa.
Meremang..
Mereka keluar dari lorong laluan gelap itu menuju ke ruangan disco di luar. Cahaya berwarna-warni lampu yang samar-samar ditambah pula dengan muzik disco yang amat membingitkan, menakutkan Aisyah.
Langkah cuba disaingkan dengan langkah Zack tapi tak mampu dia rapati akibat lautan manusia yang menggila menari tanpa hala tuju.
Akhirnya, Aisyah terpisah dengan Zack apabila dia dihalang beberapa orang lelaki miang yang sudah memerhati tubuhnya yang berpakaian terdedah.
"Sorang ke baby?" Salah seorang dari mereka mengelus rambut lurus Aisyah tapi ditepisnya kasar.
"Janganlah!"
"Wuw.. garangnya-. I suka la kucing garang macam ni.." seorang lagi lelaki cuba memegang tangannya dan Aisyah cuba meronta untuk dilepaskan tapi semikin kuat rontaannya, semakin kuat pula pegangan lelaki itu sehingga menyakiti pergelangan tangannya.
"Lepaskan sayalah.. tolong jangan buat saya macam ni.." rayunya lagi. Matanya mula memanas.
Dia takut memikirkan perkara yang lebih jauh berlaku nanti.
"Relaxlah baby.. jom minum dulu. Come on." lelaki tadi cuba merangkul pinggangnya pula sebelum--
"Let her go." suaranya dingin saja di dalam kebisingan kelab tapi masih mampu menarik perhatian mereka.
Zack.
"Kau siapa ha? Hero? Excuse me.. aku jumpa die dulu tau. Dah. Bla!" lelaki tadi mengabaikan kata-kata Zack dan masih memeluk Aisyah, pipi mulus gadis itu cuba dikucupnya.
"Awak! Tolong saya!" Aisyah merintih meminta tolong sambil memandang Zack yang hanya kaku tak beriak di hadapannya.
Tapi tak lama sebelum dua orang lelaki datang dari belakang dan mula merungkaikan pelukan lelaki mabuk tadi dari tubuh Aisyah.
"Woi! Kau apahal?! Lepaskan akulah!!" dia memberontak cuba melepaskan diri. Kawannya tadi sudah menyerah dan berlalu pergi, tak mahu memasuk campur.
"Settle kan dia." arahnya dingin sebelum Aisyah ditariknya rapat ke tubuh.
Wanita itu terus memeluk tubuhnya dengan riak takut. Dalam tak sedar, Zack mengukirkan senyuman tapi sinis saja memandang wajah polos Aisyah.
"Now you're the one who touch me my love." tuturnya memerli.
Aisyah tak bersuara. Dia tahu ada betulnya juga mengapa Zack menyuruhnya sentiasa dekat dengan lelaki itu. Untuk melindunginya..
Zack membuka jaket motosikal hitam di tubuhnya dan mengikatnya pada pinggang Aisyah.
Tanpa amaran, tubuh Aisyah dicempungnya sebelah tangan sebelum mengarah kepada dua orang lelaki tadi.
"Make sure that moron learn something." ujarnya agak riang sebelum berjalan keluar dari tengah kelab itu.
Aisyah tak mengetahui dengan siapa dia sudah terbabit dan keadaan dia yang sebenar-benarnya.
Lelaki itu meletakkan Aisyah di seat depan penumpang dan berlalu ke bahagian pemandu. Kereta honda civic kelabu itu dihidupkan sebelum mula membelah jalan tanpa diketahui destinasi mereka.
Agak lama mereka mediamkan diri sebelum Aisyah bertanya.
"Awak.. kita nak ke mana sebenarnya..? Bawa saya pulang boleh?" pintanya lemah. Dia takut sebenarnya dengan Zack yang lagaknya bagaikan psycho pada pandangannya.
Dari tadi lagi lelaki itu tak pudar dari senyumannya bagai memikirkan sesuatu.
"Awak-"
"Kita kawin." pintas Zack pantas.
"Ap..apa yang awak merepekkan ni?" tanya Aisyah gusar. Baru beberapa hari dia mengenali lelaki itu, sudah mahu diajak kawin?
Mengapa?
"Abang serius lah sayang.. sayang sendiri kata kan, kalau abang tolong ayang larikan diri.. sayang akan dengar segala kata abang kan? So, inilah permintaan abang.."
balasnya selamba dengan senyuman.
Aisyah meneguk liur, 'Apa lagi yang dah aku terlibat ni..?'
Share this novel