Lee sekeluarga telah bersetuju ingin menyatukan Aisyah dan Lee dalam jangka masa terdekat.
Tapi dengan syarat, Aisyah mahu mereka bertemu keluarga majikannya dulu kerana merekalah yang menjaganya sebelum ini.
Pn Helena dengan relanya menawarkan diri untuk meminang Aisyah di kediaman Dato Borhan dan Dtn Yana bersama Pn Sr Hana dan Hasya.
Pn Hanis pula tak dapat menghadiri kerana perlu mengikuti suaminya ke suatu tempat.
Pagi sebelum mereka sekeluarga bertolak, Lee menerima beberapa panggilan dari Lisa. Tapi diabaikan.
Malas dia mahu melayan pelacur murah itu.
Dia mengikut keluarganya ke kediaman majikan Aisyah. Dtn Yana dan Dato Borhan amat terkejut apabila keluarga peneraju terkenal yang datang melamar Aisyah, anak jagaan mereka.
Didie yang ada turut terkejut apabila Aisyah yang disangkakan polos dan lembap itu akan menjadi menantu keluarga ternama sebegitu.
Setelah selesai urusan risik merisik, tetamu dijamukan sedikit juadah untuk makan tengahari.
"Macam mana dengan tarikh nikah mereka Pn Hana?" Dtn Yana bertanya pada Pn Sr Hana. Alang-alang keluarga Lee sudah ada, lebih mudah bagi mereka semua.
"Kami..kalau boleh nak seawal yang mungkin.. lagipun kami ni lebih dari mampu pun untuk sediakan semua persiapan.." Pn Sr Hana mula merencanakan plan nya.
Dia yakin Dtn Yana akan bersetuju dengannya, lihat saja keakraban suami-suami mereka lebih meyakinkan dia.
"Ouh.. saya tak kisah Pn Hana. Kalau Aisyah setuju, kami pun setuju je.." Dtn Yana bertutur manis.
Sudah dimaklumkan padanya dari Pn Hana bahwa Aisyah akan pulang ke banglo Dato Borhan malam ini.
Tak sabar rasanya dia mahu meminta maaf dan berbaik dengan wanita itu. Didie turut sama mahu meminta maaf padanya atas penipuannya dahulu.
"Kita buat minggu depan macam mana Dtin? Lagipun anak teruna saya tu tak sabar dah gayanya." Pn Sr Hana manambah walaupun Lee tak pernah mengetahui hal itu.
Dtn Yana dan Pn Sr Hana menoleh mencuri pandang Lee yang rancak berbual dengan adik-adik Didie. Nampak sangat mesra dan baik pada pandangan Dtn Yana.
"Saya tak kisah Pn.. Tapi saya perlu tanya Aisyah terlebih dahulu. Saya minta maaf ye.." Dtn Yana tersenyum manis pada Pn Hana.
Nampak tak sabar sangat mahukan Aisyah sebagai menantu. Dia pula yang rasa bangga.
"Kalau macam tu tak apalah.. Nanti kalau sudah punya jawapan, call lah saya. Ini kadnya." Pn Sr Hana bertukar kad dengan Dtn Yana.
Mereka sekeluarga tampak akrab sekali bersama tapi bukan pada Pn Helena. Dia hanya berbual sebentar saja di dalam dan perlu meminta diri kerana punya urusan.
Sebenarnya Sheng meminta untuk bertemu maknya. Walaupun anaknya itu selalu melawan dan tak mendengar kata, Pn Helena kenal benar sikap Sheng.
Lihat saja pada tekadnya malam itu membuatkan Pn Helena yakin sesuatu yang tak enak sedang berlaku. Tapi...
Apa sebenarnya?
Kereta hyundai yang dipandu seorang driver itu berhenti di sebuah deretan kedai-kedai dua tingkat. Pn Helena menggelengkan kepala.
"Kamu pasti ini alamatnya Amin?" tanyanya pada driver muda itu.
"Ya Puan.. Ini lah alamatnya. Saya pasti. Kenapa ya?" Amin bertanya ramah.
Dia memang lebih rapat dengan Pn Helena berbanding kebanyakan ahli keluarga wanita itu yang lebih memandang serong pekerjaannya.
"Tak mengapalah.. kamu teman saya ke atas ye?" Pn Helena bertanya sambil memandang ke luar lagi.
Tak sangka anaknya yang dibesar dan dididik dengan wang dan kemewahan tinggal di tempat sebegini. Sedih hati tuanya.
"Baik Puan.." Amin berlalu keluar membukakam pintu belakang dan mengiringi perlahan langkah tua itu menaiki tangga di sebelah sebuah kedai serbaneka.
Laluan di atas agak gelap tanpa lampu mahupun tingkap. Pandangannya menyapa sebuah pintu yang punya pagar besi di luarnya. Melihatkan normbor rumah pada pintu, Pn Helena yakin inilah tempat tinggal Sheng.
"Saya ketukkan ye puan.." Mendapat anggukan dari Pn nya, pintu diketuk beberapa kali. Dalam 5 min selepas penat mengetuk pintu barulah batang tubuh Sheng kelihatan.
Lelaki itu langsung tak terurus dan hanya mengenakan seluar pyjamas dan singlet putih yang jarang saja. Rambutnya seperti baru bangun tidur, serabai tak bersikat.
Melihatkan si ibu di luar, Sheng membuka mangga pintu dengan wajah mamai.
Pn Helena merengus kasar, "Min.. kamu tunggu saya dalam kereta. Nanti saya call."
Amin beredar setelah memastikan Pn Helena sudah masuk ke dalam rumah dan mula berlalu ke kereta wanita itu.
"Awal mak datang.." Sheng melabuhkan duduknya di sebuah sofa panjang di dalam bilik kecil itu.
Hanya ada satu ruang utama, satu tandas kecil dan satu dapur kecil. Pn Helena tak duduk dahulu sebaliknya melihat sekeliling dengan wajah tak puas hati.
"Mak.. duduk lah dulu." Sheng menarik tangan maknya duduk di sebelah.
"Apa sudah jadi ni Ren? Mana pergi semua duit? Aiya.. Kamu berjudi ka?" Pn Helena bertanya risau.
Melihat keadaan anaknya pada makan malam hari itu okay saja, kacak bwrgaya seperti dulu. Tapi kini.. segalanya berlainan.
"Mana ada la mak.. Tak kan la Ren mau duduk itu rumah besar sorang-sorang. Bosan ma.. Sebab itu Ren duduk sini saja. Jadi, macam mana itu pinang, sudah selesai ka?"
Sheng bertanya sambil mengemas meja kecil yang dipenuhi kertas-kertas kerjanya agar maknya tak mula membebel.
"Sudah selesai a.. Ren cakap sama mak elok-elok, jangan tipu-tipu. Betulka apa Ren bagitahu sama mak itu malam?" Pn Helena bertanya curious.
Mereka mula serius.
Sheng mengeluh kasar sebelum mengangguk.
"Sebelum ini mak.. Ren sudah jumpa sama itu Aisyah. Kami luangkan masa la itu malam." Sheng perlu menceritakan dari awal agar memperoleh kepercayaan maknya.
"What?!" Suara Pn Helena naik senoktaf, bahu bidang anaknya ditampar.
"Haish.. mak! Bukan buat itu benda la.. Orang keluar sama-sama, sembang-sembang saja. Kenal-kenal." Sheng pertahankan diri.
"Aiya.. mak punya otak manyak kotor a.." ejek Sheng sebelum lengannya dicubit manja si ibu. Dia ketawa kecil.
"Sudah la.. sambung cepat. Mak manyak sibuk, tara masa mau lama-lama sini."
Sheng membetulkan intornasi suaranya daripada ketawa sebelum mula menceritakan kisah malam itu.
Bukan dia saja yang bercerita masalahnya, malah Aisyah juga. Wanita itu berbual dengannya mengenai seorang lelaki dan cara layanannya yang berubah-ubah pada Aisyah.
Aisyah yang polos tak faham apa yang si dia mahukan, hanya mengikut rentak lelaki itu. Lagipun dia berfikir hubungan itu akan berakhir begitu saja tapi ini pula yang terjadi.
Setelah makan malam itu, tahulah Sheng bahwa Lee lah orang yang Aisyah ceritakan. Mengenali Lee dari kecil, Sheng tahu perubahan sikap anak buah sulungnya itu.
Jika dia mahukan sesuatu, dia akan menjadi seorang yang sangatttttt manja dan lemah-lembut. Tapi kalau sebaliknya... lain pula ceritanya.
"Jadi Ren fikir la.. itu anak beranak rancang ini benda untuk kaut mak punya harta. Ren tara kisah kalau mereka mau ambil.. tapi, Aisyah tada salah sama mereka. Kesian itu amoi." Sheng memandang maknya, melihat reaksi wanita itu.
Pn Helena mengeluh perlahan sebelum kembali menatap wajah anaknya,
"Mak bukan apa.. Ren kalau mahu itu Aisyah, find the evidences. That show they're guilty and just make a fun of Aisyah. Then mak boleh la halang itu orang." Pn Helena berkata pula.
Sheng hanya mengangguk mengiakan.
"Itu hal a.. mak jangan risau. Ren sudah settle itu problem. Sekarang..." tangan berkedut Pn Helena digenggam erat.
"Ren mau mak percaya sama Ren. Ren ta kan tipu sama mak. Itu amoi a.. mak punya menantu, mak paksa Ren cari perempuan bawa balik kan? Jadi.. Ren akan pulang lagi nanti bawa itu Aisyah. Wô chèngnuó." (Saya janji) Sheng bertutur yakin.
Pn Helena hanya mengangguk saja. Dia tahu Sheng tak akan menipunya, tapi untuk menyebelahi anaknya itu dia perlukan bukti. Bukti yang menunjukkan Pn Sr Hana dan Lee bersalah.
Setelah selesai berbincang mengenai hal itu, Pn Helena meminta diri untuk pulang. Katanya sesak nafas tinggal di sarang tikus Sheng. Lelaki itu hanya ketawa riang saja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Bodoh!! Sial la jantan tu!!" Lisa mula mengamuk sakan di dalam biliknya. Syasya berlari anak ke bilik Lisa.
Dilihatnya wanita itu tak terurus langsung sedang menyepahnya semua barangannya ke atas lantai macam orang hilang siuaman.
"Woi! Kau dah kenapa gile?!" Lisa cuba dihentikan daripada memekik terlolong macam orang hilang akal.
Akhirnya wanita itu terduduk ke lantai, menyembam muka ke lutut dan kembali menangis lagi.
Syasya tahu apa yang menimpa Lisa, tak disangka wanita itu akan mengandung pula. Anak siapa? Dia tak tahu..
Tapi Lisa pula tegar menyatakan bahwa anak yang dikandungkan itu adalah anak Lee walaupun pada hakikatnya, berganti-ganti jantan yang menidurinya.
Syasya juga sama seperti Lisa, selalu meniduri lelaki berduit dan kacak, tapi dia tak pernah meninggalkan ubatnya dan selalu mengikut masa.
Lain pula Lisa yang hanya mengharapkan kondom nipis sebagai pelindung dalam hubungan seks. Sekarang padanlah muka wanita itu.
Syasya tak pelik jika Lee tak mahu bertanggungjawab, sebab mungkin saja bukan anak lelaki itu. Tambahan lagi, kandungan Lisa sudah mencecah 2 bulan setengah.
"Lisa.. apa kata kita pergi hospital. Gugurkan anak tu.. nak?" Syasya memberi cadangan.
"Aku takut sya.. aku takut.. macam mana kalau umi ayah aku tahu. Mati aku weee!" dia menangis macam orang mati laki lagi.
Syasya mengusap perlahan bahunya.
"Duit kau banyak lagi kan, kita ambil package yang mahal sikit. Tak sakit sangat.. Kita pergi hospital ye?" dipujuknya Lisa lagi. Walaupun perangai macam sial, tapi mereka masih lagi rakan baik.
Dia akan menolong semampunya.
"Aku nak Lee bertanggungjawab.. aku nak Lee!! Bawa aku jumpa Lee!!" Dia mula membentak.
Pipi Lisa ditampar agak kuat oleh Syasya.
"Cuba kau sedar sikit! Dia tak akan pandang kau! Lagipun ni, dalam perut ni! Kau pasti ke anak dia?! Kau jangan mengharapkan perkara yang tak pasti la Lisa.. entah-entah kau kene humban keluar macam anjing kurap nanti. Kau nak ke?!"
Syasya cuba menyedarkan gadis itu. Dia tak peduli dengan tangisan Lisa. Baju di tubuh Lisa dibuka dan digantikan dengan yang lain. Dia mula menguruskan Lisa untuk ke hospital.
"Kau jangan macam ni.. aku ada. Kita pergi check kandungan kau dulu.. Kalau kau tak nak gugurkan kandungan ni, kita buat ujian DNA. Aku akan mintak Lee bagi sampel. Okay?"
Syasya sudah buntu mahu melakukan apa dengan rakannya itu. Hanya ini yang bisa dia lakukan.
Lisa hanya mengangguk lemah.
'Aku harap itu anak Lee.. mungkin.'
Share this novel