tujuh

Romance Series 18403

"Hoi!"

Aisyah yang tidur dikejutkan dengan simbahan air sejuk ke mukanya. Segera matanya segar bugar memandang Didie di hadapannya.

Baju dibetulkan sebelum dia berdiri tegak dengan mata yang masih berpisat.

"Ye ye Die.. maaf. Saya tertidur tadi." Aisyah bertutur agak serak.

"Aku suruh kau buat apa tadi ha? Pergi bersihkan satu rumah kan? Yang kau duduk melantak tidur dekat sini apahal?!" marahnya kasar.

Kepala Aisyah yang masih bersarung tudung bawalnya ditunjal-tunjal beberapa kali. Geram.

"Sekarang kita berdua je dekat sini.. takde sesiapa yang akan bela kau la bodoh. Kau pergi bersihkan kolam renang kat luar tu. Pergi la!" tubuh Aisyah ditolak kasar.

Aisyah hanya menunduk dengan mata berkaca. Salahnya juga kerana tak menghabiskan tugasan dahulu dan tertidur pula di ruang tamu.

Rumah banglo dua tingkat itu agak besar untuk dia bersihkan seorang diri, disebabkan kepenatan Aisyah terlelap sebentar di sofa.

Menyesali kebodohan sendiri, Aisyah terus mengambil alatan membersih sebelum ke luar. Didie sudah menunggunya di tepi kolam.

Bengis.

"Kau cuci sampai bersih! Mama papa aku kira dah cukup baik la bagi kau menumpang dekat sini.. kau tu jenis tak sedar diri! Makan tidur je kau tahu.. suka la kau kan, mama papa aku bagi duit.. bagi driver.. bagi sambung belajar sekali dengan aku.. kalau tak, tentu kau dah jadi gelandangan kat luar sana."

Didie meneruskan amarahnya pada Aisyah dengan kata-kata sinis. Dia amat bengang dengan gadis itu apabila terkenangkan peristiwa semalam.

Dia menelefon Aisyah bertanyakan keberadaan mama dan papanya kerana dia mahu berkarok dengan rakan-rakannya hingga lewat malam.

Aisyah yang sudah diberitahu oleh Datin Yana dan Dato Borhan bahwa mereka akan pulang keesokannya hanya memberitahu perkara sebenar pada Didie.

Dan gadis itu hang out dengan rakan-rakannya hingga ke lewat malam. Tanpa dijangka rancangan majikannya dibatalkan ekoran urusan yang perlu diuruskan Dato Borhan. Mereka balik lewat malam itu dan mendapati Didie tiada di rumah.

Aisyah cuba mempertahankan Didie tapi majikannya kenal benar perangai anaknya itu. Kad kredit Didie diambil dan tak dibenarkan keluar lagi selepas maghrib selepas kejadian itu.

Dan itu menjadi punca kemarahan Didie yang menyangka Aisyah menipunya supaya dimarahi mama dan papanya.

Aisyah yang perlahan-lahan mahu turun ke bawah melalui tangga besi di tepi kolam tiba-tiba ditolak Didie hingga dia terjatuh terus ke bawah.

Sempat Aisyah menyambar tangan Didie di tebing akibat panik dan menyebabkan Didie turut terhumban ke dalam kolam.

Aisyah yang tak pandai berenang mula terkapai-kapai panik apabila kakinya tak menyentuh lantai. Udara ditarik panjang sebelum dia mula tenggelam.

Aisyah cuba untuk bertenang. Dia melihat tangga besi tak jauh darinya. Dengan sedaya upaya Aisyah cuba berenang ke arah itu tanpa menghiraukan sekelilingnya.

Yang dia tahu.. dia tak mahu mati lagi. Bukan sekarang.

Akhirnya palang besi tangga itu dapat dicapai, Aisyah mula memanjat keluar dari air ke atas. Setiba di tebing, dia terbatuk-batuk akibat kekurangan nafas.

Pandangannya berpinar sebentar cuba dihilangkan dengan menggelengkan kepala. Percikan air dari belakangnya membuatkan Aisyah menoleh ke arah kolam kembali.

Matanya membulat melihatkan Didie turut terkapai-kapai mahu lemas di dalam air. Tapi bagaimana mahu menyelamatkannya sedangkan Aisyah sendiri tak tahu berenang?

Tak berfikir lama Aisyah kembali turun ke bawah, basmallah dan syahadah dibaca sekali sebelum dia mula menerpa ke arah Didie.

Ditariknya tangan wanita yang panik itu dan dia sedaya upaya cuba mencapai palang besi tangga itu kembali.

Akhirnya dia berjaya, tubuh longlai Didie ditolak dari bawah supaya naik ke atas sebelum dia turut naik. Aisyah terbaring melepaskan lelah begitu juga Didie.

Lama mereka mendiamkan diri melayan diri sebelum Aisyah mula bangun untuk melihat Didie. Kalau jadi apa-apa pada gadis itu sudah tentu dia tak dapat memaafkan dirinya.

Dia sayangkan Didie bagai kakaknya sendiri. Mengenali gadis itu dari kecil membuatkan dia sebak melihatkan keadaan tak bermaya Didie.

Aisyah berlari ke dalam rumah, dihubungi ambulance untuk datang ke alamatnya.

Dia cuba mengejutkan Didie tapi hampa. Air matanya laju menitis. Dia tak akan maafkan dirinya kalau berlaku apa-apa pada Didie.

'Bagaimana reaksi Dato dan Datin apabila mengetahui hal ini? Bagaimana penerimaan mereka? Sudahla Didie merupakan anak kesayangan Datin Yana.'

'Salah aku... aku yang tarik Didie tadi.. salah aku..'

Pelbagai perkara timbul di benak fikirannya. Dalam hati tak henti-henti berdoa supaya Didie baik-baik saja.

'Ya Allah... selamatkanlah dia.. ampunkan lah aku..'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lee pulang dari kondonya ke rumah ibu bapanya. Tan Sri Jefri Lee dan Puan Sri Hana.

Katanya ada hal mustahak mahu dibincangkan mereka. Audi hitamnya di parkingkan di perkarangan rumah sebelum mahligai 3 tingkat itu dimasuki.

Kelihatan kedua ibu bapanya menunggunya di ruang tamu utama rumah itu.

"My.. Dy.." kedua ibu bapanya disalam hormat sebelum duduk di sebelah mummy nya.

"Apa yang penting sangat sampai tak menyempat nak jumpe Lee ni my..?" Lee bertanya malas. Punggung dijatuhkan ke sofa dan berpeluk tubuh.

Sepatutnya hujung minggu begini dia akan luangkan masa bersama rakan-rakannya, mengadakan parti dan ke kelab malam. Tapi jadualnya agak terganggu dengan permintaan mummy dan daddy nya itu.

"Memang penting.. antara hidup dan mati." Kata Pn Sri Hana.

"Go ahead.." Lee hanya mendengar ala kadar. Malas sebenarnya tapi diikutkan juga.

"Sebenarnya macam ni... Nenda kamu nak serahkan 35% daripada harta dia pada cicit sulung dia. 15% didermakan dan 50% akan dikongsikan dengan mummy, aunty Hanis dan adik-beradik Nenda. Jadi..." Pn Sri Hana menerangkan bersungguh-sungguh.

Lee hanya mengangguk macam orang dungu sedang Tan Sri Lee hanya mendengarkan saja.

"Jadi mama nak kamu berkahwin. Dapatkan cicit sulung untuk family kita secepat mungkin. Lepas nenda kamu meninggal, dah confirm harta dia yang banyak tu jatuh pada kita." Pn Sri bertutur lagi. Penuh keterujaan.

Bayangkan sajalah.. Harta orang tua itu lebih banyak berganda-ganda daripada business suaminya yang punya syarikat pembalakan.

Kalau 35% itu jatuh ke tangannya, dia akan kaya raya 3 keturunan makan pun tak habis lagi.

"You want me to get married my? Seriously?" Lee mula cuak.

"Ye Nura Lee.. mummy serius. Daddy dan mummy pun tak kisah dengan siapa kamu nak berkawin, terpulang.. mummy cuma mahukan cucu je." Pn Sri memandang suaminya sekilas sebelum kembali pada Lee.

"Kamu tak perlu risau la Lee. Walaupun kamu belajar lagi, mummy dan daddy yang akan tanggung kamu dulu. Kawin je la dengan pilihan kamu. Lagipun mummy cadangkan ni untuk kebaikan kamu juga.." tangan Lee digenggam sambil menikam mata gelap si anak.

"Kamu akan senang dengan harta tu.. tak payah kerja pun takpe Lee. Cuma..kalau nenda kamu tu hidup lagi, lambat la sikit dapat hartanya. Jadi macam mane?" Pn Sri memujuk lagi.

Bukan dia tak tahu anaknya itu penuh perempuan keliling pinggang, masakan tiada satu punya yang berkenan.

"Lee.. Lee ade seorang girlfriend ni.. boleh kot. Lee tak sure lagi la my."Lee bertutur gusar. Wajahnya berkerut habis.

Memandangkan dia anak sulung dari 2 beradik dan adik perempuannya masih di sekolah menengah, nampaknya dialah yang perlu dikorbankan.

"Kamu discuss la dengan dia dulu.. Kalau dia terima kamu bagitau mummy ye?" Pn Sri Hana amat teruja apabila anaknya punya calon. Impiannya makin cerah ingin mendapatkan harta si mamanya.

Tan Sri hanya melihat tanpa membantah. Sudah dikata pada si isteri, hartanya saja sudah cukup banyak... buat apa mahu mengumpul harta sangat.

Dia pun lebih dari mampu untuk menyara mereka sekeluarga tapi isterinya itu degil. Tamak. Langsung tak mahu mendengar katanya. Haih.. Dia malas ingin bergaduh, dibiarkan saja keinginan Hana asalkan tak memudaratkan sesiapa.

"Okay my.. I'll ask her and inform you later. Anything else?" Lee mahu meminta diri dalam cara halus. Sesak nafasnya tiba-tiba dengan permintaan mummy itu.

Tapi... mummy lah insan yang paling dia kasihi. Untuk membantah kata-kata mummy nya amat sukar baginya walaupun dia agak degil.

"Nothing more. Ingat tau Lee..jangan lama-lama tau." Mummy nya sempat lagi berpesan semasa Lee menyalamu mereka.

Lee hanya mengangguk sebelum melangkah keluar. Dia masuk ke dalam kereta dan dipandu keluar.

Permintaan mummy nya perlu dipenuhi. Lagipula dia juga teringin untuk dapatkan harta yang banyak. Hartanya sendiri. Bukan milik mummy atau daddy nya yang boleh dikawal. Tapi hak mutlaknya.

Disebabkan kawalan nafsu, dia mula menghubungi Lisa. Kekasih hati.

"B.. u kat mana? I nak jumpa."

"I'm at Scert Club honey!" bunyi muzik kuat di sekeliling membuatkan Lisa bertutur kuat.

"I'm coming.. we need to talk of something."

"Okay! I'm waiting!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience