dua belas

Romance Series 18403

Pagi.

Lee menghubungi Aisyah semalam untuk bertemu gadis itu. Sengaja Lee memberikan ruang pada Aisyah untuk menenangkan diri dahulu memandangkan Aisyah mesti masih trauma tentang peristiwa itu.

Lee memberi salam dan Aisyah menjawab salam. Aisyah melangkah keluar untuk bertemu Lee yang sudah sedia menunggu Aisyah di muka pagar dengan senyuman manisnya.

Lelaki itu ada mengajaknya keluar sebentar dengan niat untuk gembirakan Aisyah daripada mengingati peristiwa penculikan tiga hari yang lepas.

Lee membawanya ke Taman Perdana memandangkan Aisyah sukakan tumbuhan dan bunga-bunga. Tambahan pula di sana punya tasik dan tempat beristirehat.

"Wak.. jom keluar. Awak okay tak ni?" Lee membuka pintu untuk Aisyah.

Aisyah hanya mengangguk perlahan, "Okay."

Setelah kejadian itu dia masih takut dengan orang luar yang tak dikenali dan menjadi sedikit pendiam. Lee tak pedulikan semua itu, yang dia tahu...

Hari ini rancangannya akan berhasil. Mesti.

"Jom kita jalan-jalan dulu nak? Ke.. awak nak rehat?" Lee bertanya prihatin.

Sedangkan di dalam hatinya sudah memaki serapah Aisyah yang dirasakan sangatlah menyusahkan dan mengada.

"Saya nak rehat je.." Lee hanya mengikuti rentak gadis itu. Mereka berjalan sebentar dan duduk di sebuah kerusi dan meja kayu.

Lee cuba beramah-mesra dan Aisyah amat selesa dengan lelaki itu. Sesekali jenaka hambar Lee turut membuatkan Aisyah ketawa.

"Awak masih teringat tentang hari tu ke?" Lee bertutur lembut.

"Kenapa abang tanya Aisyah macam tu pulak?" wajah kacak Lee di sebelah ditenung seketika sebelum kembali memandang pemandangan di hadapannya.

"Aisyah banyak termenung sekarang.. tak happy go lucky macam dulu. Kalau awak tak rasa selamat atau selesa.. ingatlah. Abangkan ada. Abang akan sentiasa lindungi awak sampai bila-bila, walaupun nyawa abang tergadai. Abang janji."

Tebu mula ditanam di tepi bibir. Setiap tuturnya manis belaka. Aisyah berasa serba salah lagi, dia tahu apa yang Lee mahukan.

'Ikhlaskah dia..?'

"Abang tak perlulah janji tentang semua tu... saya tak sukalah. Macam abang nak mati pulak." Aisyah menjawab polos. Bibir dimuncungkan tanda tak suka.

Lee ketawa kecil sebelum cuba mencuit pipi mulus Aisyah tapi pantas dielak gadis itu.

"Abang tak kisah asalkan tak ada apa-apa jadi pada awak.. Abang sukakan dan cintakan awak. Percayalah.." luruh hati Aisyah mendengarkan luahan hati Lee.

Tak semena-mena lelaki itu mula melutut di kakinya, Aisyah panik.

"E eh.. Ab..Abang bangun la.. Abang nak buat apa ni? Nanti orang pandang la bang. Bangunlah." Aisyah mula kalut menyuruh Lee bangun tapi dia langsung tak mengendahkan bicara Aisyah.

"Biarlah orang sekeliling tahu.. yang abang betul-betul ikhlas mahukan awak sebagai pelengkap hidup abang, awak hanya milik abang seorang.. abang tak kisah.." sayu suaranya bertutur.

Sebentuk cincin emas dikeluarkan daripada belakang koceknya, Aisyah kenal benar cincin itu.. Cincin waktu Lee melamarnya dahulu di dalam kereta di depan U.

"Abang tak sanggup dengar penolakan lagi.. hati abang sakit.. Aisyah ingat tak malam abang selamatkan Aisyah tu? Abang risau sangat.. risau kalau apa-apa jadi pada awak dan sebab tu abang sanggup korbankan segalanya walaupun nyawa abang sekalipun. Abang mula sedar yang awak penting untuk abang."

Mata Aisyah mula bergenang dan wajah mula memerah, tak pernah lagi dia dalam keadaan sebegini.

Luahan hati dan rasa Lee amat menusuk hatinya,

'Dia cintakan kau Aisyah.. buat pertama kalinya, seorang lelaki cintakan kau..' hatinya terdetik sendiri.

Kehidupan tanpa keluarga dan kini dia tak punya sesiapa, Aisyah hanya mampu menumpang kasih rakan-rakan yang tak selalunya ada dan kini...

Lelaki ini mula hadir dalam hidupnya...

"Will you marry me Aisyah Nur Izara?" Akhirnya ayat itu terungkap sekali lagi, pandangan penuh pengharapan.

'Akan datang kah peluang begini lagi dalam hidup aku jika aku menolak? Layakkah aku menjadi pendampingnya? Ya Allah..'

Agak lama mata mereka bertentangan, Aisyah cuba mencari keikhlasannya dan perlahan-lahan Aisyah mengangguk.

"Saya terima." perlahan, hanya sekadar Lee yang mendengari.

Senyuman kebahagiaan mula terukir di bibir lelaki itu. Wajah diraut sambil mengucap syukur kepada-Nya kerana dipermudahkan 'urusan' pentingnya itu.

Aisyah yang naif hanya berfikir bahwa Lee amat bersyukur apabila dia menerima lamaran lelaki itu tanpa mengetahui niat di sebaliknya.

"Abang janji. Abang akan jaga awak 'sebaik-baiknya'." sengaja ditekankan perkataan itu bagaikan dia betul-betul memaksudkannya.

Kehidupan Aisyah kini mula disinari cahaya baru semenjak dari lamaran itu. Lee mula mengambil berat dan prihatin kepadanya.

Dibelinya segala barangan baru untuk Aisyah, pakaian.. kelengkapan belajar dan beberapa barang kemas walaupun Aisyah membantah.

Lee juga sudah memaklumkan pada keluarga besarnya bahwa dia akan mendirikan rumah tangga dan akan diadakan perjumpaan keluarga nanti di rumah agam neneknya, Pn Helena Sheng.

"Nah." Aisyah memperoleh sebuah beg dari jenama butik terkenal.

"Pakaian lagi? Kan Aisyah kata tak perlu beli dah.. abang dah beli banyak untuk Aisyah kan?" Aisyah mula dengan nada rajuknya. Dia tak suka apabila Lee banyak menghabiskan duit padanya.

"Baju ni.. awak pakai malam nanti, no excuse. Abang ambilkan awak dekat rumah okay? " Lee tersenyum manis padanya.

Sepanjang tempoh itu mereka tak pernah lagi bergaduh walaupun perangai Aisyah mula berubah dari pendiam dan sopan kepada manja dan agak riuh apabila dia mula selesa dengan seseorang.

Lee pula amat baik di hadapan tapi kemarahan dan geramnya lelaki itu dengan sikap Aisyah hanya akan dilepaskan di belakang Aisyah saja tanpa pengetahuannya.

Dia perlu pastikan Aisyah berkawin dengannya dahulu barulah 'layanan' dia akan berubah pada gadis itu.

'Kau tunggu je lah.' Aisyah di sebelahnya dikerling.

Lee menghantar Aisyah pulang setelah habis class wanita itu pada 6.00pm. Dan malamnya pula dia akan menjemput Aisyah untuk menghadiri makan malam dan sesi perkenalan keluarga besar Lee memandangkan Aisyah tak punya mana-mana ahli keluarga yang lain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hello mak.. Ada apa?" Sheng mengangkat telefon pintarnya yang berdering.

"Don't forget.. Balik rumah ini malam. Lin mahu bawa balik dia punya bride. " suara Pn Helena kedengaran tegas.

"Wô bù quèdìng wô jîn wãn nèng fõu cãnjiã. Nanti Ren balik la kalau tada hal." (Orang tak pastilah kalau boleh balik malam ni) Sheng bertutur malas dalam slang Chinese nya.

"Ren jangan buat hal sama mak. Dãng wô shuõ huí jiã shí, nin bixû huò jiã. Don't make me forgeting you as a member of this family Ren. (Biar mak kata pulang, Ren kene pulang) Ayatnya penuh ugutan.

Sheng mengetap rahangnya dan menghembus nafas kasar.

"I'll try to come." panggilan di matikan.

Sheng meraup rambut lebatnya di bahagian hadapan. Kusut. Rimas.

'I need to get married.. and give mum a hire of her estate or.. that shit greedy'll get everything. Including mine.'

Interkom di mejanya ditekan menyambungkan panggilan ke PA nya, Mrs. Wong.

"Yes Sir?"

"Arrange all my assigned tonight to tomorrow morning." dia bertutur dingin.

"Certainly Sir." button interkom dilepaskan.

Sheng memusingkan kerusi berodanya menghadap cermin kaca di belakang, termenung memandang ke luar.

Terdetik di hatinya,

'If I meet Aisyah again, she'll probably be the one I'll choose as my bride..'

Sheng mengeluh berat,

'The problem is where is she?'

'Are we going to meet again?'

'I hope so.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience