Malam itu, Aisyah bersendirian lagi. Sudah sehari Zack tiada di sana. Siling berukiran flora di atasnya ditenung kosong.
Hidupnya kosong..
Hatinya kosong..
'Kenapa aku tak bahagia? Aku sudah berkawin.. aku punya suami yang baik.. kediaman yang cantik.. tapi kenapa aku masih tak gembira?' desis hati kecilnya.
Terleka seketika, Aisyah kembali menyedarkan dirinya. Dia tak mahu menjadi seorang yang tidak bersyukur, sungguh dia khilaf dengan sikapnya.
'Aku perlu belajar mencintai dia.. Zack. Zaquan.' desisnya.
"Baiklah!" dia bertekad mahu mencintai lelaki itu. Akan dia cuba walaupun tidak pasti sepenuhnya dengan kehendak hati.
Telefon pintar yang dihadiahkan Zack diambil, nombor lelaki itu cuba didailnya.
Setelah beberapa saat, panggilan bersambung.
"Sayangku! Kenapa tiba-tiba call abang ni? Tak pernah-pernah pon sebelum ni.." usik Zack di sebelah sana talian.
"Bu-Bukan apa.. saya saja je. Awak dekat mana tu? Buat apa?" Aisyah cuba berbual ramah, first step untuk mengambil hati. Taktik!
"Dekat mana? Adelah.. Abang tengah busy ni, banyak kerja nak buat." tersenyum lebat Zack dengan kata-katanya sendiri.
Pemandangan indah di hadapannya kini tidak lepas dipandang sambil berbual ramah dengan si isteri.
Sengaja dia buka speaker agar insan di hadapannya kini mendengar tutur bicara mesra mereka.
Sekujur tubuh yang diikat di palang besi di bilik bawah tanah sebuah kilang terbiar tak henti mengerang kesakitan. Mulut lelaki itu diikat sekuat mungkin agar tidak terlalu mengeluarkan suara.
Darah mengalir dari segenap tubuhnya akibat dilukakan. Tetapi tidaklah separah mana. Sekadar mahu menyakiti tubuh.
"Sayang..." panggil Zack meleret manja. Kaki dilangkah merapati Lee yang tertunduk kesakitan.
"Ye awak?" balas Aisyah malu-malu. Polos sungguh isterinya itu.
Dia berhenti di hadapan Lee, dagu itu diangkatnya agar berbalas pandangan dengannya.
"Sayang ingat tak Lee? Nura Lee?" soalnya pada si isteri.
Aisyah bagai terdiam sebentar sebelum kedengaran suaranya mengeluh berat.
"Kenapa awak tiba-tiba je cakap pasal abang Lee ni?" soalan Zack dibalas dengan soalannya pula.
"Boleh sayang jujur dengan abang.. sayang cintakan Lee lagikah?" tanya Zack serius.
Lee yang sudah termengah-mengah hanya membalas lemah pandangan Zack yang berdiri megah di hadapannya. Mendengar setiap tutur bicara lelaki itu dengan bekas teman wanitanya, Aisyah.
"Sa-saya.. tak tahu. Saya tak pasti." perlahan saja tutur Aisya menjawab.
Keadaan diam sebentar sebelum Zack berkata lagi,
"Lee dah menyesal sayang.. dia ada jumpa abang, katanya nak cari dan minta maaf pada sayang.. are you going to forgive him?" cerita mula direka-reka sambil melihat reaksi Lee.
Lelaki itu sepatutnya menyesal memperlakukan Aisyah begitu. Wanita naif yang menyintai dia, dilacurkan pada malam sebelum perkhawinan mereka. Sungguh kejam!
"Be-betul ke? Saya tak tahu nak cakap macam mana.. Segala yang abang Lee dan Didie buat pada saya masih terasa sakit lagi.. Tapi saya dah lama maafkan mereka, awak bagitahulah abang Lee ye nanti? Saya tak nak dia terus rasa bersalah." balas Aisyah sopan.
Tiada dendam yang disimpan di dalam hatinya. Tetapi,
Entah mengapa suaminya itu tiba-tiba saja mahu berbual soal Lee. Lelaki itu bertemu Zack dan mahu mencarinya untuk meminta maaf? Seperti tidak percaya saja dengan kenyataan itu.
Fikiran Aisyah sudah jauh mengelamun.
"Tak apalah kalau macam tu.. I'm just asking. Abang nak off dah ni. Jaga diri. Bye."
"O-Okay. Bye awak." panggilan terus ditamatkan Zack setelah mendengar suara Aisyah membalas.
"Sekarang kau nampak? Perempuan yang kau pergunakan dulu.. perempuan yang kau perbodohka dulu.. masih sudi nak maafkan orang sial macam kau ni.." sinis.saja tuturnya diiringi ketawa halus.
"Sekarang.. apa yang perlu aku buat pada kau ye sebagai balasannya?" senyuman pada wajah Zack menakutkan Lee.
Dengan tangisan yang tiada henti, kepala digelengkan pasrah. Tidak mahu!
"Aku boleh lepaskan kau.. tapi ada syaratnya." ucap Zack sambil mencekak rambut lebat Lee ke atas, menatapnya secara berhadapan.
"Kau sanggup?" dengan sukar, dianggukkan juga kepala bersetuju.
"Kau bunuh mak kau tu.. Then aku akan pastikan kau dapat habuannya. Faham?" sekali lagi tanpa berfikir panjang, Lee bersetuju.
"Good." senyuman Zack makin melebar apabila rancngannya berjalan dengan amat lancar.
Pisau di belakang seluar diambil dan dipotong kasar ikatan tangan, kaki dan di mulut Lee. Terjelopok jatuh lelaki itu ke lantai, lemah.
"Aku bagi kau masa seminggu.. kalau aku tahu kau report pada pihak polis atau beritahu sesiapa, aku akan pastikan kau dan seluruh keluarga kau mati." kepala di atas lantai itu dipijaknya sambil memberi arahan.
Sekarang tiba masanya untuk menunggu saja. Rancangannya akan dilaksanakan Lee tanpa perlu mengotorkan tangannya.
Tetapi ada satu lagi masalah besar, orang yang agak sukar untuk dia tangani.
Nashrain Sheng.
Bukan dia tak tahu lelaki itu amat mahukan isterinya. Dia tak akan benarkan Sheng tahu kebenaran dan keberadaan Aisyah. Over his dead body.
Tetapi lelaki itu bukan calang-calang, tidaklah sebodoh Lee dan mudah diperangkap seperti Didie. Dia perlukan rancangan lain.
Lagipula dengan Puan Helena Sheng sebagai pendukung belakang lelaki itu lebih menyukarkan. Pengaruh mereka besar dan duit adalah tuhan dalam permainan ini. Jadi bagaimana ya?
'Aku perlu selesaikan Sheng dahulu sebelum segala rancangan aku musnah.'
Share this novel
tak tahu lh yg penulis novel ni hans.huhu.byknya acc u
x thu ap?
huhu.nsib bila tgok cite n komen mcm u yg buat..klu x smpai sudah x thu